Who am i?
Aku membesar sejak kecil, dengan impian yang longgar... tapi persekitaran ku menjurus aku kepada seni. Melihat papa sering melakar kanvas..aku jadi terpesona. Papa melukis hampir semua perkara... permandangan, haiwan..simbol aneh-aneh dan potret manusia.. kerap sekali melukis mama.. aku sedar aku salah curi-curi menyelongkar barang papa...ada gambar mama yang sangat cantik... mama cantik, sebab tu aku cantik..ehh..tiba-tiba pula..tapi semua bilang, mama lagi cantik dari aku, tapi kulit mama sedikit gelap... Tapi kata semua, kami sangat seiras..
Entah mengapa....sejak kecil monolog aku terus-terusan... selalunya irama melankolia... terkadang aku terkandas dengan ucap kata sendiri, aku menjadi kanak-kanak paling emosis... paling sensitive dan paling kuat nangis...... Tapi itu semua bila aku sendiri... Bila aku dikelilingi teman-teman, aku paling berseri, senyum aku paling lebar and bualan aku paling rancak. Aku aktif dalam bidang seni sejak kecil. Aku aktif menjadi penari sejak tadika, peraduan melukis, mewarna, mereka di sekolah aku memang tiada tandingan..pertandingan bercerita ketia-tiga bahasa jelas tiap tahun aku naib johannya, ohw..ada seorang lelaki yang aku gagal tandingin, terpaksa akui. :) Indah...dan jelas, bidang aku seni bukan... :)
Menginjak remaja, problema-problema yang menghimpit, mendekatkan aku dengan bidang penulisan. Takkala inginkan medan luahan perasaan, aku menulis. Berkotak-kotak diary yang sering keterciciran pabila aku berpindah-pindah. Yelah..hidup aku persis nomad kembara..tiap destinasi menjanjikan sensasi beda. Tiada nilai taranya...dan aku menulis..dan masih menguasai setiap cabang seni lukis, seni reka, warna..lakar.. aku puas...
Aliran seni setia aku genggam hingga ke tingkatan 6, aku diperkenalkan dengan kesusateraan.. Seperti sirih pulang ke gagang, entah menga itu yang di fikiran...aku enjoy dengan bahasa, seni, sastera...aku selesa dan hidup seakan masih mampu terasa indah dalam ketersepitan problema yang merengkuh tekak...problema yang jika ditukar tangan kepada kau, atau dia... antaranya pasti rebah. Owh..aku optimist.
Siapa sangka, harapan ke menara gading dengan aliran serupa tidak aku berjaya menggapainya.. Pilihan 1 aku sudah tentu Pusat Seni USM, gagal... pilihan 2 Interior Design, gagal...aku hanya mampu bersyukur dengan pilihan yang entah aku sendiri samur semasa meny'keyin'kan datanya ke dalam permohonan UPU. Komunikasi. Apakah..?? dan aku terhadap dalam lautan komunikasi hingga saat ini......
Benar aku suka menulis tetapi aku menulis keindahan, aku meluah perasaan...bukannya.......
Mengenangkan masih sealiran, masih kesusasteraan...aku redha, tetapi minor aku tetap dari Pusat Seni yang enggan menerima aku tu. Graphic Comm. menjadi subjek kuat memperketatkan pointer aku setiap sem.. mengenangkan subjek media aku yang sering menghumbam pointer aku ke sisi paling hina... aku belajar dalam kesamaran.....tidak bermain di taman sendiri, aku hanya mampu mengerling taman idaman di sebelah.... dan akhirnya aku tetap selesai menggenggam seulung ijazah sarjana muda. Apa aku pelajari? Aku belajar mengkritik dan berfikiran kritis..aku belajar tidak menerima dunia dengan seadanya... aku tidak diajar mencerna setiap tingkah tindak dengan lurus.... walhal aku yang lurus, akhirnya menjadi kusut.... Aku menjadi seorang yang mewujudkan benda yang tidak wujud sebagai satu masalah berat, aku menjadi hilang siapa aku yang dulu... kanvas bukan daya aku untuk mencarik warna, tapi pen.....
Pena yang tajam, pena yang mampu menaikkan dan menjatuhkan siapa-siapa... inilah kekuasaan media.
Selesai dengan kesiksaan yang makin jinak menghimpit hati, aku mencari semula siapa diri.. Berbekalkan minat dan minat dan kerinduan aku pada seni reka, seni warna...akhirnya ta'dir pantas memimpin aku ke satu arah... dan tanah ku pijak atas dasar minat mendalam aku terhadap seni, akhirnya beralih dengan satu mini kerjaya yang membuahkan hasil... Gubahan, suntingan, gabungan warna dalam pembuatan seni craftangan felt. Akhirnya memberi aku semangat baru. Tertubuhnya Artsy'z Suzie Collections aku harap menjadi terapi diri dalam mengondol satu persatu matlamat aku dalam kehidupan... matlamat yang masih samar. Pada usia suku abad....masih samar... duh.. ~
Dia pendamping aku, dia penenang hati... jelas, aliran aku adalah seni... minat aku ialah warna.. therapy aku ialah ilham aku sendiri....
Dalam meniti denai cabaran hidup sebagai seorang penagih ilmu , sebagai seorang penuntut sarjana pula..yang kini bukan lagi bertajuk 'komunikasi' tetapi 'sastera'... aku berharap di suatu hari.. aku benar-benar bisa menggabungkan 2 jalan yang tuhan beri untuk aku, manjadi satu arus baru yang mampu menghiasi dunia aku... selain menjada ilmu baru.. sesuatu yang kabur, tapi jelas di sudut hati... yang aku pasti mampu lakukan nanti....
Jadi who am i?
Artist ?
Journalist ?
Perintis ?
Business ladys?
Optimist?
Plastiks?
Gewdiks??
ok^_^ Gud nite.
No comments:
Post a Comment