Showing posts with label Motivasi Ku. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Ku. Show all posts

19.2.13

Sunnah itu Indah.


Sunnah itu indah, setiap perkara yang Rasulullah lakukan, semuanya membawa manfaat. Siapa atas dunia ni tak sukakan manfaat angkat tangan! Tak ada kan, semua nakkan ganjaran.. Tapi berapa kerat yang mampu nak buat? Azam bangun pagi aku 2 bulan lepas pun gagal pada hari ke-3... pity! Jum evaluate diri... ^_^

1 - Bangun sebelum subuh
Petua awet muda dan body cantik! Namun...adalah mustahil bagi diriku ini untuk bangun sebelum subuh lantaran seringkali aku bersubuh gajah. Kadang-kadang subuh dinasour kot yang area-area kul 7am. Paling hancus kalau sedar-sedar dah jam 9 pagi, acener?
Mana taknya, malam bercengkang mata ber-on9 bagai nak rak..  @_@'

2 - Aktif menjaga kebersihan
'' Bermula kebersihan itu separuh daripada iman '' Adalah selalu mencuba tapi kadang-kadang gagal jua, cadar katil plan nak tukar everyweek pun dah ke laut nampaknya. Cuci baju setiap hujung minggu kadang-kadang failed hingga meninggalkan kesan menggunung di sudut bilik. Kebersihan diri.. ok la, dah besar pandai-pandai dah besar kan..... Tapi kalau ade orang selalu panggil kita ni masyam tu takpe-takpe sebab tu tandanya kita comel .. #lempangpipi

3 - Tidak pernah makan berlebihan
 Tidak pernah? what? Selalu jer...sob...sob.. kalau dah sedap, lupa isipadu perut sendiri. Last-last tegak jer duduk sebab nak kembangkan space dalam perut. Paling parah..terkulai jadi ular lantaran kekenyangan. See....sebab tu tak boleh makan over dos, akibatnya jadi PEMALAS. Ini juga boleh dikatakan penawar bagi mengawal nafsu dalam diri, kalau makan banyak..aliran darah laju, saraf meluas.. maka cepat naik angin, cepat naik miang dan cepat lupa pencipta. Subhanallah..

4 - Gemar berjalan kaki
I is bukan lah suka sangat, tapi dah terbiasa hari-hari jalan kaki. Even kadang-kadang meradang sambil jalan sebab jauh perjalanan. I is merasakan semasa jalan, peluh keluar and hasilnya badan rasa sihat. Kadang-kadang boleh melihat ciptaanNya, mengagumi kebesaranNya... Which is good for you.... try lah!

5 - Tidak pemarah
Amarah membuka kepada hasutan setan... aku seorang yang tak senang marah, habis marah pun akan convert to sedih mode akan kesemua kemarahan tu. Kadang-kadang perangai tu buat orang lain lagi arah sebenarnya tapi lantak kau lah kih..kih. Sebab bagi aku, tak guna marah sebab tu sifat syaitanirajim pun kan..kalau pemarah, orang tak suka... kalau pemarah TAK COOL at all.... take easy larh bro~

6 - Optimist dan tidak putus asa
Kadang-kadang ya, kadang-kadang sebaliknya. Depends pada keadaan. Camner nak kekalkan sifat ni yer..... According to my roommate, aku seorang optimist... tapi rasa tak. Cepat putus asa tu tak juga actually...sebab kalau tak mampu usahakan aku tetap akan doa. So caner? 50% 50% kot noh.. Tapi aku  pessimistic kind, i knew't.

7 - Tidak iri hati
Haaa.....ini sifat aku sejak kecik, tapi bila besar sikit-sikit... kadang-kadang dia mai la sifat mazmummah dengki pHD ni. Tengok status kawan-kawan di fb..terkadang rasa cemburu iri hati, berbisik dalam hati..'' ala..aku pun boleh..'' tu.....kemaih kot dia semua boleh depa ..... Hihi..biasala tu, kita manusia..so lepas ni jum kurangkan yerk...

8 - Pemaaf
Senang memaafkan dan sukar melupakan. Atau senang melupakan tapi sukar memaafkan. I is category no3! Which is senang memaafkan senang melupakan. Semua aku ok jer...takpe-takpe.. eh its ok i understand dun worry. Lupa. Sampai kadang-kadang berkali-kali dipijak pun still ok ok takpa-takpa. Kawan-kawan cakap ni bukan sifat terpuji, ni sifat tak berapa nak cerdik. Kih..kih.. takpe-takpe easy come, easy go .. ehh?.....

Anyway...selamat bekerja jum!




18.1.13

Kita kena belajar bsersyukur..

Entry adalah emo sangat.  ᕦ(ò_óˇ)ᕤ

Laman sosial medan meluahkan perasaan. Percaya atau tidak? Medan memperolehi infomasi secara pantas dan juga tempat membincangkan segala jenis isu semasa yang tengah hangat diperkatakan.

Itulah kehebatan laman sosial.

Sekarang ni, boleh dilihat bahawa setiap kejadian yang berlaku..sepantas kilat dapat dihidu masyarakat  umum secara mendadak. Isu tersebut dijadikan perdebatan awam, isu tersebut dijadikan 'trend' dan dek kerana isu tersebut jugalah, mampu menjatuhkan dan membangkitkan sesetengah pihak, dengan sekelip mata. Kalau tidak dengan sekelip mata, mungkin dari masa ke semasa.... Apabila hari-hari disogokkan dengan perkara serupa.. Hal yang pada dasarnya sekadar pengetahuan bertukar membentuk kepercayaan, dan akhirnya ikutan. Trending! 

Baiknya disini, Demokrasi jelas dipraktikkan dalam negara, suara didengari, atau lebih jelas dalam konteks kini, komen jelas dibaca.. rungutan dibaca, hinaan atau kejian.. tak kurang juga pujian, sanjungan atau kipasan turut dibaca. Di 'Like', di 'share' di ulang tayang untuk di 'komen' semula dan berterusan-berterusan... 

Yang akhirnya meninggalkan persoalan di minda bagi yang rapuh pendirianya, di hujung pertimbangan yang kurang bijaksana...suara-suara maya tenggelam begitu sahaja, suara-suara konon menuntuk keadilan, memohon pembelaan hanya tinggal sekadar sususan bisu aksara-aksara,  yang memberkas pekat dalam jiwa kita hanyalah api benci, dendam atau dengki yang menyala-nyala... Itulah rakyat kita.

Zaman IT, sesiapa sahaja mampu membina pengaruh, siapa-siapa sahaja mampu melawan arus. Membelakangkan ideologi tersembunyi dengen mengkedepankan topeng hasrat murni. Semuanya tumpas dengan kekuatan teknologi, dek rapuhnya secebis jati diri... Tapi mengapa ini terjadi?

Peningkatan teknologi, apakah menendang keras aspek rohani diri? Semakin ramai yang membuang masa di dengan it dan akhirnya merengkuh licin titisan insani diri? Hingga membawa kepada kerakusan duniawi...ketamakkan hartawi. Ade ker hartawi? Hee...

Bukan apa, stress la.. aku suka menjadi pemerhati.. sikap manusia, aku suka baca komen-komen masyarakat Malaysia rumet aku cakap aku buang masa stresskan diri bila terjadi sesuatu perkara. Disitu sedikit sebanyak aku dapat mentafsir sikap orang kita. Nampak tak kepohci aku diditu?  Bukan bias, dah nama pun pemerhati bebas, konon so bebas juga aku memberi interpertasi.. Kita selalu tak bersyukur .. ada sahaja yang tak kena, kenapa? Kenapa ada sahaja yang tak kena, itu tak kena ini tak betul sana ada silap situ ada muslihat... masing-masing persis mahu memegang pistol membutikan aku dia engkau mereka salah... salah belaka. Aih...

Kerana kita terlalu cintakan dunia.. subhanallah....dan kita sebenarnya terlalu selesa dan bahagia di bumi ini. Kita takkan pernah rasa cukup selagi kita diberikan segala nikmat. Nak tahu tak, dunia ni  ada 2 sebab mengapa manusia tak bsersyukur : 

1 - KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.

Kadang-kadang, kita terlalu berwawasan. Terlalu berimpian, aku pernah begitu.. aku bercita-cita besar dan akhirnya aku resah 24jam. Kita, akan kurang menghargai segala yang kita miliki di depan mata..apabila kita terlalu mengejar yang jauh di hadapan sana. Kita tak menikmatai apa yang dimilik, kita akhirnya resah...gelisah..gusar dan hidup tiada makna. 

Sedangkan, kita mampu hidup bahagia dan gembira, apabila kita bersyukur.. Cukup-cukuplah menuntut itu dan ini dari situ dan sini, kalau tak ada lorong rezeki disitu...Tuhan yang maha adil dan kaya takkan membiarkan hambanya hidup merana tak semena-mena kerana Dia maha mengasihani lagi maha melihat. Mungkin ada pihak tak dapat kelebihan dari segi itu, tapi dia dapat dari segi ini. Tak dapat bonus, tapi dapat kesihatan tubuh badan & hati senang.. makan duit riba berjuta, tapi hati sengsara and hidup tak berkat. So nak duit bonus atau nak duit riba?
2 - KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN

Kita rasakan orang lain lebih untung, lebih cantik lebih kaya lebih mudah dapat kerja gaji baik dari kita..sedangkan kita rasa kita layak di tempat dia..

Percayalah duhai hati, tuhan yang maha bijak mengatur segala sesuatu yang terbaik tidak akan tertidur dari melaksanakan tugasanNya. Mana mungkin sesuatu yang memang hak boleh dinafikan takdir. Dan mana kita tahu setiap yang terjadi punya hikmah tersembunyi? Mungkin kalai kita berkeras untuk memiliki, kita akan jadi jauh lebih turuk dari sekarang yang kita lalui... Jadi, masih nakkan yang orang tak? Sini ada satu kisah :

Tempat : Hospital Sakit Jiwa
Pesakit A : ( Sambil menghantak-hentak kaki ) '' Lulu! Lulu! Luluu...''
Ali : Kenapa ni?
Doktor : Owh...dia menjadi gila kerana cintanya di tolek oleh Lulu...

Perjalanan diteruskan....

Pesakit B : ( Menghantak kepala ke tiang berkali-kali ) '' aaar..Lulu! Lulu! ''
Ali : Orang pun ada masalah dengan Lulu?
Doktor : Dia yang akhirnya menikah dengan Lulu..

Bersyukurlah dengan apa yang diberiNya. 

So, nampak tak disini.. bukanlah beerti kita harus berserah 100% pada takdir, bukan juga 100% redha and tawakal 24jam. Usaha itu perlu untuk melakukan yang terbaik dalam diri. Tapi harus diiringi dengan usaha dan doa. Atuk nenek kita dula usaha mendapatkan kemerdekaan negara, menyatupadukan kaum.. mengapa bila tiada peperangan, tiada kesempitan.. diberi segela kemudahan..kita akhirnya leka? dan akhirnya lupa? dan akhirnya menjadi manusia yang hanya meminta-minta tanpa usaha?

Mari bersyukur...pesanan buat diri yang selalu tak bersyukur... 
Peace! <(。_。)>

''Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.''
Surah AlHajj. Ayat 066.



( Terima kasih kepada belahan jiwa yang selalu menasihatkan diri ini )

11.1.13

Jangan bersedih ..

Jangan sedih yer.. :)
'' Dunia kejam..dunia kejam dan kejam! Mengapa harus begini..kenapa begini, kenapa aku dilahirkan untuk susah camni apasal camtu camni sebab..mengapa..alangkah bagusnya..wahy nasib tak elok why why mandi bunga jum..buang bala or anything lah... **&%^$SVDBNP:)(*&.... ''

Subhanallah....galak bisikkan syaitan, mentang-mentang ada tertinggal 1 waktu.. Aku dapat rasa, hati menghitam semula... :'( Lemahnya aku seorang hamba yang kuasa...

Tadi aku menangis, 1st aku menyalahkan cuaca panas... 2nd, aku menyalahkan kecuaian diri..3rd aku menyalah semua orang... end up aku nangis. Aku memang pakar bab menyalahkan itu dan ini...

Balik bilik, baring...terdengar azan....lantas bertafakur aku sendiri di kamar kecil ini, menyelak kalamullah, merujuk buku La Tahzan kesayangan.. hati terdetik di dalam sayup azan solat jumaat penuh baraqah....

..Jangan bersedih, kerana penyakit yang dideritai akan hilang, cubaan akan pergi..doa akan diampuni, hutang akan terbayar, dan orang yang dipenjara akan dibebeska, yang hilang akan kembali..orang yang melakukan maksiat akan bertaubat, dan orang fakir akan menjadi kaya......

Jangan bersedih, cuba perhatikan awan hitam itu tersingkap terang, malam yang demikian pekat menjadi terang-benderang, angin kencang menjadi tenang...dan bagaimana badai menjadi reda?

Aku harus yakin, itu menandakan bahawa kesulitan hidup yang dirasai akan lenyap, kehidupan akan menjadi bahagia dan masa depan manjadi gemilang.. :)

Jangan bersedih duhai aku, sebagaimana terik sinar matahari akan tetap mampu diteduhkan dengan bayangan..rasa kehausan yang mengcekik akan bisa disegarkan oleh air yang dingin, seperti rasa lapar yang mencengkap yang akhirnya akan mampu dikenyangkan dengan sepotong roti yang hangat..

Sepertimana keletihan berjaga malam yang akan diakhiri dengan tidur nyenyak, kepedihan kesakitan yang diakhiri dengan lazatnya sihat..kerana itulah, kita harus sedikir bersabar dan menunggu barang sejenak...

Jadi jangan bersedih sangat...meskipun para doktor telah kehabisan cara, kalangan bijak bistari telah kehabisan aqal..para ulama tidak lagi mampu berbuat apa-apa, para penyair yang hanya mampu menggelengkan kepala, dan semua usaha nyata tidak lagi berguna apabila berhadapan dengan ketentuan Allah... maka terjadilah qada' dan segala sesuatu yang telah ditakdirkan...

Jadi mengapa aku harus bersedih, harus tabah dan harus bersabar..... :)


Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.. 

( Al-A'raf : 199 )

30.12.12

Putus Cinta, jangan sedih..


Allah menghapuskan apa sahaja yang dikehendakinya.

..Allah telah mengadakan ktentuan bagi setiap sesuatu..
( Ath-Thalaq : Ayat 3 )

Cinta emangnya indah, belaian perasaan..teman mengadu suka-duka..teman air mata..teman makan, shopping teman susah senang teman...teman..teman.. Bila saling sayang menyayangi, sering berdua-duaan....tapi? Setebal manakah iman kita manusia dari menangkis bisikkan syaitan? Berapa yang kecundang? Berapa yang musnah dek cinta... jadi, cinta itu haram. Tiada istilah 'couple' dalam islam...sedangkan perasaan cinta itu harus dipendam dalam-dalam.. sedangkan erti cinta sebenar ialah apabila cinta disimpan jauh dari relung hati, dan di atas redha illahi kerna cinta lebih kepadaNya si pencipta berbanding cinta pada si dia...

Ya allah...ampunilah aku yang hina ini..

Bismillah....entry kali ini, untuk memujuk seorang teman yang baru putus cinta. Anggap sahaja untuk memujuk diri yang kali pertama akhirnya juga putus cinta... ucapan buat diri dan dia, alhamdulillah...tuhan memilih kita, kita pilihan Dia...ertinya kita di bawah perhatian yang Esa... bersyukur bukan?

Janganlah menangis kerna cinta tak kesampaian, usah bersedih apabila bersendirian. Dia mengambil satu tapi Dia membalasnya seribu..dan balasanya 10 ribu kali lebih baik dari yang diambilNya. Alhamdulillah....syukur saja pada tuhan, kerna apa yang baik di mata kita insan, belum tentu sempurna disisiNya. Jadi tuhan mengalihkan sepasang hati...memutuskan ikatan perasaan, memutuskan ikatan tidak sah... agar akhirnya kita memikirkan Dia dari si dia yang selama ini dipuja.

Jangan bersedih kerna kita masih sayangkan dia, kadang-kadang air mata buat penambah rasa.. ''aduh...aku masih sayang dia, cinta dia...jiwa telah kosong tanpa dia..'' masyallah..mengapa harus berkata jiwa kosong tanpa dia? sedangkan Allah selalu ada buat peneman nestapa... ..''tapi aku bukan hambaNya yang baik, aku engkar..'' Lalu lupakah kamu Dia maha pengampun, maha pengasih dan penyayang? Ayuh tanam kepercayaan kepadaNYa...sujud kepadaNya... :) Dia cintakan hamba-hambanya lebih dari cinta antara hamba-hambanya.

...Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah maha Pengampun lagi Maha penyayang.

( An-Nisa : Ayat 110 )

Jangan merasa rendah diri, jangan pernah menghina diri... manusia ciptaan terindah, wanita ciptaan terindah yang memiliki darjatnya tersendiri, tak percaya? kenapa beza kain kafan kita dengan kaum lelaki? Kita malah lebih banyak lapisnya berbanding lelaki? See....kerna darjat kita, maka haruslah kita pelihara kesucian dan kehormatan diri...Dia mencipta kita dengan seribu keindahan, bukan untuk kita hina dan pijak-pijakkan. Bukan buat kita kotorkan dek kerna mengejar cinta dari lelaki hanya berjanji segala, meredah lautan api..meggapai bintang di langit...sejauh mana yang sudi menggalas tanggungjawab memimpin kita ke syurga? Banyak mana yang benar ikhlas mengemudi cinta dengan redha tuhan? Jadi...ingatlah, diri kita sungguh benar beharga..sungguh benar bertuah kerna terlepas dari hubungan tanpa ikatan sah. Alhamdulillah..

''...aku sudah tua, siapa nak kawen dengan aku kelak? aku tak ingin sendiri!..''

Astagfirullah....jadi kamu tidak percayakan takdir tuhan? Adakah kamu lebih rela dimiliki lelaki yang sebenarnya tidak pernah cintakan kamu? Kamu rela? ..andai suatu hari yang kamu sudah beranak pinak..dan menanggung beban keluarga..dan akhirnya ditinggal begitu sahaja? Bersyukurlah atas jalan yang tuhan telah susun terbaik buat kamu...dan dia ternyata tidak kejam untuk merantai diri kamu dengannya dalam kepura-puraan... hargai keputusan dia yang jujur, redhai qada'-qadar illahi... jodoh, maut, pertemuan, rezeki semua di tangan Allah s.w.t.


TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Mengenangkan pengalaman sendiri, ternyata hati serapuh ranting tua. Air mata peneman setia namun hati ini aku pujuk kuat untuk memahami suratanNya. Pasti dia akan menggantikan sesuatu yang beharga.. :

...Barang siapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.
( Al-Hadith )

Itu menjadi kata-kata semangat aku menempuh hari, redha..pasrah di sejadahNya. Benar aku tenang, sungguh hari menjadi extra indah dan hati luar biasa damai. Kemudianya kini, kenangan indah itu aku jadikan batu loncatan diri untuk terus memperbetuli diri. Terus berusaha menjadi kekasih illahi...

..Ingatlah hanya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang...
( Ar-Ra'd : Ayat 28 )

24.12.12

Kerna cinta itu rahsiaNya.

Dalam seribu, mungkin satu hubungan sahaja yang bakal berjaya ke jinjang pelamin. Cinta zaman persekolahan...berapa yang terkandas...berapa yang bahagia...boleh dibilang pakai sebelah tangan. Justeru mengapa harus bercinta di zaman persekolahan sedangkan di bangku sekolah..tanggungjawab kita terletak pada pelajaran. Sasaran kita universiti sudah tentu...impian ibu bapa ingin melihat anaknya berjaya... tapi mengapa ke sekolah untuk bercinta? Tettt...

Dalam banyak-banyak perhubungan, antara kaum cina, india dan melayu kita. Yang bejaya selalunya pasangan cina..mengapa? Kerana mereka focus, mengejar cita-cita bersama..melawan antara satu sama..bukan melawan membuktikan cinta. Oh..please anak-anak bangsaku...cinta itu buktinya di hati yang sabar dan redha... Cinta pada kekasih buktinya bila kesanggupan seorang kekasih yang menahan payah getir menuntut ilmu, berjuang dengan nafsu ingin bersuka-ria di luar dengan membelek kamus...mengorbankan keinginan berdating bersama untuk lulus dalam exam...kemudian, bukti kecintaanya juga ialah bila seorang kekasih berusaha keras mencari kerja mengumpul wang dan merancang masa depan bersama-sama..tidak melalaikan diri dengan kecintaan dunia, tidak meremehkan diri dengan kepentingan diri semata. Sudah tentu, jangan pernah dilupakan pada yang di atas..bukti sebenar cinta suci, cinta haqiqi dan cinta sejati...ialah bila masa seorang kekasih yang memelihara kesucian kekasihnya dengan bersandarkan pada redha illahi. Tak perlu memimpin tangan kekasih semasa menyeberangi jalan raya, hanya ingatkan dia..kereta yang laju itu merbahaya..sambil mendoakan sejahtera. Adakah itu tidak indah? Memantapkan keimanan diri..menyerah sepenuhnya pada illahi...andai dia ditakdirkan disisi. Kepada tuhan berserah seluruh sanubari..di samping kepadaNya dimohon memberkati pilihan hati.  :)

Tapi malang sekali, malang berkali-kali dewasa kini..cinta menjadi kunci kehancuran tiap insani. Seawal bangku sekolah menengah dah kite dengari dengan kes-kes yang menyayat hati. Siapa harus dipersalahkan siapa harus jari ini ditundingkan. Haruslah diri.... jangan salahkan keluarga, ibu bapa atau kawan-kawan...yang memilih haluan ialah hati, yang memimpin panduan hanyalah diri. Mengapa memilih untuk pergi mati?

Berhentilah...berhenti dari mencari belaian hati, berhenti mengharapkan kata-kata indah bersulamkan duri.. kepada wanita, usah merendahkan maruah diri untuk lelaki yang belum tentu menjadi pemimpin kita nanti. Benar lidah bisa mengungkjap sejuta janji..benar mata bisa memancarkan sinaran cinta kasih sayang rindu dari dalam hati...namun apalah erti perhubungan andai terselit murka Illahi. Apalah erti kaki yang memijak bumi andai tanah tak pernah meradhai ... itukah yang dicari? Tepuk dada tanya hati. :)

Berhentilah...berhenti membazirkan masa yang tak ternilai semata-mata untuk mengisi kekosongan hati, apakah santapan hati itu bukan santapan nuraini? Apakah santapan nuraini itu bukan ilmu agama yang dipelajari dan dimanfaati? Bukankah itu jalan menuju jannah nanti? Atau cinta hati yang tak pasti akan membawa ke syurgawi? Possiblekah itu semua nanti?

Berfikirlah...berfikirlah atas nama insani, berfikirlah ke arah mana hidup kita nanti.. Sehari bak seribu tahun lamanya di bawah nanti, bersediakah serelung hati bersediakah jasad dipalu kelak nanti? Bersediakah menjawab persoalan yang Esa nanti... ''Mengapa sewaktu menuntu ilmu, kau malahan bermain cinta? apakah cinta Ku tidak pernah cukup buat kamu sekalian insan? Hal yang manakah sedang kamu dustakan? '' Bagaimana corak jawapan kita kelak agaknya ya?

Kerna cinta itu rahsia...berhentilah merosakkan hati.
Kerna cinta itu rahsia..berhentilah menodai kesucian diri.
Kerna cinta itu rahsia..berhentilah merendahkan maruah kita ini.

Rahsia kerna Dia maha mengetahui.
Rahsia kerna Dia perancang, sebaik-baik perancang di dunia ini.
Rahsia kerna Dia menguji kita manusia, dengan kepahitan untuk diberi kemanisan...
Rahsia kerna Dia memelihara kita, dan hanya kita yang tak pernah memelihara ciptaanNya.

Rahsia, kerna cinta sejati itu sedalam samudera untuk diselami..
Seluas semester untuk dicari..
Setinggi gunung untuk dijejaki..

Kerna cinta sejati, hanyalah pada redha illahi... :')

24/12/2012
04:54PM
Desasiswa Aman Damai@USM


21.12.12

Diari seorang aku di 21122012

Gosh...hari ni aku sangat penat, hampir semua panggilan tak tercapai. Kedai ofcourse tutup... Borang kontrak tak hantar, master key tak pulangkan... seceliknya mata dari lena, satu dunia macam tengah standbye nk terjah aku.... sob..sob... Sorry phone is aku malas nak angkatnya. Fullstop.

Dalam hidup, emang perlu ada cita-cita. Well dah tahu aku banyak cita-cita fine disitu. Tapi kalau cita-cita dengan usaha rasa tak salah...tapi acener kalau cita-cita than menyebabkan kita terbabas beberapa hal..kadang-kadang aku jadi pemungkir janji, dan orang yang mungkir janji tu munafik eah? Acener tu.... ~___+'

Ok later on i'll try to improve that kind of attitude yeah!

Kadang-kadang, asyik kadang-kadang jer aih  aku tak sabar nak tunggu habis belajar pastu kawen and kerja beli rumah belanja family , sampai lupa sebenarnya belajar ni satu ibadah dan tanggungjawab. Kenapa harus dilihat sebagai beban..kalau tahu diri tak banyak buat amalan lain, kadang-kadang subuh pun pukul 7.30 gila.  apa kata rajin-rajinkan menuntut ilmu. Kan boleh juga masuk syurga bila suatu hari nanti ilmu yang dipelajari diajar kepada orang lain pula sejak bila aku bercita-cita nak jadi cikgu nih? Kemudian...bila ilmu yang kita ajar diguna pakai oleh orang lain...selama itu pahala akan tersalur pada kita insan...oh pemurahnya Dia.... See! Jangan put stress pada pelajaran kita okeh! Cintailah apa yang kita belajar...  tui...rasa plastik sangat lepas cakap camgitu, ok lepas ni nak cium journals nak peluk thesis ...thee..hee..

Kadang-kadang, kita rasa luar sana ada rama-rama...sedang kita hanya ada beluncas. Tapi hakikatnya kita tak tahu pun luar tu ada dinasour... kita tak bersyukur kita sekurang-kurangnya ada si beluncas yang tak lama lagi akan bertukar menjadi rama-rama cantik. Yang akhirnya kita tak perlu pun untuk keluar menemui dinasour semata-mata nak lihat rama-rama ... aku baca pun pening kalau korang taktau lah.

Oleh itu, aku nak selalu ingatkan dalam diri... sentiasa kuat menahan hasutan syaitanirojim yang selalu menggoda mata aku untuk mengantuk selepas 3 minit baca journals... aku harus kental menandingi bisikan syaitan yang selalu mengajak aku untuk fikirkan bisnez dari belajar.. aku harus sedar sebenarnya setan laknatullah tu memang sifat dia nak menggelapkan hidup manusia dan matlamat hidup dia pun memang sah-sah nak hancurkan manusia...so aku taknak jadi pengikut dia. Aku nak berjaya tanpa pertolongan iblis tu...aku nak berjaya atas keredhaan illahi....keredhaan ibu bapa and keredhaan seluruh alam semester wah kau cita-cita melangit sampai ke langit tujuh noks!u,

Lagi satu, aku bersyukur...islam agama aku, aku sangat bersyukur itu. Selalu punya tuhan yang akan tetap mendengar rintihan diri, tetap melayan kesedihan hati...walaupun aku hambaNya yang selalu mngkir janji, kemudian aku buat lagi... :'( Selalu sangat, iman diuji kanan kiri...kadang-kadang, terbuka ja mata dari tidur lena, aku dapat rasa perjuangan yang hitam sedang bertempur dengan yang putih. Dan aku...jasad ini harus memilih jalan yang wajar ditelusuri...harus bijak mentafsir setiap kemungkinan yang digenggami. Tersilap pilih, memang porak-peranda hidup aku seharian. Sirez weh!

Ok, no more typing.. nak buat thesis proposal.
Bye.

Eh tak boleh tak boleh!....aku kena pi kedai bungkus order Fellina Inch Loss untuk pos ke customer esok, they all dah meronta-ronta nak sapu Fellina kat body lemaks-lemaks tu....ok jumpa later yeah! ( Pst! kalau nak order kena gitau ai cecepat. Fellina ni macam udang bakar...sedap! eh? )

**nampak tak kejayaan setan disitu?




14.12.12

Jauh tapi indah.


Bila menyalahi takdir terhadap perkara yang menimpa, kita manusia sebenarnya gagal memahami isi hati pencipta.. terlupa dengan setiap yang berlaku ada rencana hebat di belakangnya..gagal menghadam intipati tiap sengsara yang berselindungkan permata...kita gopoh mengejar-ngejar...kita mendesak-desakNya.

Seperti kerdilnya diri ini, hinanya kejahilan diri...

Gagal menangkap kebaikkan dalam kehilangan, ketenangan dalam kejauhan...kecintaan dengan seribu kerahmatan.... malah kekuatan dalam bersendirian....yang kini makin terjelas menampakkan riak rupanya.


Dan satu lagi, keterujaan dalam satu penantian..... :)

23.11.12

Malam ini.

Ada bintang yang merindukan malam..
Ada sendu yang menantikan tangis..
Ada aku yang mendambakan dia...

Malam...
Berlabuhlah dengan aman,
..agar kecewa ini padam...
..agar perit ini hilang....

Malam...
Indah mu ku andaikan,
..hingga akhirnya angan ku sandarkan...
..hasrat ku beterbangan...

Dia..
..maafkan atas tiap kelemahan jiwa,
..ampuni titisan rasa yang membinasa..
..sayangi aku usah kau leka.

Aku..
Usahlah dibelenggu dek dunia..
Usahlah diragut cebisan cinta...

Berhenti lah sang hati dari merana.

**Gudnite**


31.10.12

Developing self discipline - DAY ONE!


Happy mornin uols... adalah menjadi saat indah bila pagi-pagi buka laptop,dalam muka nak muncung tanda stress konon-konon hari yang 'longday' sedang mananti... tup tup masuk email dengan  tajuk ' ..comel..' Huh, really make my day larh... thanks apai! Usm's photographer... gud job naise pic her herr.... ^_^'
Pagi ni seperti pagi-pagi morning yang lepas..aku nak start belajar berdisiplin. Cukup-cukup sudah aku dengan disiplinkelaut aku selama ini yan membuatkan aku kelangkabut 24jam. Huh...penat tau tak penat sangat! *tarikrambutsendiri Uh.
nipunakunaktayangker pft!

Dan mulai hari ini tanggal 31oktober, aku nak try bangun pagi! yeay...claps claps.... Pasal? Ok ok fine, aku mengaku aku suka lepas subuh terjun ke dalam selimut and hibernate...kadang-kadang sampai matahari jolok juboq.. sebab tu dagu berlapis dah, kuat sembab muka ke bantal gamaknya aku ni... mm iew .  Geli tak ayat J**** J**** tu? Ker memang uols pun suka pakai ayat serupa? ekceli kan....

Tu la term-term yang selalu arwah nenek aku jerit tepi telinga aku masa kekecik cumel dulu ngeee.... ''....ujiieee...bangun!! matahari dah dok j**** j**** tuuu!!!!.(*&%#P..'' haaa..tak sanggup aku nak nulis ayat geli tu banyak -banyak, buat ternoda entry ai jer... and ekceli pun..itu lah yang membezakan bahasa lama dan baru, orang lama suka kias-kias, hyper-hyperbolakan ayat...tujuan nak bagi kita-kita yang ketegaq ni faham bahasa.. Bahasa sekarang simple, sebab tu ramai yang tak reti kebahasa... loghat jer lebey. Paham ke tak ni?

Sarapan adalah WAJIB! untuk mengurangkan kegelojohan di meja makan semasa lunch nanti... dan sesungguhnya sila percaya bahawa aku berjaya melangsaikan 100kali sit up yang penuh cabaran tadi, sebab lama tak senaman badan dah lunyai, dalam pejam-pejam mata sekalipun, aku make sure 100kali tak skip nombor tipu diri .. gigih -gigih! & Currently aku tengah minum greenTea and makan biskut jacobs jer.. #ohKagumDgnDiriSendiri 5 keping jer, nak buat lapik-lapik perut. 

Kalau 15 keping tu konsider bukan lapik perut lagi da, tu berlapis perut yer .. :P


Aci tak nak listdown plan untuk hari ni, kalau aku gagal ker selingkuh ker aku jujur bagitau uols ok by tonight. Her..her.... 

Lepas sarapan, nak mandi, pun nak bagi semua orang tau.. Kemudian around 9.30pagi nak gerak ke kedai comel kesayangan hamba ' Artsy'z Suzie Collections Craft Shop '  ( Like sat ) . Than...di sana nak buat assignment....ok ni part tak berapa best. Ape pun..selepas siap balut-balut order customer, semunya bantal itu harus di pos sebelum 3pm. Kemudian barulah aku bisa ber assignment dan berkedai-kedaian sehingga jam 6 petang. Huh~ Kemudian pulang...dan datang kembali around 8-10pm. Tu part yang boleh di-adjust sama ada nak proceed atau delayed. :)

Ok done done done...tolong doakan aku berjaya task hari ni, nampak simple..nak buatnya ya tuhan hanya Dia mengetahui... jenuh menapak-menapak larh nampaknya aku nie.... Lari sana sini.  Wuu!

OKbye. 

23.11.11

Siri Motivasi Kendiri

Pernah tak berasa diri berada di fasa hidup yang paling rendah?

Saat ini, aku terlalu merasakan sebegitu, dari semalam dan sebelum semalam. Aku rasa macam di hujung dunia..terasa berdiri di hujung bucu dunia yang bila-bila masa aku akan terjunam ke gaung yang infiniti. Yang ntah kemana penghujungnya...aku harap tak ke 'wonderland si alice, itu seram.'

Aku suka merenung wajah-wajah manusia di sekeliling aku, dan membaca riak mereka. Aku melihat ada riak bangga dan ade riak nestapa. Ada riak gembira..riak kesyukuran..riak bahagia atau riak kepalsuan dan ada yang tak dapat aku baca riak apa-apa.. Dari observation tersebut aku akan menilai diri sendiri, aku akan menghukum diri dengan bicara persis.....

''..tengok, orang dah berjaya kau kemana? kelaut?''
''..tengok, die rileks je..semua takde masalah..so ape kau nak kalut?''
''..tengok, tak payah lah susah hati banyak hal...dunia belum nak ribut larh''
''..tengok, die happy jer...apesal kau nak sedih lebih-lebih?''
''..tengok die tu pandai, bijak and berkeyakinan diri..kau ape ade?? bodoh!''
''..tengok..die buat ape yang die suka and die bahagia, kau???''
''..tengok, die usaha jadi die bagus dari kau... kau usaha tak?''

:'( semua negatif...mengapa negatif? sebab bagi aku..bila kite menagatifkan pemikiran..sebenarnya kite akan berfikiran lebih kritis untuk menjadikan diri lebih elok dari sekarang. um..ape aku cakap ni. I means...secara literal...aku taknak memanjakan diri aku sendiri dengan kesukaan dan kenikmatan dan kegembiraan kerna aku takut aku lalai.

Lalai....yerlah lalai.. Segala keindahan di dunia terlalu melalaikan, bila kite di atas kite akan memeandang rendah orang di bawah dan bila kite bahagia kite akan cenderung kurang prihatin dengan kesedihan insan lain.. Bila kite mengejar dunia..maka kite akan meluakan terus akhirat dan aku taknak itu terjadi pada aku.

Berbalik pada topik aku berasa useless.. ialah kerana aku rasa aku lembab berbanding yang lain. Membuatkan aku berada di kondisi Spiral in silence. Terutama di dalam kuliah.. and perkara itu membuat aku rase nak nangis. Aku memilih untuk menyuarakan pendapat aku hanya di dalam lubuk hati sendiri. Aku membuat perbincangan di dalam kepala sorang-sorang...aku merasa aku ialah pihak minoriti dan aku merasa aku alien di dalam kelas disaat pensyarah dan pelajar ligat berbincang..kerna aku hanya mendengar dan membuat thought sendirian...

HinaDinaSeorangAku...

Jadi bagaimana? Menangis dan bunuh diri? GILA.

Jadi aku harus usaha....dan usaha itu mengorbankan segalanya...
dan usaha itu tidak mudah....usaha itu mengundang jatuh bangun keringat dan air mata...
usaha itu sebenar-benarnya ialah sesuatu yang berbaloi....... :')

Jadi aku harus berbalik kepada panduan hidup sebagai islam, saat ini aku harus bersyukur dan usaha dalam ketawakalan yang mendalam kepadaNya. Aku harus istiqamah. Yaa...istiqamah...

Jadi aku harus mengenang kembali betapa bertuahnya aku yang mampu belajar sambil bekerja, sekurang-kurangnya baki 9 ribu yang aku perlu bayar nanti ada caranya untuk dilangsaikan. Aku harus bersyukur punya supervisor yang sentiasa memberi semangat dan kata-kata dorongan buat aku dan tak putus asa dalam memimpin aku yang maha lembab ini. Aku harus bersyukur punya bos yang sangat baik serta bertolak ansur dalam setiap kerja-kerja office aku, memberi tunjuk ajar dalam pembelajaran aku, dan sentiasa memberi kata semangat pada setiap ungkapan lelah ku di status mukabuku. Aku harus bersyukur punya dia yang menemani saat suaka duka aku, menuruskan hidup aku dan mencintai aku yang bebal ini...dan punya teman-teman yang obviously sayangkan aku dan sering menghiburkan dan mempertahankan aku. Tak lupa keluarga yang memang sayangkan aku sebab aku anak yang baik. (OKpoyo)


Jadi mengapa aku harus terus menerus dengan emo hujungdunia aku?
Aku hanya harus berusaha.
Kalau dah berusaha harus TINGKATkan lagi..
Hingga aku tidak lagi berada di hujung dunia...
Tapi di mercu dunia...

Hmm...mercu dunia......




** Hav a nice day! sekian motivasi diri untuk hari ini....