Semalam jam3 pagi sekitar Roundbout Bayan Baru area bukit jambul, sesak sepanjang bulatan roundbout dengan motor-motor dan manusia-manusia tak cukup akal di pinggir-pinggir jalan. Mati-mati aku sangka ada event grandprix ker hape ker... selepas perhati sekor-sekor di tepi jalan dengan pakaian deorang yang tak berapa berwawasan tu, ece..ayat macam pakaian aku berwawasan sangat. Terus otak suci lambat pickup hal-hal tak baik ni detect yang upacara lumba motor haram sedang dijalankan..
Bayangkanlah yang datang tu area-area form 3..4..5.. camtu, yang pacak motor aku tak sure umur deorang tapi yang pasti deorang mampu beli motor. Tak tahu duit mak pak atau duit tabung atau duit PTPTN atau duit tabung ayam. Pompuan-pompuan takyah cakap la, tu PIala Kemenangan tuuu...dressup mau power, senang nak goda juara nanti...
Hampeh...
Yang paling menyentuh sanubari yang sedang dilanda amarah tatkala mamarhatikan gelagat-gelagat anak remaja ini ialah..semuanya boleh dikatakan anak MELAYU. Dengan rambut mohoknya...rantai basikal melilit leher...isap rokok gaya terkini, baju t-shirt lusuh dengan seluar koyak sagat kat jalan... Lansung tak menarik okee..
Kenapa eah remaja sekarang tak suka belajar?
Kalau menurut Faisal Tehrani, : Dalam Dewan Siswa April 2010.
"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga."
Melulu! nice words.. Adakah remaja sekarang memang takder halatuju hidup? Mungkin deorang seronok hidup bawah pimpinan bangsa lain, mungkin cita-cita mereka untuk berjaya dikala dewasa sambil memajukan negara sekadar mekar di takuk mereka sekolah rendah.
Suatu hari nanti, bilamasa dunia makin mendesak mereka bertanggungjawab..saat ibubapa tak mampu dijadikan sandaran.. Bilamasa dah beranak pinak dah galas peranan suami...bapa..atuk...atau seupamanya, saat wang menjadi pencatuan dan masa makin menghimpit usia. Mungkin mereka akan sedar dan sedar, nasi dah hangit dari jadi bubur..
Masa tu, baru mata mereka nampak teman-teman yang memilih ilmu sebagai teman kala muda remaja bukan motor atau jalan raya. Saat itu baru mereka sedar kelalaian yang memberi nikmat sementara dan keperitan yang menjamin kesenangan selamanya..
Masa tu nak salahkan shiapa? Motor? Kawan? Makpak? Jalanraya?
Lu Pikir Lah geng!!!
+___+
2 comments:
yea.. mmg pendek akal org yg merempit jer keje dorang haishhh.. mmg takde hotakk~!! (mode : emoo)
tula...cmner nak ajr dorang eah...
nak bagitau bahawa ilmu itu penting..
tsk..tsk..
Post a Comment