30.3.16

Entry Kenangan Lalu


Benci Facebook, selalu nak mengimbau-mengimbau kenangan lama, as today...aku ada post di timeline lagu ni siap tag suami... caption : ' Bila kau disisi aku tenang.... '

Zaman baru seminggu lepas kawen tu, suami terpaksa ke Pahang ada tournament.. so boleh agak kacaubilau dia punya rindu. #pengsan 

So, as today...walaupun 2 tahun dah berlalu. 
Aku sentiasa akan merindui dia hingga selama-lamanya..  

~ Peace ~

23.3.16

2nd Anniversary Erin-Lami 2016


Ini syurga aku.. 
Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Alhamdulillah...


1.3.16

1st March 2016 babeh!

Bismillah....walah walah!!
Genyeh mata macam tak percaya today terdetik di jari sign in blog bersarang Aku Youjie. Actually kan...hari-hari aku blog sambil drive. Aku akan berkata-kata di dalam hati tentang diri...aku brainwash diri...menyucikan hati ( konon ) dan aku akan tetapkan dalam hati camni '' ok..sampai opis aku nk update entry ' ! Perkara ini berlarutan hampir berbulan-bulan dan akhirnya hari ini baru terialisasi... fuh!

Kenapa aku begini? Sebab sekarang aku kerja macam gila b***.  =___=' Kesian anak dan si suami. Hari-hari menanti kepulangan ibu dan isteri. Apakah..? Mengapa ayat aku berbunga rima-rima akhir nih... =_+' ( EXCITED )

Azam! Haa...tak habis-habis azam. Aku berazam untuk membuat saving gempak mulai bulan ini.  aku nak setelkan misi utama aku tahun ini. Aku nak cari rumah habuan sendiri. Aku dah taknak on9 shopping hari-hari... Semalam terdetik di hati, dah kerja teteruk, lepas tu dapat gaji takkan nak buang sahaja.... kesian anak dan suami. Bekorban kurang kasih sayang ibu disisi... lepas tu, ibu dapat gaji. Ibu lupa diri... isk isk isk...zalimnya aku isk!

Lepas tu, misi bulan 3 ni... nak membuang atleast...atleast atleast 5kg dulu.. aku nak back to 50kg argh!!!! Arghh...gilakah badan macam tongdram...walau hakikatnya orang nampak ' ehhh..ok jer, ko kan tinggi... ehh mana ada gemok, ko kan tinggi...'' ahh...sudah-sudah nak modal tinggi... takkan aku nak jadi Giant atau Makcik Sado..Tinggi dan BOSAR! oH NONO...

Dan misi ini aku mulakan dengan apa? Jeng jeng jeng...
Akan aku update di entry akan datang. Program selama 1 minggu uols...  kih kih dan selepas bulan ini, aku akan kembali slimmm persisi aku youjie dulu dulu nun... ohh silap, dulu bukan slim...dulu PAPAN KEPING.  >_<'

Marilah berdoa aku akan menepati janji untuk update entry minggu ini, atau kalau paling-paling kurang pun... kita jumpa entry tahun satu lagi. Hahahahah..gila!


Ha...gambar disertakan untuk mengigatkan diri yang awak tu dah ada baby, bahasa mau jaga pekerti budi... dan nak update berat badan terkini. Per-picture...60KG!! Okbye.