17.8.11

Lelaki Hebat ker kamu?

Aku melihat kehancuran disana-sini.. siyezly. Dan semua kerosakkan dilakukan oleh orang lelaki kerana orang perempuan.. to be fair. ##

Sempena nuzul quran, nak post benda bermafaat sikit...semoga lelaki yang dilahirkan sebagai pemimpin di mukabumi ini akan upgred diri untuk bimbing kaum wanita yang lemah lagi bernafsu besar ini.. 9 nafsu 1 akal an ann...
Tahu tak apekah ujian terbesar kaum lelaki?

1. Dikhianati orang tersayang
2. Tewas dengan pujuk-rayu wanita
3. Lupa diri akibat pangkat kekayaan/kedudukan

3 perkara ini yang mampu menumbangkan seorang lelaki ke tahap paling rendah..subhanallah..

Jadi macamana nak mengkebalkan diri? ohoi lelaki-lelaki diluar sana.... sila takenote! Contohilah Nabi Yusuf A.S sebab baginda lulus cemerlang dalam 3 ujian tu.. Ingat tak peristiwa die dikhianati saudaranya sendiri? Kalau tak ingat selah riwayat kisah nabi baca balik. And baginda memaaafkan saudaranya dengan cool.. kalau kite? Yang saudara tulah mati hidup semula pun takleh nak ampun.. ya ampun perangai... ~_~'

Nabi Yusuf A.S yang bepekerti mulia melafazkan kata-kata camni kepada saudaranya tu..
Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang kesalahan kamu itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani segala sesuatu. (Yusuf, 92)
Dasat tak...mampu ke buat camtu? Orang yang cukup berfikiran panjang dan berhati mulia jer mampu okee... try la tengok!
Ujian ke-2 : Wanita jeng jeng....
Mesti korang tahu kan, Yusuf sangat hensome sampai terpotong jari ai ~ sebab tu untuk ibu-ibu mengandung disarankan baca surah yusuf hope-hope anak hensome... tapi kalau dah hensome tapi perangai macam hansap takleh pakai jugak kan..
Peristiwa Nabi yusuf digoda oleh Zulaikha... sampai adengan tarik menarik baju bagai.. then zulaikha menipu konon yusuf nak rogol die lah ape lak.. ‘siapa yang mengoyakkan baju siapa’ dengan merujuk ayat 25-29 Surah Yusuf yer tuan-tuan..
Kemudian, suami kepada zulaikha memenjarakan yusuf untuk menutup malu isteri die yang miang itu.. kesian yusuf merengkok di penjara dan teraniaya... perasan tak? zaman sekarang sama la kesnya.. nak tutup malu si polan A, kne penjarakan si polan B then si polan C jadi kambing hitam.. ISA memang dah lama disalahpakai dari zaman firaun lagi.. so no heran lah kan..kan..

Betapa dasyat iman seorang nabi Allah. swt. Nabi Yusuf maintain dengan aura positifnya, kite bolah lihat menerusi kata-katanya ketika itu :
“Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadanya. (Yusuf, 33)
Kau boleh? kau tahan ker kena goda perempuan weh? selak sikit... tunduk sikit... suara manja sikit... Kompom laaaaa.... aci kerat jari okay! You nak ape pun ai sanggup beli ~! Muahhaaa...
Ke-3 : Harta dan kedudukan..
Why Good Things Happen to Good People?
siapa percaya kata-kata tu? kalau uols fikir Nabi Yusuf tak menerima malang semalang kita sekarang, cuba fikir balik dugaan-dugaan ke atas bainda, ni antara yang di pendekkan :

1. Baginda dibenci oleh abang-abangnya sendiri di mana beliau cuba dibunuh oleh mereka lalu dibuang ke dalam perigi buta.
2. Baginda dijual dengan harga murah sebagai hamba abdi di negeri yang jauh.
3. Baginda difitnah dengan fitnah yang berat oleh isteri majikannya sendiri, seorang pembesar dalam kerajaan Mesir.
4. Kemudian baginda merengkok dalam penjara
5. Kemudian baginda merengkok lebih lama lagi dalam penjara apabila orang yang dipercayainya terlupa pada pesanannya .
Nak tahu detail, semak kisah nabi okay.. sedih bila dibaca kembali.. :'( kalau aku, tak tahu ape akan aku buat...mesti aku buat benda-benda di luar kawalan diri atas telunjuk setan laknatullah... comfirm setan bersorak-sorai gumbira kerna berjaya memperdayakan seorang anak adam.. Nauzubillah..setan betoi! !_!

Dan..semua pancaroba tu berjaya diharungi Nabi Yusuf dengan zuhud.. dan atas kuasa tuhan juga baginda telah diangkat menjadi menteri kewangan di mesir. Siapa sangka hamba abdi become menteri? haa...trus teringat Lim Guan Eng la tuh...ahhaa ape pun semua atas kuasa kun yaka Kun.. Allahuakbar kan.....

Inileh kelebihan SABAR & TAKWA yang baginda praktikkan dalam kehidupan... percayalah kita juga mampu lakukan perkara sama.. nak dengan taknak ajer..

Walaupun baginda memilik harta, dan pangkat dan kuasa.. namun baginda Nabi Yusuf tetap Yusuf yang dahulu. Tidak sombong malah tidak bongkak tidak hanyut dengan kemewahan. Beza tak dengan menteri kita? Baginda menasihati kita umatnya lebih kurang begini :

‘Jangan tersilau dengan kekayaan serta jawatan yang anda sandang sekarang… seperti fatamorgana, wang mudah sahaja susut sedikit demi sedikit…. Manakala jawatan pula, lambat-laun tetapi pasti ia akan dilucutkan juga…. Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa tawadhuk dan syukur kepada Yang Maha Kaya kerana dari Dialah kekayaaan serta kekuasaanmu berpunca…’

Kalau kita, dah dulu kena buli kena hidup susah..once dapat harta dah berpangkat.. memang jangan harap lah nak pandang orang dibawah.. silap-silap nak bayar dendam lama kat orang lain.. Ala tak kisahlah sape jadi mangsa pemuas hati tu..asalkan die rase aku susah dulu camni lah dulu...hamik..hamik! dus..dushh...

Betul tak? jawab cepat betul tak..

Tapi berapa kerat yang hiraukan kata-kata baginda Nabi Yusuf ni?? Kalaulah semua menteri mengamalkan surah yusuf dan memahaminya.... kan..kan.... tapi berapa kerat jer yang sedar..

Ok berbalik kepada tajuk LELAKI dan 3 godaan.. Aku berharap selepas membaca ni, sama-sama kita praktikkan.. tak payah laki saje, perempuan pun harus.. kalau tak kerana perempuan yang tergilakan duit and harta si lelaki, takde lah lelaki tu nak pulun teruk sangat mengejar itu semua semata-mata kerana perempuan....

comeon la gurls..tak rase berdosa ker? ( ececee..feeling ustazah dah... )

Dengan itu, aku nak pohon 10 jari kalau ade buat salah sepanjang penulisan diatas.. aku hanya manusia biasa yang selalu mencari cahaya.. semoga kita semua mendapat cahaya yang bakal menyuluh terang perjalanan kita di atas bumi yang fana ini.. aih kesian bumi tak bersalah, tapi selalu kena tuduh fana la...bumi semntara la..bumi banyak dosa la... +_+'

Selamat menyambut nuzul quran..
Semoga kite semua masih dibawah rahmatNya..
NotaKaki :

Jangan pernah berputus asa mencari..kerna kehidupan ini satu pencarian..macam explorace!
Peace yawn!! ^_^

** ehh...mne nak cari lelaki sebaik baginda Yusuf yer? :P

2 comments:

farhani said...

I like..! kelas hokeyy

kueh bakar said...

ye nabi yusof a.s adalah lelaki paling sempurna rupa di dunia ini.osem!

dan sehingga kini sesiapa yang bernama zulaikha ada daya penggoda.haha.

last sekali nabi yusof a.s kawin dengan zulaikha kan...