Showing posts with label Pesanan ku. Show all posts
Showing posts with label Pesanan ku. Show all posts

18.1.13

Kita kena belajar bsersyukur..

Entry adalah emo sangat.  ᕦ(ò_óˇ)ᕤ

Laman sosial medan meluahkan perasaan. Percaya atau tidak? Medan memperolehi infomasi secara pantas dan juga tempat membincangkan segala jenis isu semasa yang tengah hangat diperkatakan.

Itulah kehebatan laman sosial.

Sekarang ni, boleh dilihat bahawa setiap kejadian yang berlaku..sepantas kilat dapat dihidu masyarakat  umum secara mendadak. Isu tersebut dijadikan perdebatan awam, isu tersebut dijadikan 'trend' dan dek kerana isu tersebut jugalah, mampu menjatuhkan dan membangkitkan sesetengah pihak, dengan sekelip mata. Kalau tidak dengan sekelip mata, mungkin dari masa ke semasa.... Apabila hari-hari disogokkan dengan perkara serupa.. Hal yang pada dasarnya sekadar pengetahuan bertukar membentuk kepercayaan, dan akhirnya ikutan. Trending! 

Baiknya disini, Demokrasi jelas dipraktikkan dalam negara, suara didengari, atau lebih jelas dalam konteks kini, komen jelas dibaca.. rungutan dibaca, hinaan atau kejian.. tak kurang juga pujian, sanjungan atau kipasan turut dibaca. Di 'Like', di 'share' di ulang tayang untuk di 'komen' semula dan berterusan-berterusan... 

Yang akhirnya meninggalkan persoalan di minda bagi yang rapuh pendirianya, di hujung pertimbangan yang kurang bijaksana...suara-suara maya tenggelam begitu sahaja, suara-suara konon menuntuk keadilan, memohon pembelaan hanya tinggal sekadar sususan bisu aksara-aksara,  yang memberkas pekat dalam jiwa kita hanyalah api benci, dendam atau dengki yang menyala-nyala... Itulah rakyat kita.

Zaman IT, sesiapa sahaja mampu membina pengaruh, siapa-siapa sahaja mampu melawan arus. Membelakangkan ideologi tersembunyi dengen mengkedepankan topeng hasrat murni. Semuanya tumpas dengan kekuatan teknologi, dek rapuhnya secebis jati diri... Tapi mengapa ini terjadi?

Peningkatan teknologi, apakah menendang keras aspek rohani diri? Semakin ramai yang membuang masa di dengan it dan akhirnya merengkuh licin titisan insani diri? Hingga membawa kepada kerakusan duniawi...ketamakkan hartawi. Ade ker hartawi? Hee...

Bukan apa, stress la.. aku suka menjadi pemerhati.. sikap manusia, aku suka baca komen-komen masyarakat Malaysia rumet aku cakap aku buang masa stresskan diri bila terjadi sesuatu perkara. Disitu sedikit sebanyak aku dapat mentafsir sikap orang kita. Nampak tak kepohci aku diditu?  Bukan bias, dah nama pun pemerhati bebas, konon so bebas juga aku memberi interpertasi.. Kita selalu tak bersyukur .. ada sahaja yang tak kena, kenapa? Kenapa ada sahaja yang tak kena, itu tak kena ini tak betul sana ada silap situ ada muslihat... masing-masing persis mahu memegang pistol membutikan aku dia engkau mereka salah... salah belaka. Aih...

Kerana kita terlalu cintakan dunia.. subhanallah....dan kita sebenarnya terlalu selesa dan bahagia di bumi ini. Kita takkan pernah rasa cukup selagi kita diberikan segala nikmat. Nak tahu tak, dunia ni  ada 2 sebab mengapa manusia tak bsersyukur : 

1 - KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.

Kadang-kadang, kita terlalu berwawasan. Terlalu berimpian, aku pernah begitu.. aku bercita-cita besar dan akhirnya aku resah 24jam. Kita, akan kurang menghargai segala yang kita miliki di depan mata..apabila kita terlalu mengejar yang jauh di hadapan sana. Kita tak menikmatai apa yang dimilik, kita akhirnya resah...gelisah..gusar dan hidup tiada makna. 

Sedangkan, kita mampu hidup bahagia dan gembira, apabila kita bersyukur.. Cukup-cukuplah menuntut itu dan ini dari situ dan sini, kalau tak ada lorong rezeki disitu...Tuhan yang maha adil dan kaya takkan membiarkan hambanya hidup merana tak semena-mena kerana Dia maha mengasihani lagi maha melihat. Mungkin ada pihak tak dapat kelebihan dari segi itu, tapi dia dapat dari segi ini. Tak dapat bonus, tapi dapat kesihatan tubuh badan & hati senang.. makan duit riba berjuta, tapi hati sengsara and hidup tak berkat. So nak duit bonus atau nak duit riba?
2 - KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN

Kita rasakan orang lain lebih untung, lebih cantik lebih kaya lebih mudah dapat kerja gaji baik dari kita..sedangkan kita rasa kita layak di tempat dia..

Percayalah duhai hati, tuhan yang maha bijak mengatur segala sesuatu yang terbaik tidak akan tertidur dari melaksanakan tugasanNya. Mana mungkin sesuatu yang memang hak boleh dinafikan takdir. Dan mana kita tahu setiap yang terjadi punya hikmah tersembunyi? Mungkin kalai kita berkeras untuk memiliki, kita akan jadi jauh lebih turuk dari sekarang yang kita lalui... Jadi, masih nakkan yang orang tak? Sini ada satu kisah :

Tempat : Hospital Sakit Jiwa
Pesakit A : ( Sambil menghantak-hentak kaki ) '' Lulu! Lulu! Luluu...''
Ali : Kenapa ni?
Doktor : Owh...dia menjadi gila kerana cintanya di tolek oleh Lulu...

Perjalanan diteruskan....

Pesakit B : ( Menghantak kepala ke tiang berkali-kali ) '' aaar..Lulu! Lulu! ''
Ali : Orang pun ada masalah dengan Lulu?
Doktor : Dia yang akhirnya menikah dengan Lulu..

Bersyukurlah dengan apa yang diberiNya. 

So, nampak tak disini.. bukanlah beerti kita harus berserah 100% pada takdir, bukan juga 100% redha and tawakal 24jam. Usaha itu perlu untuk melakukan yang terbaik dalam diri. Tapi harus diiringi dengan usaha dan doa. Atuk nenek kita dula usaha mendapatkan kemerdekaan negara, menyatupadukan kaum.. mengapa bila tiada peperangan, tiada kesempitan.. diberi segela kemudahan..kita akhirnya leka? dan akhirnya lupa? dan akhirnya menjadi manusia yang hanya meminta-minta tanpa usaha?

Mari bersyukur...pesanan buat diri yang selalu tak bersyukur... 
Peace! <(。_。)>

''Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.''
Surah AlHajj. Ayat 066.



( Terima kasih kepada belahan jiwa yang selalu menasihatkan diri ini )

20.12.12

Mengapa kami dari rusuk yang bengkok?



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit ...keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci... Hawa. 

Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya. 

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. 

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” 

Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. 

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang......

Sesekali renunglah ia, carilah jawapan yang pasti atas pengorbananannya. Mengapa Allah (s.w.t) menjadikan tulang rusuk itu bengkok. Usahlah dicuba membetul bengkoknya dengan kekasaran dan mengaharapkan perubahan sekelip mata. Mungkin perubahan mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin tiada juga perubahan yang mampu dibuat tetapi sekurang-kurangnya belajarlah untuk memahami kenapa tulang rusuk itu bengkok.

..Ehem...ehem....

Jadi kepada lelaki di luar sana, terima seadanya kami kaum hawa...ewah!  Emanglah, terkadang perangai is ada ala-ala childish macam nak kene penampor jer...emang lah kadang-kadang emo macam Emily haha....kadang-kadang kami sengaja buat degil.... bukan bermakna kami mengikut emosi semata...bukan kami sengaja nak memendam....tapi kami menantikan seseorang yang mampu mendoakan...rusuk yang bengkok ni selalu mendambakan kekuatan..... Sifat pelindung yang ada pada tulang rusuk itulah yang diumpamakan kepada wanita sebenarnya, iaitu menyempurnakan kekurangan pada bahagian lain. Melindungi bahagian-bahagian penting yang lembut di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Bukankah itu penting? 

Sekiranya tulang rusuk yang membengkok digantikan dengan tulang yang lurus tiada lagilah ruang yang selesa kerana bengkoknya itu mempunyai fungsinya yang tersendiri...see see!

Sumber : Nurkilan Ikhlas


Tulang rusuk walaupun bengkok fungsinya cukup besar, begitulah wanita walaupun sukar difahami kerenahnya dan hatinya tetapi akan lumpuhlah sebuah rumah tanpa kehadiran seorang ibu atau isteri. Lumrah manusia bila di sisi kehadirannya umpama bayang-bayang tetapi bila hati wanita telah retak dan jiwa telah kosong mungkinkah lagi dia bisa menunggu dan tika itu pasti bayang-bayang itu dirindui dan dicari..... 

Percayalah........ :)


30.11.12

Tips Kecantikkan!


''..oh baby..baby...ku yakin engkau cantik! Ku percaya kau baik! ku yakin pasti ada lelaki yang tertarik..lallaa...''

''..engkau memang cantik..memang tidak padan dan tidak sepadan...'aku orang kampong~''

''..cantik! param..pam pam...hai cantik jelingan matamu mempersona...''

''..Rasai kehangatanku, cantik seperti ku....!!''

Ohww....soo banyak lagu memuji wanita cantik! Yes aku cantik kau cantik semua cantik...kalau rasa tak cantik, try pandang dengan hati kecantikkan tu pasti bersembunyi...kerna apa? Kerna cantik itu untuk yang paling layak dilihat jer... wah gitu!

Kalau tengok orang yang nampak sekali imbas tak berapa nak lawa, kalau tak berapa nak menggoda...aku akan renung lama-lama.. aku akan cari kecantikan dia dimana.. haaa.a..tula kerja aku, dan bila aku dapat jumpa ciri kecantikkan tu pada orang tersebut... aku akan menikmatinya dan mengagumi kebesaranNya... sungguh!!! Sebenarnya mereka lebih cantik dari kau noks!

TATAPI! Kalau yang cantik memang nampak jelas sangat lawa howt and mentop... memang aku pandang jer...cuci mata and aku akan renung-renung sampai aku jumpa part yang tak berapa cantik pada orang cantik tersebut.. Baru aku puas hati kih..kih.... haaa..adakah aku gila weh?

Alhamdulillah...alhamdulillah....manusia diciptakan sempurna semuanya, tuhan maha sempurna dan menyempurnakan jangan lupa na..... kalau tak sempurna dalam, ada luar yang elok..kalau luar ok, dalam tu maybe kurang...ntah la, adil saksama pokoknya.... haruslah syukur yeah!! Tapi selalunya yang buat orang tak nampak cantik tu, diri kita sendiri larh.... nak touch up ciptaan tuhan.. mata hitam nak mata purple... celak hitam nak tukar biru..ops terasa ai!

Aku? Apasal untro panjang sangat nie....aku sebenarnya tengah remove gambar-gambar aku dalam media sosial dan blog dan seumpama denganya... kalau dulu aku rasa aku cantik, aku rasa aku minah korea wannabe yang berdarah melayu tak reti cakap inggeris...aku rasa aku style and unik.. *tampar muka sendiri aku rasa nak semua tengok aku cantik and suka aku cantik... tapi sekarang takmo larh... tiba-tiba rasa malu..... :'(

Malu la...orang tenung-tenung, namo lah nak cantik-cantik... segan sangat..tapi minat aku terhadap amik gambar memang takkan berubah la, takes time..hope album webcam dalam laptop ni dapat kurangkan jumlah gambo camwhore aku insyallah..... punya lah suka melaram!! Adoi.

Aku tetap akan berhiasa...tetap dihatiku! Tapi berpada-pada...
Uols...jangan lupa berhias juga, jangan aku jumpe tepi jalan kang busuk comot dan tak berseri kusam belacan naaaa.....jangan salahkan aku korang tak cantik nanti, takdak pakwe kang tak tau laaa..ops!

Ok bye, dah penat study tadi...so saja nak bebel, now aku nak kemas bag, lari ke surau attend meeting keusahawanan USM at 5pm and......ntah?

Salam and appy friday uols!!
Jangan lupa kerat kuku ari ni namo panjang-panjang..buruk dan TAK CANTIK!


2.10.12

Hijabista?

Assalamualaikum and salam sejahtera,! Macam opening untuk standUpper USMTV gitew.. hari ni nak sembang fasal Hijab, Ista? Gulps..

Anyway, sejak ramadhan lalu till today.. lebih 3 bulan dan ai bertudung. Ehh..kalau bertudung terus bahasakan diri ai-ai gituw..?

dan...malu nak cakap, koleksi tudung adalah semakin hari semakin banyak. Ramai sedekah kan ai tudung juga, tapi yang ai beli tak sampai 5 kot.. 2 lai bawal 2tone di Uptown Perda and 2 helai Pashmina di Giant. HMM....yang lain-lain orang kasi, and amik stock tudung lama sedara-sedara and owh...5 helai bawal  kaler-maler dari kawan indonesia... hmm nampaknya da lebih dr 10 helai disitu kan?

Tudung, mengapa bertudung takyah jawab kot, mesti boleh faham sendiri..  Sebab dah lama nak bertudung tapi dah lama juga tak sanggup nak tutup rambut yang bajet howt..bermakna lebih kurang macam tak sanggup nak elak dari terjun ke api neraka yang juga howt gitu la kan. Tsk~
So bila da bertudung rasa ape? Ok rasa sangat fabulous  ahaks... konon*

Perasaan bertudung adalah excited bila setiap hari fikir nak pakai tudung apa match dengan baju apa, hmm...cabaran tu. Ai pernah silap pakai tudung jalur melintang dangan baju jalur menegak. Sepanjang event adalah seperti pompuan kejutan budaya tak reti bergaya. Yela..ade kakak tu tegur, kenapa tudung jalur baju jalur...patut salah satu kne plain... aduh duh... rasa nak balik tukar tudung la la tu jugaks tapi sebab bilik jauh..lalu ku bertahan jebat~ @_@"

Yang seronok and terharu, ramai yang terserempak akan cakap camni  :

..'' ehh..ehh.. ni permanent ke suke-suka? '' *random teguran yang mengenali
..'' ehh....dah tukar ker? '' *random
..'' ehh..sejak bertudung lagi cantik dari dulu...'' *abang-abang@pakcik cafe
..'' awak cantik sekarang, sejuk mata memandang..'' *my stalker2 on fb
..'' nak cakap ni, dari dulu..sekarang lagi ayu..'' *abg jual buah
..'' awk dah bertudung sekarang? Alhamdulillah sejuk mata memandang..'' my ex-why-zeck~
..'' ha! kan cantik bertudung..'' *kakak-kakak & teman rapat
..'' ha! sekarang baru nampak beriman sikit!..'' * psycho-psycho konon bagos
..'' wah...tak sangka, bertudung elok juga, i ingat u akan ugly bila tutup rambut! ''.. *JULIET!!!! my bestie, prfft!

..and banyak lagi malas nak ingat. Sedikit-sebanyak terharu :') And yang paling terharu bila ada yang inbox luah perasaan, nak berhijrah and nak tanya pendapat and pengalaman. Tanya dari mana kekuatan datang and mengapa tibatiba and so on.. Rasa macam retis pun ada haha, ok takmau jadi retis terimakasih.

Secara personalnya, ai tahu ramai diluar sana nak bertudung. Tanyalah siapa-siapa yang freehair. Ada memang tak nak tutup, tapi ada yang nak tutup tapi dok memendam and tak tahu jalan ape nak pilih untuk bertudung..tak tau camner nak mula..rasa sangsi dengan diri and kadang-kadang tak dapat sokongan... tunggu hidayah and so on...

Tunggu hidayah like wut? Bila tu...tunggu hidayah tu macam tunggu bulan jatuh keriba oke..die tak datang kalau tak dicari dan diusaha. Ai selalu cakap, kadang-kadang nak tunggu hati ikhlas memang payah selagi setan laknat tak terikat, bisikkan tu akan selalu ada.. jadi, kadang-kadang juga kita kena mulakan sesuatu dalam ertikata kasarnya 'keterpaksaan'. Tak kisahlah...solat paksa-paksa bagi cukup 5 waktu, tudung paksa-paksa agar istiqamah.. lama-lama akan jadi kebiasaan insyallah... percayalah.!

And nak pesan juga, dunGivA Damn pada golongan bajet bagos dengan ideology - ideology yang camgini :

''...ai tak boleh la nak paksa diri, sebab ai bukan plastik, kalau ai buat sesuatu ai ikhlas..ai taknak tipu diri and tipu tuhan..ai tak main-main sebab ai yakin suatu hari nanti hati ai akan terbuka juga untuk bertudung and ai akan tunggu agak dibukakan hati olehNya untuk berhijrah...ai taknak la paksa-paksa macam uols...iew''

Sekian terimakasih diucapkan kepada orang camgitu, tungulah hidayah kau...tunggu sampai jumpa okeh, all the best! Tunggu hati terbuka..tunggulah takut pintu lain yang terbuka..oppps.

Ai loike tudung bawal! Aummm......

Anyway entry ni berniat untuk menasihati ajer, jangan taching eah..diz is my way of bagi nasihat disamping berceloteh. Thanks for watching@reading. Buh bye~

28.9.12

Tuhan lebih berkuasa..

Mungkin dia bisa ceritakan pada dunia betapa tulus ikhlas dan setianya cinta..
Namun sampai manakah dia mampu terus membohongi diri bahawa itu semua hanya sekadar dalam pandangan mata ?

Mungkin dia bisa mengalunkan memori luka jiwa nestapa atas perpisahan yang menyapa..
Tapi mampukah dia fikirkan penyiksaan jiwa yang telah ditabur dan aku yang selama ini menelan sengsara?

Mungkin dia akan mendapat sanjungan yang dicita ,
..mungkin dia akan memperolehi ehsan yang dijaja....
..mungkin dunia tetap menjadi miliknya dia...

Maafkan hati ini, telah pudar hancur dan musnah sama sekali untuk kembali bersama...

Dan izinkan aku,
..mendoakan dia bahagia dengan dunianya...
..menjelaskan bahawa tiada lagi setitis rasa cinta.

...yang suatu ketika dulu merangkak menagih hiba rasa cinta.
...yang sauatu ketika dulu, tangis aku hiaskan dengan senyuman mesra..
... suatu ketika dulu, cinta aku hanya bersandarkan pasrah di jiwa.

Tuhan maha berkuasa,
..dan Dia maha mendengar rintihan hambaNya...

Aku kan terus bersujud dan akan terus berdoa.

21.9.12

Wanita memudaratkan?

                                                                                                                                                “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.” (Riwayat Al-Bukhari )

Maka, dalam meniti arus kehidupan hari ini, jangan pernah kita terlupa akan peringatan Rasulullah SAW yang satu ini. Kita para wanitalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki. Kita bukan lelaki, maka kita takkan pernah tahu bagaimana besarnya dugaan yang dirasakan oleh para pemuda terhadap kita..

Aku terbaca di iluvislam  tentang wanita, persisnya aku gubalkan mengikut pemahaman aku :

Tarikan Wanita Kepada Lelaki :

Malam pasanganya siang, jaga pasangannya tidur...
Rajin pasangannya malas, dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerna perempuan adalah pasangan kepada lelaki.
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki...

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman..

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya...




Pada mata lelaki, wanita amat terlalu boleh dihayati,
dengan pelbagai pandangan dan imaginasi..
Sekiranya ia tidak dikawal oleh iman, mata itu akan memandang dengan tafsiran nafsu..

Jadi kita kena menutup aurat :)

SEBAB???



Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


** HAPPY JUMAAT DAY! **










28.8.12

Vacancy personal assistance boleh?

Salam Selasa... !

Boleh tak kalau kita tak cakap soal raya? now nak catat tentang plan perancangan untuk selepas raya, after setel everythin baru kita bermaaf-maafan. Kelas uols...boleh nak delay-delay lagi tuh...kalau mati esok sapa nak minta maafkan? Jawab..jawab..

Bukan apa, semua update gambo raya aku tak dapat..so bengang sebab camera hilang on raya...after 4 hari raya sekali ada atas meja. Memang mengundang geram... but its ok, after diz i update tentang open house raya at my auntie house naa.....ok plan ape nih?

Okeh! Banyak perkara tak terselesai entah mengapa.. tak baik tangguh kerja tapi hobi aku memang menangguh kerja. Hmmm.... raya memang memenatkan, raya kali ni aku ulang alik dari USM ke balik pulau almost setiap hari and kadang-kadang sehari 2 3 kali... pftt.... banyak undangan and banyak makcik-makcik nak jemput makan... ape pun, syukur alhamdulillah kali ni raya me 101% with family...

Plan nyer is : 1 september buka sem :'( BOSAN.

Lazada.....Penang Escape Park....Pusat Islam USM.. Blogshop upgrade and juga tengah merencanakan bisnez baru... Banyak kan? Tapi tak sempat nak setel satu2 ponn uwaaa.......lepas tu nanti konvokesyen lagi pastu booth di library lagi... ~___~" PITAM. Somemore nak pilihanraya pula.... fuhh....comfirm-comfirm tunggang-terbalik hidup aku nanti tengok la tengok laaa.... jap jap, motip kau nak busy on pilihanraya??? Hehe...jeng-jeng-jengg.... nanti aku cerita naa........

Nak pasang personal assistance boleh?
KbyE!






7.8.12

Berjiwa besar dan sedia bekorban?

Hari ini aku terdengar satu kisah dari pemangku timbalan NC USM....

.... kisah ini berlaku semasa tragedi Tsunami melanda Jepun, disaat seluruh persisiran pantai dan kawasan sekitar ditelan gelombang yang maha hebat. Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun hanya mampu berdiri di tingkat 3 bangunan sekolahnya. Menanti kehadiran bapanya yang sedang mampir untuk menyelamatkannya. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kereta yang dipandu bapa kanak-kanak tersebut juga hanyut dilambung gelombang Tsunami. Dan lebih menyanyat hati..ia disaksikan sendiri oleh sepasang mata kanak-kanak lelaki tersebut. Subhanallah....hati si kecil mana sekalipun pasti hancur jika ditimpa perkara serupa...

Lalu kanak-kanak tersebut terpaksa mengikuti mangsa-mangsa tragedi yang lain untuk turun dari bangunan dan menyertai operasi menyelamat yang sedang berlaku.... Ketika seluruh mangsa-mangsa tragedi sedang beratur panjang untuk mengambil makanan, maklumlah bangsa jepun sememangnya dikenali dengan golongan yang memiliki hati yang besar..walau bagaiamana keadaan sekalipaun mereka tetap beratur dengan molek dan tidak berebut-rebut, tertib sekali. Kanak-kanak tersebut berada di barisan paling belakang....dan bersabar..

Datang seorang pegawai polis warga Vietnam. Memikirkan mustahil untuk kanak-kanak ini mendapat makanan di hujung beraturnya..lalu dia memberikan makanan kepada kanak-kanak tersebut untuk dimakan. Apakah yang berlaku? Kanak-kanak tersebut terus membawa makanan ke hadapan dan letak bersebelahan meja makanan yang berisi maknan untuk mangsa-mangsa yang beratur, kemudian dia kembali ke barisan belakang. Melihat perilaku pelik tersebut, polis itu lantar bertanyakan kepada kanak-kanak terbabit tentang tindakkan yang dilakukan, lantas kanak-kanak tersebut menjelaskan bahawa makanan itu biar untuk semua, untuk dikongsi... sekiranya ada rezeki untuknya maka sempatlah dia menikmati makanan tersebut..begitu juga sebaliknya.

Mendengar ucapan kanak-kanak berusia 9 tahun terbabit, pegawai polis berkenaan terus menanyakan tentang keluarga kanak-kanak terbabit. Kanak-kanak tersebut menceritakan bahawa ayahnya dihanyutkan ombak Tsunami ketika dalam perjalanan menyelamatkanya sebentar tadi dan keluarganya menetap di persisiran pantai, yang tidak memungkinkan mana-mana ahli keluarganya untuk masih hidup sepertinya ketika itu. Mendengar kisah kanak-kanak tersebut, polis berkenaan tidak sanggup lagi untuk bertanya lanjut..lalu membiarkan kanak-kanak tersebut di dalam barisanya....

.....jadi bagaimana pula kita, sejauhmana kita mampu berjiwa besar seperti itu agaknya? Sedangkan di dalam majlis makan sekalipun kita berasak-asak seperti tidak pernah mendapat makanan. Inikan pula jika dalam keadaan benar-benar sesak. Kita rakyat Malaysia di dalam lingkungan yang teramat selesa...sehingga menyebabkan kita leka dengan kemudahan dan kesenangan yang diberi. Kita semakin lupa erti pengorbanan dan integriti. Sebagai contoh, seorang pekerja yang sering menyoalkan tentang gaji yang tidak pernah mencukupi..walhal adakah dia bekerja setimpal dengan wang gaji yang diperolehi..ataukah kita terbiasa untuk bersifat tamak dan mengaut setiap keuntungan untuk kepentingan diri tanpa memikirkan tentang orang lain?

Lalu sepertimanakah kita?

6.8.12

Salam Nuzul Quran ❤

Salam nuzul quran , harap hari ini dipenuhi aktiviti yang sihat dan di rahmati. Siapa sangka siapa menduga, mungkin kita tidak lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan nuzul quran tahun hadapan, mungkin kita tak dapat bertemu lagi ramadhan seterusnya.... jadi manfaatkanlah bulan mulia sebaik-baiknya... manfaatkan setiap detik saat masa yang berlalu dengan perkara berfaedah...

☪ Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam, betul kan..

Jum mengaji atau baca yassin, jum doakan kesejahteraan ibu bapa, sanak saudara dan teman-teman tersayang...jangan lupa doakan umat islam sejagat di setiap doa kerana sesungguhnya kita bersaudara...aku ingin mendoakan yang baik-baik buat semua, doakan yang indah-indah kepada dunia.. :) Dari itu, kita akan perolehi hati yang bersih dan khilaf sifar mazmummah insyallah...

Tata~


16.11.10

Pesanan buat teman-teman dan untuk diri sendiri juga!

Mengapa upload gamba muka sendiri mencapap dengan gaya konon paling howtz di muka bumi?

Sebab kalau kita tak rasa positif dengan diri, siapa nak tolong kita buat rasa positif tu semerbak di kalbu..

Kalau kita rasa tak berjaya is salah siapa?
Kalau kita rasa tak cantik salah siapa?

Kalau kita rasa kita pelik salah siapa?
Kalau kita rasa kita hina...huduh...tak menarik...salah siapa?
Kalau kita rasa kita kita loser..kolot..tak matang..tak itu tak ini salah siapa?

Salah kita sendiri la der..

Kita yang malas nak usaha then kita kata kita bodoh. Then kita strees sebab kita tak menonjol macam orang lain. Then stress tu membawa kita kepada perkara yang makin negative.. kita mulai bentuk ideology sendiri dengan berkata ' aku bodoh, maka aku tak layak campur deorang tu...aku bangang so aku kena stay rumah sorang-sorang tengok tv makan tido...takleh buat apa dah, ni yang terbaik untuk orang bongok macam aku...tsk..tsk...' Macam hayam kan...pastu hidup mulalah takda kesinambungan dah... mendatar jer... Plot hidup berjalan secara mendatar sebelum menjunam then lupus.

Cantik.. ' cantiknya kau, yelar kau kan putih pakai apa pun cantik!' ' cantiklah kau dalam gambar ni, nampak kurus lah...tak macam aku gemuk pendek tembam pulak tu, huhuu..'' Hah baguihla dok ada...cemuh lah diri sendiri banyak-banyak. Biar yang tak cantik tambah huduh... Mula lah nak bagi undang-undang dalam diri '' aku tak layak pakai baju tu..badan tak cantik. Pakai baju besar-besar serabai camni dah la bukan ada sapa pandang...'' '' aku hitam legam macam arang sapa nak tengok, takyah la jaga muka bazir diri beli produk kecantikkan..jerawat batu ni ala...takda sapa nak perasan kot..biarlah!'' Hah...gud one...biar muka berjerawat jeragat naik kulat pun tak apa-apa kan... Jadi halimunan lagi bagus kalau macam tu, tak penting kan...orang tak pandang kan, lalu kehidupan dilalui serba mendatar....slow...tak semangat....layu...mati.

Kadang-kadang rasa tak penting, rasa macam pokok tumpang yang menjalar kat badan pokok besar gagah perkasa. Menyesal tak belajar tinggi muda-muda dulu. Haa..mulalah nak downkan diri.. '' Alar, aku kerani am..buat apa nak kerja keras untuk naikkan orang atasan.. Masuk 9pagi balik 5 petang suda. Bulan-bulan gaji dapat. Tak payah lah nak dedikasi sangat. Poyo jer semua tu! '' Bagus lah..teruskan dengan pegangan anda yang akan membawa anda kepada jalan tak kemana. Teruskan memberi label pada dari terhadap pandangan orang sekeliling. Terus menerus mengulangi benda sama dengan istiqamahnya.. Lama-lama masa membaham usia, mati tanpa jasa. Hah mau?

Phewww.....penat.

Dont put limits on yourself darling!~

Yakin ah sikit kawan! Try la perkara baru..kalau sebelum ni asyik berbaju kelabu, besok try baju orange and tengok kesan pada sekeliling dan dalam diri. Rasa semangat semacam tak??

Kalau selama ni kita main futsal, apa salahnya selepas ni main bowling pula? Kalau futsal perlukan ketangkasan..bowling perlukan ketenangan.. Camner?

Sikap yakin ialah perasaan bila kita berjaya melakukan sesuatu dengan cukup baik! Hebatt!!

Adakah kita sentiasa rasa kompiden? Kalau tak..mungkin kita tak cukup melakukan sesuatu dengan terbaik yang kita mampu. Tapi kalau kita rasa kompiden tu makin bertambah hari demi hari, itu tandanya kita sentiasa menyelesaikan perkara dengan jalan paling baik.

Kalau rasa gemuk. Usaha habisan untuk kurangkan yang lebih. Jaga pemakanan, kesihatan, kawal diet. Then lihat hasil. Kalau belum ada hasiil maka usaha lagi kemudian lihat hasilnya. Tuhan sentiasa membantu hambanya yang berusaha.

Kalau tak usaha, tapi itu dijadikan alasan untuk mengeluh seumur hidup.. Sila teruskan hidup mendatar anda dan sia-sia dengan bermurung dan merungut. Jangan salahkan perut..jangan salahka muka jeragat..jangan salahkan ciptaan tuhan.

Kalau tak baca buku boleh pandai semulajadikah? Kalau tak baca akhbar akan tahu isu semasa otomatik kah? Adakah usaha kita cukup megah untuk kita salahkan diri yang tak pandai-pandai?

Come on darling..kalau nak seribu daya, jangan salah diri kalau kita yang memperlakukan diri sebegitu. Selalu sampaikan mesej 'aku bodoh' pada diri. Lama-lama otak dapat signal yang diri ni adalah bodoh.. Lalu signal memberi tindakbalas terhadap tindakkan dengan melakukan perkara yang tak masuk akal.. Lama-lama memang kita jadi bodoh, percayalah..

Sikap pasif adalah sikap orang yang tak mahu berjaya dalam hidup. Elakkanlah jauh-jauh sikap pasif ni, latih diri bersikap aktif dengan berani mencuba, berani melakukan sesuatu yang baru, berani memecahkan sempadan diri.

Lihat hasilnya lepas tu...

Memecah sempadan diri bukan beerti melakukan yang di luar kawalan dan tabii manusia. Sila jangan salah tafsir.

Selain tu jangan lupa perisai umat islam, DOA...


Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakan amal kebajikan”. (Riwayat Tirmizi).
PEACE!!!
Nota kaki :
Yer..yer...aku juga selalu kena sindrom di atas, bebal..salahkan diri...malas usaha tapi mengeluh kuat, then menangis menyondol sorang-sorang atas katil... muahahaa...tapi sekurang-kurangnya aku terus usaha.. BLUEK!!!