6.8.12

Salam Nuzul Quran ❤

Salam nuzul quran , harap hari ini dipenuhi aktiviti yang sihat dan di rahmati. Siapa sangka siapa menduga, mungkin kita tidak lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan nuzul quran tahun hadapan, mungkin kita tak dapat bertemu lagi ramadhan seterusnya.... jadi manfaatkanlah bulan mulia sebaik-baiknya... manfaatkan setiap detik saat masa yang berlalu dengan perkara berfaedah...

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam, betul kan..

Jum mengaji atau baca yassin, jum doakan kesejahteraan ibu bapa, sanak saudara dan teman-teman tersayang...jangan lupa doakan umat islam sejagat di setiap doa kerana sesungguhnya kita bersaudara...aku ingin mendoakan yang baik-baik buat semua, doakan yang indah-indah kepada dunia.. :) Dari itu, kita akan perolehi hati yang bersih dan khilaf sifar mazmummah insyallah...

Tata~


No comments: