Sore seperti ini, katil pantas ku hindari agar bisa menyiapkan kerja yang menanti.. Perjalanan kerja berjalan tersusun seprti yang direncana. Dan akhirnya aku terkulai di cadar merah hamparan katil bujang desasiswa...
5...10..15minit berakhir dengan dengkuran nafas halus..
Aku terjaga di sekitar minit ke 40, membuka mata melihat kipas yang tak lenguh-lenguh lehernya diputar di siling.. Panas dan lembab cuaca hari ni, percikan halus keringat memenuhi sekitar leher dan tulang belikat.. singlet putih berenda bunga matahari di bahagian dada turut sama basah... ahh.. makin hangat, makin mengantuk pula..demn't.
Mata dipaksa buka, kaki kau langkah ke lantai memijak tikar getah corak bunga-bunga purple... argh! aku tak suka..nanti nak tukar corak kosong atau mungkin corak petak gaya lantai permainan dam.. Baru terasa hidup seperti satu perjudian, adakah aku akan berjaya dapat haji untuk merempuh kota merampas kuasa raja? Atau aku mungkin harus menawan puterinya terlebih dahulu... atau memikat permaisuri? Hmm...persoalan itu dibiarkan tergantung sejenak, aku harus mandi.
Baldi biru berisi barang mandian ku jinjing ke bilik mandi yang jauhnya hampir 20 langkah dari bilik. Tuala putih gebu bersih dan suci aku galas di bahu, malas nak berkemban-kemban di tempat asing sebegini.. ya, baru 3 hari aku menetap di desasiswa aman damai usm. Sekali melihat ruang coridoor, seram sejuk juga... buruk dan sepi...gelap...dan berbunyi tangisan anjing pada saat 3 pagi setiap malam.. ok tu tipu.
Dingin air terasa sehingga ke tulang hitam, segar bila berada dalam pelukkan air pancut mandian desa buruk ini.. persis air sungai dalam gunung jerai, ahh..hantam saja perumpamaan itu, orang selalu beranggapan hutan banyak makhluk halus selalunya punyai sungai berair dingin .. sangat tak masuk akal bukan.
Hampir 15minit berendam sambil berdiri.. kaki ku langkah kembali ke kamar setelah melewati 13 pintu bilik-bilik yang lain. Segarnya terasa..harum tubuh dan rambut yang bershampoo jenama strawberry shortCake yang manis lantas menggamit kehadiran sang rerama beterbangan menyanyikan lagu iklan sunsilk... ' ...feel the rain on your skin! no one else can make it beter...only you ..lalla...' ok itu tipu lagi.
Operasi mengeringkan rambut berlaku hampir 20minit..bersembang dengan rumate baru dan bergelak ketawa. Ya...teman sebilik aku tersangat comel dengan tahi lalat di pinggir hidung.. perawakkan lincah dan aku syak die bekas atlit. Ok, mungkin tidak tapi ciri-ciri kental itu ada.. ahh, persetankan persepsi kuno aku.. die seorang budak sarjana yang belajar subjek sesuatu seperti pra sekolah, bakal guru.. cool..! owh, katanya hari ni mahu ke BJ Mall melawat Mydin dan beli handphone baru dan perbaiki bingkai kacamata baru dan barang makanan dan ape lagi yang aku tak berapa ambil perhatian dengan kata-katanya tadi..salahkan operasi mengeringkan rambut yang sukar ini.. duh...
Saat ini, die telah pergi.. maksud aku, pergi BJ Mall... dan aku dan rambut kering aku yang berbau strawberry ini harus bersiap-siap untuk keluar makan. Jam 8 malam harus ke kuliah...
8 malam ke kuliah yang tamatnya jam 11 malam.. +_+' membayangkanya, sudah termenguap awal... ahh, bukan aku jenis tidurnya awal malam, semalam sahaja jam 6 baru dapat lelap.. pegi mampus dengan gaya kata ala-ala bagus aku tadi.. ya, tamat jam 11 malam dan balik ke kamar becenta sampai pagi tak tidur sambil kira kambing biri-biri.. itulah aku...
Klimaks hari ini, apabila dapat ke majlis raya di Pusat Racun Negara. Makan banyak tanpa mengalami sebarang keracunan. Bagus bukan.. :) dan bergurau senda bersama teman dan skandal.. owh?? abaikan..
Sambil mendengar lagu baru Avril : Wish You were here.. ( avril, kau sangat comel! )
Bye.
No comments:
Post a Comment