30.9.11

Longest week...dizweek.

Huarghhh......minggu-minggu yang terasa luar biasa panjang....



Minggu ni kehidupan like upSideDown sebab macam-macam benda buat..tapi seronok juga sebab bila kita busy body hal sendiri, maka kita takkan lonely atau rasa kurang kasih sayang muahaa..... kite juz fikir masa yang berjalan mengejar kita dan kerja yang menunggu kita dan tugasan-tugasan yang menghempap kita... kepada yang sering berasa emosi, try tips ini.. busykan hari-hari anda, nikmati indahnya dunia dan tenangnya limpahan kasih sayang dari rabbul izzati... :')




Ape yang busy sangat? kadan-kadang manusia suka busy dibibir sahaja... busy di fb... busy di kepala tapi tangan badan kaki baik punya dok relaks... ok aku selalu begitu, tapi minggu ni busy memacam... Uruskan soal pendaftaran syarikat la.. Uruskan pendaftaran pasport la, haha finally aku ade pasport..siapa nak ajak kawen lari boleh dah...kih..kih.. and busy dengan tugasan, bacaan, order, blablabliblaa.... =_='




Hmm...sebenarnya nak cerita pengalamn setelah bergelar pelajar dan pekerja dan perniaga, tapi tak sempat nak kupas satu-satu nanti orang bosan baca.. juz nak update ape yang aku buat dizweek and later on aku update perasaan aku sekarang ok? calitjari*




Minggu ni aku bergelumang dengan teori dan tugasan disamping kecut jantung buat preparation untuk presentation bulan depan... pftt... penat tau bercinta dengan ramai orang dalam satu masa, StuartHall.. Mc Luhan.. M'Quel... Bandura.. aih, beraneka bangsa semua aku tibai.. bukan ape, aku harus kenal hati budi deorang untuk pilih mana yang akan bersama aku hinggu habis semester nanti... buat teman belajar sama-sama.. sangat nevez ok, setelah bergelar student ni...sebab aku lembab dan slow bab bab belajar.. aku syak otak dah gelap buat benda lagha banyak sangat, oppps...sila jangan salah sangka... manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Jadi, aku plan nak buat penyucian hati ... hmmm.....camner tu, gi tanya ustazah-uztazah uols..




Kemudian busy dengan makan, makan-makan makan...minggu ni berat sayer 51kg =_=' perut gelebeh and lembek..yuck tuih! Minggu depan nak buat situp nak maintain balik huhu...salahkan hajar sebab die kuat makan, maka aku selaku kawan semotosikal die...makan la jugak ape yang die makan.. hehee...bdo*




Order...aku hari-hari dikejar order... pfft..again* Duit nak, kerja taknak.. memang tak patut kan..kan..jadi malam ni nak siapkan order, kih...kihh..kih.. tapi kena mandi dulu, petua bunga-bunga aku kembang mekar is mandi sebelum buat.. maka bunga pun mekar semester alam..
gila*

Pastu nak citer ape...

Owh usm dah boleh buka youtube..
Finally Pusat Komputer ade kesedaran sosial betapa pentingnya youtube terhadap pelajar..
** lepas ni boleh la main youtube pulak yeay!!! ( jakuness )


Mmm..malas nak type, bye!

26.9.11

Innocence

i like her damn much..her songs! her voice...her style...her eyes...

diz's my fav. song ever..


.....................................................


Waking up I see that everything is okay
The first time in my life and now it's so great
Slowing down I look around and I am so amazed
I think about the little things that make life great

I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

This innocence is brilliant, I hope that it will stay
This moment is perfect, please don't go away, I need you now
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

I found a place so safe, not a single tear
The first time in my life and now it's so clear
Feel calm I belong, I'm so happy here
It's so strong and now I let myself be sincere

I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

This innocence is brilliant, I hope that it will stay
This moment is perfect, please don't go away, I need you now
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

It's the state of bliss you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's the state of bliss you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes you wanna cry

It's so beautiful it makes you want to cry

This innocence is brilliant
(It makes you want to cry)
This innocence is brilliant
Please don't go away
Ccause I need you now and I'll hold on to it
Don't you let it pass you by
(It's so beautiful it makes you want to cry)

This innocence is brilliant (It's so beautiful)
I hope that it will stay (It's so beautiful)
This moment is perfect
Please don't go away
I need you now and I'll hold on to it
(It makes me want to cry)
Don't you let it pass you by

i love diz songs....so much!

18.9.11

Bonceng karipap!




Mula-mula tengok promosi, rase tertarik.. lama-lama dengar rivew kawan-kawan, masih nak tengok di wayang sebab taknak percayakan kawan...... tapi makin lama makin dok baca rivew ramai orang....


=_+' nak download pun rasa rugi.


Pfftt.....nanti nak pinjam copy filem diatas and tonton tanpa prejudice... nak tengok tahap kesabaran di lavel mana sehabisnya 2 movie diatas tu aku kunyah...


Then nak uji tekak rasa boleh telan ke tak..


Pastu kalau takleh blah, nak lepas geram di blog...then. sape nak hantam aku, sila-sila... :)



Hehehe...tunggu~


16.9.11

Angkara Santau.

Siapa tak sayang adik sendiri, sayang adik angkat lagikan dicium-cium di hadiah-hadiah. Inikan pula adik kandung.. walaupun selalu akan bertengkar bertikam lidah atau bertumbuk terajang, yang tu jugalah penawar... kadang-kadang yang tu juga racun... :')

Sebagai kakak sulung yang hanya mempunyai seorang adik kandung dalam dunia ini, opkoz aku sayang adik kandung aku tu.. ok adik tiri-tiri pun sayang la alalaa...

Banyak angan-angan aku dan adik sebenarnya, dulu.. kami plan nak tinggal sama-sama bila dah mampu. PLan nak jadi orang berjaya sama-sama taknak hiraukan orang lain.. Plan nak beli kereta, dia jadi pemandu aku...aku jadi bos! hihiii...kadang-kadang dia jadi tukang kebun aku, aku jadi bos. Pendek kata..semua kata-kata aku dia ikutkan ajer... memang seorang pendengar penurut setia aku dulu...

Dengan keberadaan adik laki aku tu, aku tak pernah rasa sunyi.. tak pernah inginkan mana-mana lelaki untuk membutuhi waktu sepi aku, atau mendengar luahan aku. Biasalah..zaman-zaman sekolh masing-masing nak cari pasangan untuk bercerita atau mengadu atau menumpang kasih. Tapi aku tak perlukan semua itu... aku dah ada adik aku.. :')

Malam-malam, kami akan bergossip sampai pagi.. kadang-kadang, aku cakap sorang-sorang sebab dia dah tidur.. kami tidur katil doubledacker tu.. kadang-kadang, aku curi pakai jeans die.. kadang-kadang dia pakai t-shirt aku. Sebab teaste aku dan dia sama.. mungkin aku sedikit boyish jadi kadang-kadang aku rembat jugak spender power ranger die atau superman tu.. curi pakai, sungguh hampeh bila dikenang semula zaman sekolah..

Di zaman sekolah asrama, aku sellau pokai awal sebab blanja kawan-kawan atau beli baju pakai duit yang dikirimkan mama. Tapi die..tak pernah tak ada duit sebab die penjimat...die masak sendiri..and tak beli makanan di kantin macam kakak die ni. Lalu...tiap petang, dia kaan jalan masuk ke asrama aku hantar makanan.. :') aku ingat lagi detik-detik tu... aku memang kakak takleh pakai. Pernah sekali die belanja aku makan pizza.. sebab die ade duit lebih tapi duit aku da abis. Kami makan sama-sama and aku janji akan belanja dia suatu hari nanti.. tapi aku tak buat semua tu. aku kakak useless.....

Bila kami dipisahkan sebab masalah keluarga, masing-masing membawa diri. Dia di KL dan aku di Penang.. kami jarang jumpa, tapi dia selalu call aku, aku? Haram. Kadang-kadang aku sunyi dan mulai mencari kawan-kawan untuk menjadi pendengar aku. Tapi semua tak sama dengan cara adik aku mendengar aku dan melayan aku... :'(

Saat ini, adik disantau orang.. bedebah betul manusia itu, aku harap aku tak menjadi pembunuh bila jumpa perempuan keparat tu... aku akan sedaya upaya memulihkan adik aku. Kata mama...adik da kronik, badan da hampir dipenuhi racun. Tinggal masa saja..sebab manusia kejam itu berniat melupuskan adik dari muka bumi ini.. subhanalllah...apakah wajar aku lakukan ya allah....air mata dah kering untuk terus mengalir, tapi aku harus lakukan sesuatu.....

Jadi, berkat pertolongan saudara-mara... aku akan membawa adik aku pergi berubat dan aku akan pastikan adik aku selamat...

Doakan aku berjaya.. :')
Kami akan bertolak petang ini jam 2..

Assalamualaikum.

14.9.11

Patah Seribu Hatiku


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah......




- Posted using BlogPress from my iPhone

13.9.11

Dear Diari hari ini..

Sore seperti ini, katil pantas ku hindari agar bisa menyiapkan kerja yang menanti.. Perjalanan kerja berjalan tersusun seprti yang direncana. Dan akhirnya aku terkulai di cadar merah hamparan katil bujang desasiswa...

5...10..15minit berakhir dengan dengkuran nafas halus..

Aku terjaga di sekitar minit ke 40, membuka mata melihat kipas yang tak lenguh-lenguh lehernya diputar di siling.. Panas dan lembab cuaca hari ni, percikan halus keringat memenuhi sekitar leher dan tulang belikat.. singlet putih berenda bunga matahari di bahagian dada turut sama basah... ahh.. makin hangat, makin mengantuk pula..demn't.

Mata dipaksa buka, kaki kau langkah ke lantai memijak tikar getah corak bunga-bunga purple... argh! aku tak suka..nanti nak tukar corak kosong atau mungkin corak petak gaya lantai permainan dam.. Baru terasa hidup seperti satu perjudian, adakah aku akan berjaya dapat haji untuk merempuh kota merampas kuasa raja? Atau aku mungkin harus menawan puterinya terlebih dahulu... atau memikat permaisuri? Hmm...persoalan itu dibiarkan tergantung sejenak, aku harus mandi.

Baldi biru berisi barang mandian ku jinjing ke bilik mandi yang jauhnya hampir 20 langkah dari bilik. Tuala putih gebu bersih dan suci aku galas di bahu, malas nak berkemban-kemban di tempat asing sebegini.. ya, baru 3 hari aku menetap di desasiswa aman damai usm. Sekali melihat ruang coridoor, seram sejuk juga... buruk dan sepi...gelap...dan berbunyi tangisan anjing pada saat 3 pagi setiap malam.. ok tu tipu.

Dingin air terasa sehingga ke tulang hitam, segar bila berada dalam pelukkan air pancut mandian desa buruk ini.. persis air sungai dalam gunung jerai, ahh..hantam saja perumpamaan itu, orang selalu beranggapan hutan banyak makhluk halus selalunya punyai sungai berair dingin .. sangat tak masuk akal bukan.

Hampir 15minit berendam sambil berdiri.. kaki ku langkah kembali ke kamar setelah melewati 13 pintu bilik-bilik yang lain. Segarnya terasa..harum tubuh dan rambut yang bershampoo jenama strawberry shortCake yang manis lantas menggamit kehadiran sang rerama beterbangan menyanyikan lagu iklan sunsilk... ' ...feel the rain on your skin! no one else can make it beter...only you ..lalla...' ok itu tipu lagi.

Operasi mengeringkan rambut berlaku hampir 20minit..bersembang dengan rumate baru dan bergelak ketawa. Ya...teman sebilik aku tersangat comel dengan tahi lalat di pinggir hidung.. perawakkan lincah dan aku syak die bekas atlit. Ok, mungkin tidak tapi ciri-ciri kental itu ada.. ahh, persetankan persepsi kuno aku.. die seorang budak sarjana yang belajar subjek sesuatu seperti pra sekolah, bakal guru.. cool..! owh, katanya hari ni mahu ke BJ Mall melawat Mydin dan beli handphone baru dan perbaiki bingkai kacamata baru dan barang makanan dan ape lagi yang aku tak berapa ambil perhatian dengan kata-katanya tadi..salahkan operasi mengeringkan rambut yang sukar ini.. duh...

Saat ini, die telah pergi.. maksud aku, pergi BJ Mall... dan aku dan rambut kering aku yang berbau strawberry ini harus bersiap-siap untuk keluar makan. Jam 8 malam harus ke kuliah...

8 malam ke kuliah yang tamatnya jam 11 malam.. +_+' membayangkanya, sudah termenguap awal... ahh, bukan aku jenis tidurnya awal malam, semalam sahaja jam 6 baru dapat lelap.. pegi mampus dengan gaya kata ala-ala bagus aku tadi.. ya, tamat jam 11 malam dan balik ke kamar becenta sampai pagi tak tidur sambil kira kambing biri-biri.. itulah aku...

Klimaks hari ini, apabila dapat ke majlis raya di Pusat Racun Negara. Makan banyak tanpa mengalami sebarang keracunan. Bagus bukan.. :) dan bergurau senda bersama teman dan skandal.. owh?? abaikan..

Sambil mendengar lagu baru Avril : Wish You were here.. ( avril, kau sangat comel! )

Bye.

Bidadari virtual ku..

Sering saat, detik ini.. aku sudah mulai lena dalam dakapan sang bidadari kayangan.. Yang sering hadir menghiasi mimpi indah malam aku yang keseorangan.. tapi malam ini, bidadari itu tiada kunjung tiba lagi, lantas membiarkan aku kesepian menjenguk-jenguk di luar jendela. Menantikan bayangnya.....

Sering detik, saat ini aku sudah mengucapkan selamat tidur buat dia.. dan telah aku pinta sebuah ciuman tanda kasih mesra... Tapi malam ini aku tiada siapa-siapa.. apakah bidadari itu akan tiba-tiba muncul di jendela?

Apakah jalan ke jendela telah tiada di matanya?
Apakah buian mimpi telah mengulitnya sehingga lena..
Atau aku, telah dilupainya...

Selamat malam wahai sang bidadari...
Kan ku menantimu sepanjang malam ini berlalu.....
sehingga terbit mentari memadam setiap nafas rindu...

:')

12.9.11

Mengapa..



Mengapa hidup ini terlalu sukar...

sudah aku persediakan kelengkapan namun dugaan yang tak kunjung hilang tetap terus mendatang...

telah aku cuba menjadi kebal namun air mata ini tak pernah berhenti berlinang....


Mengapa hidup aku terlalu sukar...

Indah dimata tak semudah nyata...

Manis di senyuman, menyembunyikan pahit yang ditelan..

Petah di tuturan, menyimpul mati tiap simpulan..


Mengapa terlalu banyak dugaan...

Izinkan aku untuk bernafas tenang walau sesaat,

namun kebahagiaan yang sempat dinikmat tak pernah kekal disemat...


Mengapa....

10.9.11

:'(

7.9.11

Buat adik.





Aieysha Akila Anuar..

I miss you so much...
So much...

:'(

- Posted using BlogPress from my iPhone

4.9.11

Nak kuat seperti Biskut Tiger!


Hi dear blog, dah malam kan sayang... hanya ada kau dan aku saat ini.... hanya kite berdua.. ^^"

( intro takde kena mengena dengan topik )

Tadi, aku berkemas dan berpacking-packing barang untuk pindah rumah, walaupun rumah mana aku belum decide tapi aku rasa baik packing siap-siap... Tak lah last minit kelangkelibut... Hmm...banyak juga benda alah aku nih, dengan baju dengan baju and baju lagi... buku dan buku... baju lagi...buku baju...barang itu ini... =_+' shopping bag yang aku kumpl pun dah dekat 1 kotak.... kain perca, barang craft, barang make-up.... kalau perempuan, tetap namanya perempuan kan... dah bajet, 2 trip juga nak berangkut nanti.. hope rumah tu tingkat rendah-rendah... kalau tinggi, jadi nenek-nenek sibongkok tiga la angkat barang...

Ni 1/3 kasut-kasut yang bakal dibawa bersama dan 1/5 baju-baju yang bakal dianggkut.. Bagaimanakah..bagaimanakah?? Nevez.


Agak-agak, housemee aku ok ker? Agak-agak aku pandai ke nak jaga rumah tu nanti? Diri pun tak terjaga kan.... aihh... malam-malam seram tak? mesti aku takleh tidur seminggu dua minggu camtu sebab tempat baru.... Mesti aku tak biasa tidur tilam, :( goodbye my beloved queenbed... dah 5 tahun kamu berjasa sama saya... gonna mishu so much~


Bagaimana ya? semua bagaimana macamana... isk, runsing jugak nih...


Selalu doa, semoga dipermudahkan urusan di dunia baru nanti. Nak jadi student nak jadi pekerja nak jadi perniaga dan nak jadi manusia berguna itu tidak mudah...

Tapi bukan senang nak jadi senang, aku anggap ini semua dugaan dan cabaran untuk aku mencapai target dlaam kehidupan aku dimasa hadapan... doa..doa...moga aku kuat! seperti harimau tiger biskut! ngeee....


***


Dear blog darling...

Malam ni kita tidur bersama ya...

Kira bintang dari dalam kolam...

Siapa pejam dulu, dia kalah...

Ngeeeee..... mwahh..

2.9.11

Bilik Untuk Disewa?

Dulu, selalu tengok orang cari bilik. Selalu fikir...isk, camner yer nak cari bilik sewa... macam keja orang dewasa jer... tak mungkin aku akan kne cari rumah sewa sampai bila-bila... * geleng-geleng kepala dan muncungkan bibir sambil kerut dahi....


Tup tup tup! hah...sekarang ni aku memang melilau cari bilik nak sewa.. nak cari tapak di bumi pulau pinang ini untuk aku stay sehingga aku ade duit beli rumah sendiri. Hehee... so, rumah itu nanti aku akan stay disitu sehinggalah aku dilamar putera kayangan naik unicorn and sambar aku ke syurga dia yang tak memerlukan aku bersewa lagi dan hidup bahagia selama-lamanya.. wee..... * pejam mata sambil senyum lebar gila.. ^^'


Nak cari sekitar USM... supaya boleh aku jalan kaki jer nak ke kuliah atau kerja nanti. Isnin da daftar diri.. jadi, harus cepat-cepat cari dan cari dan cari lagi!!! yeahh....


Banyak di area U-Hight and Pekaka... Hamna... N-park... penin lah dibuatnya, pilihan banyak tapi ape yang bagus? +_+' help..help...ade siapa-siapa sudi ambil saya jadi housemate? saya rajin dan pengemas orangnya.... juga pemurah! haha... haktuih~


Nak cari yang bagus-bagus, tak bawak masuk laki kedalam rumah.... yang tak kepoh hal orang.... yang bukan jenis panjang tangan atau stalker.... kalau boleh, islam dan tidak kisah hal masing-masing... penting tu!!! hehe...mengada sangat-sangat is'it? yela....nk hidup lama kot.... rumah total saya, pendek kata.


Jadi, mari meneruskan pencarian. dan jangan berpuus asa dan mencari dengan kadar segera...

huhh......




Gambar hariraya ke-3. ^_^' Im pinkyGurl okay...




1.9.11

Thank You Allah...

Allah maha pengasih dan penyayang... dikembalikan aku kepada keluarga aku semula..

Dia maha mendengar akan setiap lafaz doa-doaku di setiap solatku....

Dia maha mengetahui isi hatiku yang selalu mengharapkan sesuatu dariNya...

Dia maha mengetahui segela perkara yang baik dan tersembunyi...memberiku ujian dan mengurniakan aku hikmah pada setiap dugaan....

Dia maha berkuasa, disejukkan hati mereka yang sebelum ini keras dan panas sekelip mata...

Dia maha memberi, dan kini aku hampir memiliki semua....


Dia maha Esa...



Ini haziq, adik lelaki baru aku yang baru berusia 2 minggu,,,...


Ini Nur aina watikah... juga adik perempuan sebelah mama and stepfather too...
Kali terakhir bertemu semasa dia masih dalam buaian bersia 4 tahun... dan semalam dia masih ingat aku...kakak yang mengasuh dia dari kecil.... terharunya....


Lama tak balik jumpa mama, finally tahun ni dapat jumpa mama and dapat salam mama ... :') im so hapy tuhan sahaja mengerti.... Terasa macam baru dapat nyawa ke-2... Thank You Allah.. Alhamdulillah.. tuhan sentiasa memakbulkan doa hambanya yang redha dan tidak berputus asa.... alhamdulillah....


Selepas ini dapat pulang kerumah selalu, dan dapat bersama adik-adik tersayang lebih lama...


Ahh..bagaikan mimpi menjadi nyata.... selemat tinggal kedukaan, semoga syawal kali ini merupakan titik permulaan kepada sebuah kehidupan yang lebih bermakna..


Lepas ni, tak perlu menangis sorang-sorang bila rindu mama and adik-adik...


^_^' thanks Allah...