30.4.09

Pulang..

Selamat tinggal USM tercinta..
Besok andai punya nafas terhela akan ku terus kesini jua..
Lusa andai tubuh masih bermaya akan ku tuju kesini pastinya..
Selamanya andai badan di kandung nyawa masih ku damba ilmu daru halaman mu jua...
Selamat tinggaal teman dan taulan..
Wajah kalian pasti tak ku lupa..
Senyum kalian sentiasa penyejuk jiwa..
Usikkan kalian merawat duka dan lara...
Jangan kau tangiskan pergi ku..
Aku pergi menggenggam rindu..
Pergi menyembunyikan sendu...
Pergi mencari sesuatu...
Maafakan segala dosaku..
Tak terniat melancangkan lidah ku..
Tak hingin mencaci menghina mu....
Aku hanya manusia punya segala cela sesuatu..
Hingga bertemu lagi...
Agar pertemuan masih dimiliki...
Semoga cinta tetap berpadu di hati..
Perasaan kasih mekar mewangi....

28.4.09

Dilamun Cinta Lagi..

Udara yang nyaman tapi bercahaya mengizinkan aku melepaskan "mereka" itu bermain di luar.. Terpancar keghairahan mereka menyedut udara segar di situ. Malah, makin dibiarkan..gamat suasana menyahut sorrakkan gagak-gempita mereka itu.. ..
Hahaa...sayang benar aku pada "mereka" itu..selepas sejam akan ku pungut untuk disusun kembali dalam almari. Rangup dan rapuh bila ku sentuh tubuh mereka.. Sebuah senyuman dihadiahkan buat aku... .." Hik..hik!! Maaf ya...setebal mana kasih antara kita, tak mungkin kalian akan ku peluk cium..." cukup kalau ku sentuh...dan ku bawa berjalan setiap hari mengikut giliran masing-masing.
Kataku kepada mereka yang sentiasa setia :
"..Urm..sudah bersedia untuk mendapat teman baru? .."
...Aku sedang dilamun cinta Adidas pula....

26.4.09

Jum Jalan-jalan..hahaa

I'M FREE!!!!!

Ape yang aku tahu, 29hb April aku akan pulang ke rumah dan 11Mei akan memulakan latihan industri di Jabatan Penyiaran Pulau Pinang.


Exam semalam eah? Overall juz nice jer...and aku memasang target tinggi dalam subjek Penulisan Rencana ni kerana aku memang sukakan penulisan. ( Walaupun penulisan aku tak la bagos sangat ) Tapi malangnya aku memasang target sedemikian, selepas aku mendapat beberapa lukisan abstrak mata kail di atas asgment-asgment yang membawa carry mark sebanyak 60%. Opss....
Urm...nak tahu ker dalam 60% tu aku berjaya dapat berapa?
Hehee....kalau nak tahu, sila ke Skul Komunikasi USM yang berhampiran CIMB dan Muamalat, anda hanya perlu belok kiri selepas menempuh satu pusingan "Roundabout" di puncak bukit yang mempunyai simpang sama ada ke HEP vs Pusat Bahasa atau jalan menuju Minden yang menjanjikan permandangan serba hijau dek taburan rerumput nan menyegarkan alam.

Tapi jika anda memilih jalan tersebut. Anda tidak akan mendapat jawapan kepada persoalan " Berapakah carry mark aku? " itu, harap maklum. Ok, pasti itu membuatkan anda untuk mematuhi arahan berikutnya bukan?
Gud!!!

Selepas itu, anda perlu menuruni curam yang bakal memaksa anda untuk berjaga-jaga dengan break kaki sekiranya anda memandu kereta dan break tangan vs kaki jika anda membonceng motor, hal ini kerana Uni aku ialah berkonsepkan Uni.dalam hutan. Opss...."University Dalam Taman", maka..jurang dan curam mahupun lurah atau cerun dianggap perkara biasa bagi kami disini. ( blagaknyer aku..)

OK! dah tekan break? Sila dengan sepantas kilat memberi isyarat belok ke kiri selepas anda melihat deretan Bank di sisi kiri anda yang seolah-olah sedang bergerak mengundur secara mengiring. ( Yelar sebab anda sedang bergerak kedepan kan~ ) Lepas itu. Sila kenalpasti kereta-kereta yang berpotensi sedang bergerak secara mengundur ( Maksudnyer tengah rivers la tuh~ ) bagi menghindarkan berlaku situasi "Ass Kissing " di tengah-tengah perjalanan, terima kasih.
Hah!!

Nampak pepohon gergasi yang menjadi gerbang menuji Skul Komunikasi? Bercat warna alam iaitu coklat manis dan kuning jagung manis. ( Maksud aku, bayangkan cream coklat yang ditabur ke atas aice cream jagung manis.. ok? ) Urm..kalau ternampak kereta Wira putih, itu lah kereta empunya pemberi markah aku. Maksud aku pensyarah aku lah. Jangan lupa bagi salam kalau anda bertemu kerana " Budi Bahasa Budaya Kita " okee. Kemudian teruskan jer perjalanan anda menuju pintu utama Skul Komunikasi yer..Tolong jangan melenting dan berkomplenan jika ternampak Waja Purple atau seangkatan dengannya tengah baring baik jer di bawah skul kami kerana ia adalah hak milik Dekan Pusat Pengajian Komunikasi. En.Adnan.
@blogmenjerit
Sekarang jelas?

Melangkahkan kaki ke pintu utama mepandangan..sila teruskan hentakkan kaki menuju anak-anak tangga yang bakal membawa anda kepada subjek utama anda. nyaksikan sofa-sofa disusun santai di sudut-sudut tertentu dan sebuah tv plasma berscreen besar di belah kiri anda, kecuali anda memusingkan badan anda dari apa yang tergambar didalam fikiran aku saat ini. Kemudian, sejurus mendongak sedikit
Yelar..carry mark aku tu ler..
Tak perlu lah anda mengkepohkan diri membelek-belek bilik yang berhampiran tangga itu kerana tujuan anda ke sini ialah hanya untuk mengetahui carry mark aku jer okeh..Hmm..da sampai ke tingkat atas betul-betul di kanan anda ialah ofis skul kami. Itu sudah tentu-tentu lansung tidak kena-mengena dengan anda. Jadi sila teruskan mengorak langkah kedepan 5 langkah sebelum membelok kiri. Yelar..cuba lah belok kanan kalau anda tidak terlanggar dinding ofis, jadi teruskan pandangan anda kehadapan kerana tapak utama telah dapat dikenalpasti selepas membuat 14 langkah kehadapan.
Ya..sebelum itu, pastikan anda berada di hadapan pintu ofis seorang wanita yang menampal gambarnya yang sedang kagum dengan kewujudan APEX CAFFE di Queensbay beberapa purnama yang lalu.

Bagus! kerana anda justeru dapat mengagak wanita itulah pemilik wira putih bersih diluar tadi.
Anda memang bijak.....
Oke sekarang, kalau anda dapati ada senarai panjang no ic beserta gred-gred ditampal berhampiran sekitar itu, carilah carry mark aku yer.....
@blogmenjerit
Hurm....ic aku eah...
Nak aku bagi petunjuk jalan ke wallet aku lak ker???

( warna-warna yang digunakan sekadar betujuan menghilangkan bosan anda okee! )

Takmau.takmau..

Aku Study..
Taknak Nangis pas kuar Exam Halls..
Taknak Down pas exam tamat..
Takmau Kemurungan lepas jawab paper..
Takamau Menyesal...
Takmau...takmau...takmau lagi...

+ Syhh,syuhh.....!! +

25.4.09

Study..study lah!!!

Hari yang memenatkan di samping teman dan taulan yang mereng..
Aku dan Juliet, merangkap teman seranjang aku memang menikmati saat-saat yang menggembirakan.... Ohh..tak lupa Ida dan Ina... Thanks gus!!! Tanpa korang..siapalah aku...
Sob...sobb....!!
Walaupaun Exam akan kami tempuh Isnin ni...
( Nampaknye akan ada insan bakalan mencarut-carut dan menyesal-nyesal sambil terkulat-kulat melihat soalan exam dalam dewan isnin ni.. )
Ade la...sape pun tak kisah yang pasti akan ADe!!
Yang pasti bukan aku..
Kredit :

Aku dan Juliet merangkap rumate dan teman seranjang ku...ahaks!!!!

Dah..dah aku nak study..study..study....

Jom kawan-kawan sekalian alam...kite study untuk CGPA mahupun PNGK..

P.S : Kate nak grat dengan bangge kan~

( Sambil kenyit-kenyit mate )

Mood Tergantung..

Aku menaip sejurus mata terbuka sedari bangkit dari ranjang kerana gangguan bunyi si pemotong rumput belakang asrama..
Seperti selalu, tercium bauan segar dan manis Epal fuji membangkitkan arus-arus positif didalam minda..segarnya.... Masih berbaki 6 biji di dalam plastik...
Semalaman yang kritis mentelaah makalah buat peperiksaan yang terakhir isnin ini, buat kali pertama selama menempuh exam aku mencipta target..hahaa.. Isnin ni 40/40% Okee???
( Jangan Cakap Jer Youjie )
Hari ini, bakal bersama teman-teman berlibur di tempat Klise student Usm.. QueensBay Mall... Nak meneman Juliet, teman sekatil ku. Mahu mencari Heels katanya.. Buat persedian latihan industri nanti. We'll see.. apa agenda seterusnya nanti...
Aku menyikat rambut..
Seperti selalu, hampir 50helai gugur lagi... Sikatan seterusnya..mungkin 40 helai...35 helai...
Mengapa ya....??
Lansung mood aku tergantung....

24.4.09

Hujan tangis..

Menjenguk jendela dari kamar bisu..
Aku hanya terpandang hujan yang makin buas menghempas bumi..
Sedang hati rapuh menahan sunyi..
Bersoalkan apakah terlalu sebal kehidupan pernah dilalui..
Aku memilih lena di kamar sebagai medan untuk terus berlari..
Bersembunyi..
Bersatu nafas kita seirama..
Liuk tubuh coba menggoda...
Kau menghulur jemari..
Ku raih lembut ke sisi..
Disini embun..
Disini debu....
Lalu segala yang tercipta hanyalah,
Sabda pendita rindu..
Menyelak kekain rahsia..
Terpana ku dalam keEsaan cinta..
Menatap madu kasih...
Merayukan asmara...
Gemersik rintih..keluh dan kesah mu..
Terakam padu di kuping ku...
Menghantar rasa dingin di kalmu..
Saat tempias mu mencium nikmat pipi ku..
Saat aroma tubuhmu melekap ke tubuh ku..
Akan semakin resah untuk bingkas berlalu...
Ingin ku abadikan saat ini dengan mu selalu..
Keindahan mu terlalu membujuk nafsu..
Kehilangan mu melampiaskan sejuta rindu...
........Buat Hujan Ku.......

22.4.09

Dun Talk 2 Me..


I'm Suck
..................................................

21.4.09

Analisis Asgment Youjie.. ( JGN BACA! )


Semalam yang dingin mengundang lena seribu kenikmatan..
Mata ku paksa buka untuk meneruskan hari-hari rutin..
Mencuba meyelak jendela dari kamar...
Mengharap hadir pelangi menghias dunia...
Ohh...
Dia tiada didada langit..
Tidak mengapa lah...
Kerna hujan telah memelukku sepanjang malam tadi...
Aku Bahagia..
:girl_5:
Aku redha dengan keputusan asgment kerana aku tahu sejauh mana tahap usaha yang aku galas semasa mengusahakanya. Inilah sekalian naskah asgment yang sempat aku ambil dari pintu pensyarah-pensyarah kesayangan...
Opsss..terlebih suda~

Heh...bak kate budak skema " hei..bodohnye asgment budak nih!! Buat malu lah!! " Hahaa..yerla yerla..wuteva lah yer budak skema oii... Skeati aku lah!! Ok..

Ni asgment KOMUNIKASI DAN BUDAYA aku dan PENULISAN RENCANA. Aku memang excited dengan subjek rencana kerana awal-awal sem dulu aku selalu sangka aku mampu buat terbaik untuk subjek ini. Sehinggakan kadang-kadang aku buat asgment ni 2jam sebelum print dan hantar pada tarikh ajal.. Op..oop...jangan salah sangke keh, aku memang terlalu busy sem ni kerna aku terpaksa berlari-berkejaran untuk Minor Grafik Komunikasi aku yang semuanya 100% okee.... Mampu keww ....

:girl_9:

Keputusannye...nah amik kau Ojie!! Memang padan la...tulis rencana bukan macam tulis blog yer... Plz..bangun-bangun dan sedarkan diri cepat-cepat yer.... Untuk paper nextweek yang saki-bakinye 40% lagi tu silalah anda berusaha keras okee...

BAIK!!!! Aku mula berkira-kira untuk membuat ikrar bagi menebus kelembapan markah aku dalam menuju sasaran A itu...hikhikk.... ...insyallah....

Dibawah ini komen yang memang aku telah jangkakan...kalau dapat bace silakan lah...

( Yala..memang saye hanya pandai goreng ayat mengikut kekreatifan saye jer Dr...camne nih.... )


Komunikasi & Budaya...hahaaa!! Ini subjek yeng menyadarkan aku tanggungjawab sebagai seorang pelajar media massa. Betapa aku perlu berfikir secara kritis dan membuang jauh-jauh angan-angan budak kecil yang perasan cute di dalam kepalaotak aku sepanjang hidup ini..

:girl_1:

Sesungguhnya memang setelah mempelajari paper ni baru aku tahu apa aku belajar selama 4sem kebelakangan ini. Mengapa perlu faham teori Modenisasi..Pergantungan...apa itu masyarakat Massa dan mengapa wujud pengukuhan hagemoni didalam ceruk dunia yang tidak lelah dengan kehadiran Budaya-budaya kecil atau counter culture yang membawa ideologi masing-masing dalam mempertahankan atau menghancurkan entiti nasional dan mengelak perhambaan kapitalis serta sistem patriaki yang merantai pemikiran dunia hingga membelenggu sesetengah budaya.

:girl_4:

Sangat menarik bukan, tapi aku memang terkandas teruk dan amat corot dalam tutorial awal sem kerana aku melewah dalam bercakap dan menggoreng habis-habisan dalam menyuarakan pendapat setiap kali diajukan Prof. Kemudian, entah dari mana timbul minat, lalu aku berusaha menjadi terbaik dan aku masih gagal demi gagal... Hahaa...aku memang fail isu semasa, itulah kunci utama kegagalan menjadi pelajar media sebenarnya, Haih!

Mood aku berubah-ubah setiap tutorial dan pada satu tahap merasakan aku memiliki kebodohan tulen berbanding manusia lain...

Tapi aku masih mencuba...mm..thanks prof kerana tiak jemu-jemu memanggil "Youjie" setiap kali tutorial... Walau aku tahu butir dari bibir ini terkadangnya sampah dan hampas jer...hukhuk... Ya..memang hampir setiap kali aku dipanggil kecuali masa suntuk atau dicuri manusia gila kuasa dalam kelas..serupa seperti aku juga mungkin..hahaa

Hmm...sekurang-kurangnya aku mencuba dan semangat itu datang dari hati yang sering memperuntukkan peluang buat manusia yang sukakan cabaran seperti aku.... Wee......

Asgment ini 30% dan aku mendapat C+ ...aku tak sedih sebab aku akan buat yang terbaik untuk paper Budaya besok...merangkap pada 70% lagi....Weeee lagiii!!! Mmm..ade kesan padam dan diRemark disini... Prof Mus, perlu ker padam 'B' dan ditukar ke C+............

Waaa...........

P.S : Urm....saya dapat lihat kalian itu sedang tersenyum......

WISH ME LUCK

4 2molo paper ok!!

:girl_16:

19.4.09

RM1 Pertama dari Nuffnang...

Aku yang Blur..

:cinonet_01:

Tak tipu memang aku blur..dan hari ini buat kali pertama, dalam akaun Nuffnag aku..selama nak dekat 2 tahun nih..aku dapat rm1.25..

HAHAA...Lantak korang lah nak percaya ke tidak..

Ok, ini bukan salah Nuffnang atau sape-sape..tidak juga sebabnya aku pasif Blogger dan jauh sekali sebab Nuffnang tu menipu ker ape ker..

TAPI salah aku yang tak isi lengkap butir peribadi diri dan salah aku sendiri yang daftar banyak akaun dan asyik-asyik lupe paswod..

HAHAA...Maafin ya kalian..izinkan aku ketawa terbahak-bahak disini...

:cinonet_15:

Kerana : Aku sangat Blur hingga semalam baru aku isi LENGKAP butir diri dalam akaun Nuffnang tu dan selama hampir 2 tahun ni aku promot Nuffnang PREE OF CAS!!! Takpe lah aku tak kisah...tapi yang aku nak gelak terbahak-bahak juga ni ialah sebab aku dapat RM1.25 dalam akaun tu..hahaa.... biarlah kalian-kalian semua yang dah dapat beratus RM dari akaun tu nak kate ape...kate lah..tapi aku happy sebab aku dapat RM1.25 tu...

Hahaaa..nak ketawe lagi arr...

BLURNYER AKU...

( Kalau nak tahu ape itu NUFFNANG...clik jer kat banner tu dan bace sampai faham ok!!! )
&
JANGAN BLUR MACAM AKU PLZZZ
:cinonet_12:

Ice Cream sebagai makanan peperiksaan juga.. :P


Permintaan Hati kuh tercapai hari ini Oyeah!!
Sepulang di kamar kebetulan lagu ini kedengaran dari Leovi kesayangan...



TADAA!!!

P.S : Nggak pernah kok aku mangan ice cream tanpa meninggalkan comot di muka......ok mahu sambung study...

Ponti Anak Remaja Laks~


Takutnya… cerita Pontianak!!!!
Eh.. bukanlah.. Ponti Anak Remaja..
Bagi yang selalu mengikuti karya kreatif Nizam Zakaria, citer ni memang teramatlah berke'Nizam Zakaria'an.. Sebab beliau memang selalu menggunakan unsur khayalan yang tinggi yang digabungkan dengan sedikit unsur mistik dan diperkuatkan dengan sains biologikal.
Rata-rata karya Nizam Zakaria memang unik dan punya tarikkan sendiri bagi, tambah-tambah bagi aku yang suka berkhayal nih. Seperti contoh telemovie Ponti Anak Remaja ni, mengisahkan konflik hubungan perkahwinan antara manusia dan makhluk halus iaitu Pontianak. Diselitkan juga aspek sains dengan pelengkap subjek utama iaitu Pontianak dengan kehadiran elemen hidupan hutan iaitu Bunga Harum Mekar Malam.
Setahu aku, nama Harum Mekar Malam diadaptasi dari nama bunga Harum Sundal Malam. Dan kita tahu bunga Harum Sundal Malam ada kaitan dengan kewujudan makhluk halus Pontianak bukan?
Atau mungkin Nizam Zakaria mendapat ilham kewujudan bunga ini melalui tumbuhan bernama Wijaya Kesuma Mekar?? Bunga yang dianggap mistik oleh kalangan orang indonesia.
(Ok..info WIJAYA KESUMA MEKAR akan aku post dalam entry lepas ini nanti. )
Cerita ini mampu merubah persepsi orang ramai tentang makhluh halus mungkin.
Kita harus sedar bahawasanya mereka itu wujud dan menjadi sebahagian penghuni dunia fana ini dengan hak yang dimiliki masing-masing. Dan berkehendak masing-masing, macam si Pontianak tu, keinginan kuat nak duduk KL je..hahaa
Sharing is Caring okee
Cerita yang mengisahkan Pontianak remaja yang diberi nama Ponti, lakonan oleh Liyana Jasmay. Berbeza dengan pontianak yang sering digambarkan sebagai hantu yang menyeramkan, kali ini, penampilan yang ayu & cute sebagai ponti anak remaja ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

AKU SUKA watak Liana Jasmey yang comel dan pandai memainkan mimik muka dan karakternya yang innocent dan periang selain nilai timbangrasa dan murah hati yang dimiliki watak Ponti.

Gerenti takkan termimpi Hantu!!
P.S : Hantu comel sangat ma..

17.4.09

Surat Dari ibLIS untuk Mu..

( Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulaisantapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkatketempat tidurmu.
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainyaAku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.
Hai Bodoh!!!
Kamu millikku.Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAHAkubenar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita nonton film ' porno ' bersama, memaki orang,mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip,manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat padaorang tua .
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah!!!
Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan ' TERIMAKASIH ' kerana sudah mengizinkankumemanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk mengGoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun..
Aku yang selalu disisimu :
- IBLIS

Adalah aku..kata aku..bukan orang lain..

Suatu saat, sebagai manusia biasa yang mempunyai deria rasa dan perasaan naluri hati jiwa dan hati..kita akan terKAGUM dengan sesetengah manusia yang kita terlalu pandang tinggi...
Secara perlahan-lahan kita akan selalu mengintai..mengintip..atau kita ikuti perkembangannya..kita peka dengan pembaharuan dia...kita suka dengan karyanya...minat mentafsir sikapnya...segala-gala lah...
Dalam angan dan separuh sedar...kita membayangkan kita mampu menjadi sepertinya... Ohh..setidak-tidaknya pun, memiliki kelebihan yang dia miliki...walau 10% jer...
..Tak Kisah..
Perlahan-lahan kita mendekati dia... Kita tahu bahawasanya keberangkalian untuk dia melihat walau sekadar memandang kita memang tipis.. Tapi kita tetap mencuba...tanpa pengharapan...hanya secicip impian halus....
Hakikatnya kita menerima beberapa ketika kelukaan....terasa dipicis-picis kan..terasa diperBAWAHkan...kerana, memang didalam jangkaan dia takkan terpandang walau bayang kita...malah kita sebaliknya disindir pedih atau mungkin diTIDAKPERDULIKAN...
Lansung.....
Kita masih degil..berbekalkan keras kepala dan minat yang mendalam diiring dengan rasa ingin tahu yang mencengkam..kita masih melawatnya...sehari-hari..
Menjadi Fan's Yg TerkAndas....
Dan akhirnya, hati mulai terasa jengkel dengan manusia yang selama ini kita kagumi...
Mulai rasa hairan dan sinis dengan perwatakkan manusia yang kita minati itu...
Terlalu....
ntah la...
Terasa bodoh menjadi segelintir dari manusia itu..
Hahaa....dia hanya manusia biasa...
YANG KLISE

P.S : Hahaa...lantak aku lah!

15.4.09

Bukan Review la..

Abaikan gambar-gambar dibawah dan baca dulu apa yang hendak dikatakan sekarang...sebenarnya minggu kali ni ialah minggu paling free dalam sem aku..tapi masalahnye aku hanya mampu membuka lenovi dan mengklik "new post" then isi tajuk posting..( konon ) Then..tulis 2 3 patah ayat...than..PADAM. ( puas hati! )
Aku sedar perkara di dah lama sejak 1 April studyweek lagi..Sekarang ni padanya, EDIT POSTING aku memang banyak perkataan warna oren DRAF disana-sini..Lantak kau lahh!!
Seharian di bilik..atas tilam empuk rumateku..dibuai alunan MP3 sekuat suara..hujan renyai di luar...HATI BATU KOSONG di dalam... Sigh~
Mmm..ok lah, citer skit ape dalam kepala kosong aku sekarang ehh.. Hmm..semalam aku dengan rela dalam paksa plus kompius dan was-was dengan tabahnya cuba menonton Twilight...haha sah-sah sekalian anda sedang mentertawakan aku yang ketinggalan ni..tapi skehati lah kan...demokrasi lah kan...
Sampai la tamat cerita...dan aku tido kenyenyakkan...lalaaa..

Selepas bangun dari lena yang sedap, baru aku sedar betapa bestnye citer tu...mm i means RoMaNtiC laa...
Vampire bercinta dengan Manusia...
+
Dugaan dan pengorbanan...
+
Cinta dan air mata...
+
Darah dan pertempuran...
+
(paling penting nih) Cantik dan kacak!!!
Wee..

Kalau aku jadi Bella ( heroin ).
Aku nak mintak Edward ( Herokuh..) isap darah aku so that aku leh jadi Vampire perempuan dan kami akan hidup selama-lamanya...( Yang penting tak tua okeh! ) So that, aku leh grad beratus-ratus kali selama hidup aku sebagai pelajar cemerlang...jadi dapatlah aku menggantung sijil-sijil selama hayatku sepanjang rumah sebagai tanda kejayaan seorang Vampire perempuan yang disegani....( ok, aku merepek )
Babak Yang Aku Suka
1- 1st time Edward nampak Bella dan merasa tak tertahan diri, sebenarnya dia tak dapat kawal diri dia dari bau Bella yang sedap... Urm...pelik laks ayat nih, means, Vampire ni dah jumpe makanan paling sedap die depan mata, tinggal untuk tahan diri jelah.. Lakonan mereka itu sangat menjadi lol!
2 - Aku ske conversation antara Edward dan Bella buat kali pertama. Masing-masing sedang diselubungi masalah mengawal diri masing.. Kalau tak salah aku, Bella ske bau badan Edward ( bau badan Vampire memang ada tarikkan keatas manusia )dan Edward ske bau darah Bella...slrrp....
3 - Edward curi-curi masuk ke bilik Bella masa Bella tidur..sweet..
4 - Bella lansung tak takutkan Edward selepas mengetahui siapa Edward yang sebenar. Lansung tak takut okay....
5 - Edward tak hisap darah Bella untuk jadikan dia Vampire... ( aku lak yang geram )
KESIMPULANNYA
Filem ini hanya kisah cinta ringan yang disuntik sedikit kemenarikkan melalui kewujudan watak Vampire.
And a lil bit Romantik untuk nilai komersial..haha sebab tu la lebih ramai gurlsLAYAN citer ni dari boys...
Aku takkan tendang Edward kalau dia kiss aku okee..hakkhakk.....
( Sounds Jerk )

14.4.09

Kengerian Aku..

Disekeliling........Seluruh hidup.......Setiap pelosok.......

Aku memandang topeng-topeng watak yang berlegar-legar...

Memainkan watak..Melakonkan cerita...mengekspresikan perasaan...

Terkadang....

Tersentuh aku dengan air mata Cinderella...

Terharu aku dengan keikhlasan Snow White...

Asyik aku dibuai khayalan Alice...

Seolah membawa aku menjelajah ke alam perasaan yang seni..yang tersangat halus..

Memberikan aku ilham untuk terus menyatakan "rasa-rasa" kehidupan...
Terkadang...aku menangis tanpa nada...
Tertawa tanpa suara...
Masih mencari-cari topeng yang dicipta buat aku...padanan jiwa aku...
Hingga kini saat dan ketika ini...
Tidak juga aku ketemui...
Lalu..tersesat aku dalam pentas ini..tersungkur aku didalam drama ciptaan mereka..
Kengerian mentafsir plot kisah dunia...
Mencari..dan terus mencari siapakah pemegang jiwa...
Siapa menggenggam segenap rasa...
TERKESIMA

6.4.09

Desktop Publishing of Youjie..

Ananda Triana..lalaa....akhirnya aku gepost picnya kamu...jangan mara yaa~

( Disaat ini kami lagi bingungan jawab test DTP )



Serius aku gak study untuk paper ni dan harapkan pengetahuan sepanjang kuliah bisa menjadi tali penyelamat aku menaiki helikopter yang sedang terbang di awan menuju laut biru.

Lantaran semalam hingga jam 4 pagi aku cuba menyiapkan kerja final buat megazine...


+ Penat Banget +


Nilah hasilnyer....


Nampak penuh tapi.......lalalaa...

Saat Dr.Adnan dah bosan tunggu kami yang lembab macam kura-kura menjawab soalan ..
+ Time nih aku dah tido kot +
-__-
Ok lah!! Simple posting jer...actly kne siapkan final projek nih..anta sebelum jam 5p.m..
WISH ME LUCK!!!!!!!!!

5.4.09

Birthday BOY Vs Birthday Gurl..

Dengan sepenuh kemalasan aku membuka mata sambil menyesali subuh yang telah lama berlalu pergi...
( Ya tuhan..hambaMu ini semakin jahil )
Sejak kebelakangan ini tubuh terlalu rancak memenuhi tuntutan hidup yang menghimpit waktu..mungkin saat yang bakal hadir dapat aku ceritakan disini. Yang pasti bukan sekarang kerana asgment yang menjerit di meja hampir kehabisan liur dan semakin keperihan tekak. Lantak kau lah!
Seharian ni aku akan mengerjakan Adobe sepuasnya hingga selesai..
Ops....baru ku sedar, hari ini hari istimewa dua insan ala-ala picisan dalam hidup aku.. mereka akan aku papar disini..dan semua akan kenal siapa kan....istimewanya, tarikh lahir mereka sama walaupun antara mereka ini bagai anjing dan kucin....
Grr..rrr.....Ngioww~~
Ngiow!!!! ...Grrree..rrr.....
( Dorang la nih )


Nana & Cembong : Sem ni kak long tak sempat nak buat ataupun cari hadiah buat korang....

Lagipun kak long tahu korang akan belikan hadiah buat kak long khamis nih kan....

Selamat harijadi NANA yg ke-21 & Cembong yg ke-22!!

Panjang umo dan murah rezeki yaa...belajar rajin-rajin jangan nak becenta jerk!!!!


PESANAN : Nana..sem ni kak long kasi kaler oren putih laks oke?



2.4.09

Help me~

Why banner Nuffnang aku jadi gini...xpaham-xpaham... Then, yang lagi sedih, aku lom daftar lengkap banner aku yg selama ni aku publish thats why la xde sesen yang masuk dlm akaun aku selama hampir beberapa tahun nih... Coll kan...buat bende sia-sia...
** Harapkan Pertolongan sesiapa yang sudi **
..sob..sob..... :(