7.8.12

Berjiwa besar dan sedia bekorban?

Hari ini aku terdengar satu kisah dari pemangku timbalan NC USM....

.... kisah ini berlaku semasa tragedi Tsunami melanda Jepun, disaat seluruh persisiran pantai dan kawasan sekitar ditelan gelombang yang maha hebat. Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun hanya mampu berdiri di tingkat 3 bangunan sekolahnya. Menanti kehadiran bapanya yang sedang mampir untuk menyelamatkannya. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kereta yang dipandu bapa kanak-kanak tersebut juga hanyut dilambung gelombang Tsunami. Dan lebih menyanyat hati..ia disaksikan sendiri oleh sepasang mata kanak-kanak lelaki tersebut. Subhanallah....hati si kecil mana sekalipun pasti hancur jika ditimpa perkara serupa...

Lalu kanak-kanak tersebut terpaksa mengikuti mangsa-mangsa tragedi yang lain untuk turun dari bangunan dan menyertai operasi menyelamat yang sedang berlaku.... Ketika seluruh mangsa-mangsa tragedi sedang beratur panjang untuk mengambil makanan, maklumlah bangsa jepun sememangnya dikenali dengan golongan yang memiliki hati yang besar..walau bagaiamana keadaan sekalipaun mereka tetap beratur dengan molek dan tidak berebut-rebut, tertib sekali. Kanak-kanak tersebut berada di barisan paling belakang....dan bersabar..

Datang seorang pegawai polis warga Vietnam. Memikirkan mustahil untuk kanak-kanak ini mendapat makanan di hujung beraturnya..lalu dia memberikan makanan kepada kanak-kanak tersebut untuk dimakan. Apakah yang berlaku? Kanak-kanak tersebut terus membawa makanan ke hadapan dan letak bersebelahan meja makanan yang berisi maknan untuk mangsa-mangsa yang beratur, kemudian dia kembali ke barisan belakang. Melihat perilaku pelik tersebut, polis itu lantar bertanyakan kepada kanak-kanak terbabit tentang tindakkan yang dilakukan, lantas kanak-kanak tersebut menjelaskan bahawa makanan itu biar untuk semua, untuk dikongsi... sekiranya ada rezeki untuknya maka sempatlah dia menikmati makanan tersebut..begitu juga sebaliknya.

Mendengar ucapan kanak-kanak berusia 9 tahun terbabit, pegawai polis berkenaan terus menanyakan tentang keluarga kanak-kanak terbabit. Kanak-kanak tersebut menceritakan bahawa ayahnya dihanyutkan ombak Tsunami ketika dalam perjalanan menyelamatkanya sebentar tadi dan keluarganya menetap di persisiran pantai, yang tidak memungkinkan mana-mana ahli keluarganya untuk masih hidup sepertinya ketika itu. Mendengar kisah kanak-kanak tersebut, polis berkenaan tidak sanggup lagi untuk bertanya lanjut..lalu membiarkan kanak-kanak tersebut di dalam barisanya....

.....jadi bagaimana pula kita, sejauhmana kita mampu berjiwa besar seperti itu agaknya? Sedangkan di dalam majlis makan sekalipun kita berasak-asak seperti tidak pernah mendapat makanan. Inikan pula jika dalam keadaan benar-benar sesak. Kita rakyat Malaysia di dalam lingkungan yang teramat selesa...sehingga menyebabkan kita leka dengan kemudahan dan kesenangan yang diberi. Kita semakin lupa erti pengorbanan dan integriti. Sebagai contoh, seorang pekerja yang sering menyoalkan tentang gaji yang tidak pernah mencukupi..walhal adakah dia bekerja setimpal dengan wang gaji yang diperolehi..ataukah kita terbiasa untuk bersifat tamak dan mengaut setiap keuntungan untuk kepentingan diri tanpa memikirkan tentang orang lain?

Lalu sepertimanakah kita?

No comments: