29.8.11

Rindu setengah mati..



Aku ingin engkau ada disini... menemaniku saat sepi..menemaniku saat gundah..
berat hidup ini tanpa dirimu...ku hanya mencintai kamu...ku hanya memiliki kamu...
aku rindu setengah mati kepadamu...sungguh ku ingin kau tahu...aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak bertemu... ku slalu memimpikan kamu... ku tak bisa hidup tanpamu...
aku rindu setengah mati kepadamu... sungguh ku ingin kau tahuku tak bisa hidup tanpamu....


aku rindu…

Buat ex- ex- yang gua sayang... kalau rindu gua, layan lagu ni okay...
Lagu ni memang menangkap jantung, tambah-tambah kalau kita memang tengah benar-benar rindukan seseorang.....

Rindu setengah mati.. atau slanga penang, rindu nak mampuih!~
Ok kalau suara aku sedap ang muka cukup cute macam awek kat atas tu, sure aku record video version Youjie Rindu setengah mati..

Nitez..mwax!

25.8.11

Aku menangis kerana?

Sepanjang hari ini hingga merangkak ke sore.. aku emo dan nangis terus, benar kata seorang teman lama... aku kememe.. Ya, perkataan kememe nggak pernah aku dengar sebelum aku ketemu dia...

Semalam sahaja aku juga menangis... petang semalam juga... tadi semasa berbuka juga menangis mengada-ngada. Serius itu tangisan minta perhatian gaya anak cilik yang kekurangan perhatian gitu.. Itu nggak penting, pacar ku makin profesional menangani waktu-waktu emo ku.. Syukur ada dia....

Semalam aku menangis kerna hakcipta tidak terpelihara aku diciplak.. dijual lebih murah ke merata-rata.. ya aku optimis dia tiru aku! aku yakin 100% aku berjanji jika aku salah aku akan naik bisul di pinggul.... duh! berani kan? itu tandanya aku optimis! titik. Ya...tangisan itu tangisan geram yang benci.. benci kepada manusia nggak mahu usaha tapi terus pakai jalan pintas....

ShortCut!!

Sorenya aku menangis kerna terasa dikhianati... ya biar aja aku simpan seorang mengapa, tapi aku sudah lama menangisi perkara yang satu ini sejak setahun lebih ini.. dan aku sangka aku tidak akan mengalirkan airmata selepas beberapa purnama ini..

Tapi nyata aku silap....

Aku terlalu mudah kecundang dengan ayat manis dan kata-kata indah manusia di sekeliling aku. Jika seseorang senyum pada aku, aku sudah fikir dia ikhlas... tapi aku tak pernah mahu fikir setiap kebaikkan selalunya meminta balas... aduh mengapa dunia tiada lagi kejujuran.... aku taidak mahu ikut turut serta bermainkan opera wayang senyuman palsu... aku mahu menjadi aku.. Aku yang pure....

Jika aku benci, aku bilang aku benci.. jika aku suka, aku sayang selamanya... jika aku kaget, aku langgar semua bucu meja dan kalau aku malu... pipi ku merah disimbah darah... itu aku yang aku kenali.....

Dan mengapa aku menangis sejak kebelakangan ini.. aku menangis melihat haluan hidup yang kabur... ah, biar aku simpan part ini sendiri...

Dan aku menangis kerna apa?
Selalunya aku menangis kerna aku rindukan insan-insan yang aku sayangi yang tidak pernah diberi kesempatan untuk selalu berada disisi...


Selamat malam...
Melankolia ini nurkilan dari mood rintikkan hujan.....





24.8.11

Muntah bara jadi salju.

Aku syak, bilangan stalker aku makin ramai.. walaupun dalam hati ada rama-rama bernari-nari.. tapi luar hati ade salji yang turun membeku.. salji itu yang memberi kedinginan kepada sang rerama untuk terus bernari... klise tapi tak ironi.

Ape nih?

Ape aku buat minggu ni? Hati ni ade api yang berbara bila aku cakap aku busy tapi orang fikir aku buat-buat busy. Lantak koranglah.. wall FB aku sukahati aku.. Status tweeter aku sukahati aku.. tapi pernahkah aku fikir wall aku ker...status aku ker.. sukahati orang lah nak kata apa pun jugak sebenarnya...

Ape nih??

Tadi aku bertelagah dengan adik aku, satu-satunya adik aku di dunia yang aku anggap adik.. tapi orang kata, yang paling kita sayang la endsup akan bagi kita tahi kucing tahi unta tempek dimuka... tapi ape nak buat, dah nama pun adik. Sedarah sedaging... tahi-tahi pun.. aku sayang jugak dalam hati ini sebenarnya..

Katanya, manusia sekerang terjerut dengan masalah dan tidak sedar dengan kesalahn diri... katanya, seorang bapa harus bertanggungjawab atas amanah tuhan yang diberi.. maksudnya anak lah.. Katanya lagi, manusia yang jahat tak semestinya berkahir kehidupanya dengan kejahatan semata..katanya blabla..malas lah aku nak type, kasi hangin!

'' jadi! ko teruskanlah kehidupan ko tuh...dengan harapan mati masuk syurga?! camtu?''

Aku dah punah harapan dah...kalau diteruskan menasihat anak-anak muda tak cukup panjang akal ni..memang boleh gado kasi panas hati ja.. berkat bulan mulia, aku tonedown corversation kami.. last-last.. selamat! Tak gado..tapi berakhir dengan kata-kata ego masing-masing..

Aku kakak...peduli apa aku ko nak main ego dengan aku, last-last kau cari aku... last-last aku tolong kau sebab sayang punya hal... last-last aku maki lah kalau aku dah tak cukup menahan sabar...

Lelaki ni lambat matang kata orang, tapi kalau dah matang tu,jadi orang tua-tua.. tapi sementara die nak faham tu..makan masa dan makan sabar.... aku pegang dengan kata-kata sebegitu, aku kunyah hadam simpan dalam hati paling dalam.. aku semai rasa sabar di kelilingnya... aku tarik nafas...

Aku lepas.. fuh~

Lepas isya'... Semasa membaca kalam tuhan, tiba-taba hati tersentuh hiba.. mengapa ya? Mungkin hati dah sejuk dan redha...dah pasrah kepadaNya... Dah lama aku tak baca rasanya dekat seminggu...baca kali ni pun niat baca pada awalnya sebab excited baru beli kalam baru siap ade code tajwid... hampeh tak niat? Tapi takper, kali ni aku baca pun insyallah lancar dan ade tafsir pada each patah perkataan... buat aku makin yakin membuaikan syair indah nurkilan al karim yang satu...

Di sudut hati, sejuk hati yang membara siang tadi....
Lapang rasa dada yang dihenyak garuda gusar lagi bengis petang tadi....

Kasih-sayangNya dapat aku nikmati perlahan...

Harapan hambaMu ini,

Aku ingin menjadi insan yang mampu merubah satu-satunya darah daging aku tu.. walaupun aku masih buntu, tapi tak siapa tahu sejauhmana kemampuan kudrat yang satu ini mampu tuju....kalau usaha mesti boleh! Kalau sabar pasti berhasil!
Dan aku percaya... disana ada jawapan yang menanti..
Di sana nanti, aku akan menjadi lebih berani..

Disana tu dimana?


Ok lah, dah puas meluahkan perasaan ...
Nak sambung kerja...
Aku suka kerja, ia buat aku rasa berguna..

PEACE!

21.8.11

Love is in the air...

Gambar berbicara, ape maksud tersirat gambar disebelah?
Selain minah ni kuat melaram dalam fitting room tapi tak beli ... selain minah ni poyo... selain minah ni perasan howt.. Selain minah ni pakai iphone.... selain minah ni kurus macam bini popye takder bontot pun nak pakai skirt... muahaha....

Ok, baju tu aku sebenarnyer memang beli kot..bukan pinjam snap okay! RM22.00 kat Nichhi after 50% discount.. nicchi? Nichie? taktau nak eja camner, dan gambar sebelah ialah bermaksud aku tengah sawan shopping yawn!!! Menggeletar urat sarah bila nampak huruf S.A.L.E.. Gigil jantung aku takut kat aku sendiri.. perghh..

Kau boleh? kalau kau tak boleh...kau tak cukup woman lah!!!

Tadi singgah amik jeans repair kat kedai brother depan tesco... sempat menyinggah beli baju kurung cotton di 1st lady... impulsive gila perangai membeli... kain nipis macam kertas tisu...bunga biru selirat menjalar-jalar ke seluruh bahagian susuk tubuh baju... bajet memang seksi abis takleh blah punya wa cakap sama lu... sure kasi meleleh air liur sang teruna straight & dara lesbian di pagi raya nanti... ok kalau lesbian tu masih dara...

Sebenarnyer banyak gambar aku try baju nak upload disini, tapi subhanallah...kesian kat puasa and pahala terawikh kalian... lepas raya k..lepas raya k? janji calit jari meh..meh... bluekk!!

Hmm....sebenarnyer, nak citer somethin... penin fikir, tak tahu penyelesaian.. :(
Tapi camner leh citer bende lain nih...uhuk...

Hmmm....esok jelah citer, nak sambung keje kejap...esok k..

Selamat sahur! i luvyuols.....
Love is inthe air~~!!!

17.8.11

Lelaki Hebat ker kamu?

Aku melihat kehancuran disana-sini.. siyezly. Dan semua kerosakkan dilakukan oleh orang lelaki kerana orang perempuan.. to be fair. ##

Sempena nuzul quran, nak post benda bermafaat sikit...semoga lelaki yang dilahirkan sebagai pemimpin di mukabumi ini akan upgred diri untuk bimbing kaum wanita yang lemah lagi bernafsu besar ini.. 9 nafsu 1 akal an ann...
Tahu tak apekah ujian terbesar kaum lelaki?

1. Dikhianati orang tersayang
2. Tewas dengan pujuk-rayu wanita
3. Lupa diri akibat pangkat kekayaan/kedudukan

3 perkara ini yang mampu menumbangkan seorang lelaki ke tahap paling rendah..subhanallah..

Jadi macamana nak mengkebalkan diri? ohoi lelaki-lelaki diluar sana.... sila takenote! Contohilah Nabi Yusuf A.S sebab baginda lulus cemerlang dalam 3 ujian tu.. Ingat tak peristiwa die dikhianati saudaranya sendiri? Kalau tak ingat selah riwayat kisah nabi baca balik. And baginda memaaafkan saudaranya dengan cool.. kalau kite? Yang saudara tulah mati hidup semula pun takleh nak ampun.. ya ampun perangai... ~_~'

Nabi Yusuf A.S yang bepekerti mulia melafazkan kata-kata camni kepada saudaranya tu..
Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang kesalahan kamu itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani segala sesuatu. (Yusuf, 92)
Dasat tak...mampu ke buat camtu? Orang yang cukup berfikiran panjang dan berhati mulia jer mampu okee... try la tengok!
Ujian ke-2 : Wanita jeng jeng....
Mesti korang tahu kan, Yusuf sangat hensome sampai terpotong jari ai ~ sebab tu untuk ibu-ibu mengandung disarankan baca surah yusuf hope-hope anak hensome... tapi kalau dah hensome tapi perangai macam hansap takleh pakai jugak kan..
Peristiwa Nabi yusuf digoda oleh Zulaikha... sampai adengan tarik menarik baju bagai.. then zulaikha menipu konon yusuf nak rogol die lah ape lak.. ‘siapa yang mengoyakkan baju siapa’ dengan merujuk ayat 25-29 Surah Yusuf yer tuan-tuan..
Kemudian, suami kepada zulaikha memenjarakan yusuf untuk menutup malu isteri die yang miang itu.. kesian yusuf merengkok di penjara dan teraniaya... perasan tak? zaman sekarang sama la kesnya.. nak tutup malu si polan A, kne penjarakan si polan B then si polan C jadi kambing hitam.. ISA memang dah lama disalahpakai dari zaman firaun lagi.. so no heran lah kan..kan..

Betapa dasyat iman seorang nabi Allah. swt. Nabi Yusuf maintain dengan aura positifnya, kite bolah lihat menerusi kata-katanya ketika itu :
“Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadanya. (Yusuf, 33)
Kau boleh? kau tahan ker kena goda perempuan weh? selak sikit... tunduk sikit... suara manja sikit... Kompom laaaaa.... aci kerat jari okay! You nak ape pun ai sanggup beli ~! Muahhaaa...
Ke-3 : Harta dan kedudukan..
Why Good Things Happen to Good People?
siapa percaya kata-kata tu? kalau uols fikir Nabi Yusuf tak menerima malang semalang kita sekarang, cuba fikir balik dugaan-dugaan ke atas bainda, ni antara yang di pendekkan :

1. Baginda dibenci oleh abang-abangnya sendiri di mana beliau cuba dibunuh oleh mereka lalu dibuang ke dalam perigi buta.
2. Baginda dijual dengan harga murah sebagai hamba abdi di negeri yang jauh.
3. Baginda difitnah dengan fitnah yang berat oleh isteri majikannya sendiri, seorang pembesar dalam kerajaan Mesir.
4. Kemudian baginda merengkok dalam penjara
5. Kemudian baginda merengkok lebih lama lagi dalam penjara apabila orang yang dipercayainya terlupa pada pesanannya .
Nak tahu detail, semak kisah nabi okay.. sedih bila dibaca kembali.. :'( kalau aku, tak tahu ape akan aku buat...mesti aku buat benda-benda di luar kawalan diri atas telunjuk setan laknatullah... comfirm setan bersorak-sorai gumbira kerna berjaya memperdayakan seorang anak adam.. Nauzubillah..setan betoi! !_!

Dan..semua pancaroba tu berjaya diharungi Nabi Yusuf dengan zuhud.. dan atas kuasa tuhan juga baginda telah diangkat menjadi menteri kewangan di mesir. Siapa sangka hamba abdi become menteri? haa...trus teringat Lim Guan Eng la tuh...ahhaa ape pun semua atas kuasa kun yaka Kun.. Allahuakbar kan.....

Inileh kelebihan SABAR & TAKWA yang baginda praktikkan dalam kehidupan... percayalah kita juga mampu lakukan perkara sama.. nak dengan taknak ajer..

Walaupun baginda memilik harta, dan pangkat dan kuasa.. namun baginda Nabi Yusuf tetap Yusuf yang dahulu. Tidak sombong malah tidak bongkak tidak hanyut dengan kemewahan. Beza tak dengan menteri kita? Baginda menasihati kita umatnya lebih kurang begini :

‘Jangan tersilau dengan kekayaan serta jawatan yang anda sandang sekarang… seperti fatamorgana, wang mudah sahaja susut sedikit demi sedikit…. Manakala jawatan pula, lambat-laun tetapi pasti ia akan dilucutkan juga…. Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa tawadhuk dan syukur kepada Yang Maha Kaya kerana dari Dialah kekayaaan serta kekuasaanmu berpunca…’

Kalau kita, dah dulu kena buli kena hidup susah..once dapat harta dah berpangkat.. memang jangan harap lah nak pandang orang dibawah.. silap-silap nak bayar dendam lama kat orang lain.. Ala tak kisahlah sape jadi mangsa pemuas hati tu..asalkan die rase aku susah dulu camni lah dulu...hamik..hamik! dus..dushh...

Betul tak? jawab cepat betul tak..

Tapi berapa kerat yang hiraukan kata-kata baginda Nabi Yusuf ni?? Kalaulah semua menteri mengamalkan surah yusuf dan memahaminya.... kan..kan.... tapi berapa kerat jer yang sedar..

Ok berbalik kepada tajuk LELAKI dan 3 godaan.. Aku berharap selepas membaca ni, sama-sama kita praktikkan.. tak payah laki saje, perempuan pun harus.. kalau tak kerana perempuan yang tergilakan duit and harta si lelaki, takde lah lelaki tu nak pulun teruk sangat mengejar itu semua semata-mata kerana perempuan....

comeon la gurls..tak rase berdosa ker? ( ececee..feeling ustazah dah... )

Dengan itu, aku nak pohon 10 jari kalau ade buat salah sepanjang penulisan diatas.. aku hanya manusia biasa yang selalu mencari cahaya.. semoga kita semua mendapat cahaya yang bakal menyuluh terang perjalanan kita di atas bumi yang fana ini.. aih kesian bumi tak bersalah, tapi selalu kena tuduh fana la...bumi semntara la..bumi banyak dosa la... +_+'

Selamat menyambut nuzul quran..
Semoga kite semua masih dibawah rahmatNya..
NotaKaki :

Jangan pernah berputus asa mencari..kerna kehidupan ini satu pencarian..macam explorace!
Peace yawn!! ^_^

** ehh...mne nak cari lelaki sebaik baginda Yusuf yer? :P

15.8.11

2.57-3.15 pm..

Jam dah menunjukkan 2.57 pagi.. Disaat Fb / Tweeter / YM / MSN segalanya berstatus ' bestnyer hujan... Cuddle moment... Hibernate... Cejuk best suka tidoq merengkok segala kata-kata kenikmatan lah..yang aku baca... Tapi aku dok menggaru-garu.... Terkebil-kebil tak dapat nak lelap....

=_=' duh...

Apasal nyamuk banyak sangat nih!! Syuhh..syuhh! Adeh...

Tengah fikir esok mahu kerja ke idok? Kalau takmau kerja sape nak pos order customer... Sape nak hantar bunga ke canselori... Sape nak hantar news for august edition tu kat bos... =_=' ok esok kerja masuk mase lunch hour...

Terkebil..

Sepatutnya aku dah harus bersedia untuk master.. Dah kena daftar subjek tapi nak daftar subjek ape nih.. Nak teruskan dengan environment jurnalism ker nak tukar angin ke screen study...

~_~' oh tuhan tunjukkanlah jalan......

Lagi 16hari raya.... Baju raya belum siap.. Aiyo makcik nih, dah hantar lama tak siap-siap ape cer nih.. Nak kne stanby baju raya for kecemasan takut by the time malam raya still takda baju. Omg omg..

Kuih raya da tempah... Bajet dalam RM150 hope cukup lah....

Ok ape lagi? Budget beli bahan masak ketupat rendang segala... Umm... Ok tu kne kire len esok nak beli brapa kilo ayam .. Daging.. Kne bli santan awal-awal takmau jadi macam last raya... Sian fizi datang hantar santan kat umah sampai mak die da bebel... Ala leks la makcik....

Ok ape lagi? Hah...daftar perniagaan... Huhu mana nak cari MSS kat penang nih? Tak sanggup mak nak berniaga secara haram lama-lama uols... Aih.. Pastu Bank Rakyat mana eah... Huhu esok harua ber'Papago la nampaknya...

Duh..duh...banyak urusan dikepala ni, camner nak tidur iye tak? Hee....

Ok la.. Lapar, bak buat susu panas and paksa diri pejam....

** Maaf entry super merapu...meraban..




Ninite!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

12.8.11

Subuh tadi dan hari ini..

Weekday yang sangat padat...

Penat bekejar kesana-kemari, hari-hari aku buka blog... nak type pun tak tahu nak type ape... penat melampaui... kadang-kadang bukan penat fizikal tapi penat berfikir.... +_+'

Kadang-kadang manusia dikurniakan kebolehan membuat banyak perkara dalam satu masa, tetapi golongan ini selalunya takkan buat sesuatu benda dgn 101% perfect la... tapi still akan siap tak kira walaubagaimana pun result die...

Dan aku, aku memang selalu begitu... jadi makanya, permandangan perempuan seperti aku selalunya serabut, titik.

Pagi tadi, bersahur seorangan dengan nasi and sardin. Then sementara menunggu subuh..aku melayan menghafal lagu BrunoMars Talking to the moon... aku sangat sukakan lagu tu, sebab aku suka bulan....sebelum tidur aku akan membayangkan aku akan ke bulan.... Status ym pun bertukar ke ' fly me to the moon ' owh andainya itu bisa menjadi realiti..... dan aku suka lagu tu, rasenye kalau zamani slam nyanyikan kat aku sambil berakustik... sure pengsan.

Tapi kenapa zamani slam? ahahaaaa.....

then..tak tahu la bila aku terlena...diulit mimpi-mimpi yang tak berpenghujung.. sehingga alarm berdetak, owh sudah harus bangun dari peraduan.. :( gak mampu aku membuka mata apatah lagi mengangkat tubuh anggota... sigh~

Dengan mata terpejam..aku yang berbalutkan tuala terus melangkah longlai ke kamar mandi... sebelum melangkah masuk, hati berdetak lalu aku berfikir.....

hmmmm....

Tubuh aku hayun kembali ke kamar, menghumban diri ke atas katil yang luarbiasa empuk saat 8 pagi tadi.. memeluk erat patung zombie ke dada... menyambar iphone di sisi....

Ym aku buka , click ke nickname 'akubantaijeni'.... lantas menaip :
Youjie : U..i pergi keja dengan kawan yer.. kol 12 japgi..

Sedetik lebih lalu...aku terus ZZzZZ.zzz....zzzzZZZ..Zz

ZZzz...zZz..z...ZZz....







NOTAKAKI : Hidup ini indah jika kita mengindahkanya seindah-indahnya... WINK~..





7.8.11

Ilham di tikar sembahyang.. :)

Lama tak memintal ayat.. :)
Jum..jum.... layan kata-kata spontan dari ilham tikar sembahyang...

Aku bukanlah penyair cinta sayang...
Bukan juga sasterawan gemilang...
Tetapi di hati sering berdendang...
Lagu kasih hamba buat tuhannya yang maha penyayang...

Aku juga bukan insan terbilang...
Dihati ini pernah berlendir hapak berlongkang...
Dijiwa terkadang hasad berdengki tidak kepalang...
Namun hajat ingin kembali disisiNya tak pernah hilang...

Aku ingin mencari ketenangan..
Yang dahulu diragut dek syaitan bajingan...
Yang kini ku pohon untuk direngkuh kembali ke pangkuan...
Yang hanya kepada yang satu,
kepadaMu tuhan...



Peace!!! ^_^ happy puasa! Not bad is'it??

Saaaa..aayangggg semua!!!!!

5.8.11

1st day puasa yawn~

Perempuan memang takkan diberi peluang untuk berpuasa penuh, atas keistimewaan kaum hawa inilah membuatkan kaum lelaki pun sengal-sengal ubi nak ngelat puasa... alasan lapuk biasa, gastrik...

cumon...

Akhirnya, setelah beberapa kali menipu diri dan mandi dan mandi dan mandi lagi... hari ni, barulah dapat berpuasa.. faham tak perasaan bila semua orang excited nak berbuka and berpuasa.. aku tak rase ape-ape sebab aku tengah kunyah butterCookies time 12 tengahari.. teguk air oren time jam 3 petang.. heaven gila kan... mana layan feeling nafsu serakah tu semua.. Orang berbuka, aku rileks ja tidur.. senonoh sangat!


Sooo..setelah meradang bebai dengan diri sendiri semua cukup lengkap, akhirnya pagi ni aku LAYAK untuk bangkit sahur ... kemudian sebab excited sangat aku mandi and solat subuh dengan nyaman dan bertenaga!! Yeayy....

And now tak tahu nak buat apa... update blog tunggu rambut kering and siap pegi kerja aje lah.... heeee.....

Apa azam ramadhan tahun ini? Biarlah aku simpan dalam hati.. sebab orang cakap kalau di war-warkan sangat gaya wanita hari ini.. maka result die hampeh lah hendaknya....dan aku tak mahu ambil risiko sebegitu yer tuan-tuan dan puan-puan.....

^_^ rasenyer cukup buat takat ini... takder ape nak dikongsi selain perasaan keterujaan 1st day puasa ini.. sesuai dengan tajuk entry! hehee....

Jadi....selamat berpuasa! Bukan jaga perut sahaja... jaga lidah sama nohh!~

Selamat hari jumaat!~

1.8.11

Ramadhan kembali ke sisi...

Ramadhan sering meninggalkan saki baki kenangan buat aku, biarlah tak banyak tapi tetap ada.. Biar tidak indah atau gamat, tapi masih meninggalkan kesan.. kesan hiba, kesan jahil si manusia, kesan rapuhnya titian iman di dada... bahkan kesan gembira, kesan memori luka...kesan tawa dan air mata.. ahaha... tergeli di hati, tiba-tiba tertitis di pipi.... :)

belasan tahun dahulu, puasa bersama arwah nenek ialah kenangan maha indah pernah aku rasa.. bilamasa sang cucu merengek kelaparan, dan si nenek memberi kata -kata keramat, sehingga mampu mengheret semangat si cucu, berlapik lengan di perut.. hingga alunan azan maghrib bergema..menyuap makanan ke mulut.. yeah! 1 hari berjaya...esok bagaimana pula ya?

Indah zaman remaja, indah lagi zaman kanak-kanak yang suci tanpa noda....


Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua... alangkah bertuahnya tubuh badan ini masih diberi kesempatan bersua dengan bulan mulia ini, buat mengumpul amalan berpahala.. alangkah rugi andai dipersia... apatah lagi jika mengkhianatinya.....



“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan
keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan,
demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam”.