Showing posts with label Diary Ku. Show all posts
Showing posts with label Diary Ku. Show all posts

15.5.13

Pencarian Pengacara 3R di USM PENANG.


 Psst....sampai bila nak TAKOT?


Ask your self, ' apakah minat aku sebenar? ' Anda mungkin sekarang bekerja sebagai kerani gula-gula getah yang nyummi.. tak stress, hari-hari dapat makan gula-gula FREE, bos tak bossy dan gaji pun.. ala-ala...umph! WALAUPUN kerani... anda happy!!! Printing...copy zerox jawab call, buang sampah... lap tingkap tukar beteri kipas angin etc....

Hingga suatu masa ketika, sedang lena di katil, anda terjaga...terkenang dan mengelamun....
' Apa yang aku mahu dalam hidup aku ni sebenarnya? '
TETTTTT!!!!

Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang kita mahu, kita menjadikan kehidupan sebagai medan pencarian diri kita sendiri... bagi yang menemuinya, anda bertuah dan selamat berbahagia....
Tapi bagi yang still menggagau????

TAK SALAH MENCUBA!!

Yeah...inilah POINT utama haku!
 TRY TRY & KEEP TRYING BABEH...

SO!!

Anda 26tahun DAN KEBAWAH?
BIJAK? PETAH? CANTIK ? ANGGUN? BERKALIBER?

Tui~ ...persetankan ciri-ciri cliche itu semua, what you should do is......

1 : Sediakan baju yang lawa, selesa dan stylo menunjukkan diri anda yang sebenar, TAK PERLU BARU PUN TAKPA....

2 : Tahu perkembangan dunia dan isu semasa, serta banyak IDEA! Ala...update sikit isu semasa, ..tak perlu khatam paper atau nama menteri,bukan nak buat ujian PTD tul tak?

3 : Berkeyakinan TINGGI? Ohw noo......biase-biase jer, asalkan boleh buka mulut bercakap dan bersembang, dah qualified dah... eh ehh, ko bukan selalu bergossip ker....

4 : Sanggup belajar benda baru, ..kita semua layak ok... KAMU KAMU KAMU pun layak!

5 :  Jadi diri sendiri, pleaseeeee....no OVER MAKEUP pleassssss.... plastik-plastik ni, judges pun SERAM MEH~

6 : BOLEH DIHANTAM, kalau kena usik please jangan nangis.. kena marah sikit nak emosi atau nak melatah lelebih.... no NO NOO... tak sihat at all... BE POSITIVE PLEASE DARLINGS....

7 : Sanggup keluar dari zon SELESA. OK...selamat berusaha semua!!!!!



Be happy, macam me & my juliet...

XOXO 

** Jumpa semua nanti di ANJUNG BUDI USM 22-23 MEI 2013.


PLEASE..PLEASE COME AND ENJOYCE!!!!


Get more info : www.3r.com.my/projek3r/

30.1.13

100% Handmade website by me!


Tadaa!!!!

Currently sangat busy menguruskan website untuk business dan sangat busy merencanakan masa depan, dan terlalu busy untuk study, ops..

Take a look to my beloved website eah! 100% handmade by me myself and i... auw!!
Terasa vanggee..vangge sangat-sangat dengan kejayaan menggeledah maya seharian dulu..now dah bertapak pun A.Suzie ni.. amin - amin...





Mwahh!!!!!


22.1.13

Felt Pillows ku..


Nampak tak, penuh dah ...
Sempat ker nak siapkan semua order?

Anyway...nanti japgi ada pengumuman best!!!!

Yeay!
Tata.

17.1.13

Diary Drina.

Motip sangat tajuk entry. 


Hari ini aku bershopping di pos office, lame tak lame tak.. kalau dah nama peniaga kecilan. Dimana lagi. Siap tu stem la, credit parcel bagai semua beli... renew lesen yang dah mati hampir 4 bulan.. duh.. Kalau la polis tahu aku selama ni memandu tanpa lesen... @_@'

Hari ni saya telah menyertai satu pertandingan.. doa-doa saya menang, kalau tak tempat pertama...sagu hati pun ok. please..please...nak sagu hati jer, ai hantar 2 penyertaan....please, konon judges tu baca la entry kau bedah! pui.....


Perasaan selepas print semua menuskrip yang beratus-ratus keping ialah, PUAS! Ee..kalau la lecturer atau supervisor aku tahu aku tengah pulun benda ni instead of siapkan proposal..... mati kene tenyeh nih.  Anyway...kalau nak buat sesuatu kena sepenuh hati kan...taknak separuh-separuh maka benda takkan menjadi. Percayalah........



Ok. gambar kenangan dengan menuskrip..amin-amin-amin. 
Hope lepas ni karya aku dapat dibukukan..gila bajet bagos kau! 

Ok dah 5.30PM.
Nak balik dari office, melawat kedai pulak....

+____='

10.1.13

Aku ada seorang kawan..

Ada manusia tak boleh terima kritikan..
Kita nak ignore,
kita nak abaikan...
kita anggap tu sifat azali....
tapi akhirnya memakan diri....

Ada manusia, selalu rasa dia benar..
Kita tak kisah,
kita manusia biasa...
kita sedar diri siapa...
tapi akhirnya menghempap sanubari...

Kita buat dia sakit hati,
untuk mengajar dia...
Bahawa manusia punya hati ...
punya perasaan...
untuk di teliti,
untuk di jagakan...

Bukan nak tunjuk pandai,
bukan nak tunjuk kuasa...
Aku sekadar hanya insan biasa....
Bukan juga anak siapa-siapa...

Tapi bila terlalu banyak aduan...
''Ehh ur friend tu kan....''

Why dia annoying ...
Why dia sarcastic ...
Memeluatkan...
Menyakitkan hati...
Tak sensitive...

..and '' that is your friends kan? ''

Siapa tak resah di hati,
aku harus fahami seorang kawan yang terbang tinggi...
mendidik,
mungkin dia perlu difahami...
mungkin dia perlu belajar menghormati...
kerna atas dunia tak semua di celah kaki...

Setidaknya...
belajar menghargai....

Bila jadi begini,
Bila aku jujur menasihati cara aku sendiri....

Akhirnya aku dicaci lagi..
Bukan pertama kali,
bukan kedua kali,
tapi dah masuk ketiga kali...

Di warning...
Diulangi..a
ku diwarning kawan sendiri...

Tersentuh hati, tapi aku tak kisah apa pun nak jadi...
Manusia, sikap dan tingkah laku sukar dikawali...
Mungkin dia memang begitu selamanya sejati...

Namun satu yang harus diingati,
aku bukan manusia tak kenang budi....
aku bukan akan muncul bila membutuhi...
aku bukan yang datang bila senyum mewarnai..
..dan hilang bila air mata mengalir sepi...

Bukan..bukan bukan...

Tapi adakah mungkin dia yang takkan mengerti...
dia yang tak pernah berada di fasa yang aku rasai...
dia yang bahagia dan takkan kenal derita dunia ini...
dia yang melihat orang lain, mengikut kaca mata sendiri...
dia yang terlalu bangga, dengan apa yang dimilik...
dia yang hanya suka pada seseorang yang punyai specialty...

Pesanan dari sekeping hati yang telah malas melayani :

Belajarlah berkawan dengan ikhlas hati,
belajarlah menghormati perasaan manusiawi...
belajarlah sensitive dengan perasaan orang bukan hanya perasaan sendiri...
belajar berdunia, jauhkan ego di hati...
belajar merendah diri..kawal kata-kata yang sering menyakiti...

Bukan untuk aku, kerna aku tahu siapa kamu..
Tapi bila bersama yang lain,
yang tak kau kenal habis isi hati...
yang tak kau tahu latar belakang asal dari...
yang tak kau tahu punya hati atau telah mati..

Dan pertualangnya diri ini....

( dan esok..mungkin amaran ke-4 aku terima lagi )





9.1.13

Lucky girl


Semuanya bermula dengan sebijik kek, dan akhirnya mood aku bertukar baik! Awesome! Yer..memang hanya dengan sekeping gambar kek diatas... Kak iati sangat suka kek tu, how i wish i can fulfill her dream... Nanti nak ajak En.B buat sama-sama lah...  

Today seharian aku baring di kamar, tak keluar kemana-mana, En.B ajak keluar tapi i said NO NO NO! Sebab mood tak ok, still merajuk'ing and bila gurl merajuk..dia takkan nak pandang muka bf dia kan...sebelum berlaku adengan dera mendera 18SG, so baik tak payah jumpa, but than keluar enjoy joli kataks with my beloved kakak-kakak lah yippi lala!!  Semuanya bermula bila aku menulis note-note emo di Facebook, segala need crying shoulder gelabah semua kebenda tu biasalah aku... and kebetulan kak iati pun tengah moody... and other kakak-kakak pulak lapar... so plan makan adalah therapy terbaik dikala ini, plus Kak fai live from UIA datang buat thesis correction..so, why taknak hangout kejap kan... owh i miss kak fai... hugs! <3 p="p">


Kadang-kadang, bila sedih atau emo..aku nasihatkan tak payah nak jumpa kekasih atau pakwe bagai. Sebab deorang ni not really helpful..beter jumpa kakak-kakak atau kawan perempuan. Watchout!! jangan jumpa lelaki...dun aver talk to guy when you sad atau tengah emo...nanti kaum-kaum tu akan amik kesempatan di dalam kesempitan, tu kata-kata En.B.. bila perempuan dalam kesempitan, lelaki SURE akan amik kesempatan.. tu berdasarkan pengalaman lar haha... nak ker? nak ker? I taknak oke... 

Bila jumpa kakak-kakak, hati some how rase tenang jer... rase seronok tertawa, buat joke bodoh, and gossip'ing opkoz.. and tanya perkembangan-perkembangan itu ini.. seronok ok, aku dah la takda kakak, takda abang, ada adik tapi dah jadi laki orang...takda kekasih gelap semua takda-takda.. so pada siapa nak ku sandarkan percaya kalau bukan kakak-kakak... ehem, En.B pun ada tapi pakwe kite lite-lite lah.. kene behave attitude bila dengan pakwe, tapi dengan makwe-makwe kita ALL OUT ! Gittew.


Ini kak faifai, dah jadi pensyarah di UIA ... dah berjaya and menjadi idolaku selamanya, sayang gambar muka takda sebab terlindung dengan camera.. dia sangat happy go lucky, adorable and positive.. sentiasa memberi nasihat bernas and membimbing aku ke arah kebaikkan..alhamdulillah....


Ni semua pun bakal-bakal pensyarah, let me introduce sorang-sorang... kak Yaya which is kakak kak iati pun pensyarah usm, kak iati pun bakal pensyarah after settled her PhD diz year.. Kak Naddy pun... Linda pun tengah PhD and aku adalah satu-satunya yang takkan sambung PhD pasti, kalau aku sambung maka pakwe aku akan risau duit hantaran naik lagi... huahua....maka lambat lagi aku kawen hahah! ok gurau gurau gurauuu....

Aku sangat bersyukur, aku ada kakak-kakak yang selalu bagi nasihat baik-baik and membimbing aku. Kalau aku lambat solat..maka telinga akan rasa nak bernanah kene ceramah.. ceramah ok lagi, kalau jerit tepi telinga adalah takleh blah rasa nak continue dengan zikir sekali solat sunat segala...huehue... Kalau aku ada masalah dengan pakwe pun aku mengadu dengan they all, so pakwe aku adalah kne behave dengan kakak-kakak aku yang selalu buat muka garang bila ketemu... sian my En.B.  Kadang-kadang, kalau aku tak boleh uk ukk pun aku bagitau kakak-kakak aku... penat juga deorang layan tapi aku suka jer tengok muka-muka stress deorang time terpaksa melayan kerenah aku... hugs!!

Aku berdoa, persahabatan persaudaraan kami akan kekal hingga selama-lamanya, hopefully aku takkan melupakan mereka sampai bila-bila.. semoga tuhan memberkati hubungan kami semua, kerana kakak-kakak aku semuanya baik-baik dan tak pernah tinggal solat, which is buat aku kagum sebab aku is liat gila subhanallah tak leh istiqamah lansung.. +_=' They all selalu buat kebaikkan and yang penting punyai  hati yang ikhlas and penuh dengan kasih-sayang... im such a lucky gurl in this world alhamdulillah...

Ok done ! Sengaja nak catat kenangan malam ni...gudnite semua!

** Gudnite my sweetie pie 





8.1.13

Aku yang menggelabah.

Dalam banyak-banyak blog, rasa blog ni yang paling tak stabil. ..sama macam owner blog sendiri yang tak pernah stabil. 24jam is kelangkabut 24jam is serabai and menggelabah tak habis-habis. Aku pun tak faham dengan diri sendiri..tak tahu nak tunggu siapa nak fahamkan. Penat stress nangis..penat stress nangis, nangis penat..STRESS.

Yang pasti, kebarangkalian aku untuk stress sampai menangis makin meninggi kalau aku tak mengaji dalam 1 minggu yang tetentu. Sebaliknya kalau aku ada buat bacaan ayat suci..hati ni jadi tenang sikit. Kalau aku melagha....merepek-meraban atau buat salah pada orang, buat dosa ka...tak bayar hutang atau tak infak rezeki kat kawan-kawan ..  comfirm! Akan ada satu hari aku meroyan.. Tu lah aku. Complicated.

Sama lah kesnya minggu lepas and minggu ni, tak sempat pun nak mengaji..baca status facebook opkoz hari-hari tu sempat ok.. Ada waktu subuh yang aku tak tunai, ada tanggungjawab yang tak berapa terlaksana.. tunda-tunda. Akhirnya..jeng jeng jeng... depress la.. badan dan rohani aku buat tunjuk perasaan kaw-kaw bagi aku siksa.. Somehow, aku menganggap ini salah satu kurnianNya , maybe Dia kesian kat seorang hambaNya yang meraba-raba di dunia ni mencari tali berpegang, kasih pada hambanNya ni yang kekurangan kasih-sayang.. haha.. Terima kasih Allah atas peringatan... :)

At the end of the day, bila tubuh dah benar tak berdaya..hati dah lansung longlai and minda dah tak mampi fikir yang sewarasnya. Aku akan lansung memilih untuk mengadu kepadaNya. Meraih kekuatan dari pencipta, mohon diberi petunjuk kebenaran atas kebenaran yang di depan mata... sungguh benar, Dia telah menunjukkan jalan namun aku selalu selingkuh lagi dan lagi... Jahatnya aku. Tsk~

Mungkin aku fikir banyak, tapi aku rasa bukan fikir banyak..cuma terlalu membaca di sebalik yang tersurat untuk melihat yang tersirat. Dan itu tidak salah.. still, bagi aku jer lah. Harga yang aku perlu bayar tak mahal, cuma keresahan di hati dan menerima tuduhan tak henti-henti. Dan tahun yang berlalu menyaksikan aku yang diam membisu..aku yang memendam ini itu..aku yang redha dan membiarkan semua berlalu. Aku harap tahun ini semua itu takkan berulang begitu... takkan.

Dan tahun ini, setiap keputusan adalah hak milik aku untuk menentukan masa depan aku. No more attachment yang menghalang ini itu, no more perancangan yang mendesak aku ini itu.. Tak juga kekhuatiran yang menyekat setiap hala tuju.. Hanya kita mengerti kita, tak ada siapa-siapa akan sanggup memahami setiap jiwa.. so, menarilah dalam tarian sendiri.. berjalan atas jambatan sendiri dan tujulah ke matlamat idaman hati.. yeay!

Sehingga saat ini, diri ini takkan berhenti mencari penyaman hati..
Assalamualaikum.


1:12 PM
8/1/2012
Katil Asrama

5.1.13

Teman pengganti !


Tiba-tiba rasa nak letak gambar kawen member aku si Azreen Yakuza, selamat pengantin baru noh... Anyway...hari ni hari business aku, maka tak ke mana-mana instead of kedai sahaja...menyiapkan order sebakul dengan my beloved uncle and auntie and kazens, hopefully someone akan buat suprise dengan kehadiran tak diduga dengan sate di tengan, weh berangan siot.... Kadang-kadang, rasa nak give up dengan business renyah ni...jenuh pitam mata-mata pecah jemari-jemari.. Tapi cannot sebab i sayang business i macam i sayang diri i sendiri.. sayang ke?

Anyway! aku stress. Terimalah ke stress'an aku ini. 1st, sebab stress manusia yang menyibuk hal aku, kedua stress sebab manusia yang menyibuk hal ex aku. Herlo....iols tak ska! Haa..see, betapa ramai manusia tiba-tiba akan call aku bagi info 1, info 2, info 3..info 4... lama-lama banyak la info tak penting yang menempek di kepala aku disaat aku memerlukan info yang sejuta kali lebih penting untuk pelajaran haku..kerja aku.. ~__~'

FYI..yes! saya dah breakup 8 bulan lalu...., dah ada teman pengganti dah pun secepatnya alhamdulillah, takdela sempat nak merana atau frust menonggeng-nongggeng menyalahi takdir bagai. I take it as..ketentuan illahi....thankyu Allah..loveyou so much! Please doakan jodoh kami..

FYI..ex i pun dah ada teman pengganti which is make me feel sooo fuh!Alhamdulillah life must go on babeh...stop cryin and start smiling...im hapy for you seriously...  But i is tak nak kutuk-kutuk lover orang like u do ops! Congrats! she must be 10 thousand better than me, and i believed in destiny...auchahh... please doakan jodoh mereka too..

FYI lagi...please stop kait-kaitkan i dengan dia..i dengan dia..i dengan dia... sure, dia pasti stress ber'exkan blogger gampang macam i yang ada informatin board di maya ni, semua boleh update semua boleh tahu semua boleh view... so, pity him as well.... stop kaitkan dia dengan aku and bagi peluang orang lain meneruskan hidup sendiri boleh? Pity his gf too...pity my current En.B too.... see, betapa banyak orang harus dikesiankan?  Faham tak..

Takdir kita dah tertulis, sejak di loh mahfuz.. 8 juta tahun sebelum terbentuknya langit dan bumi.. Nasib setiap insan dah di rencanakan illahi, kita boleh mengubah qada' tapi qadarnya masih di tangan Rabbul izzati. Jadi manusia...harus menjalani setiap ketentuan dengan yang terbaik sekali.. Ngerti kamu?

Dalam hal aku, aku akui pernah tersungkur dulu... bahana facebook, gambar masa couple beribu.. tak termasuk yang di tag.. yang di edit, yang senonoh yang tak berapa senonoh... menurut darah muda, menurut hawa nafsu dunia.... kemudian, bila yang direncana, yang di yakini akan menjadi...yang pasti akan berakhir dengan somethin..akhirnya tidak jadi. Tidak linear dengan yang di aimkan diri... semua yang berlaku MEMAKAN diri... masa tu, nak sesal pun tak guna, nak undur pun tak boleh dah... masing-masing hanya perlu teruskan hidup dengan lebih matang lagi... seperti yang sedang aku lalui saat ini, sumpah aku tak kental mana pun sebenarnya....so tak payah nk inbox cakap aku so strong, adored you blabla hii

Terima kasih kepada teman pengganti, terima kasih atas kehadiran baru disisi masing-masing kami. Meneruskan percintaan dengan manusia pnya masa silam yang panjang bukan mudah, teria kasih En.B kerna menerima aku adanya aku...cuba memahami aku, mengkaji perilaku aku sentiasa...walaupun kadang-kadang aku rasa serabut, tapi saat terpandang wajahnya... nak cepuk pun tak sanggup. Yeker tak sanggup?

Okeh, customer dah wassap-wassap me... dan calling-calling me.. tak sanggup nak angkat, rimas ok..sungguh tak boleh nak tengok ai berulaq sat. Makanya ayuh bersiap ke kedai sana... hari ni hari yang panjang, harap semuanya sempurna dan gembira....

Ingat! Manusia tak boleh hidup sendirian..kalau tak ada kawan, kne ada keluaraga..kalau tak ada keuarga  tak ada kawan, at least  kena ada teman.... yang penting, ada tuhan :)

Assalamualaikum...tak jawab dosa, jawab ..cinta! 



3.1.13

Azam 2013

Yes! Kita perlukan terapi diri...

Lately, emosi adalah terganggu lantaran tuntutan yang makin menjerut diri. Sungguh benar siksa menghadapi tiap saat di hadapan laptop semata-mata mencari jurnal mencari bahan bacaan mencari bla-bla nak sebut pun malas.. Makanya, kepada kawan ku luah perasaan....

Thanks juju, u sangat memahami isi hati ai.. the day u pick me up and paksa i luahkan segala masalah and keresahan..the way u suruh ai tidur and bangun pagi untuk mandi and even paksa i shampoo rambut... serius ai hargai sangat-sangat, the way u risau i merempit sorang-sorang sampai seberang sebab tension... buat i tersentuh.. thanks a lot fwenz.

Kadang-kadang, bila terlalu lama sendirian, kita fikir kita bakalan sukses menguruskan semuanya, sendirian rasa bagus untuk menyelesaikan semuanya sendiri...end up, kita rebah sendiri dan ditertawakan sang bayang-bayang.. Saat itu kita sedar, kita perlukan kawan...sahabat.. Dan erti sebenar sahabat, ialah memberi tanpa dipinta, memahami tanpa bersuara... hadir sentiasa disisi kita... terima kasih tuhan, temukan aku dengan Julie ini... :)

'' ..erin you fikir banyak sangat, dalam keadaan you yang perlu fikir and manage banyak hal pun you still boleh fikir bukan-bukan dengan banyak sekali, no wonder dah sewel macam ni..'' ahaks... kelakar kan? Seharian Juju memotivate aku yang de-motivated ni... well, siapa lagi tempat aku bermanja kalau bukan dia... thanks juju!!

''..kadang-kadang kan, i rasa orang macam you yang messy ni perlu hadir dalam hidup i yang terlalu discipline and well structured well planning ni supaya i jadi normal you tau tak..kalau tak i jadi robot jer.. haha! '' Aduh..macam-macam ...

Juju..juju... tanpa minah ni, sure aku bengong sensorang. Walaupun antara kami, tak pernah bertukar hadiah mewah setiap kali ulangtahun....antara kami tak pernah ada date yang enjoy berdua and shopping sama-sama ( kecuali shop girl thingy ).. walaupun antara kami sangat-sangat tak ada komitmen... kalau aku free dia busy than its ok. Kalau aku busy dia free...pun its ok.. kalau both free and malas meet up..it STILL OK! Just seminggu sekali dia akan tetap call aku...rindu katanya... kalau wassap tu.. macam bercinta, haha...dasyat penangan orang yang rindukan ai oke... please percayakan ke-sweet'an dalam ke'cool'an ai... lolz

Ok anyway.... selamat tahun baru!!! Happy 2013 uols... gile ramai kawen ini tahun, ai jer tak kawen-kawen sebab terikat dengan pertunangan dengan sang pelajaran nih... pfft!

Azam tahun baru aku, last year apa eah...diz year is mmm...

1 - Takmau fikir banyak
2 - Sayangi diri
3 - Sayang pakwe, ops!
4 - Bangun pagi!
5 - Habiskan thesis!
6 - Tegas dengan diri dan orang lain.
7 - Taknak bunuh dari. Gila!

Ok so far tu jer...esok-esok mungkin ada perubahan bersesuaian dengan mood ahaks. tata uols.. :) ( budget ade orang dok baca entry kau bedah! )

25.12.12

I love Primavera

Snap sambil angkat kaki ke dinding..lalala

Haruslah mengapa untuk tidak membeli sepasang heels menawan buat sepasang kaki menawan.. uhh! #muntah

Queensbay Mall 23.12.2012

A : Eh! kamu jap jap... Primavera * Clearence Items * #ketching!
B : ( membontoti ) 
A : Cantik kan ni..cantik tak? ( Tanggal kasut, ambil kasut di rak, sarung.. ) 
      Yes ngam!! Berapa harga ni after discount ?
C : RM32.90 miss. Berbaloi cik, kasut ni ramai suka tapi kaki tak sama size..
B : Kaki gajah jer boleh sarung size ni.. ( ketawa unta )
A : Wutever! kite kaki model la...cantik tak ni b?
B : Perasan, tapi cantik ni..ok..
A : Ok saya ambil! B mai sat bediri sama depan cermin ni sat..!
B : Hmm..( berdiri sebelah tengok cermin )..haree betoi mentang-mentang dia dah tinggi dari kita..
A : Haha...yes! miss.. ada jual kasut tinggi untuk laki tak?
B : =___+' takpa la kita tak kisah pun.
A : Tul ni? Ok..nanti kawen kite beli rendah sikit dari ni eah... ( tahan gelak )
B : Ok..ok..semua ok... 
A : ..lebiu!

..berlalu pergi... ( duration tak sampai 20 minit buat keputusan, pompuan-pompuan..... )

Pesanan Penaja :

1 - Beli lah semasa hujung tahun, nescara jimat : Cth, RM125.90 = RM32.90 madness!!
2 - Kalau tinggi dari pakwe rezeki murah, tapi kalau sebab kasut..tak sure murah tang mana plak kan .. >_<'
3 - Beli kasut tinggi, harus super selesa...dan tak menyakitkan kaki mahupun tulang blakang badan. Baru melangkah seperti juara auw~

OKBye!

21.12.12

Diari seorang aku di 21122012

Gosh...hari ni aku sangat penat, hampir semua panggilan tak tercapai. Kedai ofcourse tutup... Borang kontrak tak hantar, master key tak pulangkan... seceliknya mata dari lena, satu dunia macam tengah standbye nk terjah aku.... sob..sob... Sorry phone is aku malas nak angkatnya. Fullstop.

Dalam hidup, emang perlu ada cita-cita. Well dah tahu aku banyak cita-cita fine disitu. Tapi kalau cita-cita dengan usaha rasa tak salah...tapi acener kalau cita-cita than menyebabkan kita terbabas beberapa hal..kadang-kadang aku jadi pemungkir janji, dan orang yang mungkir janji tu munafik eah? Acener tu.... ~___+'

Ok later on i'll try to improve that kind of attitude yeah!

Kadang-kadang, asyik kadang-kadang jer aih  aku tak sabar nak tunggu habis belajar pastu kawen and kerja beli rumah belanja family , sampai lupa sebenarnya belajar ni satu ibadah dan tanggungjawab. Kenapa harus dilihat sebagai beban..kalau tahu diri tak banyak buat amalan lain, kadang-kadang subuh pun pukul 7.30 gila.  apa kata rajin-rajinkan menuntut ilmu. Kan boleh juga masuk syurga bila suatu hari nanti ilmu yang dipelajari diajar kepada orang lain pula sejak bila aku bercita-cita nak jadi cikgu nih? Kemudian...bila ilmu yang kita ajar diguna pakai oleh orang lain...selama itu pahala akan tersalur pada kita insan...oh pemurahnya Dia.... See! Jangan put stress pada pelajaran kita okeh! Cintailah apa yang kita belajar...  tui...rasa plastik sangat lepas cakap camgitu, ok lepas ni nak cium journals nak peluk thesis ...thee..hee..

Kadang-kadang, kita rasa luar sana ada rama-rama...sedang kita hanya ada beluncas. Tapi hakikatnya kita tak tahu pun luar tu ada dinasour... kita tak bersyukur kita sekurang-kurangnya ada si beluncas yang tak lama lagi akan bertukar menjadi rama-rama cantik. Yang akhirnya kita tak perlu pun untuk keluar menemui dinasour semata-mata nak lihat rama-rama ... aku baca pun pening kalau korang taktau lah.

Oleh itu, aku nak selalu ingatkan dalam diri... sentiasa kuat menahan hasutan syaitanirojim yang selalu menggoda mata aku untuk mengantuk selepas 3 minit baca journals... aku harus kental menandingi bisikan syaitan yang selalu mengajak aku untuk fikirkan bisnez dari belajar.. aku harus sedar sebenarnya setan laknatullah tu memang sifat dia nak menggelapkan hidup manusia dan matlamat hidup dia pun memang sah-sah nak hancurkan manusia...so aku taknak jadi pengikut dia. Aku nak berjaya tanpa pertolongan iblis tu...aku nak berjaya atas keredhaan illahi....keredhaan ibu bapa and keredhaan seluruh alam semester wah kau cita-cita melangit sampai ke langit tujuh noks!u,

Lagi satu, aku bersyukur...islam agama aku, aku sangat bersyukur itu. Selalu punya tuhan yang akan tetap mendengar rintihan diri, tetap melayan kesedihan hati...walaupun aku hambaNya yang selalu mngkir janji, kemudian aku buat lagi... :'( Selalu sangat, iman diuji kanan kiri...kadang-kadang, terbuka ja mata dari tidur lena, aku dapat rasa perjuangan yang hitam sedang bertempur dengan yang putih. Dan aku...jasad ini harus memilih jalan yang wajar ditelusuri...harus bijak mentafsir setiap kemungkinan yang digenggami. Tersilap pilih, memang porak-peranda hidup aku seharian. Sirez weh!

Ok, no more typing.. nak buat thesis proposal.
Bye.

Eh tak boleh tak boleh!....aku kena pi kedai bungkus order Fellina Inch Loss untuk pos ke customer esok, they all dah meronta-ronta nak sapu Fellina kat body lemaks-lemaks tu....ok jumpa later yeah! ( Pst! kalau nak order kena gitau ai cecepat. Fellina ni macam udang bakar...sedap! eh? )

**nampak tak kejayaan setan disitu?




19.12.12

Nak bertanya jer.

Morning uols.. walaupun ai tahu takdak sapa baca entry-entry ai yang mengarut meraban ni, tapi rasanya sukahati ai nak tulis pepe di blog sendiri ean..ean.. puh! Kiri puh! Kanan...doa-doa hope-hope takdalah lecturer aku terkandas kat sini. Buat maki-makian jer kalau nampak student dia tulis benda tak memberansangkan tiap-tiap hari tapi thesis tak pun tulis lancar-lancar camgini.... manusia-manusia.

Pagi tadi hostel ai blackout, tup tup kipas terpadan gelam gelita segala...ai syak tu semua nak bagi ai senang bangun la tu...kalau selalu jam 8-9 tu memang beku dalam selimut tebal... hari ni jam 7 mata dah terbelalak tengok siling bilik sambil tangan genggam hp taknak lepas.. bukan apa, memang la sah-sah la orang itu takkan mesej ai pepagi owh no sweet at all...tangan tu stanbye nak tutup alarm jehhh...

Ok nak tanya ni, tapi intro dah over do kan... ade tak selalu kan, dalam diam ke dalam buat-buat serius atau time jalan-jalan...duduk minum kat cafe...atau tengah menulis membaca melukis atau tengah buat benda seharian kan..kan... driving ker segala lah.. ada tak dalam kepala tu macam tengah bercakap. Ok ai mean bermonolog ... ade tak rasa macam sebenarnya dalam kepala tu berpokpekpokpek tak henti-henti....  dia macam ikut time, kadang-kadang keluar bisikkan yang juz simply dok ucap kata-kata bagi semangat... kadang-kadang dok maki diri sendiri....kadang-kadang macam amaran.... pastu yang selalu kepala aku ni keluar puisi... puisi ni dia ikut time, time berseorangan ...tu selalu keluar puisi! Time termenung....time berfikirkan tentang kehidupan, tu semua sebakul puisi keluar....kata-kata indah, bila cuba amik kertas nak catat... plop!! Hilang..... geram gakla.. Kalau bangun tidur pula, atau sebelum tidur..selalunya kata-kata semangat berlegar-legar di kepala..tapi antara tu beberapa kata-kata melawan pun bersuara sama....adoilaa....penat.

Aku pernah nak tidur, aku warn kepala otak sendiri suruh diam-diam... syhhhhh!!! Bisin and penat ai melayan dah macam ada conference dalam otak dok berhujah sakan....ai is penat and ai is susah nak pejam walaupun hakikatnya badan is dah penat gila-gila...kesian ok body ai...kene paksa-paksa camni... tsk!

So tu lah soalan aku, mana tau kot ade abang dokter atau abang psychic nak tolong jawab, adalah luas tapak tangan padang hoki usm ai bentangkan..... Memang aim ai nak abang-abang jer ok. 



Anyway!

Nak promot bisnez aku, macam biasa like la like la fanpage Artsyz Suzie Collections ok tu pun kalau uols sayang ai.... ai tak minta lebih, just kalau nak menang bantal macam ai tengah pegang tu....join la contest dalam fanpage berkanaan eah.... 

Like + Share + WIN!


Gettin annoy?
OkBye!

Felt flower badge for event!


Kerja gila serious kerja gila, by this moment baru dapat balik bilik baring atas katil gara-gara menyiapkan order bunga mentara for event Syarahan Profesor @USM.


Asalnya nak tolak tempahan ni tapi tak sampai hati, maka dari jam 7PM sampai sekarang ni baru 100% settle dengan potong, jahit, printing, gam....adoyai pinau dan bebal-bebal aku...


Tiada yang terindah melainkan saat melihat produk hasil jualan telah di bungkus dan sedia di hantar ke customer. Keterangan lanjut mengenai event, bertempat di Dewan Budaya jam 8.30pagi ok.. Aku is bertugas esok di tempat sama, so cya & Gudnite! Nak mati daaaa mengantuk ni adoiyai.....huks!

15.12.12

Konsert Kembara Orkestra Tradisional Malaysia @ USM



Bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra USM, Konsert Kembara Orkestra Tradisional Malaysia didakan buat kali ke-2. Kali pertama di UUM dengan artis jemputan Anuar Zain. Manakala kali ini di USM dengan artis jemputan Stacy, pada awalnya artis jemputan ialah Hafiz AF tapi memandangkan masa berselisih dengan Anugerah Planet Music, maka Stacy dipilih untuk menggantikan Hafiz AF. 

Stacy pun stacylah...memang mantop persembahanya..
Bagi aku, Stacy sangat cumel walaupun ada tembam sedikit, lansung tak mencacatkan persembahanya malam tu. Masih bersemangat dan melayan sebaik-baiknya semua peminat yang menyerbu.. Tahniah Stacy. kamu sangat humble dan nampak berusaha memuaskan hati semua...

Sesi interview dijalankan beberapa minit untuk USMTV, biaselah.... bukan senang nak dapatkan artis, harus berjuang sekali dengan audience yang serbu ke pentas.... crew-crew harus redha dan sabar...

Hasilnya, alhamdulillah tak mengecewakan.... thanks atas kerjasama anda !

Konsert orkestra ini special pada aku, kerna semua lagu yang dimainkan bukan tradisional, lansung tak cliche... ada lagu Micheal J. and ada lagu P.Ramlee yang digabungkan dengan music modern dan klasik. Boleh imagina lagu Micheal J. yang dimainkan dengan gambus tak? Boleh tak boleh tak?? Lagu Aizat : Hanya kau yang mampu dialunkan dengan tiupan seruling... aduh, mendayu dan menghayalkan....... Tahniah kepada seluruh artis dan pemain music orkestra yang didatangi khas dari istana budaya dan Aswara.


En. Rohaslam adalah paling hensem malam tu sebab beliau main seruling dan menari - nari comel! 5 star!!
Maka harusnya aku tidak lepaskan peluang menemubual beliau...ehem..


 Berikut gambar-gambar selepas selesai konsert. Semuanya dah penat dan puas dengan persembahan malam  tersebut. Tiket habis terjual.. dari RM30.00, RM20.00 dan RM10.00 well done semua! :)

Conductor malam ini ialah En. Mohd Yazid Zakaria dari Istana Budaya. Pun bukan senang nak diterjah untuk diinterview, tapi berkat kesabaran.,...dapat juga di hujung pintu keluar majlis. 

^_^

 Cer...teka siapakah budak ini, comel oke..sepanjang majlis dia lompat terus-terus ndak henti gitu... aku pun sepanjang konsert melayan budak ni jerlah...dah tak layan mama die di pentas, oh Stacy...pinjam anaks ya! Sory orang yang telah aku crop.... anda under xover buat sementara waktu takut gossip. :P

Bella Luna Velentina namanya, comel betul anak angkat Stacy ni, lahir pada tanggal 14February tarikh orang cinta-cinta kan ti? Ehh.... anyway, semoga nasib kanak-kanak ini terpelihara dengan adanya mama Stacy dengan Papa Akim yer... op opp.... Sebenarnya after event, aku melepak-lepak di khallel...sekali nampak Stacy and Family and Akim Af pun ada sekali muka bangun tidoq dengan rokok di bibir... lagak sombong sikit mungkin penat. Tapi kan..kan...Akim dengan Stacy macam cute and sweet gitu...lepas makan, Akim jaga baby Bella ni and Stacy pulak amik turn makan.... paastu borak-borak... Ngam sangat seorang comel seorang cute.... lalala...


Thansk to photogrpaher... Kak Ad! Semua pic ni diambil dari album beliau lah hehe.

Sekian! Majulah music tradisional untuk negara!

13.12.12

God love me..

Hari ni hari panjang. Acee...sejak bila tak panjang kan. Tapi alhamdulillah kepanjangan hari diisi dengan pedat dan berakhir dengan ganti tidur yang 2 jam semalam dengan mampan sekali.

Menyelesaikan borang sv, bertemu kak hus*** dan dia berterima kasih atas kerjasama, seronok-seronok!! Kemudian melawat office, aiseh...ada banyak spekulasi terbelit berkenaan status aku disitu, lantas...aku face to face dengan bos yang sangat baik dan memahami..
'' Erin...apa cerita lama tak mai office?''
'' Bos..saya datang jika diberi arahan bertugas sahaja bos! ''
'' Macamana research? ''
Gulp..... dahhh, mukadimah jer macam serius..bila dah clear status pekerjaan aku disitu, jump to research topic. Memang makan jem gak la.. Bos aku memang dalam donia ni jarang-jarang uols dapat ok, very understanding and very professional mari.... i like him and dia style macam bapak-bapak penyayang... oh!! Aku bertuah tapi benar aku tak hargai.... lepas tu selepas beberapa puluh minit berbincang...ada jelah buah idea dia untuk aku.... sesi pemutihan status pekerjaan berakhir dengan lecturers .... pft~ Tulah bila orang research jumpa orang research ye dok~?

Settle di office, settle sarapan kemudian sesi mensetelkan PTPTN. Adui...bank islam aku adalah sudah expired gara-gara tak pernah pakai. Esok harus sekali lagi merempit ke bayan lepas buat card baru yer...adoi adoi.... Buat card RM120, ai is takda duit tadi so very the hampeh have to run away faster-faster lah.. haha..

Tadi gak, sebelum lunch hour, aku ke klinik ambil ubat. Biasalah..semua staff is kenal me... sebab me is selalu perabih ubat disana...sering!  Binawenyer bila takda doctor maka just dapat ubat biasa-biasa. Doc. yang boleh check-check takder makanya ubat-ubat kawalan tak dapat dikeluarkan dan aku is like macam nak mati... huk~

Currently plakkk, baru bangun tidur....aku tidur sejak jam 2 petang ok... imagine 2-6pm, bangun sebab customer nak jumpa terus lari ke kedai jap...ondaay balik ai beli kuih and bersantai-santai di tasik sambil membaca buku ai baru beli tu memang awesome abis and  kemudian ai balik jam 7, terus tidur till now...baru bangun makan kueh balik... makan-makan-makan... owh orang cakap time sakit tak lalu makan, ai is makan bagai nak rak lagi-lagi time sakit.... :P

Wutever lah.... tapi mengapakah di home fb, semua adalah sedang maki reffree, me is taktau apa-apa berlaku and tak tahu any related antara thai tomyam , gangnam style...and k-pop.. mandrem thai pun ada, somethin happen eah? Harimau malaya ape cer? Ehh...malam ni ker? Ai is blur.... however, ai is nak sambung tidur...badan ai panas macam api so kalau ai tak tidur now esok ai is sakit and kerja-kerja ai is terbengkalai lagi which is ai benci.




Kalau kita sakit, tandanya tuhan sayang...
Me is sayang and love you to ya Allah, please help me to get through this dear Rabbul Izzati. 

Tata!! 

..Dear lord, why do i miss him so much today..
Ya Allah..why can't i push him out of my head today..
Help me ya Rabb..Gimme strength to withstand this...
Set my heart strong ya Rohimatullah....
And please set it so strong...stronger then it used to be.....

In this baraqah day....i lay everything to You and may You gives the best of the best for me and for him ya Rabbul Alamin..

~ InsyaAllah ~

Hal-hal seorang aku yang cool~ :P

Munkin tua-tua nanti cucu aku terjumpa and baca coretan ni, sikit-sikit boleh dia imagine betapa bertuahnya they all ada nenek cool macam haku..hahaha!!!

Ehem..ehem... tiba-tiba ingin mencoret, sudah-sudahlah bermadah pujangga yer tak?

Hari ini, sungguh aku lalui dengan bawah sedar, saat berganti minit bertukar jam mengubah hari menginjak purnama bersilih tahun.... Laju bonar, tapi aku harus lalui juga..sama jer macam hari-hari lepas. sedih, suka, semangat, malas atau tersiksa.. aku harus tempuh.... Alhamdulillah, berkat doa sebelum tidur...agar esoknya sejahtera setiap perbuatan... segalanya sempurna dan berasa lega... Dari hal kedai, hal kedai dan hal kedai semuanya selesai.

**Nampak nau seharian menguruskan si Artsyz Suzie Collections kan kan.....

Hal akedemik dah kelaut, presentation proposal yang bertarikh 26December lansung aku tolak ketepi. Padan lah kena marah dengan pegawai pusat pengajian sebab tak submit borang supervisor. Alasan Busy memang dah susut nilai gamaknyer sekarang... '' Cik azrin, ni bukan soal busy...ni hal masa depan kamu! Kak hus*** marah ni tau.... '' Gulps!!! Esok harus bangun awal-awal jumpa supervisor...... awal ok awalll....!! Penat tutup phone tiap kali screen terpapar no 04-0*($&P**  +___=' tak fun rasa macam penjenayah.

Hal kerja, dah ke longkang kot.. Dah 11 hari tak masuk office, maknanya berbaki kurang 15 hari untuk aku kumpul wang gaji. Bulan depan alamat makan pasir.... bukan apa, USM takda event kot, office sepi tanpa sebarang arahan bertugas...maka aku pun selesaikan tugas yang lagi dua ni lah. Bisnez and study..kanz?

Hal kerja lagik....tengah memikirkan tawaran menjadi stringer sebuah akhbar. Khabarnya gaji boleh lebih ok dari gaji kerja sambilan sekarang, tapi ke fleksible'an masa aku tak janji. Tu buat lemah tu, aku tak suka ikut jadual tak suka-tak suka! Fikir-fikir dulu lah... tapi 2013 ni aku pingin tukar angin. Cukup-cukuplah aku berkhidmat lebih nak masuk 3 tahun di USMTV, cahaya nak menginjak naik tak cerah pun.... hehee...biasalah gohmen-gohmen nie.... #taksayangmulot

Hal aku plak, master berbaki beberapa bulan sebelum aku grad!!!!! Hahahaa...tapi ehem... hal nak kawen lama lagi rase...jauh nun dihujung-hujung lagi.. makanya harus untuk tidak fikir hal itu setiap hari, harus untuk tidak stress tengok update kawan-kawan yang baru bertunang, berkawen mahupun beranak.. Kadang-kadang aku kompius, aku lambat ke deorang cepat...muda lagi kot?  benar kata orang, orang-orang macam 'kami' ni memang kuat mental.. kuat menahan gejolak perasaan... ahaks!!  Orang macam kami orang cool orang-orang kuat kerja haha.... #pujukhati  >___^'

Hal impian aku, rasa nak kena ada sebijik kenderaan la..penat calculate2... rasa boleh afford kot... Kesian nengok pakwe jadi driver 24jam..dia pun kena ada kehidupan dia sendiri bukan akulah kehidupan dia  kanz kanz~ rasa-rasa boleh kot noh..slow-slow lah pulun sikit. Saving monthly dengan tak boleh miss langsung plak..nak tambah kereta lagi...wah! Macam excited jer....excited nak stress setiap hujung bulan...hahaha....tak kelakar ok.

Hal apa lagi? Kesihatan.....dah makin hari makin tidur mati. Dah tak pernah ada isomnia lagi, tak sempat nak isomnia-isomnia bagai. Saat paling indah adalah bila di katil...perghh...peluk bantal 3..2..1... tup!!

Panjang kan? Nak borak takda kawan...sikap pendiam aku makin menambah-nambah...aku agak tu faktor ketuaan...hahaha ok shut up. Tapi menaip yeah im number one!!

Bye!! Bye 12122012

Hello!! 13122012


Bluek~!!!



8.12.12

Terima kasih Jumaat 7 December 2012.

Sekian lama dalam ke-stressan, aku berniat untuk happy hari ni.. Maksud aku hari jumaat, sebab aku update entry ni sebelum tidur...time tidur dah hari sabtu. Kiranya hari ni tu hari jumaat lagi lah..  Apekah punya ayat ?

Aku berniat untuk tidak stress dan kelangkabut, niat aku masa solat subuh tadi..jadikan hari ini baraqah dan hindarkan dari sifat-sifat mazmummah .... dan alhamdulillah, aku dapat ketenangan luarbiasa terima kasih Allah... aku ditemukan dengan insan-insan baik, di murahkan rezeki yang teramat sangat hari ini...dan ketenangan yang luar biasa...happy jer dan sederhana... ntah nak cakap camana, walaupun dalam keadaan yang wajar aku kacauBilau, tapi bila ditegaskan aku nak nak nak tenang dan aku percaya yakin Dia menyusun sesuatu untuk sesuatu dan Dia maha pengasih.... aku jadi kuat. Cubalah!!

Sekadar mencatat buat kenang-kenangan.
Salam. Nitez.


4.12.12

Who am i?

Who am i?

Aku membesar sejak kecil, dengan impian yang longgar... tapi persekitaran ku menjurus aku kepada seni. Melihat papa sering melakar kanvas..aku jadi terpesona. Papa melukis hampir semua perkara... permandangan, haiwan..simbol aneh-aneh dan potret manusia.. kerap sekali melukis mama.. aku sedar aku salah curi-curi menyelongkar barang papa...ada gambar mama yang sangat cantik... mama cantik, sebab tu aku cantik..ehh..tiba-tiba pula..tapi semua bilang, mama lagi cantik dari aku, tapi kulit mama sedikit gelap... Tapi kata semua, kami sangat seiras..

Entah mengapa....sejak kecil monolog aku terus-terusan... selalunya irama melankolia... terkadang aku terkandas dengan ucap kata sendiri, aku menjadi kanak-kanak paling emosis... paling sensitive dan paling kuat nangis...... Tapi itu semua bila aku sendiri... Bila aku dikelilingi teman-teman, aku paling berseri, senyum aku paling lebar and bualan aku paling rancak. Aku aktif dalam bidang seni sejak kecil. Aku aktif menjadi penari sejak tadika, peraduan melukis, mewarna, mereka di sekolah aku memang tiada tandingan..pertandingan bercerita ketia-tiga bahasa jelas tiap tahun aku naib johannya, ohw..ada seorang lelaki yang aku gagal tandingin, terpaksa akui. :) Indah...dan jelas, bidang aku seni bukan... :)

Menginjak remaja, problema-problema yang menghimpit, mendekatkan aku dengan bidang penulisan. Takkala inginkan medan luahan perasaan, aku menulis. Berkotak-kotak diary yang sering keterciciran pabila aku berpindah-pindah. Yelah..hidup aku persis nomad kembara..tiap destinasi menjanjikan sensasi beda. Tiada nilai taranya...dan aku menulis..dan masih menguasai setiap cabang seni lukis, seni reka, warna..lakar.. aku puas...

Aliran seni setia aku genggam hingga ke tingkatan 6, aku diperkenalkan dengan kesusateraan.. Seperti sirih pulang ke gagang, entah menga itu yang di fikiran...aku enjoy dengan bahasa, seni, sastera...aku selesa dan hidup seakan masih mampu terasa indah dalam ketersepitan problema yang merengkuh tekak...problema yang jika ditukar tangan kepada kau, atau dia... antaranya pasti rebah. Owh..aku optimist.

Siapa sangka, harapan ke menara gading dengan aliran serupa tidak aku berjaya menggapainya.. Pilihan 1 aku sudah tentu Pusat Seni USM, gagal... pilihan 2 Interior Design, gagal...aku hanya mampu bersyukur dengan pilihan yang entah aku sendiri samur semasa meny'keyin'kan datanya ke dalam permohonan UPU. Komunikasi. Apakah..?? dan aku terhadap dalam lautan komunikasi hingga saat ini......

Benar aku suka menulis tetapi aku menulis keindahan, aku meluah perasaan...bukannya.......

Mengenangkan masih sealiran, masih kesusasteraan...aku redha, tetapi minor aku tetap dari Pusat Seni yang enggan menerima aku tu. Graphic Comm. menjadi subjek kuat memperketatkan pointer aku setiap sem.. mengenangkan subjek media aku yang sering menghumbam pointer aku ke sisi paling hina... aku belajar dalam kesamaran.....tidak bermain di taman sendiri, aku hanya mampu mengerling taman idaman di sebelah.... dan akhirnya aku tetap selesai menggenggam seulung ijazah sarjana muda. Apa aku pelajari? Aku belajar mengkritik dan berfikiran kritis..aku belajar tidak menerima dunia dengan seadanya... aku tidak diajar mencerna setiap tingkah tindak dengan lurus.... walhal aku yang lurus, akhirnya menjadi kusut.... Aku menjadi seorang yang mewujudkan benda yang tidak wujud sebagai satu masalah berat, aku menjadi hilang siapa aku yang dulu... kanvas bukan daya aku untuk mencarik warna, tapi pen.....

Pena yang tajam, pena yang mampu menaikkan dan menjatuhkan siapa-siapa... inilah kekuasaan media.

Selesai dengan kesiksaan yang makin jinak menghimpit hati, aku mencari semula siapa diri.. Berbekalkan minat dan minat dan kerinduan aku pada seni reka, seni warna...akhirnya ta'dir pantas memimpin aku ke satu arah... dan tanah ku pijak atas dasar minat mendalam aku terhadap seni, akhirnya beralih dengan satu mini kerjaya yang membuahkan hasil... Gubahan, suntingan, gabungan warna dalam pembuatan seni craftangan felt. Akhirnya memberi aku semangat baru. Tertubuhnya Artsy'z Suzie Collections aku harap menjadi terapi diri dalam mengondol satu persatu matlamat aku dalam kehidupan... matlamat yang masih samar. Pada usia suku abad....masih samar... duh.. ~

Dia pendamping aku, dia penenang hati... jelas, aliran aku adalah seni... minat aku ialah warna.. therapy aku ialah ilham aku sendiri....

Dalam meniti denai cabaran hidup sebagai seorang penagih ilmu , sebagai seorang penuntut sarjana pula..yang kini bukan lagi bertajuk 'komunikasi' tetapi 'sastera'... aku berharap di suatu hari.. aku benar-benar bisa menggabungkan 2 jalan yang tuhan beri untuk aku, manjadi satu arus baru yang mampu menghiasi dunia aku... selain menjada ilmu baru.. sesuatu yang kabur, tapi jelas di sudut hati... yang aku pasti mampu lakukan nanti....

Jadi who am i?

Artist ?
Journalist ?
Perintis ?
Business ladys?
Optimist?
Plastiks?
Gewdiks??

ok^_^ Gud nite.

27.11.12

Demotivated postgraduate

De-motivated mode ON. 

Bismillah...dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang, ketahuilah bahawa hambaMu yang seorang ini seakan telur di hujung tanduk. Demi cinta, demi cita-cita dan harapan...ilmu di dada telah aku pertaruhkan. Demi mencicip impian, keseronokkan rela aku ketepikan. Namun, jelas terang bersuluh terik... Aku seakan kecundang.

Mungkin benar, mungkin normal untuk seorang student seperti aku untuk merasa down down down atau up up up.. student macam kami-kami bisa terasa down tahap melampau, kalau tak... mustahil ada kes student terjun bangunan bunuh diri semata-mata disebabkan masalah pointer@pelajaran. Down memang down, post-grad student seperti aku pula lebih ls lagi. Rasa nak quit tu anytime anywhere berlegar-legar di kepala... ''..i should quit, i must quit..a.s.a.p blabla..'' Itu normal sentiasa.... 

Tapi dalam kondisi diri ini...adakah lagi kesempatan untuk quit. Aku dah lalui 2 sem yang perit. Ini sem ketiga dan berbaki 1 sem pendek lagi... Tanggal Jun 2013, maka berakhir penyiksaan aku jangkakan. Tapi sejauh mana penyiksaan akan berakhir tanpa usaha selain melakukan perkara sia-sia? 

Kekuatan...kekuatan...comeOn comeOn to me... :')


If you're really stuck, though, take a day off and don't think about it at all, or do some completely different work - may be all you need to come back fresh the next day....

^_^

17.10.12

Youjie's Post-Production


Hola-hola... kadang-kadang manusia ada satu sifat suka melawan.. kalau benda tak payah buat tu memang suka nak buat tapi kalau benda wajib atau harus buat..memag liat. Itulah yang aku hadapi dikala ini di dalam office.... kerja menanti, namun aku isi dengan benda takde pekdah nih...

Buat apakah? Aku sedang dengan mimik serius ala-ala buat kerja... tapi sebenarnya tengah buat video main-main nih... video semasa buat sand upper news di Pulau jerejak untuk persidangan kearifan tempatan... blabla bluek... dengar pun tak lalu.. tui~

Hmm.. ~___~" Anyway, sebenarnya ekceli.. aku suka buat aditing-editing ni more than tugas aku sebenar iaitu reporting.. aih, silap amik course lah sebenarnya.. Sepatutnya aku dalam bidang broadcasting tapi bukan jurnalist'ing kih kih.. tapi takpa-takpa, kalau ada extra kelebihan tu bonus namanya... bonus sama sekali!!!

Okeh la...esok aku akan upload video yang dah 80% siap ini.... hihi, maka bersedialah untuk melihat keterpampangan gigi kapak ku di sana... well, harus belajar menerima diri seadanya.. wanita itu semua indah-indah hahaha!!! 

OkbYe. :)