14.2.15

Detik kelahiran Auni Medina Sofea..

Hampir 3 hari aku tidak tidur menahan sakit, di ward..aku merintih-rintih menahan sakit. 2 kali suntikkan aku terima, ubat penahan sakit kata nurse. Aku sanggup dicucuk setiap 5minit sekali kalau suntikkan itu mampu menghalang kesakitan. Malangnya..tak terkesan pun. Suasana sunyi di ward hanya kedengaran aku teresak-esak dan meraung perlahan... Sumpah ngeri, masyallah... 

Hingga jam 7pagi, aku mengalami turun darah.. Katil dipenuhi darah, setiap kali darah keluar diiringi kesakitan lain pula..dengan kontraksi yang menggila. Aku memohon untuk di check bukaan. Malangnya masih 2cm setengah..jauh lagi untuk dibenarkan ke labour room. .. ...

Dalam jam 9pagi, kesakitan tidak tertahan lagi..aku meminta di check semula dan mohon diusahakan apa-apa untuk aku boleh beranak. Alhamdulillah bukaan 3cm. Lagi 1cm baru boleh ke labour room.. Setelah dikacau-kacau doc. Bukaan menjadi 3.5cm dan aku dibenarkan ke LR.

Labour Room :

Aku mandi dan bersiap ke LR, suami tiba menanti di luar LR. Sayangnya dia tak dapat ikut kerana hospital sedang under renovation, keadaan agak terhad. Kami redha. Di LR.. Ramai nurse dan pelatih mengelilingi katil aku. Hamik kau..adala dalam 10 orang ui.. 2 lelaki. Fine wuteva...no choice. Doc. Memecahkan ketuban dengan root. Ngeri ok..bila doc.pelatih cakap "..er..err..saya tak pernah buat ni, takut.." Haruskah aku sound "..dik..jangan takut boleh dik, kalau awak takut..akak lagi lah tak berani!" Akhirnya dengan penuh lemah lembut dia menjolok sesuatu ke dalam tu dan memutar-mutat tahhh cemana.... Terasa air hangat melimpah keluar, lajuu... Selepas 10minit, datang doc. Perempuan seterusnya..check bukaan. Masih sama....sepatutnya bukaan besar selepas dipecahkan ketuban tetapi entah la... Doc. Tersebut minta izin aku untuk 'kacau' lagi...alu redhoo aje, dia nak kacau supaya bukaan berlaku. Ganas ok...sampai rasa terhinggut katil..dia minta maaf sambil mengorek. Memang mengorekkkk.... Huk huk..sakit teramat.

Sambil menahan sakit kontraksi, aku menunggu bukaan dan beberapa nurse mengurut belakang. Aku masih tak rasa nak meneran LANGSUNG. Aku menangis teresak-esak.. Hingga jam 10 pagi, denyutan jantung bayi kian lemah... Dia disyaki tertidur dan doc. Pakar mengesahkan bahawa aku perlu dibedah jika bukaan tidak berlaku dalam masa setengah jam. Malangnya, selepas 5minit jantung bayi makin surut dan sepantas kilat...aku disorong ke Bilik Bedah. Semasa tiub kencing dipasang di pundi kencing..aku nyaris terajang nurse tu, siyezz....huhu pedih amat!!

Sewaktu diusung keluar, aku kelu ..hanya memandang wajah suami sambil menahan kontraksi yang menggila. Imagine pun seram..huhuu... Sebelum masuk bilik bedah, katil aku stuckd dalam 5min di ruangan lif. Dari jauh aku memandang suami..memohon kekuatan dalam kesakitan dan kepenatan yang teramat hanya Allah mengetahui...aku sangat harap dapat kata-kata semangat dia, tapi kami berdua kelu...tak terucap sepatah kata. Tak bersentuh tangan..hanya merenung.. .memandang.. .menangis.... Aku sangat lemah dan berserah!

Bilik Bedah :

Aku diusung masuk bilik bedah, aku diminta menandatangani surat persetujuan. Aku meminta dipercepatkan proses..aku minta disuntik bius secepatnya kerana aku memang dah sangat lemah. Dalam pada itu, aku terasa nak meneran...secara tiba-tiba aku meneran-neran hingga dimarahi doc. Disebabkan terlalu tak tahan, aku meneran lagi hingga doc memberi kata dua "..if kamu nak push than kita no need czer..tapi makesure awak push cepat sebab baby dah lemas.."

Aku geleng..
Ceasar dilakukan...aku dapat rasa perut dipotong dan semua proses aku rasa. Hingga detik bayi dikeluarkan. Aku dalam khayal...aku hanya mendengar tangisan bayi yang kuat di kupong tanpa melihat dia. Alhamdulillah aku syukur... Kemudian baby terus dibawa ke ICU ... Dan aku diusung ke ward. Tepat jam 12 tengahari. Ahad 28 December 2014.

Alhamdulillah masyallah....
Semasa disorong keluar dalam separuh sedar, aku melihat suami yang kegusaran memandang aku, kami masih kelu. Aku lantas mengangguk-angguk kepadanya dan memberi isyarat bayi ada di bilik sana. Entahhhh mengapa kelunya kami berdua...... 

Dia mengikut kereta bayi ke ICU...aku di ward bersalin. Aku terlena.....bila terjaga aku menanti suami tiba, dan melihat gambar anak kami...Auni Medina Sofea.

Kami diselubungi pilu....aku lebih kepada bersyukur dan aku yakin baby mampu tempuh semua ini dengan selamat. Sama seperti aku ketika lahir dahulu.. iCU jugalah ibu kamu ini Sofea...

Penat type, jap baby nanges..