Handle ku pulas kuat, mendorong motor kecil meluru pantas menuju desasiswa. Aku kecewa..
Entah apa yang dikecewakan, entah apa yang di benak fikiran, dan entah apa-apa air mata ini meluru tanpa sebab tanpa persoalan. Yang aku pasti..aku kecewa, dan kecewa ini membawa amarah. Ahh..lantak.
Mungkin penat, malah kelesuan. Aku harus berhenti menjadi pemuas hati nafsu perasaan orang. Cukup-cukuplah. Cukup-cukuplah epilog hidup yang dipijak dihenyak. Cukup-cukuplah memujuk diri menatap cermin setiap kali depressi menyelubungi diri. Cukup-cukuplah...aku yang disakiti.
Semenjak-semenjak ni, amarah aku lebih hebat dari sedih. Rasa sayu entah kemana aku lempar atau mungkin hilang sendiri dek cuak dengan api amarah kencang aku kini. Walaupun takut-takut, tapi sekurang-kurangnya aku dah belajar jadi pemarah.. Dah pandai meluahkan kemarahan...dah tak hukum diri, dah tak rayu hati... Persetan.
Di balik dada nan berombak, nafas yang menggila.. Tubuh aku henyak ke dada ranjang. Harus indah dunia ini bisa ku rasa andai ada pula sepasang lengan merangkul memujuk ku dalam ketika ini. Tapi harus juga berubah cerpen melankolia menjadi cerpen seram. So..
Aku menangis lagi, marah-marah ku lepaskan di cermin lagi.... Nampak, aku tetap aku. Tetap yang menangis tu....
Penat bersulam sedih marah kecewa dan putus asa...entah esakkan yang ke berapa mata terpejam, tubuh terkulai..ya, bersama baju lengkap dan hijab .. Hanya terjaga selepas se- jam setengah. Terjaga dek nyonyotan darah di muncung sang nyamuk,,, menyengit terasa di pangkal leher. Ahh..padanlah, jendela terbuka luas...jam menunjukkan tepat 11 malam. Di luar seram..
Apa harus ku lakukan, mata pedih..kepala berdenyut. Berteleku di birai katil..mencabut tudung, menukar baju seluar dan lansung menghenyak tilam lagi. Terasa lemah.... Telefon pantas aku switchOn dan....tiada apa sms atau misscall. Bagus!! .. takda siapa peduli, akan kewujudan insan pemarah seorang aku tadi. Foine..
Melirik ke sejedah di lantai.. Solat isya' wajib aku segerakan. Disusuli doa yang ku munajatkan. Diakhiri tilawah kecil Surah Al-anfal mengungkap kisah perang Badar rasul junjungan dan quraisy... Apalah sangat jika dibandingkan dengan amarah kecil aku ini. Dugaan genit aku ini..dengan dugaan nabi junjungan.
Bertelaku...meneliti tafsir. Tersandar aku mengenang semula yang telah dilakui. Air mata sia-sia yang dimengaliri... Apalah sangat....apalah sangat...
Helaian ku selak, Ataubah...ok berhenti. Aku harus rehat. Atau tidur, atau melayan perasaan diri...atau mungkin mencari simpati di fb lagi. Pedajal diri... Tidak! ..aku harus tidur dan berhenti mengharap simpati. Berhenti menanti perhatian insani, berhenti menunggu pujuk rayu mahupun penawar hati. Aku telah menemui penawarku hadiah agung dari Illahi...
Maafkanlah...
Manusia mungkin bisa aku cinta, tapi Allah yang lebih sempurna.
No comments:
Post a Comment