29.12.13

Aku ada 100 angan-angan..

Kecik-kecik dulu, angan-angan nak jadi pramugari. Pramugari cantik, pakai kebaya sanggul tinggi. Lipstick merah pegang dulang jer bagi minum anak kapal. tapi... Bila dah besar tuhan kasi gigi jongan tak rapi. Dah tenggelam satu angan. Yelah, tinggi dah ok, kalau gigi jongkang-jongket...sekali senuyum boleh hilang mood satu kapal terbang. Foine...Aku tak down sendiri, aku ambil positif thinking.. aku tukar angan-anagn nak jadi peguam syariah. Semasa di sekolah agama, nak ke Al-Azhar mesir... tapi Allah maha kuasa mentakdirkan aku tidak ke situ,  bila dah masuk universiti sains m'sia , aku dapat bidang komunikasi. Jadi anganan bertukar jadi pengarah filem, masalahnya aku cenderung menulis..aku artistik tapi bukan dalam aspek visual, aku lebih kepada penghayatan aksara ... aku memilih major kewartawanan dan cita-cita bertukar nak jadi editor majalah, tak pun penulis artikel santai. Tetapi, selesai bergraduasi... Takdir kemudianya memimpin aku ke arah menjadi seorang entrepreneur. Which is, tak pernah ada dalam anganan...

^_^/ bukankah hidup ini indah?

Semalam, seseorang menyuruh aku untuk membuat listdown 100 impian yang aku harus kecapi dalam tempoh 5 tahun dan perancangan backup untuk another 5 years. Maksundnya perancangan 10 tahun akan datang apakah anganan-anganan aku. Seandainya kita tidak merancang, wahima mengangankan cita-cita, insyallah....akhirnya kita takkan ada pencapaian apa-apa dalam masa hadapan. Jadi, untuk mengelakkan aku menjadi menusia yang kerjanya hanya mencari-cari-cari di atas muka bumi ni. Aku harus tetapkan 1 target. ehh, 100 target.

Opkozzz..target utama aku sekarang nak bernikah. Hhaha..aku nak masuk syurga, sapa taknak kalau bancuh kopi pun dapat pahala. Siapa taknak bercanda-canda dapat baraqah.. siapa taknak ada teman solat sama, teman borak sembang dan bergusti berdua... tipuuuu taknak, siapa taknak melengkapkan separuh dari diri kita....berjihad melahirkan khalifah di dunia, mendidik bakal pemimpin ummah.. siapa taknak ....? ..menii titian landasan ke syurga.. ngee..

..dan second matlamat aku... opkozz.... nak habiskan pengajian master aku dengan SUPER cemerlang. Serius...aku dah lost dalam titian pengajian, tapi bukan sebab aku malas atau aku main-main. Tapi, aku tengah mencari sesuatu yang benar-benar aku boleh masak ranum, kupas dan telan untuk memberi khasiat dalam tubuh aku sendiri dan memberi manfaat kepada orang lain. Orang takkan faham, biar aku jer faham ok?

3th matlamat aku dan ke 100 matlamat aku, aku nak start listkan mulai sekarang. so jumpa lagi di next entry hahaha.... happy lah aku hari ni, sebab aku nak mulakan hidup dengan serba serbi positif.. ^_^/ jum jum....jadi orang positif, jangan fikir buruk-buruk jer... ee..no good no good.

OKbye!!

Tuhan bagi kekurangan, tapi diganti dengan 1000,000 kelebihan.
Alhamdulillah..



25.12.13

Harapan 'new me' di 2014 yang insyallah kalau kesampaian..

Aku tahu tajuk terlalu rojak, kalau ada cikgu bM aku terbaca harap ampun dan maaf. Tapi apa nak kisah.. Subjek Bahasa dari taska sampai form6 straight A tak pernah B kot. Cuma zaman digree taktau pasaipa mungkin cikgu BM universiti tak sebulu dengan aku, aku bagi dia C+ sama taraf sabjek bahasa Jepun. Ok dah...

Kelipok kelipok kelipok..

Dah nak abis tahun 2013. Tahun 2012 yang suck habis dah lama pergi.. Kalau jadi aku kahwen 12.12.12 dulu, maka sekarang kot kot dah ada baby, tapi kuasa tuhan tu melebihi jangkauan sesuatu. Maka tak menikah-menikah lagi aku.  Lolz

Dia memang mengetahui yang terbaik segala sesuatu untuk hambanya, maka 2013 taklah se-hampeh 2012 bilamasa akhirnya ada yang sudi masuk meminang. Hahaa...setelah kelas mengelas mengelas, pilih memilih menapis... Last-last aku terima yang aku sendiri ngorat, ehh...kalau perempuan ajak tengok wayang tu kira aku make 1st move kan? Kira aku on dulu lah kan... Teruk gileee. Tapi memang pon, aku tak berapa berkenan laki yang ajak ajak..yang sweet sweet nak wish gudnight gud morning evening afternoon bagaai... Ohh tak suka.

Enuf, tahun 2013 merupakan tahun pahit getir dan jatuh bangun aku, bahagia sengsara dan yang penting tahun aku mengenal dunia memahami apakah erti cinta. Konon.

Aku seorang insan lemah, selalu cakap macam tu..selalu nak kena lempang sebab tuduh diri lemah. Padahal tak lemah pun, memetik bait kata-kata encik tunang aku lah.. Nada dia marah, ok..marah... Tapi aku memang insan lemah, perantauan hidup aku hanya mencari tempat berteduh dan kasih hingga ke syurga. Bukan apalah....mengenangkan tuhan mengtakdirkan aku lahir dalam sebuah keluarga yang penuh ujian, tercampak aku sendirian meniti hidup. Apalah yang aku harapkan selain dari perlindungan. Perlindungan di atas titian baraqah dan jalanan suci, matlamat yang memimpin aku ke redha illahi..Al maklum wanita lemah....lahai..nak kena lempang lagi kot.

Dan pencarian aku bakal berakhir, alhamdulillah....tapi semua bergantung atas aku dan khasaNya.

Ingat lagi, antara planning hidup aku sejak kecil. Nak jadi kerani...hahaha, kemudian tukar nak kerja bengkel. Time tu takda angan-angan nak kahwin. Sebab dimata aku, lelaki semua jahattt... Ala biasalah, anak-anak yang lahir dalam keluarga yang bercerai-berai memang persepsi sama jer..tak suka laki konon. Bila dewasa sikit...dah cukup hormon. Hahahaaaa...maka angan-angan kerja bengkel tak nak kahwin bertukar nak kahwin muda umur 23 plak dah. Kah kah kah..

Kelipok-kelipok-kelipok...

TakdirNya. Aku bakal berkahwin awal tahun 2014 nanti insyallah. Pada usia tuabangka 27 tahun, baru terhegeh-hegeh nak jadi bini orang. Tapi alhamdulillah....mungkin 27tahun adalah usia matang aku untuk menggalas tanggunjawab besar sebagai seorang isteri. Pui....terasa geli. Apa pun, aku merasakan perubahan dalam diri, hati, pemikiran dan perasaan semenjak aku menghampiri hari itu. Semuanya atas didikan encik tunang, alahhh...bukan lah dia perfect gila...sebenarnya banyak juga aku didik dia...banyak juga dia tegur aku, aku tegur dia... Kerana kami mencari yang terbaik dalam hubungan ini.

Setakat tegur menegur, saling marah memarah dan kau kuliah aku..aku azan kau.
Dah normal sangat...dah, end up...tetap kau cari aku, aku cari kau.

Aku bukan mencari suami semata, tapi aku mencari kawan, teman, abang, yang akan bersama aku hingga ke syurga. Amin..amin amin, nak sangat nak sangat masuk syurga....

So, aku berharap..2014 adalah tahun aku menjadi semakin kuat, dan hidup aku menjadi semakin bermakna. Iman aku menebal di dada.

Aku berdoa, siang malam pagi petang..
Aku nak masuk syurga...
Kalau pun aku mati, meninggalkan dunia tahun 2014 nanti. Aku nak masuk syurga.
Jadi secara overall...entry aku sepatutnya bertajuk : Azam 2014 aku nak masuk syurga..

Titik.





15.12.13

Aseanea Resort

Holiday...
Tapi hari ni, aku menangis Dan terlelap Di ranjang seorang diri...

Mencari konklusi..

Perihal hati...dan hati seorang insani...

11.12.13

11.12.13

Okehh..Semua cakap kena buat somethin sweet today...
Hmmm...seharian fikir, nuthin sweet pun yang terjadi.... At all.

Pfft...malam ni, di bilik, hp betri abis, ipad betri 5% laptop di kedai. Semua charger di kesai. Kunci motor di semenyih...

Memang terbaikkkk! Jap lagi aku akan terperangkap di kamar sendiri dan mungkin terus tidur....krohh krohh..... Hidup tanpa internet, bagai bernyawa tanpa udara.. Gulps? Perumpamaan tak teragak der....

Tapi dari tidur, aku nak study beberapa buku..yang dia selalu belikan, pfft.....
Jap nak snap. Sementara betri ada lagi 4% nie...

Dan aku akan tertidur dalam angan-angan malam ni, jadi ia akan menjadi 'somethin sweet' jugalah kanzzz...

Ooohhh..la kawen, susah jugeeeee yer..

Aku nevez, aku tak excited, aku nevez.
Nevez if aku tak dapat jadi isteri sebaik fatimah....

Aihhhh...



3.12.13

Dumb blonde

Lenyap lembayung November, pejam-celik-pejam-celik, dah di penghujung tahun 2013.
Seiring waktu berlalu, aku memerhati perubahan sekitar aku. Semua berubah, segala beralih arah..malah debu pun berganti warna. Tetapi melihat diri di cermin..aku masih sama.

Dan hari ini, klimaks pendaman rasa yang aku kira. Mengingatkan diri yang makin matang tua, tetapi kelalaian, kelemahan dan kecuaian yang serupa masih berulang seperti muda remaja. Buat aku mengeluh berat dalam dada. Kalau dulu, clumsy ni orang kata cute.. Orang kata kelakar, sekarang orang panggil bengap lah kan.. =_+'

Aku benci pada diri aku yang hari ini, bagaimana BLUR to the max nya diri, bagaimana bodohnya seorang 26 yang even tak pandai tutup cermin kereta, bangangnya seorang 26 yang tak mampu membezakan gear 4 atau FreeGear. Gagalnya seorang 26 yang tak pandai mengemas, tak reti buat planning dan paling loser seorang 26 ni ialah aku jobless. Aih....ini benar mengeluh.

'Bimbo' kot... ...Attractive ker ko senah?

Anyway...apa pun, aku harus berubah-berubah-berubah-berubah.

Hudnitee..

18.11.13

Seloroh panjang..

Bye bye uiAM..

Lebih seminggu disana, mengajar aku erti yang berbeza. Kalau UKM hari tu aku hanya mengikut.. Tapi kali ni aku harus mengurusi gerai.. Booth crafter dari terengganu, seremban, selangor etc.. Akhirnya di bawah 1 bumbung.. Pelbagai feel manusia, pelbagai lagak gaya sifat dan perasaan manusia. Aku harus atau seharusnya tangani dengan berhemat. Youjie sekarang tak boleh asyik nak take for granted ... Tak boleh halaibalai dah... Tak boleh kau kau aku aku..punya pasai atau..tak suka lantakkk..

Sekarang harus belajar kejuruteraan sosial, belajar bergaul segenap masyarakat, belajar jaga hati, ambil hati, dan yang penting.. Berhati-hati. Thanks to kesayangan yang banyak memberi petunjuk cara menangani tekanan manusiawi... Pui, ada ucapan credit disitu...

Update tentang gerai, sabo lah yer.....penat.
Muka dah pucat lesi, sekarang back to reality... Takde kerja 24jam lagi, boleh jaga kedai balik dah..buat order etc. Rindu usm..haha.. Aku sebenarnya rindu tilam bantal aku yang paling utama, taktau kenapa..empuk sangat kot. Kalau tidur tu rasa tenggelam...diselimuti kehangatan selimut kain perca.. Bantal masam..aih... 

Saat ini, aku demam sekejap. Badan dah tak kuat..haha kerja 24jam membawa mudarat...mudaratnya lembik satu badan.. Terkenang semula saat-saat getir dari sana ke sini...

Perjalanan dari KL balik Penang bayangkanlah sampai 2 station berhenti mengeroh..krohh..kronh... Bertolak jam 2pagi sejurus tutup gerai, kemudian drive terus balik penang.. Tak sampai tapah dah bergoyang-goyang bawak kereta. Alamatnya tidoq lah...sampai subuh,bangun dan teruskan perjalanan.... Cantik ya amat batu-batu kapur dilanggar kabus pagi, aku terkesima...tapi di bawah sedar.. Seda-sedar ..aku tertidur lagi.. Buruk nau perangai disitu. Tiba di taiping, 7pagi..mata masing-masing memang tak boleh blah.,. Macam-macam aktiviti dah buat tak jalannn... Senaman robic, nyanyi gangnam style, pasang lagu tamil kuat-kuat..makan kek.. Bernari, menyanyi kuat-kuat... Akhirnya kami sedar... Kemengantukkan mengatasi segala. RNR taiping, persinggahan mengeroh yang kedua...hingga 9 pagi..... Masing-masing terjaga dan terpinga-pinga. Start kereta balik Penang...ya Allah leganyaaa bila dapat bersarapan di AutoCity Nashmir and meluru ke uSm huh...

Sampai Penang, banyak kerja menanti. Seperti contohnya hari ni. Rasa nak tidur seharian tapi mustahil....tsk tsk.... Banyak janji perlu ditunaikan.. Banyak menanti perlu dituruti. Aku redha hidup ku begini..asalkan diredhai Sang Illahi... :)

Sudah-sudah dengan ucapan, aku nak mandi sat. Hahaaa... Bye!


Her name is....... ?

9.11.13

Impian..

Tadi aku dah terlena, tak sedar bila aku baring rupa-rupanya dah di alam mimpi. Telefon berbunyi membawa kepada rasa segar kembali. Aih.....apa lagi, stalking di laman sosaial lah jawabnya.. Reply kerenah-kerenah customer yng pelbagai....bosan sikiit.

Search Groupon, mana tahu ada sale best-best..
TUTUP! Say no to shopping...takleh takleh sebab kena tunggu YES. Fineee...

Buka website supplier..
Buka PayPall..
Check akaun..
Buka website Brothers Sewing Mechine....

Terpsyco kejap.

 Lahai.... andai saja kau dalam genggaman ku wahai NV950E....

Entahla, mungkin aku seorang yang cepat bosan.. takpun aku jenis tak focus.atau tamak haloba-loba...Nak itu ini itu ini..... mahal pulak tu.. :(

Aih...tapi aku tak rasa aku macam tu, soalnya aku terlalu banyak idea da inspirasi... dan aku nampak jalan kejayaan tu... TAPIIII..tak guna kalau tak cukup kakitangan...
hmmm....

Rasa nak nangis...

Bayangkanlah, kita nampak gunung emas.. kita ada kudrat dan kenderaan segala mak nenek... tapi tak ada minyak. Useless... tak la useless sangat, boleh jer jalan...tapi lambat laa.... tsk..tsk...

SOALNYA AKU NAK CEPAT.

Kuat berangan aku nih kot...macam-macam aku nak dan aku memang nak nak nak...

1- nak mesin ni sebab nak modified bisnez..
2- nak pekerja, akauntan sorang, graphic designer sorang, runner sorang, pehh..perfect aku jadi bos goyang kaki...
3- nak kahwin taknak kerja, lahai...sian bakal laki...
4- nak kaya, ...aku rasa wang ringgit kadang-kadang boleh bagi kebahagiaan..takyah nak poyo sangat la kepada yang tak setuju, boleh blah....
5- nak gi umrah sangat-sangat, rasa kotor lendir dosa..nak cuci segala....

nak buat bantal, nak jadi supplier, nak beli itu ini, nak bisnez ala-ala dasyat... nak itu ini itu itu inininin....masyallahhh...

~! perut bunyi!

Menandakan aku harus tidur sebelum aku buat maggie makan kemudian tidur dan esok bangun dalam sesalan perut tak ramping lagi.. eaaa....GUDNITE!!!!!!

7.11.13

Alhamdulillah selamat tahun baru!

Tak bekesempatan bersua di sini tahun baru tempoh hari, rasa belum terlewat untuk aku mencicip kata sepatah dua disini, tak molek kiranya dibiarkan blog bersarang.. tak istiqamah namanya. Aih...andai sahaja ada pembantu, pasti lebih 300% produktif hidup aku. Tapi soalnya dimana rasa syukur aku?

Bismillah...
Dikesempatan yang terbatas, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali. Ampunkan dosa aku pada kalian. Kerana sesungguhnya dosa kalian terhadap aku telah aku ampunkan ikhlas dan redha.

Terima kasih kepada yang mengajar aku erti kesabaran...
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti keikhlasa..
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti persahabatan sebenar atau persahabatan plastik sampah..

Aku bersyukur diatas limpahan rezeki yang Dia berikan, kerana ianya bersesuaian dengan takat usaha aku. Artsy Suzie yang aku bina dengan titisan peluh dan air mata. Aku harap akan terus mekar mewangi sekalian alam hendaknya. Di tahun baru ini, aku ingin memastikan perniagaan aku akan berkembang melangkah ke 1 tapak kehadapan...jika diizinkanNya. Insyallah...

Perjalanan zaman bujang yang kian berakhir, aku berharap dapat ku tempuh dalam redhaNya. Aku benar bersyukur diatas kemudahan-kemudahan dan kejutan-kejutan yang Dia berikan disaat ini, kerana aku benar merasakan kebesaranNya.

Alhamdulillah...

Anyway, alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...... :)



29.10.13

Lega Fasa 1.

Bismillah...

Ya ampun, lama tak update blog. selalu-selalu rasa nak update, ada topic hangat panas tetapi omongan hanya sekitar ruang kepala otak dalam minda ... tak dapek, tak sempat nak realisasikan ke dalam penulisan. Buka laptop jauhhh sekali..

Minggu lepas, aku dan ke-emoan aku.
Minggu baru ni, aku dengan booth craft aku di UKM.
Minggu hadapan, booth craft di UIA.
Kemudian booth
craft USM.

Ya rabbi, alhamdulillah kepada mu..
Moga ARTSY SUZIE bisa melebarkan sayapnya agar lebih jauh lebh tinggi, menggapai pelangi...

Ok, busy nak sembang..
Actually ada kisah yang ingin aku kongsi sebagai iktibar.
Tapi maybe notnow,, busy weh...



Keimanan...

Adalah rahsia di sebali kerelaan, ketenangan dan rasa aman.

Sebaliknya, kebingungan dan kesengsaraan selalu mengiringi kekufuran dan keraguan.

Ayuhla, nyanyi lagi daddy cool...
Daddy dady cool..~

21.10.13

Isnin mulia, isnin baraqah..


Hari isnin, hari baraqah..
Hari isnin, hari kelahiran Rasulullah...
Hari isnin harus meriah...

Ayuh... lupakan problema, hidup terlalu indah untuk dipersiakan dengan kesedihan. Terlalu cantik untuk disimbahkan dengan kehodohan... Terlalu nyaman untuk dicemarkan dengan asap pekat.. Terlalu suci untuk dinodakan dengan keledak dosa...
Terlalu suci..untuk dipalitkan dengan kemungkaran debu neraka...

Disini, aku ingin memohon kemaafan disela ucapan kasih sayang....

Terima kasih, 
...kepada yang sentiasa mengintai seorang aku.
Kasih kalian, hanya Dia membalasnya.
Terima kasih,
...kepada jiwa-jiwa yang terus mencintai aku,
maafkan hati...cinta ini milik Allah nan satu..
Terima kasih,
...kepada sang arjuna yang selalu memikirkan aku,
maafkan diri...diri ini bakal dimiliki. 

Izinkan aku, bahagia bersama belahan jiwa takdiran yang Esa. 

Kepada diri sendiri, ingin ku titip kekuatan diri.. Menongkah arus dunia tanpa menoleh lagi. Melawan dugaan mendatang tidak bertepi. Menilai kaca permata dalam simbahan cahaya...

Memilih kejalanNya, yang tidak pernah serong ..
Memilih kekuatanNya untuk menumpang tenaga...
Memilih kasih sayangNya untuk aku sandarkan....
Memilih keredhanNya untuk aku tetap beriman..
Memilih kecintaanNya untuk aku tetap damai di hati nan rawan.

Sesungguhnya,
Hidup dan matiku hanya padaMu....
Maka, aku akan sentiasa menyembahMu,
Allah yang satu..... 


20.10.13

As loud as she can..


Hamburan keledak jiwa seorang manusia biasa..

Saat ini, ada suara aku sekat di lorong tekak. Ada tangis aku tahan dari mengalir ke pipi, dan ada gemuruh hati yang aku sulam simpan dan peluk kejap-kejap agar tak terperhati.

Mungkin sukar untuk membicarakan tentang personal diri pakai bahasa ilusi. Tapi..aku insan seni. Maaflah aku insan seni...jiwa ini halus dan penuh delusi, fantasi dalam dakapan ilusi, melankoli dalam hati dah terlalu sebati. Apatah lagi emosi....apatah lagi jiwa, perasaan dan hati.... Apakah haram benar untuk aku berkongsi?

Aku terasa, aku terasa bagai sampah...apatah mungkin najis paling basi. Keluarga mencaci, menhina dan mengganggu dengan jutaan panah berduri. Cukuplah, cukuplah dengan santapan nafsu yang tak terhenti... Apatah belum puas, jiwa dikenduri..belum nikmatkah aku diperlaku begini..

Cukup redha aku diperlakukan sesuka hati... Ya, akulah anak tidak kenang budi...
Tapi kenangkanlah apa dosa aku pada kalian pernah aku lakui....
Dimana kasih dari seorang adik pada seorang kakak...
Dimana hormat dari seorang ipar pada ipar..
Kemana sayang seorang ibu terhadap anak?

Cinta..

..aku diperlaku bagaikan si bodoh. 
Diperlaku bagaikan seorang bahalol.
Dilayan .....

Kemana hilangnya? Dimana silapnya..atau apakah kurangnya? Perit benar mencari kebahagiaan, sukar benar mencicip ehsan sesama insan. Sedangkan hanya itu yang aku cari, dan hanya itu yang enggan menghampiri... Malah menjauhi.

Aku melihat kebahagiaan yang aku sulam, yang aku sematkan dengan luhur, ikhlas dan kasih sayang kian menjauhi aku. Menyedarkan aku untuk berhenti bermimpi, berhenti mengharap lagi....berhenti dalam lamunan yang tidak bertepi. 

Benar berat di bahu ini, sungguh perit rasa hati ini..
Bagaimana lagi daya aku tempuhi.
Harus apa cara untuk aku tangani...

Mungkin aku harus pergi..
Mencari ketenangan hati..
Berhenti mendambakan cinta insani..
Dengan mengabdikan diri,
PadaMu ilahi...

Mungkin cintaku bukan di atas dunia ini..
Mungkin juga bahagia aku di syurga nanti..

Dunia bukan untuk aku, ku yakini..


19.10.13

Tak se-bisa..

Tangisan pulau,
tak se-deras tangisan hati ini..
tak se-dingin relungan jiwa ini..
tak se-basah pipi di saat ini..

Kesejukkan udara,
tak se-beku hati ini..
tak se-kontang rasa ini..
tak se-perit perasaan di saat ini...

Namun..

Suram malam,
bisa menamani ke-suraman seorang aku.
bisa menemani kemuraman seorang aku.
bisa memeluk susuk kaku aku.
bisa menenangkan kembali,
kekusutan nan terkeliru.

1.26AM
19/10/13

Tak rela ku turutkan hati.




Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah smentara.......
Yang terpahat diri hanya kenangan dan nestapa...























17.10.13

Marah bukan sifatku.


Ku tak ingin memintamu,
Untuk mengasihiku..
Dan apatah lagi mengasihaniku..

Jua itu tidak sama sekali....

Aku terkenangkan,
Saat manis dulu...

Tak pernah kau meninggi suara,
Bila berkata-kata.....

3.10.13

Pujangga bintang pada lautan malam.

Malam ini,
langit cerah indah..

Punya bulan bernyala,
punya bintang gemerlapan,
punya kata pujangga..
dari aku dan dari kamu....

Kata kamu,
aku umpama purnama malam..
Aku indah, berseri..

Tapi aku tak ingin menjadi purnama,
bialah aku sang lautan luas...
memiliki seluruh alam.

Kata aku,
kamu bintang terang..
berkilau memancar malam...

Biarlah aku lautan besar,
memantul cahaya indah dari kamu..

Mempamirkan keindahan milik kamu,
yang tiada kelihatan dari yang lain...
yang tiada kamu sedar keindahan itu sebelum ini..

Kata kamu, biarlah lautan tiada buat sang bintang..
Tapi jangan bintang suram di atas lautan...

Kata aku,
biarlah alam saksikan kasih kita..
sayangi perasaan kita..



@BaktiPermaiUSM

27.9.13

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang...

Dulu dipuja...sekarang ku di sayang... Eh?

Ehem..sekarang aku dah macam 24jam busy, biasalah... '..cita-citaku menjadi orang kaya! Heyy... ' 
Semalam, berinai pengantin sampai 2 pagi, aih la... Sebab lambat bancuh inai, lambat lah siap dan lambat menginaikan pengantin, tu belum seisi rumah lagi tuh.. Tak kisah lah, asalkan semuanya diakhiri dengan kesempurnaan... Semua pun happy!!

..'Dulu ku senang juga, tapi sekarang alhamdulillah!! '

Ini antara corak inai yang diminta pengantin, bagi gambar atau cerita jer nak konsep apa, lepas tu aku draw-draw-draw jelah.... Memang penat, orang tengok pun rasa penatnya.. Tapi tidak bagi aku! Bagi aku ialah kepuasan... Puas gilee kot dapat badan untuk dicontengkan.. Aku wonder, siapa nak derma badan untuk aku draw.. Maybe di paha..di bahu, dada, perut wahahaaa...

Liar!

Ok, dan minggu ini aku sebenarnya busy dengan persiapan kahwin customer. Yang bakal berakhir jam 3 petang nanti. Dengan hiasan hantaranya... Dengan siri junjungnya.. Macam-macam hado lah pendek kata..

KakTon selagi depa tak lansung, memang KakTon risau. Tak boleh rest... Aih aih aih...

Ape pun, selamat hai jumaat dan perbanyakkan beramal ibadat dan beramal soleh sesama insan. 

' Bersyukurlah pada yang maha kuasa, memberi nikmat untuk semua...'

^_^ Jangan lupa, untuk mencuci mata tengok lukisan dan corak inai terbaru dari aku..dila LIKE fanpage ' Jong Jong Inai ' yeahhh...

LuvyuOls mwah mwahh....


24.9.13

cinta

Apakah aku cukup dewasa untuk memperbincangkan soal yang satu ini, aku akui aku belum cukup matang untuk menceritakan alkisah sebuah cinta sejati. Aku bukan juga, pencinta sempurna.. hati ini pernah patah, pernah teguh dan pernah bermain-main di dalam cinta.. hati ini pernah mencurigai cinta, dan pernah memaling cinta...pernah membenci cinta dan pernah menjadi hamba cinta..pernah mendamba cinta, pernah mengkhianati cinta, pernah menyanjung cinta..mendewa-dewakan cinta.. aku insan biasa.

Cinta mengubah aku, cinta mengubah kamu dia mereka dan siapa-siapa sahaja. Kerana cinta, manusia buta..manusia gila, manusia alpa dan kerana cinta juga, manusia hina berupaya berubah menjadi manusia mulia..

Power of love...... katanya.

Suatu ketika dulu, bagi aku yang seorang aku ni.. cinta adalah seharusnyaaa INDAH. Yang seindah drama cinta, filem cinta, novel cinta dan semerdu lagu-lagu cinta. Lalu aku ingin hanyut di dalamnya, memejamkan mata dan menikmati manis bercinta.. 

Apa bisa aku pedulikan? Asalkan manis..ya itu cinta. Andai pahit..itu bukan cinta, itu menghamba. Andai tidak berdua, itu perosakcinta, sulaman kata cinta WAJIB. Sulaman bisikkan cinta, HARUS. Khayalan cinta..perlu-perlu belaka. Lagu cinta, aduhai indahnya...  Harus, harus nampak sempurna, harus tampak indah berbunga-bunga, harusss...

Kini, mungkin aku telah melewati usia tua..ahaha!! Mungkin aku telah lewati zaman matang untuk menghayati cinta. Mungkin aku telah tepu diuji dengan pelbagai ujian cinta..atau mungkin aku telah melalui pelbagai cinta-cinta antara dua jiwa, yang membawa aku kepada satu usia menghayati cinta dari perpektif berbeda. Maksudnya sangat beza.. serius aku rasa BEZA.

Entah mengapa, sentuhan ini beda. Sulaman cinta ini asing benar.. rasa ini lain sangat. Benarkah ini cinta? Hati tertanya-tanya, bisikkan-bisikkan jahat singgah-singgah di kuping telinga, ' ah..ini bukan cinta, cinta harus indah~ ' Apa yang dirasa? Aku merasakan biasa-biasa sahaja..
Literally, natural...BUT deep.

Kejadah? Semulajadi tetapi dalam?

Tiada aku diberi yang indah karya novel, tiada drama cinta, jauh sekali filem romantis. Walau sekuntum bunga.. yang akhirnya kan layu. Tiada, pokoknya tiada dan dahannya mustahil benar. Usah bermimpi mungkin.. atau tak perlu mengharap. Hahahhaa

Tapi?

Tapi cinta ini damai, cinta ini tenang, cinta ini santai dan cinta ini mulia.. Cinta pemberian yang Esa buat aku yang tak kunjung putus asa untuk mendoakannya, mendoakan hadirnya cinta sempurna buat aku. Yang cacat pada lain, kurang pada yang lain, tapi cukup-cukup sempurna, cukup-cukup memenuhi kekurangan aku.. cukup hanya aku dan separuh jiwa aku untuk merasai kesempurnaan itu. Cukup.

Cinta yang paling hambar, tapi beerti.. cinta paling dingin, tapi hangat di hati.. cinta paling kacau bilau, tapi damai di jiwa kami.. cinta paling rahsia, tetapi telus di hati antara kami..

jadi ini kategori cinta apa?

Beberapa kenalan sering benar bertanya pada aku :

A : '' weh..camna nak tau orang tu jodoh kita?''
B : '' mana nak tau, kawen nanti baru tau tu jodoh kita.."
A : '' pastu? kawen melulu than tu jodoh? Aishhhh..."
B : '' selepas melakukan yang terbaik dari segala aspek, kemudian kita menyerahkan bulat-bulat pada tuhan, maka yang terbaiklah yang datang buat kita. Dia maha mengetahui, maha pengasih dan penyayang kan.....''
A : '' Complicated la hang ni, ok tengkius.. ''

Apakah itu cinta?

Pada aku, cinta itu hadir sendiri selepas kita mencintai Pencipta, kemudian mencintai diri kita sendiri.. cinta akan hadir tanpa dicari.

Pada aku, cinta ialah belahan jiwa. Tak perlu bersuara..kita mampu membaca. Tak perlu bersemuka, kita mampu mentafsir perasaannya. Tak perlu madah indah, hati tenang merasakan romantisnya cinta.

Mudah!

Terima kasih cinta,
terima kasih mencintai aku, kerana cinta kamu kepada yang Esa.
terima kasih di atas doa-doa kamu, ingin aku dicemburui bidadari syurga.
terima kasih kerana kesudian diri kamu, menerima aku seadanya.

^_^'

2.9.13

ABC Pak Ali di Pantai Merdeka.

Udah mengalami beberapa malam nan ngeri, udah tempuhi malam-malam yang aneh sekali.
Cukuplah tubuh ini menompa derita gangguan jiwa..
Entah mengapa, emosi nan berantakkan hingga membawa kepada kekacauan dalam perhubungan, dan akhirnya memenatkan kedua sepasangan....

Dan akhirnya, si dia membawa aku menenangkan fikiran..
Katanya aku harus berhenti berfikir sejenak dua...
Harus istirehat barang sehari dua...

Lantas, aku dibawanya ke Pantai Merdeka..
Katanya, misi mencari ais kacang@ ABC tersedap abad ini..
Ahh...apa-apa sahajaaa...

Taraa!! 


Benar mencari ABC terbesar abad ini, dengan harga semurah RM5.00 semangkuk.. :

Anda! Bisa kekenyangan...
Anda! Bisa sugarRushh...
Anda! Bila terkena kencing manis hihi...

Okay! Selamat malam semua..
Update merdeka menyusul,,
Anggap saja ni entry Melangkah bendul. >_<'



29.8.13

Dan telah agak lama aku menghangatkan dingin..

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi,
Membenih mimpi dan mencetak ayat terapi,

Pohon ini makin layu,
Daunnya makin kering,
Tanpa air dan mentari ia cuba berasimilasi,
Dalam dingin kubikel terasing.

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi...



Syurga cinta kita.

Aku membisikkan rahsia cinta,
pada kelam nan berlalu..
dan pada cerah nan mendatang..

Kaki ku melangkah laju,
menuju mentari bahagia...
menghindar pekat sang duka..

Dalam perjalanan membawa ke senja,
..punya hati terbisik hiba.
Terpaku aku pada bayangan purba..
Tersilau pada pancaran muka..
Termanggu mencari jalanan nyata..

Terduduk aku mengenang sisa asmara..
Mengesot menyuci daki bernoda..
Sangsikan cinta..

Yang termampu....

Memohon petunjuk tuhan yang Esa,
menyerah diri pada yang Berkuasa...

Memujuk hati, 
usah diragukan hatinya dia..

Cintanya dia, bakal membawa aku ke pintu syurga..



28.8.13

Sandaran bahu..


Kadang-kadang, sandaran kita kerusi..
Dinding, lantai, pintu, papan besi tiang dan segala objek yang tegak...

Hingga kita lupa,
Sandaran terutuh kita..
..adalah mereka yang selalu ada buat kita..
Selalu bersedia memujuk kita..
Meransang nyawa kita..
Dan mendamaikan jiwa dan raga..

Bergelar, sahabat selamanya.
Dalam outeh panggil Friendship forever..

Terima kasih Juliet, 
Love you! :)

25.8.13

I dream too much.


Ada kaca nan terpecah,
Punya hati kian musnah..
Ada tubuh yang berdarah..
Di jiwa kosong dan pasrah..

24.8.13

Di sini 5 tahun dahulu, dan masih disini...






Mencari erti kehidupan yang sering tersakiti.. :'(

The brokens one!

Terima kasih lah... pada yang sudi membaca, aku fikir aku dah kehilangan semua raeder-reader dulu.
you touched my hearth baby... :)

Currently, baru siap nak ke open house raya kawan.. Kemudian nak ke bundle than malam nak ke majlis berinai, menginaikan mempelai. Camnilah, rutin hujung minggu adalah PACKED!!!!

Alhamdulillah....selagi nafas terhela, tak ingin diri ini melakukan hal yang sia-sia..

Aku bukan kaki lagu, bukak kaki radio. Tak penah ada walkman atau berangan berMP3. Hidup aku selalunya sunyi...walau aku menjahit atau membaca atau buat apa sahaja..aku selesa keadaan sunyi. Biar natural..... tapi kalau nak dengar lagu, ya yaa...dengar bebetul..kita ke HardRock ...kih..kih.. almost 2 tahun tak ke sana.. rasa takda apa disana, walhal dulu...hujung minggu memang disitu aje... biasala budak-budak muda baru nak up, lepak tempat kerlass... Yang dah up pun banyak disitu. Ah..ape-ape jelah...

Satu tahap, aku rasakan kesunyian aku dah di tahap tepu. Lalu aku hulurkan pendrive kepada kak naddy, minta dia bagi beberapa lagu untuk aku sematkan di dalam ipad dan lappy aku. Laptop ja power...buka music boleh bikin hati patah woo...loser-loser. Dengan tidak mahu perkara ini terjadi, aku lantas mengambil keputusan minta random lagu-lagu dari member-member... so aku nak menjahit aku akan on music.. layan... boleh la...rasa gamat and semangat sikit.. ok lah.... lagu tak best aku skip..skip..skip...

''..i know, they've hurt you bad, why hide the scars you have..baby let me straighten out your broken bones...all your fault to me make you more beautiful.. ''

Eh..eh...lirik ni mengancam. Lama-lama aku terlayan lagu si Dia Frampton ni and hafal kemudian nyanyi record delete balik...nyanyi sorang-sorang and ulang-ulang...ulang..ulang...sampai nak tidur pun dengar... why? why?

Haha..tak payah tahu kenapa, aku suka suara and lirik lagu ni.. macam ... '' maybe i see a part of me in them, the missing piece trying to fit in '' entah la.. broken tang mana pun aku tak tahu.. bukankah aku sedang gembira menuju hari bahagia-bahagia ku itu...  so, aku assume aku just suka minah ni sebab dia howt!!!

How i wish, i have big round eyes... like her. So maka renunganku takkan mudah dulupakan sesiapa. ouch... how i wish, suara aku sedap dan mampu mencairkan hati-hati yang rawan...

Kih..kih..stop it erin, stop it!! geli muntah...

Ok lah, kepada broken broken ones di luar sana dun be sad...carilah cinta itu, carilah selagi terdaya dan sekira andai uols tak ketemui cinta yang didamba diharap di pinta.... kembalilah mencintai yang berkuasa dan mencipta kita. CintaNya jauh lebih suci, indah dan tak pernah kurang sedikit pun buat kita hamba-hambanya.....

Jangan broken-broken, because.... i'll be your anchor slowly step by step yer.. eceh, pujuk.

ANYWAY!
Have a nice weekends! Later on akan update apakah yang aku akan beli di bundle, atau takda apa-apa.. Chiow!!!


Dia

Dan bila terjaga,
tiada siapa disisinya..
Bila ketakutan,
tiada siapa sudi menamani dia..
Bila terkilan,
memujuk dia bersama dirinya..

Bila rinduan,
Yang Esa dicarinya..


23.8.13

Istikarah cinta.

Hamba itu lebih hampir kepada tuhanNya, apabila dia sujud..
Pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab dalam istikarah..
Istikarah hati mendebungakan cinta, dan menemukan jawapan..
Jawapa yang pasti, dalam memburu cinta illahi...

Happy friday friday friday...

Semalam tak dapat lelap, guruh petir ribut dan hujan lebat. Harusnya aku berteleku di sisi sajadah memohon doa.. Namun hanya diizinkanNya sekadar di hati sahaja.Nikmat rezeki malam jumaat selalunya hebat.

Terkenang suatu ketika, semasa aku menuntut di Madrasah Misbah Al-Falah. Malam jumaat sering membawa bersama ribut dan angin kencang.Aku tak berasa apa-apa tetapi seorang senior, bernama apa masyallah tak ingat. Dia akan bersembahyang malam dan memohon keampunan dalam air mata. Menyediakan diri menghadapi kiamat tiba sekiranga itulah waktunya... nampak tak kezuhud-an beliau ....

Menyedari hakikat sebegitu, aku menjadi gundah setiap kali malam jumaat atau hari jumaat.

Anyway..

Lately, aku tertekan dengan keadaan. Dengan study, kerjaya and perniagaan. Aku redha dan telah bersedia untuk mengorbankan salah satu antaranya. Mohon diberi petunjuk dari tuhan, buat aku memilih keputusan.

Terkadang, yang indah di mata..yang manis di rasa.. bukan yang terbaik buat kita.
Kadang-kadang, yang sukar dan perit di telan..itu yang terbaik buat kita..
Dan mungkin juga.. keduanya ada hikmah selagi kita berserah bulat-bulat kepada yang esa.

Seseorang bertanya ' apakah matlamat hidup kamu? '

Jelas, hidup aku di skala terumbang-ambing yang nyata. =___='
Apa pun ketentuanNya, Dia maha pengatur segala-gala buat kita.....

^_^ Jazakallah....

21.8.13

Felt pillow maker, expert one occay!~

Lastnight with broken hearth, i do sleep and cry. Mengada!
Semalaman tak dapat lena, perut cramp cramp cramp.. maka, seawal jam 5 aku dah terpacak di birai katil, buat keputusan nekad mandi than masak bubur pagi-pagi buta... kerja gila, mana taknya..perut meragam minta suapkan makanan nyaman dan berkhasiat...

Cukup kot intro panjang lebar sebegitu, i love felt!!!!!! Haaaa..apakah felt. Google sendiri tapi yang pasti i love felt materials. Cita-cita nak memborong di China kena tunggu tahun depan insyallah... so sekarang kena bercita-cita kumpul duit dulu yer...

Felt merupakan kain yang gebu dan tak payah nak kena jahit tepi bagai. Senang kerat jahit mana perlu sahaja, takkan berbulu di tepi..terberetas benang takdak-takdak.. so kita bebas melakukan apa sahaja dengan kain felt ni!

Aku? aku buat bantal tadaaa...!!!




 Ni ha, gambo kedai kecil ku di USM. Kadang buka kadang tutup ikut mood kau je bedah. Tapi memandangkan sekarang aku penganggur terhormat. Maka selalu lah buka kih..kih..kih... Tu pun buka sebab nak buat order, kalau tak jangan harap aku buka. Teruk gila, bila nak berjaya camnie...bilakah bilakah...

Market? jual bantal ni marketnya luas..alhamdulillah sepanjang aku meniaga benda alah ni.. permintaan tak henti. Kalau musim cuti kadang-kadang tangan jadi sotong... boleh mengamuk-mengamuk gak time tu.. sikit-sikit mengamuk, sikit -sikit mengamuk. Sungguh takdak kesabaran iols ni huhu...

Walaubagaimana pun, alhamdulillah... sejak aku mula buat benda ni, makin ramai crafter yang dah muncul tiba-tiba and buat bendasama. Apakah bendasama??? Yang terharunya, ramai crafter aku dah jadi supplier and aku pulak jadi customer mereka itu, deorang siap ada yang dah menguasai pasaran felt tempatan which is aku nak buat dari dulu, jual kain felt.... tapi malangnya aku masih di takok lama... tak supply apa-apa and just jual bantal. Aih...takpalah...rezeki depa..

  

However, aku gembira dengan penghasilan bantal felt aku. Sebab sejak aku buat bantal ni.. makin ramai bertukar buat bantal ni pula.. tak boleh elak situasi tiru-meniru. Yang penting kualiti berbeza... insyallah kualiti tangan aku ni lain sikettt dari yang lain..bhaaa..haha up diri pulaks!! Tak caya tengok arr sendiri... 
 


Tidakkah uols nampak macam bantal ni gila gebu? Gila sweeet macam aku and yang penting... kemassssss..... aku dah bertahun buat benda ni, still adore dengan hasil kerja sendiri. Tak tau nak kata apa dah la kan..self obsession dah lagu nie.. ^_^

Kalau nak tengok felt pillow @ bantal felt aku ni boleh ke www.artsyzsuzie.com.my yer uols!

Pesanan akhir, kadang-kadang kita rasa kita tak guna disisi masyarakat. Tapi kita kena fikir balik..yang penting sekali ialah adakah kita tak guna disisi Allah. Jangan emo..jangan emo like i do recently. :p

tATa!!! mwah..

Maafkan, ampunkan..

Maafkan hati, rakus mencari cinta..
Ampuni hasrat ini, haloba menjangah bahagia..
Sedangkan ku tahu, beribu batu jauhnya..
Sedangkan ku sedari, sedalam lautan letaknya..
Dan aku akui, seluruh dunia nilainya..

Maafkan hati, menitip senyum tawa..
Ampuni hasrat hati ini, mengemis kasih manja..
Sedangkan ku tahu, diri ini ibarat debuan sahara..
Sedangkan ku sedari, kilauan bintang memanah tajam ke mata..
Memungkiri impian, meninggalkan duka air mata..

Maafkan hati, masih ingin mencuba..
Ampuni hasrat hati ini, ingin dikasih mesra..

Sedangkan ku tahu, Dia maha berkuasa..
Dan aku yakini bidadara hati mungkin di syurga,
Atau mungkin disisi kita...

Selamat malam dunia,
Selamat malam impiana..
Selamat malam hati nan terluka... 

21-08-2013
01:05
Selasa@AmanDamaiUsm

20.8.13

Jong Jong Inai Penang!



Welcome to my new FanPage so called ' Jong Jong Inai ' ! Taraaa....... ^_^
Ehem.... hobi aku melukis, pernah menang pertandingan mencanting batik few years ago.... than, tak pernah menang apa-apa dah sebab tak pernah sertai apa-apa pertandingan pun after that. But me inside....seorang pencinta seni. I love drawing tapi minat tu sering terpadam dengan kesibukkan mengejar hal lain yang lebih menguntungkan. Nampak tak disitu? So melukis tak menguntungkan?

Otak kecik.

Semuanya bermula dengan minat, hobi melukis inai di tangan orang memang sejak dulu.. tapi suka-suka jaaaa.. tak pernah terfikir nak lukis inai pengantin ohh noo...clumsy like me? possible to rosakkan majlis orang taw..taw...

Tapi....aturan yang Esa.

One fine day, aku buka gerai di tapak konvo.. aku ambil 2 khemah, satu jual barang craft aku.. satu lagi barang kecantikkan Treenea Vco. Sebab aku dealer penang. Than fine lah... pekerja aku melayan customer and aku bosan..melepak di gerai-gerai sebelah. Tiba-tiba ada seorang minah siam selamba datang depan gerai aku letak meja lukis inai.. RM10/Hand.. aku macam oke oke je...

' Isk tak cantik lahh..kak erin lukis lagi cantik!! '' haa? siapakah yang menyeru-nyeru namakuh ini?

Rupanya bebudak ni ada melukis inai, katanya design tak antik awa..Aku pun membelek-belek dengan muka macam taknak tau sangat tapi sebenarnya nak gak tengok lawa ke idok minah tu draw inai kan..kan... '' ooo..ok la ni simple ni. '' balas aku pada bebudak tu.. jaga hati konon padahal dalam hati '' uih...bior bonar, lukis bulat2 petak-petak dah RM10.00 LUMAYAN! '' Nampak tak? nampak tak si mata duitan dah rambang....

Aku pun, keesokkanya menyibuk buka meja. Nak jugaaaaakk... tapi bukan depan gerai aku..tu obvious sangat. Aku setup port di gerai member jual baju.. ala-ala depan simpang tiga corridor khemah-khemah penggerai. Kira strategik habis... siap buat mini bunting dengan kain felt oke... mak memang overActing!

Aku pun mulai menjalankan promosi dengan melukis tangan sendiri, tangan pekerja-pekerja aku semua dan melarat ke tangan jiran-jiran.. Lama-lama jeng..jeng..jeng... '' kak...saya nak lukis inai berapa RM? '' BINGGO! here you go... aku pun mulai melukis tangan customer pertama ku....

Semasa melukis inai, maka ramai berkerumun menonton sesi lukis inai secara live... dan siapa tak terpaut hatinya kan..sapa boleh tahan tengok tangan tangan member terlukis indah tanpa mengsua tangan sendiri kan... RM5 je kot... so.

Hari itu sahaja lebih 40 orang pelanggan aku conteng tangan depa, sampai tangan aku shaking sebab non stop drawing sampai customer suh rest hahaa....funny lah uols. Dan bermula daripada itu... dengan galakkan dan sokongan En.Tun*** yang selalu nak challenge-challange aku tak abis-abis. Aku pun berasa berani untuk berniaga melukis inai....!!!!!

Bermula dengan fanpage : JongJongInai   <-- br="" click="">



 Ni profile pic page aku.
Gambar baby mana ntah, aku lukis tangan dia than masa nak snap jari dia duduk tak diam memaksa aku untuk memegang jari telunjuk budak 3 tahun tu and SNAP!

Cute gila pic spontan nie...


Ok,ni aku lukis bila bosan sahaja.

Bye!!

19.8.13

Kahwin dua wtf?


Ehem.... latsday 18.8.2013 was a good day.
Semua bagus, semua cantik semua girang... Tapi aku taknak cerita fasal semalam pada entry kali ini. HoldOn.
Ada hal lebih penting disini.

Ehem!!!!!!!

Kahwin dua. Jeng..jeng..jeng....
Siapa sanggup berkongsi suami? Siapa sanggu memegang gelaran sebagai isteri pertama atau isteri kedua? Sanggup? Nak payung emas kenalah sanggup... tapi ikhlas tak????

Hi..hi..hi... lastnight me and my fiancee ada sedikit pertengkaran. Tentang kahwin dua... sometimes guys suka buat joke tentang isu 'ini' . which is not funny AT ALL!!!!!

And aku tetap aku, mencantas joke tersebut dengan emosionalnya drag situasi tegang sampai dalam kereta sampailah tak jadi hangOut dengan bebudak-bebudak tu semua. Nampak tak kerakusan aku dan kesensitip-an aku kala itu.. haaaaaaaaaaaaaa.....
And dalam kereta, opkoz opkoz i nangis uols... setitis-titis sampai beringus and he juz lala..lalaaaa....diam. Than continue bertengkar 2 3 4 das tembakaan bermula lagi... nampak tak tak penat lansung bertengkar iols ni..

dia : tengok tu..bergurau nak take serious .. bla bla..
aku : nak bergurau pun agak-agak la...blabla..
dia : ohh..yang dia cakap ' aku pun tak sure dia tunang aku ka tak ' tadi tu takpe?
aku : abis! kalau jumpa kawan lupa kita tu takpaaa??
dia : than..nak ngamuk depan kawan-kawan la..blabla..
me : bistu..blabla..blaa..
dia : blabla...
me : ..laki memang boleh kawen dua, so tu bukan joke. tu joke yang logic and possible! kalau perempuan bolah kawen dua..saya joke macam tu suka tak?

Bla..bla...pertengkaran berlaku naik turun tone suara masing-masing nak menang sampai penat, both diam and layan kepala masing-masing. Iols dah tak cry...iols teringat sesuatu...n i said :

'' you know somethin.... saya dulu pernah cakap yang saya tak kisah bermadu. And i mean't so much walaupun mypast tak berniat untuk memadukan saya.. tapi kalau ada pun iols taktau la. And now saya rasa tak boleh and taknak and tak sanggup nak  bagi izin suami saya nanti kahwin dua... so kamu faham sesuatu tak sekarang? ''

 Suasana dalam kereta hanya kedengaran radio bum bang bum bang....

'' nak makan tak? '' dia tanya aku..
Angguk-angguk... ego taknak ngaku.
'' ok jum pi Subaidah lah k? ''
Angguk-angguk..muka keras tengok depan, ego kuasa2.

And after that, kami makan and start sembang and lama-lama boleh dah gelak-gelak tengok gambar-gambar pre-wed kami pre-wed kepala hotak kau, sebab kami jadi pengapit, maka baju kami sedondon maka nampak macam gambar pre-wed haha..   :p

So..so..so...

Guys, joke kawen dua tak FUN at all please.........
Guys, orang kata ucapan tu doa... TAK FUN juga please....

Have a nice day! workHard workSmart ok.
Aku lepak ja, al-maklum penganggur .. +_+' 





16.8.13

Selamat datang kesayangan baru!





Selamat menjengah dunia, selamat datang kesayangan baru..! Dari kejauhan aku@kak long menunggu update dari papa menerusi wassap. Selesai solat maghrib yang disertakan doa mohon Rabuul izzati memudahkan kelahiran tersebut, khabar penuh syukur aku terima beberapa minit kemudian apabila baby dan auntie telah selamat dan semuanya gembira. Alhamdulillah...

Hati batu ini turut merasa gembira, sambil membelek-belek gambar bayi yang fresh dan masih berdarah di wassap. Entah datang mana, tiba-tiba satu perasaan yang menyentuh jauh dari sanubari. Menyentuh hati batu aku yang tidak sekeras tadi.. membawa keluar air mata bergenangan... Aku mencari punca tangisan ini, mungkin melihat kekuasaan Illahi..atau mungkin melihat pengorbanan seorang ibu dan isteri.. Mungkin aku kagum sendiri..

Dalam kekalutan dan kebingungan, mungkin hati dan rohani pingin ketenangan. Aku menghadiahkan bacaan Yassin kepada yang telah pergi, kepada yang masih disisi dan kepada hati untuk bertenang dan mensyukuri... Aku masih janggal dengan perasaan ini.

Alhamdulillah Rabbul Izzati.....atas rezeki dan kurniaan ini.

Moga dia nanti, menjadi penyeri..memberi nafas baru kepada papa dan famili. Membawa rezeki untuk dinikmati.. menjadi anak solehah persis bidadari.


Selamat datang kesayangan baru Along..




4.8.13

Cerpen : Menghempas Rasa

Handle ku pulas kuat, mendorong motor kecil meluru pantas menuju desasiswa. Aku kecewa..
Entah apa yang dikecewakan, entah apa yang di benak fikiran, dan entah apa-apa air mata ini meluru tanpa sebab tanpa persoalan. Yang aku pasti..aku kecewa, dan kecewa ini membawa amarah. Ahh..lantak. 

Mungkin penat, malah kelesuan. Aku harus berhenti menjadi pemuas hati nafsu perasaan orang. Cukup-cukuplah. Cukup-cukuplah epilog hidup yang dipijak dihenyak. Cukup-cukuplah memujuk diri menatap cermin setiap kali depressi menyelubungi diri. Cukup-cukuplah...aku yang disakiti. 

Semenjak-semenjak ni, amarah aku lebih hebat dari sedih. Rasa sayu entah kemana aku lempar atau mungkin hilang sendiri dek cuak dengan api amarah kencang aku kini. Walaupun takut-takut, tapi sekurang-kurangnya aku dah belajar jadi pemarah.. Dah pandai meluahkan kemarahan...dah tak hukum diri, dah tak rayu hati... Persetan.

Di balik dada nan berombak, nafas yang menggila.. Tubuh aku henyak ke dada ranjang. Harus indah dunia ini bisa ku rasa andai ada pula sepasang lengan merangkul memujuk ku dalam ketika ini. Tapi harus juga berubah cerpen melankolia menjadi cerpen seram. So..

Aku menangis lagi, marah-marah ku lepaskan di cermin lagi.... Nampak, aku tetap aku. Tetap yang menangis tu.... 

Penat bersulam sedih marah kecewa dan putus asa...entah esakkan yang ke berapa mata terpejam, tubuh terkulai..ya, bersama baju lengkap dan hijab .. Hanya terjaga selepas se- jam setengah. Terjaga dek nyonyotan darah di muncung sang nyamuk,,, menyengit terasa di pangkal leher. Ahh..padanlah, jendela terbuka luas...jam menunjukkan tepat 11 malam. Di luar seram..

Apa harus ku lakukan,  mata pedih..kepala berdenyut. Berteleku di birai katil..mencabut tudung, menukar baju seluar dan lansung menghenyak tilam lagi. Terasa lemah.... Telefon pantas aku switchOn dan....tiada apa sms atau misscall. Bagus!! .. takda siapa peduli, akan kewujudan insan pemarah seorang aku tadi. Foine..

Melirik ke sejedah di lantai.. Solat isya' wajib aku segerakan. Disusuli doa yang ku munajatkan. Diakhiri tilawah kecil Surah Al-anfal mengungkap kisah perang Badar rasul junjungan dan quraisy... Apalah sangat jika dibandingkan dengan amarah kecil aku ini. Dugaan genit aku ini..dengan dugaan nabi junjungan.

Bertelaku...meneliti tafsir. Tersandar aku mengenang semula yang telah dilakui. Air mata sia-sia yang dimengaliri... Apalah sangat....apalah sangat...

Helaian ku selak, Ataubah...ok berhenti. Aku harus rehat. Atau tidur, atau melayan perasaan diri...atau mungkin mencari simpati di fb lagi. Pedajal diri... Tidak! ..aku harus tidur dan berhenti mengharap simpati. Berhenti menanti perhatian insani, berhenti menunggu pujuk rayu mahupun penawar hati. Aku telah menemui penawarku hadiah agung dari Illahi...

Maafkanlah...

Manusia mungkin bisa aku cinta, tapi Allah yang lebih sempurna.








31.7.13

eNTRY giveUp

Dah nak habis ramadhan, badan still tak turun-turun. Kejadahnya badan aku ni mengembang semacam.. comfirm bahana jadi penganggur... makan tido makan tido. CIS.

Hari ni aku trawih, tapi 4 rakaat sahaja sungguh sadis. Sebabnya bukan apa..lutut terketar-ketaq, sujud macam nak tebalik.. Imam baca subhanallah panjang yang amat... mejoriti pun balik rakaat ke-4. Tinggal lah pak arab mak arab dan anak-anak arab serta imam arabnya disitu..

Anyway.....

Sebenarnya bagi aku, hidup ini hanyalah satu perjalanan, dan insan-insan yang ..

Sambung esok. Gudnite.
Selamat membeli baju raya di : PINS N BUTTONS CLOSET

15.7.13

Ramadhan 2013.

Hari ni, aku masak simpel jer.. Bubur nasi, dalam bubur ada ubi, carrot, lobak masin, telur sebiji...tidak dilupakan, halia, bawang putih dan bawang merah. Aumm....  Masak dengan serbuk sup ayam, makan dengan serondeng.. Nikmat, sorang-sorang aku mengadap cermin tingkat di meja study hotel. Minum green tea panas dengan epal. Hari ni tak lalu makan kurma sebab tak ada orang paksa motip sangat.

Bila terkenangkan ramadhan, hati rasa sayu.. entah berapa tahun dah aku beramadhan sorang-sorang, kali terakhir rasanya masa zaman sekolah menengah, ramadhan di rumah mama, than rumah nenek,,,  lepas tu tak ada dah. Tapi tak ada masalah, hidup seorang perantau memang macam ni.. Lone ranger la katakan, kih kih....

Yang best, lepas solat maghrib. Kakak-kakak usm kesayangan akan sms ajak ke terawih, merekalah penyeri ramadhan ku saban tahun..bersyukur ada kakak-kakak. Merekalah tempat aku bercakaran, bergaduh, bermanja dan belajar tentang erti kasih-sayang sesama insan. Al-maklum aku ni 'cold' orangnya, bukan cool.. maybe 'batu' bab perasaan.. tak pandai jaga perasaan orang, tak kisah perasaan orang.. ala lantak la, sakit hati sudah nama kau joyah... ape-ape hal pk sendiri ok tak? Ada aku kesahh??? haha keji gila.

..sekarang aku dah mulai sedar pentingya perhubungan sesama insan.. selama ni asyik perhubungan sesama kekasih-kekasih... pakwe-pakwe.. choi, sungguh dua kali keji sifat itu. Tak lain tak bukan nak dilayan macam pwincess la tu kan kan... haha 'lame' ... last-last sakit hati sendiri jiwa merana melara nestapa ok dah.

Saat ini, aku di depan tingkap.. buka luas-luas tingkap, dengar bacaan ayat suci dari masjid Khalid Al-Malik USM. Sayu...sedap...aku tak terawih malam ni, nak siapkan kerja sikit.... dapat dengar pun jadilah.... Sempena Ramadhan ni, aku memang berusaha lagi untuk mengimprove diri. Diri dah banyak dosa, sepanjang usia aku ni..berapa agaknya amalan aku, berapa dosa aku...agak-agak kalau aku mati esok...Rsulullaha dapat tak nak tambah berat part pahala aku nanti untuk ringankan dosa.. Dapat tak aku ni syafaat tu...kemudian, bila di bangkitkan nanti...ada al-quran tak nak bantu aku...ada amalan tak nak teman aku... Taknaklah aku jalan di padang masyar dengan muka, huks...titian siratul mustaqim nanti..perjalanan aku makn meluas, atau makin meruncing dengan tarikkan-tarikkan dari api neraka subhanallah.. :'( .baca kisah hari kiamat..boleh buat meleleh air mata takut..... Ya Allah selamatkanlah aku, kedua ibu bapaku, sanak-saudaraku...serta sluruh umat isam di muka bumi ini....Amin..

 Ramadhan lepas, aku bukan siapa-siapa, malah baru mula bertudung... Ramadhan kali ni, aku tunangan orang. Berat tanggunjawab aku sekarang, aku kena membaiki diri...menyuci hati dan menyuci jiwa, rohani amalan serta segala-gala kekotoran diri untuk sebuah ikatan yang diredhai Illahi... Aku sentiasa berdoa, hidup aku, mati aku..dalam kecintaanNya.. Korang pun, jangan lupa doa baik-baik eah...

Ok lah, panjang benar.
Izinkan aku mengundur diri dan memohon kemaafan di bulan baraqah ini..
Jangan lupa solat!

xoxo hik~



13.7.13

7 hari couple, yeay!

Subuh nan ketinggalan gajah, sahur nan bersisa lauk berbuka semalam... Aku redha jika itu yang telah tertulis untuk hujung minggu aku..

Terjaga dari lena panjang setelah melayan Kaiju dan Gipsy semalam. Apa yang aku nampak, jelas sangat yahudian-yahudian lantang menyeru kehadiran Yakjud-Makjud, siap nak buat robot lawan tu...siap nak timbuns lobang penghubung tu..... yang best, dialog '' We cencel the epocalypse!!!'' Wah dasyat kau... Puak ni tahu, kehadiran kiamat, deorang malah kaji al-quran lebih dari kita-kita hingusan ni.... tapi tulah, cakap soal perjanjian setan....malas nak cakap.

Hi Ramadhan, alhamdulillah.....terasa bagus-bagus sihat tubuh ini.. Alhamdulillah, diberki kudrat melakukan ibadan, dikabulkan doa...hidup menuju jalan baraqah insyallah....

Eh, Bercakap fasal '' couple 7 tahun..ehh, 7 hari..'' 

Izinkan aku meluahkan rasa kecewa ku, bersalut simpati dan iri hati.. eh. Kecewanya sebab....form 3 dah couple. Dasyat! Aku dulu memang dan tekad, couple hanya boleh after SPM. hikhik...gatal gak tu. Bagi aku, budak-budak tak cukup akal tak baik couple... anyway apa maksud couple tu sebenarnya? ''....maksudnya kita dah 7 hari bersama yeay!!'' dialog dalam yutube tu..adoi dah macam menikah nak yeay tu.... sabar yer dik, perjalanan masih panjang. Habiskan SPM, masuk Uni, atau jadi orang berjaya dan berguna pada masyarakat... bariu kita sembang ok tak?

 Simpati. budak ni mangsa teknologi, muda-muda dah ada smartphone haaa camni la jadinya.. aku zaman form3 tu paling canggih pun main utus-utus surat pakai email.. masa tu kawan aku orang omputeh. Nak kenal konon...nak belajar english konon, tapi takda sampai buat video kasi...no such feelings and no no no..... Hp pertama aku, besar kasut sekolah aku. Apecer...

Iri hatinya, budak sekarang so darringgg.... aku nak buat Keek berapa second pun rasa macam demotivated jer...nak buat video pk 20 kali..... so aku iri hati. Aku iri hati dengan keyakinan diri budak kiut ni....tapi bagi aku tak salah kalau over confident, sebab selalunya orang over confident ni kiutt....

Human makemistake.
Maafkanlah budak comel tu, mungkin sekarang time dia jatuh.... Pernah dengar tak permulaan sebuah kejayaan adalah apa bila kita tersungkur? Mana tahu, lepas ni dia dapat offer jadi pengacara atau bla bla bla....... doakan yang terbaik buat beliau. Mana tau, lepas ni dia pakai purdh..alhamdulillah.....

Lagipun, beliau comel jer... selain dari muka tengah mabuk bercinta, beliau tak ada buat salah apa... Alhamdulillah..tuhan masih sayangkan beliau yang cute tu.... kenapakah banyak kiut, comel dan cute...tak faham.

Yang aku marahhhhhh, pakwe dia. Katanya pakwe dia minta publickan...ahhh! engkau nak berbangga apakah  dude... sudah-sudahla, kalau kau sayang dia, make sure 10 tahun lagi aku nak tengok kau buat video '' 7 hari menikah..yeay! '' Aku tunggu bro....

Ntah...aku sekarang pantang sikit salahkan laki, pantang sikit salahkan laki...maafkanlah sifat feminist yang menebal ini. Sedangan, kita semuanya sama....yang tinggal hanyalah kehidupan....

Okeh, sampai disini sahaja aku nak promot benda aku jual ni.

Krunchy Karamel Almond : RM25/Balang. ( cod seluruh malaysia hanya 1 hari )


No : 017-6035556 sahaja available yawn!!


And, siapa nak shopping baju raya jemput ke Fanpage PINS'N'BUTTONS CLOSET ok!

Buhbye..assalamualaikum... :)