3.12.12

Beauty Of Penang & Tanjung Dawai!


Kalau datang Penang, sila singgah Nasi Kandaq Deen @ Jelutong ok!

Much better than Nasi Kandaq Line Clear, ctu kalau makan malam dia kuah dah cair & masin maybe depa tambah air garam huks! 

Nasi Kandaq Beratoq pulak aku tak pernah try. Loser kan. ~_~'


Ni pun Nasi Kandaq Deen, kalau time hujan..perut nak ni jer... Parah-parah btoi citarasa sejak-sejak musim hujan nie.... tsk!!!

Cara makan macam biasa :

Mamak : Ok adik?
Aku : Nasi separuh yer... hmm tukar2 penuh lah!
Mamak : Lauk?
Aku : Ikan goreng, kuah campoq..telur rebus sama papadom eah!
Mamak : Ok kuah banyak ke kah banjir?
Aku : *ada beza eah? sangat sesuatu disitu. Kuah banjir mamak!!
Mamak : Oke...!!

Sekali memang banjir, mana kau tau banjir tu banyak dari 'kuah banyak' sampai orang jeling-jeling pinggan aku, runtuh keayuan bila awek pegang pinggan penuh nasi lauk siap kuah banjir sedangkan pakwe die kat sebelah nasi separuh & kuah pun ciput...

+_+'

Ni ABC Tanjung Dawai, kalau datang sini kene singgah k...dengan laksa dia...memang sedap, sebab sini terkenal dengan belacannya... so aku bersin 2 hari tak henti sebab makan laksa sini... adoi. Harga rm3 sahaja dalam tu komplete segala jenis kacang ada 4-5 jens kacang gak la..plus sagu segala jelly buah pala kering blabla...kenyang!
so ni semua lah yang menjurus aku ke arah 54kg sekarang...... sob..sob...

Anyway!
Foodcourt ni face Pantai Merdeka, rasa dekat jer kedah dengan penang rasa nak lompat terus sampai. Aku pun nampak Gunung Jerai...so dapat imagina 1 lagu tak?

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Hahaa tak faham kenapa cinta di pantai merdeka, kot deorang buat kenduri kawen sini kot.. kihkih.

** Hav a nice MONDAY BLUES!

1 comment:

boni kacak said...

perghh.. nampak sangat-sangat menyelerakan..