Showing posts with label Komen Ku. Show all posts
Showing posts with label Komen Ku. Show all posts

22.12.12

Kempen Cintai Tandas Hostel Anda!

Its still December but my 2013 twelve months calender is piling up with so many plans...acener?

Dah banyak pengalaman hidup, tahun depan dah nak 26 tahun..lepas 26 tahun comfirm aku takkan announce umur aku camni lagi..sory larh sikit . So, sebagai seorang wanita idaman semalaya yang dah tua oh..haruskah aku cakap camni?  Aku sedang merencana sesuatu untuk 2013 yang gemilang yeay!!! Tepuk..tepuk..gila kesian gila. Tapi apa plannya? Leks..leks..tunggu 2013.

Kadang-kadang rasa otak tak berapa centre. Otak tak henti berfikir  genius aku ni sebenarnya sampai penat sorang-sorang. Kisahnya camni, tadi ai di tandas, ohh..di tandas pun ada ceritanya..ai macam biasa termenung kejap, faham-faham lah time bila than bila pandang cermin toilet pun ai termenung kejap merenung keindahan ciptaan tuhan tui! sambil berangan jer keje. Than ai terfikir...'' eh ehh..bagus jugak kalau buat camni, haa...like dat lah ok sikit, eh..bukan! bukan! camni lah baru orang suka...Ha! ataupun..'' nampak tak? kuat melalut aku bila sensorang..excited tak tentu fasal..nasib baik takda orang masa tu..kalau tak dah macam (*^&$)&% kot.. ok dipendekkan cerita. Aku sebenarnya nampak sticker2 yang ditampal di toilet hostel ni... pesanan-pesanan penaja, biasalah ' gosok gigi sila tutop ayaq!' 'jangan bazir air' 'lepas boo boo sila flash!' 'Selepas blabla..9&()&*R$.. 'undilah mppusm' 'kalau suka makan roti bun, undilah rooban!' segala kempen pun ada.. penin kan?

.....than aku pun rasa dah bosan membaca perkara serupa hari demi hari...bayangkan nak masuk 1 tahun setengah aku disini, 1 tahun setengah lah aku baca benda sama...balik-balik, aku bukak gak air time gosok gigi huhu, balik-balik aku tak penah pi mengundi pun roti bun mahupun roti kaya tu. eh? roti ? undi?? apakah... So...aku terfikir......

Kan best, kalau yang dilekat di belakang pintu which is tempat termenung dikala boo boo atau wee wee tu dilekatkan sesuatu yang berguna. Takla membaca perkara sia-sia, kadang-kadang memang dah baca pastu baca lagi selagi ada konsonan yang bersusun selagi tu aku baca ulang-ulang.. '' selepas menggunakan tandas sila pam blabla..selepas menggunakan tandas sila pam blabla.selepas menggunakan tandas sila pam blabla.'' pelik time baca journal tak pulak nak baca ulang-ulang. Fine disitu, jadi berbalik kepada idea asal...apa kata lekat somethin like ... :

Doa melihat cermin, lekat la doa tu di setiap cermin kan kan...moga-moga semua orang berakhlak mulia selepas mengamalkan doa tersebut.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.

Doa masuk tandas, lekat di pintu masuk tandas tu..setiap satu pun takpa..moga-moga syaitan rasa terancam so dat tak ganggu kami student-student ni menuntut ilmu.
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Doa bersugi..doa mandi-mandi...segala doa, Poster besar-besar seperti adab di bilik mandi..adab berhadas blabla.... boleh imagine tak? aku dapat imaginkan toilet dah macam bilik tadika la pulak adeh.. lagipun bila lagi nak baca and hafal semua tu, takkan masa sekolah rendah jer kan kan...

Soo...uols nampak tak? Idea murni aku disitu? Aku berangan nak letak poster besar-besar hadis kebersihan  ' Bermula kebersihan itu separuh dari iman ' terang-terang bagi semua warga penghuni ni faham sikit bahasa.. main terap je kuah laksa dalam sink sampai berbulu sink tu yuck! Ada lagi best...periuk belanga kuali ntah mana deorang masak taktau...semua tersadai tepi sinki... sungguh bakal-bakal bini sapa lah nih!!! over tak ai?

Sebab apa? manusia ni sebenarnya secara zahir kuat melawan, cara nak lawan orang kuat melawan ialah melarang yang patut menyuruh yang tidak patut, atau...kita lite-lite jer main dengan kata-kata.... aku rasa benda camtu lebih berkesan kot dari poster NO! NO! NO! tu...rite?

Lepas tu aku verangan lagi, buat la 1 hari kempen doa, acea..kerlas kau nak buat kampen! Buat la lite-lite jer untuk mencapai matlamat menjalani gaya hidup cintakan kebersihan dan cintakan tuhan. Hehe...dalam kempen tu libatkan semua ketua hostel setiap desasiswa universiti wajib hantar la orang atas-atas tu datang, amik poster-poster sticker-sticker yang dah di khaskan untuk setiap..diulang SETIAP hostel..than balik ke desasiswa sendiri arah anak-anak buah uols buat kerja..takpa mengira belas ehsan sama sekali. Manfaat? opkozzz...pada diri sendiri dan semua orang. Why? Yerlah....dapat pahala selagi orang mengamalkannya... dapat paha bagi yang sumbang tenaga melekatnya, dan bagi yang menderma dan juga paha sunat bagi yang membaca...aceaa....nampak tak sistem piramid pahala disitu?

Katenyer MLM jer boleh bagi untung orang atas..... ni MLM yang semua dapat untung taknak try ker....untung tak? Untung ok..untung saham akhirat uols..kerlas tak idea ai ni?

Eh, dah azan...membebel sampai senja kerlas gila tak siap-siap thesis apa cerita? ...mm..ustazah dengan ini, ehem-ehem..sudahi ceramah ustazah dengan lafaz, alhamdulillah....mudah-mudahan ada la pihak-pihak berwajib tersungkur kat blog ustazah ni...kemudian dia pun jalankan apa yang ustzah sempat ideakan ni... yer tak?

Bye.
( Ustazah pilihan uols nak muntah aku baca sendiri )




29.12.11

Tentang Aku

Hari ni mejoriti warga FB/Twiteer/Blogger semua bercerita tentang drama 'Tentang Dhia'. And lepas buat beberapa self observation..and survey tak bertauliah... Mostly tertarik dengan drama tu atas sebab :

- Sweetttt.....dua-dua mati~cinta sampai mati....
- Romantikkkk.....bila Zikir ucap 'sayang' pada Dhia...
- Ohh..kalau Titanic 'u jump i jump' tentang Dhia pulak ' u die i die'..
- ...sedih bangat..tapi x puas hati ngan m.mentua dia x terima balasan...
- ...ada lagi ke wanita mcm dhea di muka bumi ni..cian dia.
- Cinta tanpa restu bak jasad tak bernyawa
- ...akhirnya....cinta sampai mati...
- Sehidup semati zikir n dhia
- Mulianyer hati seorg p'puan y bernama Dhia..cintakan suami n sanggup bermadu...

aND SOO on...semua tentang cinta cinta cinta....
Nampau nau orang sekarang suka bercinta, ops...ai pon suka! Tapi ai suka yang real-real one... kih kihh....

Then ai fikir kan balik kalau ade producer yang buat cerita tentang perjuangan atau tentang nesionalisme atau patriotik, agak-agak status-status di FB akan jadi macam ni tak :

- Ohh...tak sangka susah nak dapat kemerdekaan, kite patut bersyukur..
- Isk, isk...kalau aku hidup zaman jepun tu, mesti cita-cita aku nak jadi askar lawan jepun!
- Bangga dengan Zaki, sanggup die korbankan nyawa demi mempertahankan maruah bangsa..
- Nanti anak aku besar, aku nak suruh die tengok drama ni lah..
- Sekotak tisu abis malam ni tonton perjuangan malaya...
- Aku nak kerja kuat taknak ditindas di negara sendiri...

And so onn......

OKbye!


27.11.11

Kepada Do! :)


Dah agak dah, benda ni akan terjadi. Trauma betui larh nak suarakan pendapat. Banyak sangat watchDog dok buat partime buat pantauan buat tapisan. Pfttt....kalau merong dulu dah kena bantai, MJL pun kena hantam... sekali kena JAHANAM do!. tsk..tsk..turn off.

Do! kepada do! tu...leks la bro.. lu apa fasal emo-emo bro? Cara komen lu tu do!, macam orang yang terlampau makan cili arr...tak cool bro camtu sound-sound terus bro.. hehee...wa sedar pendapat wa tu tak betul pada pandangan mata dan perasaan hati lu bro.. Tapi tu kan namanya pendapat wa... Wa nak lu amik sebagai pembakar semangat waja bro! Bukan sebagai kritikan kosong yang macam tin kosong tu do!... ni kan blog wa... lu faham-faham la bro. Taknak baca tutup mata bro, tak terkurang rat dalam poket lu walau seinci.. Lagipun, wa usyar-usyar jugak blog lain yang dok gigih buat kempen percuma filem MJL tu , ramai gak yang puji melambung-lambung bro. Pi larh baca sana bro..sure lu happy and kembang kuncup bro..siyez......sebab mase wa baca, wa gelak jer bro.. budak-budak tu semua kagum dengan MJL.... lu baca lu sure bahagia tapi wa tak faham kenapa lu bantai wa camtu, maybe lu sepupu afdlin macam yang FaniCun tu komen kowt bro...

Ok lar, wa rendahkan diri sikit lagi..

Camni, Do! Lu jangan risau banyak sebab mejoriti yang review MJL semua puji. .. genre baru dalam perfileman m'sia, perghh.... ade puji ini hasil seni anak tempatan yang wajar disokong..wah! guilty wa dengar bro...sebab wa tak puji :(... ade yang puji jalan cerita and suasana imaginasi Afdlin tu sungguh Luar Kotak pemikiran.Perghh... do! wa rasa malu do! wa rasa wa ni kuno terus lepas baca review-review tu...

And wa bukan pelajar filem bro, wa student kewartawanan je.. kira wa tak tahu ape-ape la do!.. so kritikan wa tu macam debu yang ditiup angin dan hilang...tak terkesan sape-sape bro.. k?

So? Dun worry bro ..filem takde dana kerajaan macam Merong ni, sure box office jugak dengan kemunculan commentator-commentator macam deorang tu do! Tak kisah la budak sekolah yang tulis atau bapak budak sekolah tu yang tulis... market ade do! dun worry and jangan takut dengan my little tiny small entry ni kay do!?

GoodLuck dengan perjuangan lu Do!

^___^"


By the way, aku bukan Bro. kih..kih...terus rase macho dapat komen camtu.....

Have a nice Tahun Baru! Salam Maal Hijrah...

^___^'

19.11.11

Luahan seorang kawan.

Pernah tak rasa dianiayai? atau dipergunai? Atau diambil kesempatan'i? hee..nak i jugak belakang takleh blah.

Saya selalu rasa begitu, and selalunya juga saya redha diperbuat begitu. Owh..harap kamu takkan terasa nak mempergunakan dan menganiayai saya juga lepas ini. ~_~' sian la saya...

Contoh dianiaya yang saya maksudkan, kadang-kadang kawan memburukkan saya dan saya tidak tahu. Actually saya akan lebih menghargai mereka yang berterus-terang memburukkan saya supaya saya kenal perangai korang tu bagaimana rupanya, saya tak kisah...memang lansung tak kisah sebab saya pun boleh memburukkan mereka dalam masa yang sama. So fair larh kan!? Tapi kalau di depan saya menjadi angle...tapi di belakang jadi cilakel....itu memang saya kecewa habesss.... sila blah dari senarai kawan saya terimakasih. :)

Contoh dipergunai pulak, kadang-kadang kawan-kawan ni suka mempergunakan saya untuk mengisi kebutuhan mereka samata-mata. I means..ade masa yang deorang ni akan layan kite serupa tahi kucing and najis, bilamasa mereka tak perlu kita lah...tapi pada satu-satu saat atau moment yang suspicious..mereka akan datang kepada kita terhegeh-hegeh dan buat-buat terok. U know wut i mean buat terok? somethin like akan tiba-tiba sms atau call mengadu itu ini...merengek itu ini, minta layan minta perhatian minta simpati buat terokkk!! yes..itu maksud saya. Dan selalunya saat ini saya akan rasa macam SAMPAH yang tiba-tiba ade makhluk tuhan datang nk pungut buat rantai perhiasan diri. Pfft... and walau saya rasa begitu terhina, hati yang lembut seperti kapas ni akan masih juga melayan dan memberi perhatian kepada mereka... asalkan mereka gembira....

Diambil kesempatani? Ya...yaa...kadang-kadang orang nak kawan dengan saya sebab saya special. Itu sahaja. Bosan tak?????? Uwekkk! sila muntah dengan stetment tersebut...bukan lah diambil kesempatan apa-apa juz kadang-kadang saya terasa ada manusia yang mengambil kesempatan diatas kebodohan saya, mereka mengambil kesempatan diatas kebaikkan saya... kelemahan dan kelurusan saya.. oh no! please please....kalau anda berniat begitu, sila pergi dan tak tunjuk muka disini.

And saya akan sangat kecewa jika berkawan dengan manusia yang tak pandai menghargai keikhlasan dan usaha saya dalam membantu atau menyayangi mereka. Tak suka ok. Tak suka gila kalau ada kawan yang nampak sangat tidak jujur dengan kita dan kelihatan PLASTIK di depan kita. Pelastiks.. @_@'

Ohh..paranoidnyer kau bedah! hoh..tak baik buruk sangkat kat kawan-kawan minah!! aku bukan macam tu okay..aku kawan dengan kau ikhlas la joyah! Aku mana ada plastik..aku memang macam tu lah perangainya..just kadang-kadang aku taknak susahkan kau la cik temah oii! Aku ikhlas la mana ada memeprgunakan kau, kalau ko rase aku layan kau macam sampah tu sebab aku takder mood tu, ko terasa eah cik sepah!

In other words :

Haha...aku memang nak siksa kau, aku seronok tengok bila kau terhegeh-hegeh nak ambil berat fasal aku. Aku rasa puas giler... aku seronok buat kau tersiksa nak jaga hati aku..puas puass!! Aku rase bahagia bila kau risau-risau kan aku, peduli ape kan ape yang ko rase, yang penting ialah aku seronok...aku selfish sebab tu aku suka buat kau macam ni teman.. kau akan layan aku walaubagaimana pun kan..kan..so buat ape aku nk risau, aku jual mahal jelah.. ahaha...kau tak boleh kawan dengan orang lain selain aku k, sebab aku best and sebab aku dah tak ada sapa-sapa yang aku nak berkawan. Ohh..die tu? taknak lah..aku nak kawan dengau kau jer! ahaha..sebab dengan kau aku boleh buat sukahati aku takyah fikri perasaan kau and kau akan tetap melayan aku. Pegi mati dengan perasaan kau tu hahah...puas!


Kesimpulan : Baik aku berkawan dengan zombie nih..

Say hye to my lil'zombie baby~ ^_^'

9.6.11

KL Gangster takder PENYESALAN~

''.. gua Shark KL Gangster mau kasi lu mampos!!!!''

Baru balik nonton KLGangster ! wa rasa filem ni tak mengecewakan berbanding semasa menonton filem Kongsi. Sorry Farid Kamil..kali ni Syamsul Yusof menang . ^_^ tapi wa tetap tak suka shamsul lah der, sebab die adalah taknak kalah punya olang, dalam filem ni dia kasi 'potong' sama itu King! kasi bunuh sama otai..waaa...semua lu mau kasi tidur meh abangLong shamsul~~






Filem ni tak berapa ada jalan cerita la, tapi mesej tu insyallah sampai kepada penonton. Ade beberapa didikan sosial yang berjaya disampaikan oleh Syamsul kepada masyarakat, jadi tak salah nak bawak anak-anak muda tonton filem ni, siyez.



Filem ni membongkarkan kehidupan gengster lah, sesuai dengan tajuk. And kalau lu orang cukup sensitive dengan masalah dalam masyarakat kita, lu orang bakal menemui beberapa sindiran dalam filem ini. Jeng..jeng..jeng...




Cerita simple, keluar penjara...nak jadi baik...last-last terjebak balik. Masuk 'dalam balik'.. Motip?? nak bagitau budak-budak baru nak berjinak-jinak dunia taiko ni, fikir 2 3 4 kali sebelum menceburkan diri secara serius... sebab selagi anda bekeluarga, anda tidak akan selamat! nak nak yang ader adik cun meletop... tu gulai deorang jer... try arr!



Lakonan abang besar la...Aaron Aziz... dari segi penghayatan watak, wa kasi lu 9 out of 10 bro.. sebab watak lu tak gelabah pun... memang ade ciri-ciri taiko.. wa tau sebab uncle wa taiko maa... and watak Zizan, abangLong Fadil lah...8 out of 10 sebab memang menjadi watak yang digalas zizan...die banyak kasi penonton gelak besar~




satgi kita story watak zizan kay.

Biasalah, mamat ni memang selalu laku untuk watak gangster cina. watak Dragon membongkar realiti dalam masyarakat dimana selalunya kepala gangster ialah dimonopoli golongan cina. Potong 41 nih mana mau carik..hee.. Selalunya orang atas-atas memang orang cina, balaci-balaci memang lah orang melayu oke... motip? Duit....duit....wang..wang..Lui....Lui...

Sampai last tak mati tuh Dragon ni, cekang tak?








Ok, ni adengan sebelum mati kena tikam. Alahai....sedih bebenor... wa rase, Shamsul ade bende tak puas hati dengan Persatuan Pekida Malaysia, so die wujudkan watak AbgLong Dil yang diwarnakan perwatakkannya seorang yang cakap besar...pengecut...poyo...alim-alim ubi...tak bekerja..takder duit...semua yang corot-corot arr...




Sian, wa harap pasni takder kejadian mayat mati keta tetak baling dalam laut and then tutup kes polis. =__=' rilex arr Shark! Takkan sebab selalu kena buli zaman sekolah dulu....dah besar-besar nak jadi otai dalam filem nak pelekeh semua orang... kih..kih..emo disitu yer..







Kepada golongan yang disindir..leks..leks... simpan pedang anda di rumah baik-baik.. Kalau takat baru jadi AbgLong kawasan tu, jangan buat otai terlebih...buat rileks dah kay... wa kenal lu orang weh....tapi wa kenal yang up up..wa tak kenal yang poyo-poyo... kih..kih... ( stetmen cari naas )












Pergaduhan sedarah sedaging... aih..kesian sama wa. Dah la wa minat AdyPutra..sekali lu pegang watak budak kanyaq yang baru nak up...gila duit and sanggup menentang abang sendiri. Sedikit sebanyak buat wa tawar hati... muahaa...





'' Abang Long suda keluar... . Wa mau pegi jemput .Sapa mau ikut , ikut ... ~ ''





Menceritakan apabila wang menjadi kepentingan utama...darah daging pun tak kenal suda.. Sanggup nak berbunuhan bagai. Tapi betul la kan..orang melayu memang akan tikam orang melayu... then jadi hamba cina.. Alaaa....biasa tu ....takyah cover...





Cayalah Shark...




See....betapa kekarnya body lu Aron Aziz... Gila betui.... Ni babak pergaduhan abang dan adik.





Adik degil abang nakal...hahhaa..





''...Abg tak abg, sape kacau aku kasi pecah!!!...''








Lawa tak? Lawa seh.....body AduPutra la maksud wa muahaa..teruk gila perangai dari tadi mencuci mata..ahaha... tapi style kan, hmmm... watak AduPutra agak menecewakan sebab terlalu cekang @ psyco.. kamon boy....otai tak gelabah kot, otak rileks..... lu nampak a lil bit gelabah maaf la... tapi lu tetap di hati wa... kih..kih...





Menceritakan golongan muda yang nak hidup senang... yang hari-hari nak makan Fish Abd Chip!!! Hik..hik...watchout dialog tu....sure pecah panggung!














''....jangan sampai gua kerat lu 18 kali baru lu tau erti penyesalan~~~




Ahahaha..aku suke doh watak mamat ni yang aku tak kenal nih...walaupun die memagang watak melayu jilat bontot cina... tapi watak die hidup..wa ske dialog die...yang wa ingat is :




''..Kita jual sayur 3 4 juta, lu nak jual sayur 3 4 ringgit???..''





''...Selesa? Ni lu cakap selesa!!? Kalau selesa...karaoke sofa....ade amoi lua....~''





''.....SioLang...!!! mari sini wa kasi lu seeengggg..nngallll~~~''




''....waaa...abangLong sudah keluar maaaa~''





Shark, mamat gilakuasa ni konon hero dalam citer ni sebab dah kasi potong sama King..bapak tiri dia... padahal die 'up' pun sebab pertolongan bapak die....hikhik... dapat da simbolik watak die? ok wa jelaskan melalui dialog...




''....lu kena sedar...lu di tempat sekarang pun atas pertolongan bapak lu!..''




Amacam..terkena batang hidung kan..kan..kan.... The Yusof'ss!!!

Bagi wa, babak ni tak sesuai dengan persekitaran Malaysia yang aman makmur...lari sambil tembak-tembak. Apehal..polis takder ke hape taktau la.... tapi ok la....maybe rare berlaku... bukan tak pernah berlaku......hiii












''...Abg besar sudah keluar! Gua ingat lu sudah mampos!...''






''...Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam!...''





Ok..ok...wa sudah penat mau ingat dialog -dialog dalam filem ni, apakata lu orang pi tonton sendiri... selamat jatuh cinta pada Aron Aziz buat kesekian kalinya...tatahal...




Nampaknya, gendre filem Malaysia akan berubah rona... tak main lah hantu hantu lagi der.... back to reality cumon!!! Kongsi..KlGangster...pasni ape yer... dengan adenyer pengarah-pengarah muda...agak okayla....kita kasi peluang sama mereka bekarya... kritikkan adalam untuk membina sila jangan hantam sama waa..... tapi sebenarnya, wa rasa pelakon malaysia kena belajar camner nak berdialog pakai badan...takmau manyak cakap la....itu razak mohaiden punya style meh....mimik muka kasi kaw kaw sikit der....kasi nampak rilek and berkesan...






Babak belasah dah cantik, tapi nampak sangat itu post production punya kilija banyak touch up... jadi tak real sebab wa boleh ditek lakonan gerak perlahan yang dilajukan and nampak fake cikit! Ok la... 5 out of 10 la babak belasah....




Babak darah-darah dah okay ma... kereta yang dikorbankan adalah dua biji yang buruk la..ala biasala..takda big prob la kawan.... ^_^ Chayok industri filem tanah air!





** FILEM KITA WAJAH KITA**




Kepada Farid Kamil...takkan nak diam der????? Kita kasi tidurrrr ..sama itu Shark!! :P






Pengarah :Syamsul Yusof
Penulis:
Syamsul Yusof:(Lakon layar)
Syamsul Yusof:(Cerita Asal)
Lakonan:
Syamsul Yusof:Shark (Pelakon Utama)
Ridzuan Hashim:King (Pelakon Pembantu)
Aaron Aziz:Malek (Pelakon Pembantu)
Adyputra:Jai (Pelakon Pembantu)
Zizan Raja Lawak:Fadil (Pelakon Pembantu)
Krew:
Omar Ismail:(Pengarah Fotografi)
Faizal Yusof:(Pengarah Seni)
Rizal Ashraf:(Pembantu Pengarah)
Hisham Jupri:(Penyunting)
Syamsul Yusof:(Penyunting)
Penerbit:
Dato' Yusof Haslam:(Penerbit) <- Ayahnda

Selamat Menonton!!!!!!
''lapa...lapa...makanan..lapanyer...lom sarapan huk..huk...



21.2.11

Khairul Fahmi sombong?

After setelkan beberapa footage suasana pilihanraya kampus, kaki ku hayun melangkah ke Balai Media, hasrat hati mahu menyiapkan saki-baki kerja yang ada.

Di enterance. ternampak junior-junior yang gigih menjual paper... Berita Kampus..aih..terkenang zaman aku.. Buat aku terharu bila kanak-kanak rabena cecomel ni...lansung tak paksa aku beli paper dari diorang, siap bagi free...

Usyar helai demi helai... aik! Bilamasa Khairul Fahmi mai sini?

Aku sebagai salah satu peminat KF sejak-sejak tengok Malaysia menang dengan Indonesia dat day, dengan gigih terus serbu budak yang interview KF nih....

Lebey kuarang camni....

Aku : Ehh..ehh..sape KF datang usm bila eah?

Budak : Datang masa persahabatan dengan USMFC la kak erin...

Tanpa menunggu ulasan lebih lanjut,
Aku : Sapa interview KF nih? ( Dengan mata bersinar-sinar... )

Budak : Kami-kami la kak erin...kami semua...die tu sombong!

Aku : ( Mata tak bersinar tapi berkerut plak . ) Hah? Die sombong bia betul? Die camner sepanjang interview tu?

Budak-budak ( ramai ) : Alaa...die tu sombong, belagak... lepas tu kerek plak tu... jawab macam taknak jawab... ee..sombong la kak erin..

Aku : Owh....kak erin ske die la..tapi macam dah taknak suke dah lah..

Budak : Takyah takyah...buken hensem pun kak erin...

Muahahaaa...hamik kau! Budak wartawan la katakan...laser tu memang laser.. tulah lebih kurang yang aku ingat dialog kami, aku ni shortterm skit bab-bab mengingat haha.. ade la banyak lagi yang diper'kutuk'kan ...tapi biarlah setakat itu yang aku rasa nak tulis di sini.

Phew~~.... so?

Aku adalah tidak lagi mahu menjadi salah satu peminat Khairul Fahmi. Sekian terima kasih.

Haaa...see...see.. senang tak hilang peminat? tuLAA..jangan la sombong sangat, maybe die malu lah aku rasa..tapi kalau die malu takkan bebudak ni nak propa sampai macam tu... Must be something la kan...

But then...walau pun die malu, die patut sedar and usaha untuk melawan kemaluan die tu. Hmm...ape aku cakap nii.... bagi aku..die patut usaha la untuk buang sikap malu terlampau yang telah menular menjadi 'ala-ala sombong' tu. Kan dah disalah faham...rugi jer kena cop 'sombong' and blablabla...

Kami tahu la kami ni media dalam universiti jer kan....kan...
Cuba kami ni Media Perdana... mahunyer senyum sampai telinga kan..kan..kan...

Ellleee.....~~~

5.12.10

Mat rempit seperti beruk!

Kalau dulu kita selalu cakap, jangan ikut perangai binatang...tapi sekarang binatang plak nak ikut perangai kita, dah jadi idola binatang kita nih, maka wujudlah gambar-gambar dunia binatang versi manusia.. ok bebel apakah ini.


Semalam jam3 pagi sekitar Roundbout Bayan Baru area bukit jambul, sesak sepanjang bulatan roundbout dengan motor-motor dan manusia-manusia tak cukup akal di pinggir-pinggir jalan. Mati-mati aku sangka ada event grandprix ker hape ker... selepas perhati sekor-sekor di tepi jalan dengan pakaian deorang yang tak berapa berwawasan tu, ece..ayat macam pakaian aku berwawasan sangat. Terus otak suci lambat pickup hal-hal tak baik ni detect yang upacara lumba motor haram sedang dijalankan..
Bayangkanlah yang datang tu area-area form 3..4..5.. camtu, yang pacak motor aku tak sure umur deorang tapi yang pasti deorang mampu beli motor. Tak tahu duit mak pak atau duit tabung atau duit PTPTN atau duit tabung ayam. Pompuan-pompuan takyah cakap la, tu PIala Kemenangan tuuu...dressup mau power, senang nak goda juara nanti...
Hampeh...
Yang paling menyentuh sanubari yang sedang dilanda amarah tatkala mamarhatikan gelagat-gelagat anak remaja ini ialah..semuanya boleh dikatakan anak MELAYU. Dengan rambut mohoknya...rantai basikal melilit leher...isap rokok gaya terkini, baju t-shirt lusuh dengan seluar koyak sagat kat jalan... Lansung tak menarik okee..
Kenapa eah remaja sekarang tak suka belajar?
Kalau menurut Faisal Tehrani, : Dalam Dewan Siswa April 2010.
"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga."
Melulu! nice words.. Adakah remaja sekarang memang takder halatuju hidup? Mungkin deorang seronok hidup bawah pimpinan bangsa lain, mungkin cita-cita mereka untuk berjaya dikala dewasa sambil memajukan negara sekadar mekar di takuk mereka sekolah rendah.
Suatu hari nanti, bilamasa dunia makin mendesak mereka bertanggungjawab..saat ibubapa tak mampu dijadikan sandaran.. Bilamasa dah beranak pinak dah galas peranan suami...bapa..atuk...atau seupamanya, saat wang menjadi pencatuan dan masa makin menghimpit usia. Mungkin mereka akan sedar dan sedar, nasi dah hangit dari jadi bubur..
Masa tu, baru mata mereka nampak teman-teman yang memilih ilmu sebagai teman kala muda remaja bukan motor atau jalan raya. Saat itu baru mereka sedar kelalaian yang memberi nikmat sementara dan keperitan yang menjamin kesenangan selamanya..
Masa tu nak salahkan shiapa? Motor? Kawan? Makpak? Jalanraya?
Lu Pikir Lah geng!!!
+___+