Showing posts with label Doa Youjie. Show all posts
Showing posts with label Doa Youjie. Show all posts

17.8.11

Lelaki Hebat ker kamu?

Aku melihat kehancuran disana-sini.. siyezly. Dan semua kerosakkan dilakukan oleh orang lelaki kerana orang perempuan.. to be fair. ##

Sempena nuzul quran, nak post benda bermafaat sikit...semoga lelaki yang dilahirkan sebagai pemimpin di mukabumi ini akan upgred diri untuk bimbing kaum wanita yang lemah lagi bernafsu besar ini.. 9 nafsu 1 akal an ann...
Tahu tak apekah ujian terbesar kaum lelaki?

1. Dikhianati orang tersayang
2. Tewas dengan pujuk-rayu wanita
3. Lupa diri akibat pangkat kekayaan/kedudukan

3 perkara ini yang mampu menumbangkan seorang lelaki ke tahap paling rendah..subhanallah..

Jadi macamana nak mengkebalkan diri? ohoi lelaki-lelaki diluar sana.... sila takenote! Contohilah Nabi Yusuf A.S sebab baginda lulus cemerlang dalam 3 ujian tu.. Ingat tak peristiwa die dikhianati saudaranya sendiri? Kalau tak ingat selah riwayat kisah nabi baca balik. And baginda memaaafkan saudaranya dengan cool.. kalau kite? Yang saudara tulah mati hidup semula pun takleh nak ampun.. ya ampun perangai... ~_~'

Nabi Yusuf A.S yang bepekerti mulia melafazkan kata-kata camni kepada saudaranya tu..
Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang kesalahan kamu itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani segala sesuatu. (Yusuf, 92)
Dasat tak...mampu ke buat camtu? Orang yang cukup berfikiran panjang dan berhati mulia jer mampu okee... try la tengok!
Ujian ke-2 : Wanita jeng jeng....
Mesti korang tahu kan, Yusuf sangat hensome sampai terpotong jari ai ~ sebab tu untuk ibu-ibu mengandung disarankan baca surah yusuf hope-hope anak hensome... tapi kalau dah hensome tapi perangai macam hansap takleh pakai jugak kan..
Peristiwa Nabi yusuf digoda oleh Zulaikha... sampai adengan tarik menarik baju bagai.. then zulaikha menipu konon yusuf nak rogol die lah ape lak.. ‘siapa yang mengoyakkan baju siapa’ dengan merujuk ayat 25-29 Surah Yusuf yer tuan-tuan..
Kemudian, suami kepada zulaikha memenjarakan yusuf untuk menutup malu isteri die yang miang itu.. kesian yusuf merengkok di penjara dan teraniaya... perasan tak? zaman sekarang sama la kesnya.. nak tutup malu si polan A, kne penjarakan si polan B then si polan C jadi kambing hitam.. ISA memang dah lama disalahpakai dari zaman firaun lagi.. so no heran lah kan..kan..

Betapa dasyat iman seorang nabi Allah. swt. Nabi Yusuf maintain dengan aura positifnya, kite bolah lihat menerusi kata-katanya ketika itu :
“Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadanya. (Yusuf, 33)
Kau boleh? kau tahan ker kena goda perempuan weh? selak sikit... tunduk sikit... suara manja sikit... Kompom laaaaa.... aci kerat jari okay! You nak ape pun ai sanggup beli ~! Muahhaaa...
Ke-3 : Harta dan kedudukan..
Why Good Things Happen to Good People?
siapa percaya kata-kata tu? kalau uols fikir Nabi Yusuf tak menerima malang semalang kita sekarang, cuba fikir balik dugaan-dugaan ke atas bainda, ni antara yang di pendekkan :

1. Baginda dibenci oleh abang-abangnya sendiri di mana beliau cuba dibunuh oleh mereka lalu dibuang ke dalam perigi buta.
2. Baginda dijual dengan harga murah sebagai hamba abdi di negeri yang jauh.
3. Baginda difitnah dengan fitnah yang berat oleh isteri majikannya sendiri, seorang pembesar dalam kerajaan Mesir.
4. Kemudian baginda merengkok dalam penjara
5. Kemudian baginda merengkok lebih lama lagi dalam penjara apabila orang yang dipercayainya terlupa pada pesanannya .
Nak tahu detail, semak kisah nabi okay.. sedih bila dibaca kembali.. :'( kalau aku, tak tahu ape akan aku buat...mesti aku buat benda-benda di luar kawalan diri atas telunjuk setan laknatullah... comfirm setan bersorak-sorai gumbira kerna berjaya memperdayakan seorang anak adam.. Nauzubillah..setan betoi! !_!

Dan..semua pancaroba tu berjaya diharungi Nabi Yusuf dengan zuhud.. dan atas kuasa tuhan juga baginda telah diangkat menjadi menteri kewangan di mesir. Siapa sangka hamba abdi become menteri? haa...trus teringat Lim Guan Eng la tuh...ahhaa ape pun semua atas kuasa kun yaka Kun.. Allahuakbar kan.....

Inileh kelebihan SABAR & TAKWA yang baginda praktikkan dalam kehidupan... percayalah kita juga mampu lakukan perkara sama.. nak dengan taknak ajer..

Walaupun baginda memilik harta, dan pangkat dan kuasa.. namun baginda Nabi Yusuf tetap Yusuf yang dahulu. Tidak sombong malah tidak bongkak tidak hanyut dengan kemewahan. Beza tak dengan menteri kita? Baginda menasihati kita umatnya lebih kurang begini :

‘Jangan tersilau dengan kekayaan serta jawatan yang anda sandang sekarang… seperti fatamorgana, wang mudah sahaja susut sedikit demi sedikit…. Manakala jawatan pula, lambat-laun tetapi pasti ia akan dilucutkan juga…. Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa tawadhuk dan syukur kepada Yang Maha Kaya kerana dari Dialah kekayaaan serta kekuasaanmu berpunca…’

Kalau kita, dah dulu kena buli kena hidup susah..once dapat harta dah berpangkat.. memang jangan harap lah nak pandang orang dibawah.. silap-silap nak bayar dendam lama kat orang lain.. Ala tak kisahlah sape jadi mangsa pemuas hati tu..asalkan die rase aku susah dulu camni lah dulu...hamik..hamik! dus..dushh...

Betul tak? jawab cepat betul tak..

Tapi berapa kerat yang hiraukan kata-kata baginda Nabi Yusuf ni?? Kalaulah semua menteri mengamalkan surah yusuf dan memahaminya.... kan..kan.... tapi berapa kerat jer yang sedar..

Ok berbalik kepada tajuk LELAKI dan 3 godaan.. Aku berharap selepas membaca ni, sama-sama kita praktikkan.. tak payah laki saje, perempuan pun harus.. kalau tak kerana perempuan yang tergilakan duit and harta si lelaki, takde lah lelaki tu nak pulun teruk sangat mengejar itu semua semata-mata kerana perempuan....

comeon la gurls..tak rase berdosa ker? ( ececee..feeling ustazah dah... )

Dengan itu, aku nak pohon 10 jari kalau ade buat salah sepanjang penulisan diatas.. aku hanya manusia biasa yang selalu mencari cahaya.. semoga kita semua mendapat cahaya yang bakal menyuluh terang perjalanan kita di atas bumi yang fana ini.. aih kesian bumi tak bersalah, tapi selalu kena tuduh fana la...bumi semntara la..bumi banyak dosa la... +_+'

Selamat menyambut nuzul quran..
Semoga kite semua masih dibawah rahmatNya..
NotaKaki :

Jangan pernah berputus asa mencari..kerna kehidupan ini satu pencarian..macam explorace!
Peace yawn!! ^_^

** ehh...mne nak cari lelaki sebaik baginda Yusuf yer? :P

17.9.09

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya diucapkan pada teman-teman dan siapa yang mengenali diri ini...
di kesempatan yang terbatas, pohon ampun dan maaf aku pohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...

Kadang-kadang bila seronok berhari raya, jangan pula kita lupa pada yang tak berdaya...pada yangtak sempurna....
Seperti anak-anak yatim ini... Majlis Cahaya Ramadhan yang diadaka minggu lepas meneerima lebih 30 orang anak yatim... Antaranya berumur dari 3 bulan hinggalah berbelas tahun....
Tersetuh hati melihat keriangan mereka dan sikap manja mereka tanpa mengira siapa-siapa...
Kanak-kanak di depan sekali, Sofea...telah 3 tahun tinggal di Rumah Anak-aak yatim Asyiatul Aishah.. Kali pertama aku bertemu dia, masih setahun usianya..dan tahun lepas 2 tahun umur dia...da tahun ini dah pun 3 tahun..

Seronoknya bila ditanya, dia masih kenal aku....
Seperti tahun-tahun yang lalu juga, aku masih mendukungnya semasa membuat persembahan nyayian lagu raya beramai-ramai dan masih seperti selalu...Sofea sangat suka bernyanyi dan tidak melepaskan mic. di tangan....
Sofea sangat comel......

Bezanya...kali ini Sofea dah bertambah berat.... Kerana dia dah makin membesar....aku harap, aku mampu mengikuti perkembangan mereka semua dari kecil sebegini hingga dewasa nanti...
Moga tuhan makbulkan permintaan aku ini....
Dan yang paling menyanyat hati, Sofea sebenarnya seorang bayi yang dibuang oleh ibu bapanya sendiri dan dijumpai di sebuah pintu Masjid..... Tiga tahun lalu....

Sepanjang penelitian aku..anak-anak yatim nih sangatlah pemalu dan jika kita bijak mendekati mereka...mereka akan bertukar menjadi kanak-kanak yang tersangatlah manja dan periang.....

Sepanjang di meja makan, aku berusaha mendekati anak-anak ini... Pada mulanya mereka bermasam dan tunduk bila ditegur sapa...

Tapi akhirnya...aku yang dibuli...
.." Akak..potongkan ayam untuk aiman kejap.."
.." Akak..nak sayur tuu...."
.." Akak..jum main pelita tuh..." sambil menarik tangan aku ke satu sudut yang dipenuhi pelita..


Adik Khairul paling meninggalkan kesan terhadap aku kali ini, dia sangatlah periang walaupun pada awalnya senagt pemalu... Dia mengambilkan aku air...ambilkan aku sudu semasa aku makan meehun dengan tangan...die jagakan kerusi bila aku merayau ke tempat lain.. Yang bestnya, dia ada minta nota akhir dari aku untuk dia simpan sebagai kenangan...

Bila kita mendekati anak-anak istimewa seperti meraka ini, kita akan makin merasakan syukur kepada tuhan kerana dikurniakan kesempurnaan serba-serbi... Mengundang keinsafan kerana nasib kita jauh lebih indah dari mereka yang tak punya siapa-siapa di dunia...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Youjie & Khairul kepada semua!!!!


Dan saat ini..peraaan rindu terhadapnya mencuit ke bahu..

9.3.09

Menikmati kesunyian....

Semalaman lenaku dihenyak pelbagai perasaan yang bercapur baur... Kerja-kerja bertimbunan yang diamanahkan belum sempurna ku sentuh.. Lantaran itu, tilam empuk bergaul selimut tebal dalam kedinginan malam lansung tidak memberi tarikkan di hati... Otak terus bergiliran mencari jawapan... Apakah stretegi terbaik untuk melangsaikan semuanya dengan sempurna ....
dan khilaf cela...
Tubuh ku pusing ke kiri dan kanan mengasak cadar..Mata kupaksa dilelapkan tapi tidak berhasil.. Fikiran menerawang ke arah berbeza... Mengenangkan insan-insan yang sering aku rindui dalam ketidaksedaran..
Ya..Keluarga....
Bukan sahaja jarak dan waktu yang memisahkan kita, tapi............
Lalu, menjadi penghalang untuk kita berjumpa...
Esok-esok kumohon masih punya ruang untuk kita bersama lagi...
Aku berdoa.....
Bunyi jam memecah sunyi menyentap emosi...
Merasakan rindu datang menyapa hati...
Aku bingkas bertemu Dia yang paling setia menemani sepanjang hayat ini...
Sering mendengar rintihan ini..
Kerap membantu permasalahan ini....
Subur dalam menyemai kasih suci kami...
Terasa sebuah ketenangan menggamit kembali....
Lantas...
Di meja belajar aku meluahkan rasa hati...di sini...hanya di sini...
Menyelak jendela..menatap hening pagi..
Kegelapan menerpa pandangan ini...
Gelap yang misteri...seperti jiwa ini..
Gelap yang sesat...seperti diri ini..
Gelap yang meresahkan...seperti hati ini...
Aku rindukan mereka yang pernah merindui diri ini...

2.2.09

Jika tak kerna kamu....


Suara subuh sayu membisikkan kata indah di kuping..aku terjaga dalam keheningan yang terlalu suci. Seperti tidak layak diri ini hadir..Terlalu hina diri ini untuk menjadi sebahagian molekul bernyawa disini... Namun, yang diperintah harus disegera..perlu dan harus bagiku sebagai hamba menyahutnya...

Jika tak kerna kamu..
Hilanglah rentak nadiku..
Hilanglah semangat untuk aku terus hidup..


Aku yang masih gagal menjadi yang terbaik, masih mengulangi dosa yang lama.. Selalu dan terlalu sering aku memberi sekadarnya, tak pernah pula aku berusaha untuk memberi sepenuhnya sempurna. Seperti mergas yang bernyanyi di awal pagi..setianya kumbang menyulam madu..sucinya embun di atas keladi..

Jika tak kerna kamu..
Tak ingin aku bangun..
Dan lena jika kau tiada..
Dalam sedar dan khayalku..


Inginku panjatkan kemaafan yang tak bertepi..walau sering jua ku sedar pasti bakal aku nodai.. Terasa kejamnya hamba ini, yang sering memberi hanya cebisan hujung waktu..malah sisa yang berbaki.. dalam memuji kebesaran itu...
Walhal, Kau tak pernah jemu memanggil... Tak pernah meninggalkan sebarang sisa buat seluruh hambaNya yang sering engkar.. Sering memekakkan telinga dan membutakan mata...

Seperti aku ini...

Sayang...
Siapalah aku tanpa belaian kasihmu..
Sayang..
Temankan daku tika suka tika sendu..

Jika tak kerba kamu..
Esokkanlah kutunggu..
Semalam dah ku lupa..
Jika tak kerna kamu...


Menguak sepi jendela, terpana dengan keindahan yang dikurnia.. Aku menjamu mata yang sering butakan kenikmatan.. Juga menyantap halwa telinga yang sering tuli mendengar Ayat-ayat cinta darinya.. Mentari di ufuk yang setia kian memancarkan wajah ketuaanya..tapi masih ceria dan ikhlas menjalankan suruhan yang Esa...

Tidak seperti aku yang hanya memberikan sisa...

Jika tak kerna kamu..
Manalah aku mampu..
Menanggung beban hidup..
Jika tak kerna Kamu..


Mana mungkin aku disini tanpanya, pasti telah lama aku rebah dipangkuan sebuah rencana pahit getir sebuah kehidupan.. Pasti aku tersungkur dek lemahnya sebuah hati dan minda dalam membuat pertimbangan.. Namun, itu lansung tidak bermakna aku begitu hebat dikala nafas masih ku mohon dihela atas kekuasaaNya.. Darah masih mengalir dengan keizinanNya..

Aku perlu melangkah menyusur denai kehidupan bermula dari pagi yang suci, doaku dihati.. Agar dijauhkan segala titik hitam yang mencelakan...

Biar akan selamaya putih...

:cinonet_39:

24.1.09

Ayat-ayat Picisan...

Hye sume!!!
:pingu_13:
Hii...dah siang pun, beratnye perasaan nak buang selimut yang menghangatkan anggota semalaman nih... Rase disayangi lak! Hahaa...dengan selimut pun aku leh feeling-feeling, nazak nih....
'' Bangun-bangun!! Anak dara tak baik bangut lambat!!!! ''
Ehh..????
:pingu_37:
Pagi ni sarapan aku ialah sebijik epal macam selalu, sambil krupp..krappp..krup..krap.. aku mengepost... sambil-sambil baca blog orang atau check e-mail... Bukak YM..MSN.. Heheee...semakin mengecil rasanya dunia bila semua di hujung jari.. haha...sungguh berlagak sombong kata-kata yang sebegitu..
:pingu_34:
Subuh tadi aku ibaratkan sebagai 'subuh gajah' hehee...untuk sesiapa yang sering ber'subuh gajah' maka die tahu maksudnya.. siapa yang tak faham tu, alhamdulillah...mungkin tak pernah terlanjur macam kami-kami nih... Tapi kalau tak pernah subuh tu....Hmm....pikir la sendiri ehh! Hikkss.....
:pingu_19:
Sebelum menaip, kepalaotak ni macam-macam idea.. 1001 malam punya cerita pun aku rasa nak karang, tapi bila jari dah sedang menyucuk-nyucuk papan kekunci ni. Otak aku akan kosong = jadi blur tak pasal-pasal.. Makanya, coretan aku jadi sesuatu yang tak masuk akal atau terlalu picisan... Atau terlalu nggak pentingg sekali..
( tapi nak gak share dengan suma picisan-picisan aku nih, bia lah!! )

#Waaa....ngapain aku inih!!!!!#
:pingu_31:
Maaf ya, jika membaca posting atau blog nggak penting nih telah meratah waktu-waktu teman seperjuangan ... Membinasakan saat dan detik kalian yang beharga... Mengundang kejengkelan di minda... kerana aku hanya mahu bersuara, tapi disini adalah medannya....
:pingu_23:
# Satu-satunya medan aku ada..#

Melihat list kengkawan dalam YM, tak ramai yang bangun pagi...ada seorang berjubah yang wajib muncul pagi dan hilang malam....ada beberapa yang berjaga malam dan 'idle' pada saat-saat sebegini....ada yang masih aktif mem'buzz' aku sedari tadi... Ada yang online tapi seolah kaku memerhati atau mereka mungkin sedang berbuat hal-hal lain di waktu pagi... Seperti.....
Hehee...yang pasti, semuanya yang aku kenal, aku takkan menge'add manusia yang anonymos atau secara rambang..

... Privasi ....
:pingu_20:
Baca perkembangan semasa dan kemas apa yang wajar, kemudia packing barang dan pulang!!!! Hehe...ramai suke balik kg/balik rumah selain aku lah... Mengapa ya?? syhhh...takkan semua aku nak bagitahu... takde privasi lah camnie ..

kan..kan....kan....

Okay, epal dah abis..da kenyang...nak packing kot...tapi macam malas... Mmm..nak baca blog arr...n borak-borak sape yang menge'buzz' selepas ini...

.........Selamat Bercuti Semua!!!!!...........

^ Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam...dan esok adalah lebih baik dari hari ini... ^

:pingu_06:

5.1.09

Lamanya tidak mendapat subuh sebegini....


Lamanya aku tak solat subuh...
Urm....perlu ker aku tulis dalam posting camni?
Lantak lah....yang penting hari ni hari 1st aku sihat dan mempu bergerak seperti biasa....
:pingu_13:
Maha suci tuhan...
Aku syukur dengan kesihatan yang telah engkau kembalikan kepada hamba Mu ini...
:pingu_23:
Hari ni 1st day aku kembali ke kuliah yang telah seminggu ku tinggalkan...
Berkeping-keping surat MC yang tunggu untuk diberikan pada yang sewajar..

I miss my friends so much...
Adakah mereka jua begitu..????
:pingu_10:

11.11.08

Sok ExAm...



Sok ExAm...

So nAk berdoa jap....

Semoga aku akan menjawab paper dengan sempurna besok harinya...

dAn

Bisa study dengan sempurna saat ini...

Aduh..mengapa masih aku ngeblog nih!!!


OK..ok SeLaMaT MaLaM dUnIa!!!!
:cinonet_04:


7.11.08

ALhamduLiLLah.....


BuatMu Pencinta Sekalian Alam...

Alhamdulillah atas segala kurniaan......

Semoga Bisikkan ini kedengaran lantaran sifatMu yang
Maha Mendengar...

Moga hati ini dikurniakan kekuatan lantaran diriMu yang Maha Pemurah....

Keyakinan teguh dihati bahawa Engkau Maha Mengasihani...

HambaMu yang hina dina ini pingin berdoa dengan penuh rasa rendah hati.....

....Agar hari ini akan menjadi lebih baik dari hari-hari semalam... dan hari esok akan lebih baik dari hari ini....

Izinkan aku terus merasakan kasih-sayangMu selamanya.....


:cinonet_05:

14.10.08

Doa Di sUbUh HaRi..

Rinai tangis dalam hati ku....
Bagai rintik hujan di kota..
Apakah gerangan lesu...
Yang menyusup masuk kalbu ku.....

( Ayat-ayat Cinta m/s 276 )



Ya Allah....semoga hari ini labih baik dari semalam...dan esok akan lebih baik dari hari ini.... hamba mu yang hina dina ini mohon perlindungan dariMu atas segala kejahatan yang ingin mendatangiku....semoga hati ini secekal, setabah dan sekuat kekasih-kekasih Mu...
Kerana....
Engkau maha pengasih dan maha penyanyang....


:cinonet_05: :cinonet_05: :cinonet_05:

17.9.08

Nuzul Quran


Nuzul Quran, Nuzul dalam behasa arab bererti ''perpindahan dari atas ke bawah'' atau ''turun'' manakala Quran ialah ''bacaan atau himpunan''. Malam di mana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan pada tanggal 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran beliau atau pada tanggal 6 Ogos 610 M. hmm..titikkk...



Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.

Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi. Betapa kaya ilmu kalamullah......

Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai petunjuk kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.

“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)

Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Semoga pendedahan ringkas dapat menerbit rasa di hati lantas membisikkan kata indah ke jiwa lalu menanam sebati padu di sanubari. Amin...... :)

16.9.08

Subuh 16Ramadhan...




Selesai solat subuh..badan yang lesu bertukar segar sekali, seolah tenaga baru menjalar segenap rongga badan...aku berteleku di sudut jendela memandang kegelapan yang kian samar-samar dihimpit rona mentari....haihh...aku benar-benar berada di tengah-tengah ramadhan kali ini... Sayangnya........

''Ayat-ayat Cinta'' ku raih ke sisi menyelak pada muka surat yang terhenti semalam..muka surat 419. Lewat seratus helai lagi langsai bacaan aku...sayangnya.... aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini, andai saja bisa dipanjangkan lagi..alagkah bagus sekali! Aku mulai membaca seawal 1 Ramadhan sebagai peneman di kala sepi. Ternyata, aku makin mengkagumi penulisan Habiburrahman El Shirazy. Karyanya mengusap nurani aku yang kontang lantas menyinarkan cahaya tentang betapa indahnya ciptaanNYA..Syukur...

Bacaan ku lanjutkan sekadar-kadarnya, penasaran dalam diri kian membuak namun aku perlu simpan sedikit buat hari besok atau mungkin malam ini. Agar malam-malam ku tidak sepi sekosong jiwa tiada terisi... Selesai 5 helai telahan, novel ku tutup rapat dan disimpan ke sisi kepala katil.. Bacaan yang amat terkesan lantas mengintai air mata ini untuk terus mengalir..betapa siksanya dugaan ditempuh para nabi.. Sedangkan aku yang senang lenang ini masih mengeluh hari-demi hari. Bagaimana pula Nabi Yahya yang kepalanya di penggal semata-mata buat persembahan si pelacur? dasyatnya dugaan tuhan demi menyatakan kasih sayang terhadap hambanya.........biar itu suratan Nabi Yahya, dia tetap redha andai itu takdirnya...kerana dihatinya mengerti dan faham akan kesucian kasih tuhannya kepada hambannya adalah melalui dugaan-dugaan yang menimpa.... Aku teresak dalam kekaguman subuh ini.....

Maka nikmat tuhanmu yang manakah
yang kamu dustakan?
Seakan-akan bidadari itu seperti
permata Yajut dan Marjan...
Maka nikmat tuhanmu yang manakah
yang kamu dustakan?
Tiada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula....

9.9.08

Kawan...Teman...Sahabat...




Sesegar..hijau daunan begitulah kita diibaratkan.. Tiada siapa yang bisa memisahkan kita... Atara kita bersama... Seerat simpulan yang tidak terbuka.. Seteguh langit tinggi menongkah dunia.. Kita mengharung badai atas nama... Kasih insan bersaudara....

Hmm..sempena asigment lom datang menghimpit jadual harian aku, teringin lak rasanya aku nk kupas persoalan best ari ni.. And the lucky word is… Friend. Yup, aku nak bercerita pasal kawan, buddy, sahabat, peng yu, member, rakan… or what ever you want to call it... Sepanjang hidup kite ditemani kawan..walaupun destinasi yg kita tuju ialah secara berseorangan sebenarnya..sedar atau tidak, setelah ditiup roh kedalam jasad..titik permulaan hidup kita selepas dilahirkan adalah mendapat kawan. Ibu menjadi kawan pertama kita disusuri bapa dan bercambah kepada saudara adik kakak atau abang..kemudian mendapat kawan di sekolah tadika, teman bermain adalah kawan, mula kenal malu-malu dan selepas tak sampai 3 minit dah dapat berkongsi ais krim sesama. Lepas tu di sekolah rendah, kita berkawan tanpa mengenal warna kulit, kegemaran dan sikap..asalkan terlibat dengan permainan, di cop kawan. Sama-sama jalan kaki ke sekolah dikira kawan. Sama-sama didenda sebab tak siap homework tetap kawan..pokoknya, berkawan tanpa had...seluruh sekolah adalah kawan..pak guard sekolah kawan..tukang kebun kawan..uncle bus pun kawan.. haihh...indahnya saat kanak-kanak kan...

Usia meningkat, masuk sekolah menengah plak.. kawan mulai mengurang. Dah pandai nak nilai orang la katakan, tp yg tersilap nilai selamat menuju jalan sempit dan yang bijak makin menuju kejayaan. Mat rock lepak dengan mat rock..mat ponteng dgn port blakang jambanya, minah surau dengan telekungnya.. dah tentu golongan ni takkan layan geng kutu skolah plak kan..so kawan makin ditapis so makin kurang lah. Selepas alam sekolah berganjak ke alam university bagi yang berjaya dan pekerjaan bagi yang malas blajar masa sekolah. Di sini mula kita meletakkan nilai tertentu bagi seorang kawan. Di alam ini, kawan sebenar-benar kawan boleh dikira dengan jari. tu tak termasuk lagi kawan makan kawan..kawan tikam dari belakang..kawan ketika senang..kawan amik kesempatan...kawan dikala susah atau kawan tawa dalam tangisan.. hah..banyaknya definisi kawan kan.. Di alam ini, kawan kita diri kita, alar bak kata pepatah kita adalah siapa kawan kiat sebenar. Hmm..so sekarang kita nampak siapa yang kawan kita dan siapa kita sebenarnya rite....hahaa...intrestingnyee... :p

Kay..sambungan dari rentetan hidup yang aku ulas dari awal tadi, kita akan meneruskan kehidupan dengan kawan hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Malangnya, di dalam liang lahad kita akan berseorangan pula. Time tu dah hapus erti kawan selain amalan dan bekalan yang kita bawak masuk kubur. Jadi, nampak kan..kawan ni peneman hidup dikala kita bermusafir di atas bumi sahaja, namun impak yang mampu diberikan oleh seorang yang bergelar kawan hanya tuhan maha mengetahui... dialah mampu pandu kita ke syurga mahupun lobang neraka.. Hakikatnya sebenarnya memanglah bergantung pada diri, tp as human being kita takleh elak dari dipengaruhi dan mempengaruhi...

So aku belum ada masa untuk mengupas isu ni dengan lebih mendalam, jadi cukup setakat ini. Secara amnya, Kita patutnya sedar kawan memang mudah dicari tapi dalam proses memilih kawan kita wajarnya mempertimbangkan beberapa aspek terlebih dahulu. Semoga dengan Cara ini kita akan sentiasa hidup dalam putaran kehidupan dengan baik. Selagi kita bijak menjaga hati kawan, semakin akrablah hubungan terbina, semakin berkawan dalam landasan agama, semakin kita bersama memiliki keberkataNYA. Amin......... :)

Sesegar..hijau daunan begitulah kita diibaratkan..
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita...

Atara kita bersama...