22.12.12

Kempen Cintai Tandas Hostel Anda!

Its still December but my 2013 twelve months calender is piling up with so many plans...acener?

Dah banyak pengalaman hidup, tahun depan dah nak 26 tahun..lepas 26 tahun comfirm aku takkan announce umur aku camni lagi..sory larh sikit . So, sebagai seorang wanita idaman semalaya yang dah tua oh..haruskah aku cakap camni?  Aku sedang merencana sesuatu untuk 2013 yang gemilang yeay!!! Tepuk..tepuk..gila kesian gila. Tapi apa plannya? Leks..leks..tunggu 2013.

Kadang-kadang rasa otak tak berapa centre. Otak tak henti berfikir  genius aku ni sebenarnya sampai penat sorang-sorang. Kisahnya camni, tadi ai di tandas, ohh..di tandas pun ada ceritanya..ai macam biasa termenung kejap, faham-faham lah time bila than bila pandang cermin toilet pun ai termenung kejap merenung keindahan ciptaan tuhan tui! sambil berangan jer keje. Than ai terfikir...'' eh ehh..bagus jugak kalau buat camni, haa...like dat lah ok sikit, eh..bukan! bukan! camni lah baru orang suka...Ha! ataupun..'' nampak tak? kuat melalut aku bila sensorang..excited tak tentu fasal..nasib baik takda orang masa tu..kalau tak dah macam (*^&$)&% kot.. ok dipendekkan cerita. Aku sebenarnya nampak sticker2 yang ditampal di toilet hostel ni... pesanan-pesanan penaja, biasalah ' gosok gigi sila tutop ayaq!' 'jangan bazir air' 'lepas boo boo sila flash!' 'Selepas blabla..9&()&*R$.. 'undilah mppusm' 'kalau suka makan roti bun, undilah rooban!' segala kempen pun ada.. penin kan?

.....than aku pun rasa dah bosan membaca perkara serupa hari demi hari...bayangkan nak masuk 1 tahun setengah aku disini, 1 tahun setengah lah aku baca benda sama...balik-balik, aku bukak gak air time gosok gigi huhu, balik-balik aku tak penah pi mengundi pun roti bun mahupun roti kaya tu. eh? roti ? undi?? apakah... So...aku terfikir......

Kan best, kalau yang dilekat di belakang pintu which is tempat termenung dikala boo boo atau wee wee tu dilekatkan sesuatu yang berguna. Takla membaca perkara sia-sia, kadang-kadang memang dah baca pastu baca lagi selagi ada konsonan yang bersusun selagi tu aku baca ulang-ulang.. '' selepas menggunakan tandas sila pam blabla..selepas menggunakan tandas sila pam blabla.selepas menggunakan tandas sila pam blabla.'' pelik time baca journal tak pulak nak baca ulang-ulang. Fine disitu, jadi berbalik kepada idea asal...apa kata lekat somethin like ... :

Doa melihat cermin, lekat la doa tu di setiap cermin kan kan...moga-moga semua orang berakhlak mulia selepas mengamalkan doa tersebut.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.

Doa masuk tandas, lekat di pintu masuk tandas tu..setiap satu pun takpa..moga-moga syaitan rasa terancam so dat tak ganggu kami student-student ni menuntut ilmu.
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Doa bersugi..doa mandi-mandi...segala doa, Poster besar-besar seperti adab di bilik mandi..adab berhadas blabla.... boleh imagine tak? aku dapat imaginkan toilet dah macam bilik tadika la pulak adeh.. lagipun bila lagi nak baca and hafal semua tu, takkan masa sekolah rendah jer kan kan...

Soo...uols nampak tak? Idea murni aku disitu? Aku berangan nak letak poster besar-besar hadis kebersihan  ' Bermula kebersihan itu separuh dari iman ' terang-terang bagi semua warga penghuni ni faham sikit bahasa.. main terap je kuah laksa dalam sink sampai berbulu sink tu yuck! Ada lagi best...periuk belanga kuali ntah mana deorang masak taktau...semua tersadai tepi sinki... sungguh bakal-bakal bini sapa lah nih!!! over tak ai?

Sebab apa? manusia ni sebenarnya secara zahir kuat melawan, cara nak lawan orang kuat melawan ialah melarang yang patut menyuruh yang tidak patut, atau...kita lite-lite jer main dengan kata-kata.... aku rasa benda camtu lebih berkesan kot dari poster NO! NO! NO! tu...rite?

Lepas tu aku verangan lagi, buat la 1 hari kempen doa, acea..kerlas kau nak buat kampen! Buat la lite-lite jer untuk mencapai matlamat menjalani gaya hidup cintakan kebersihan dan cintakan tuhan. Hehe...dalam kempen tu libatkan semua ketua hostel setiap desasiswa universiti wajib hantar la orang atas-atas tu datang, amik poster-poster sticker-sticker yang dah di khaskan untuk setiap..diulang SETIAP hostel..than balik ke desasiswa sendiri arah anak-anak buah uols buat kerja..takpa mengira belas ehsan sama sekali. Manfaat? opkozzz...pada diri sendiri dan semua orang. Why? Yerlah....dapat pahala selagi orang mengamalkannya... dapat paha bagi yang sumbang tenaga melekatnya, dan bagi yang menderma dan juga paha sunat bagi yang membaca...aceaa....nampak tak sistem piramid pahala disitu?

Katenyer MLM jer boleh bagi untung orang atas..... ni MLM yang semua dapat untung taknak try ker....untung tak? Untung ok..untung saham akhirat uols..kerlas tak idea ai ni?

Eh, dah azan...membebel sampai senja kerlas gila tak siap-siap thesis apa cerita? ...mm..ustazah dengan ini, ehem-ehem..sudahi ceramah ustazah dengan lafaz, alhamdulillah....mudah-mudahan ada la pihak-pihak berwajib tersungkur kat blog ustazah ni...kemudian dia pun jalankan apa yang ustzah sempat ideakan ni... yer tak?

Bye.
( Ustazah pilihan uols nak muntah aku baca sendiri )




No comments: