24.12.12

Kerna cinta itu rahsiaNya.

Dalam seribu, mungkin satu hubungan sahaja yang bakal berjaya ke jinjang pelamin. Cinta zaman persekolahan...berapa yang terkandas...berapa yang bahagia...boleh dibilang pakai sebelah tangan. Justeru mengapa harus bercinta di zaman persekolahan sedangkan di bangku sekolah..tanggungjawab kita terletak pada pelajaran. Sasaran kita universiti sudah tentu...impian ibu bapa ingin melihat anaknya berjaya... tapi mengapa ke sekolah untuk bercinta? Tettt...

Dalam banyak-banyak perhubungan, antara kaum cina, india dan melayu kita. Yang bejaya selalunya pasangan cina..mengapa? Kerana mereka focus, mengejar cita-cita bersama..melawan antara satu sama..bukan melawan membuktikan cinta. Oh..please anak-anak bangsaku...cinta itu buktinya di hati yang sabar dan redha... Cinta pada kekasih buktinya bila kesanggupan seorang kekasih yang menahan payah getir menuntut ilmu, berjuang dengan nafsu ingin bersuka-ria di luar dengan membelek kamus...mengorbankan keinginan berdating bersama untuk lulus dalam exam...kemudian, bukti kecintaanya juga ialah bila seorang kekasih berusaha keras mencari kerja mengumpul wang dan merancang masa depan bersama-sama..tidak melalaikan diri dengan kecintaan dunia, tidak meremehkan diri dengan kepentingan diri semata. Sudah tentu, jangan pernah dilupakan pada yang di atas..bukti sebenar cinta suci, cinta haqiqi dan cinta sejati...ialah bila masa seorang kekasih yang memelihara kesucian kekasihnya dengan bersandarkan pada redha illahi. Tak perlu memimpin tangan kekasih semasa menyeberangi jalan raya, hanya ingatkan dia..kereta yang laju itu merbahaya..sambil mendoakan sejahtera. Adakah itu tidak indah? Memantapkan keimanan diri..menyerah sepenuhnya pada illahi...andai dia ditakdirkan disisi. Kepada tuhan berserah seluruh sanubari..di samping kepadaNya dimohon memberkati pilihan hati.  :)

Tapi malang sekali, malang berkali-kali dewasa kini..cinta menjadi kunci kehancuran tiap insani. Seawal bangku sekolah menengah dah kite dengari dengan kes-kes yang menyayat hati. Siapa harus dipersalahkan siapa harus jari ini ditundingkan. Haruslah diri.... jangan salahkan keluarga, ibu bapa atau kawan-kawan...yang memilih haluan ialah hati, yang memimpin panduan hanyalah diri. Mengapa memilih untuk pergi mati?

Berhentilah...berhenti dari mencari belaian hati, berhenti mengharapkan kata-kata indah bersulamkan duri.. kepada wanita, usah merendahkan maruah diri untuk lelaki yang belum tentu menjadi pemimpin kita nanti. Benar lidah bisa mengungkjap sejuta janji..benar mata bisa memancarkan sinaran cinta kasih sayang rindu dari dalam hati...namun apalah erti perhubungan andai terselit murka Illahi. Apalah erti kaki yang memijak bumi andai tanah tak pernah meradhai ... itukah yang dicari? Tepuk dada tanya hati. :)

Berhentilah...berhenti membazirkan masa yang tak ternilai semata-mata untuk mengisi kekosongan hati, apakah santapan hati itu bukan santapan nuraini? Apakah santapan nuraini itu bukan ilmu agama yang dipelajari dan dimanfaati? Bukankah itu jalan menuju jannah nanti? Atau cinta hati yang tak pasti akan membawa ke syurgawi? Possiblekah itu semua nanti?

Berfikirlah...berfikirlah atas nama insani, berfikirlah ke arah mana hidup kita nanti.. Sehari bak seribu tahun lamanya di bawah nanti, bersediakah serelung hati bersediakah jasad dipalu kelak nanti? Bersediakah menjawab persoalan yang Esa nanti... ''Mengapa sewaktu menuntu ilmu, kau malahan bermain cinta? apakah cinta Ku tidak pernah cukup buat kamu sekalian insan? Hal yang manakah sedang kamu dustakan? '' Bagaimana corak jawapan kita kelak agaknya ya?

Kerna cinta itu rahsia...berhentilah merosakkan hati.
Kerna cinta itu rahsia..berhentilah menodai kesucian diri.
Kerna cinta itu rahsia..berhentilah merendahkan maruah kita ini.

Rahsia kerna Dia maha mengetahui.
Rahsia kerna Dia perancang, sebaik-baik perancang di dunia ini.
Rahsia kerna Dia menguji kita manusia, dengan kepahitan untuk diberi kemanisan...
Rahsia kerna Dia memelihara kita, dan hanya kita yang tak pernah memelihara ciptaanNya.

Rahsia, kerna cinta sejati itu sedalam samudera untuk diselami..
Seluas semester untuk dicari..
Setinggi gunung untuk dijejaki..

Kerna cinta sejati, hanyalah pada redha illahi... :')

24/12/2012
04:54PM
Desasiswa Aman Damai@USM


No comments: