Showing posts with label Info ku. Show all posts
Showing posts with label Info ku. Show all posts

16.1.13

My Calendar Apps. o (◡‿◡✿)/''

Mushi-mushi! Currently at my small shop doin nuthin! (¬、¬)

Dari dok doin nuthin dalam kerja dok banyak, baik kita update blog. Dah lama tak update hal diri disini. Entah la agaknya tabiat blogging ni boleh terhenti, kadang-kadang rasa macam ntahapa-hapa jer aku merepek kat sini.. paling kurang, sedih...sedih..sedih... takmau la kan, asal sedih cari blog, asal sedih cari blog...kang orang fikir aku emo, tak grow up! Grow up la sista! Tui~ ヽ(●-`Д´-)ノ

Ekceli... Aku bukan la up-2date sangat bab-bab apps dalam phone ni, bukan la kaya raya nak beli smart phone ikut musim.. harapkan phone pakwe jer, aku cakap tak biasa pakai phone tak smart sebab selama ni pakai yang smart jer.. langsung dapat Samsung ni, dia baru pakai berapa bulan tak tau and takmau tau, so boleh aku wassap-wassap, instagram-instagram, pix-o-matix..Line..facebook, twiteer blabla.. banyak betul tanggungjawab! Dan dia adalah pakai sahaja phone Nokia tak best lama dia tu..takda apa-apa... ada la screen colour, tu pun kadang-kadang phone jadi bengong.. Suh tuka taknak, katanya.. phone untuk buat calling-calling smsm-sms'ing jer... ᕙ(⇀‸↼‶)ᕗ so...aku macam tak faham.

Ok howEva! ..nak cerita fasal apps yang best ni namanya ' My Calendar '. (-^〇^-)Apps ni dah lama, juz aku baru findOut yang ianya best tak terkira, ingat tak dulu-dulu ada buku kecik catat tarikh datang bulan, than kalau tak cukup makan atau kurang zat bulan tu maka bulan akan lambat mengambang.. simbolik sangat.. Than kan ada pulak la tafsiran personaliti kalau datang time bila, tarikh bila.. serius aku suka la benda-benda ala-ala kurafat nih..ada ka kalau datang time pagi tandanya bulan ni kehidupan akan mengalami kejutan besar blabla....so, akan teruja sepanjang bulan menanti kejutan yang selalunya tak mengejutkan sama sekali.  Biasalah dah nama pun budak lagi. :)

So! Dah dewasa tua bangka sekarang ada juga yang still catat waktu bulan mengambang, untuk standby preparation kot-kot ada aktiviti atau tugasan yang dijadualkan tu sekata dengan tarikh bulan mengambang, so boleh bersedia..makan benda sihat elak senggugut, atau nak plan buat aktiviti fizikal etc lah.. most or gurl, akan ingat, catat atau lagi best pakwe ingatkan... deorang ni macam makhluk yang sangat excited dengan time bulan mengambang perempuan.. tak faham. ( ಠ ಠ )

Apps Free ni lalu aku download ke phone aku, icon pun suweet sangat seswai untuk perems.. Tu yang colur pink ' My Calendar ' cewah..

After masukkan security code kita, akan nampak tarikh-tarikh personal kita dan tercatat segalanya secara otomatik bila kita 'tick' on 'start' date..... Bolah tahu next date period, and next fertile date.. baik untuk kegunaan mereka yang merancang keluarga too! Yang belum berkeluarga harap bersabar.. ∩(︶▽︶)∩


 Ada kalendar, Log book,Chart berat badan and ruangan untuk buat note. Mana tahu, nak catat bulan kali ni mengambang penuh berbanding bulan lepas.. jadi air surut berbanding bulan lalu... makanya hujan banyak turun atas desakan mood cuaca...

Nampak tak metaphor kat situ? Hehe... (─‿‿─)

Kitaran bulan mengambang pun akan dikira secara otomatik, duration bulan mengambang pun tercatat secara sendiri.  Ok, macam contohnya dalam gambar ni start 11Jan and belum berakhir, so... 'ENDS' Column tu belum bertarikh lah... Duration pun belum terhitung.. begitu lah kiranya. 



 Dalam bahagian Calendar, boleh buat notes juga, catat la apa yang nak dicatatkan macam dalam gambar tu tercatat tarikh masa senggugut yang dialami. Actually banyak kata-kata maki hamun yang dihambur disitu tapi macam tak seswai buat tatapan yetak... ngeh..ngeh... Berat tu berat ideal i ok sila jangan umpat, walau pun sebenarnya tengah berdiet dengan Felinna... lalala.... (^~^)

Bahagian setting, korang isi la kalau rajin.. kadang-kadang macam banyak sangat aku pun pening, tapi part forum tu best. Boleh bertukar pendapat and bertanyakan soalan-soalan tentang menstrual anda... tanya jer, ade la kawan-kawan akan bagi feedback atau berkongsi-kongsi idea.. best! Soalan unlimited 18sx/sg/pl anythin la.. 

Untuk yang hamil, ada ruangan untuk diisi juga..akan tercatat sukatan kehamilan..tarikh penting and notification penting untuk ibu-ibu yang kali pertama hamil. See..betapa bagusnya apps ni. Bagaikan mempunyai doktor peribadi sendiri! I loike.... (❁´◡`❁)*✲゚*




Add symptom , boleh tick part mana yang berkenaan dengan diri kita, flow heavy ker...lite-lite jer ker, perut rasa begas over ke tak..sakit kepala tak, kuat membuang ke tak..tanda-tanda jerawat di badan atau bahagian-bahagian tuttt.... atau buruk lantak ke tak during menstrual... Semua boleh dicatat. Mana lah tahu, kalau tiba-tiba ada sakit nak jumpa doktor tentang hal-hal kewanitaan anda, atleast benda-benda macam ni boleh dijadikan rujukkan. Kan...kan...senang manyaks oo..



Boleh catat Mood anda semasa bulan mengambang, catat Pill yang diambil, macam-macam hado. Ok aku dah mula rimas tentang KG yang bertempiaran bertempek di sana-sini, saja nak bagi i low esteem la nih.. └(>o< )┘


Sebelum tidur, time golek-golek di katil...benda ni lah yang aku seronok nak isi. Kaji diri sendiri.. mm..ari ni rasa serabai, tick! Rasa depressed...cranky and bored je....tick tick tick banyak-banyak sampai puas.. last-last baru sedar diri tu bipolar. (¬_¬)ノ

okeh, so.. tak payah nak beli buku catat-catat and last-last hilang entah kemana. Zaman teknologi canggih, semua di hujung jari jeeer..... selamat mendownload yeah! 

' i ♥ My Calendar ' o (◡‿◡✿)

20.12.12

Mengapa kami dari rusuk yang bengkok?



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit ...keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci... Hawa. 

Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya. 

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. 

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” 

Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. 

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang......

Sesekali renunglah ia, carilah jawapan yang pasti atas pengorbananannya. Mengapa Allah (s.w.t) menjadikan tulang rusuk itu bengkok. Usahlah dicuba membetul bengkoknya dengan kekasaran dan mengaharapkan perubahan sekelip mata. Mungkin perubahan mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin tiada juga perubahan yang mampu dibuat tetapi sekurang-kurangnya belajarlah untuk memahami kenapa tulang rusuk itu bengkok.

..Ehem...ehem....

Jadi kepada lelaki di luar sana, terima seadanya kami kaum hawa...ewah!  Emanglah, terkadang perangai is ada ala-ala childish macam nak kene penampor jer...emang lah kadang-kadang emo macam Emily haha....kadang-kadang kami sengaja buat degil.... bukan bermakna kami mengikut emosi semata...bukan kami sengaja nak memendam....tapi kami menantikan seseorang yang mampu mendoakan...rusuk yang bengkok ni selalu mendambakan kekuatan..... Sifat pelindung yang ada pada tulang rusuk itulah yang diumpamakan kepada wanita sebenarnya, iaitu menyempurnakan kekurangan pada bahagian lain. Melindungi bahagian-bahagian penting yang lembut di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Bukankah itu penting? 

Sekiranya tulang rusuk yang membengkok digantikan dengan tulang yang lurus tiada lagilah ruang yang selesa kerana bengkoknya itu mempunyai fungsinya yang tersendiri...see see!

Sumber : Nurkilan Ikhlas


Tulang rusuk walaupun bengkok fungsinya cukup besar, begitulah wanita walaupun sukar difahami kerenahnya dan hatinya tetapi akan lumpuhlah sebuah rumah tanpa kehadiran seorang ibu atau isteri. Lumrah manusia bila di sisi kehadirannya umpama bayang-bayang tetapi bila hati wanita telah retak dan jiwa telah kosong mungkinkah lagi dia bisa menunggu dan tika itu pasti bayang-bayang itu dirindui dan dicari..... 

Percayalah........ :)


7.11.12

Makanan dalam instagram.


Bosan hidup kalau tak update blog, sama macam bosan hidup tak update status setiap beberapa jam..bosan lagi kalau makan best-best tapi tak instagram. Bukan apa, nak kongsi kenikmatan dengan semua... justeru tu, peh ayat justeru mai dah.. justeru tu nak tunjuk skill berphotography pakai phone... angle mana lawa angle sapa paling sempoi... justeru gak sebenarnya nak bagi kawan-kawan teliuq... serius aku bengang kalau pic makanan enak naik di timeline dikala perut bercengkorok-cengkerek... rasa nak pihak phone. pft!

Semalam Prof.Khor ada sebut '' ..i tak faham why people nowdays blog about food, hari-hari entry food...untuk apa ya siapa boleh jawab?'' Aiyayaa.....cumel benor ayat prof, so hopefully kalau dia jumpe entry ni....maybe dia faham kot.... sebab nak SHOW OFF! wtfish.....


Ni Nasi goreng Padpau, aku last makan semalam. Sedap gila sebab pedas. Gabungan daging hancur dengan cili padi sama bawang putih.. Time makan harus ade kipas sebab pedas berdesing.. 
Boleh didapati di Nazri Cafe depan USM. 
PRICE : RM4.50


Capati kuah daging.
Harga RM5.00 boleh didapati di Lailis's Cafe USM.

** Kuah mantap sedap melekat, tapi capati segera... 
turnOff~


Nikmat hidup di pulau pinang, Deen's Nasi kandaq.
Ni aku pekena time hujan lebat, beratur panjang pun ai rela you...
Bila makan memang hilang ingatan jap, syurrr ja.... 

Tips : Pastikan amik bendi + telur rebus (kurang kolestrol katanya) + kuah gulai ikan and tentu-tentu ikan sekali yer puan-puan. Papadom PENTING!
** Aku suka addOn kuah daging.

Harga RM3.50 jer!!!


J-Co 
Semua dah tau so takyah explain banyak-banyak.
Sesuai makan time frust atau dikala moody tak tentu fasal dengan hidup.
** Ai suka choco Loco + Alcapone +Tiramisu (takda dalam gamba)

Sila layan sama Mint Choc Freeze yang sejuk-sejuk angin *aum!!! 


Owh sila jangan bosan dengan Laili's

Set Lasagna RM5.00 jer..
Spaghetti Bolognise pun RM5.00 jer..

TurnOn MODE


Nash Donut & Bakery

Ni di Bandar Perda. 1st time try ....donut ni keras sikit and murah sikit tapi yang penting cantik and comel!!
Me and MyKing adalah rambang mata sampai taktau nak pilih apa. 

Ada cake ada nasi lemak ada tomyam semua ada sampai kami pun confuse ni kedai apa, check-check tissue papaer..
''...larhhh....ni sub company under Nashmir Nasi Kandaq ka! Patut carca merba.!!!'' 
Hahaha...lawak disitu.

RM1.30 setiap biji donut
**Tapi yang best, suasana kedai yang tak ramai orang dan sweet-sweet jer..macam selesa dan sempoi. 


Black Forest Choc. Cake.
RM5.00

Vanue : Anjung Semarak USM.
Aku tak berapa suka makanan disini, but when its come tu 'desperado' aku bantai jah...!


NYummmmi!!!!!!!

Me & Myking so the taklehtahan one..
Aktivity bulanan katanya, kalau makan share-share memang alamatnya makan hati. Pft!!

Ini perisa kami :
IceCream Flavor : Choc + Vanilla + TF Fart
Topping : Choc WaferRolls + CornFlakes + Kellog's Mueslix + Oreo Crumbs + Tulip dark chocChips + ChocRice + Marshmallow (nak gummieBear tak dapat sobs... ) + siraman  Hersyey's Choc.Shell

Bole imaginasikan tak?  Sampai hitam legam penuh cup, tak lawa nak nengoknyer...tapi rasanyer? 
Nyum..nyum!!! i loike..


Dah menjawab kenapa ai dah 53kg sekarang?

Her..her...sebab gejala makan makan makan larh, sejak ideology menjatuhkan saham ai bermula huh!!!!

ok, so..semua faham tak maksud sebenar bila kita tulis entry tentang makanan, bila kita ala-ala review gitu? Selain nak showOff kau makan hebat, pfft...tapi sebenarnya secara tidak sedar..kita audience selaku  consumers sedang di comodityeskan (commodity ) oleh produk jualan itu sendiri.. why why why? Kita sebenarnya pengguna yang sedang diprodukkan untuk dijual... adoi penin jap.

Camni, bila ramai dok sebut produk ni gud, produk ni gud, Yang dapat manfaat ialah? Produk tersebut. TETAPI, kalau kita tak kata gud..kita kata bad oh..so bad...demn bad larh benda tu tui!!! So produk tu akan menurun dan tak fofuler.... so kita sebenarnya sedang diniagakan oleh pihak tertentuuu dengan relaaa....

Kalau tak, apasal iklan kat paper tu mahal-mahal? Sebab deorang nak kita takeNote! barang depa dan barang terjual.. deorang bayar mahal-mahal untuk dapatkan hi-ranking, bayar ads di FB sidebar untuk dapatkan juta-juta LIKE. Sebab? 

Sebab kita sebenarnya telah di comodityeskan!!!

=_+' emo

18.10.12

#USM trending.

 USM Trending? wtf wtf... ops..sopan. Sepanjang petang ade jer dok tanye isu notice board dalam usm, ' eh..noks betul ker ade notice board tu?'' ...'' weh usm ada tulis camni ka?''..'' weh on tweeter aku nak tunjuk ko nih! '' haa....macam-macam kerenah.. buat aku curious sesangat tentang apa yang terjadi du usm ni? Aku duduk dalam ni ok jah takde desah-desus pong? WTH Wutdehel yeah..... sekali aku selak tweeter kaji-kaji sikit, wah macam free jer masa kau nak kaji-kaji...

Ohhh...rupa-rupanya, memang ligat berkicau USM Trending nih, hashtag usm ( #usm ) memang kecoh malam ni dikala ini masih belum terhenti.. isu notice board masturbation kejadah tu.. aih, malu ai nak sebut-sebut oke.. #Poyo

Ade yang percaya bulat-bulat, hah tu yang bodoh buta IT la namanya..ada yang deny ade defensive yang tu i loike sebab kita serupa...hehe and ada yang mencari bukti tak kurang yang memberi bukti... terharu aku baca bagi yang memepertahankan maruah usm, dan tersedih pula bila student usm sendiri anggap ini sebagai bayangan gurauan...sungguh hampeh di hatiku. Dah macam tajuk lagu. ~__~'

Jadi, setelah cukup lengkap data dan fakta serta bukti-bukti, aku buka photoshop edit kejadah bawah ni.. aku upload FB konon nak sama-sama sebarkan kebenaran justeru membersihkan nama USM terchenta ini... pheww~

Ini hanya joke ok, joke and dun take serious boleh? Tapi joke ni joke kuangajar namanya Tui~!!!
 Logik sikit boleh? Kalau semua orang fikirkan kelogikkannya, aku tak rasa fitnah bangang ni tersebar kan-kan... ? tapi...logikkahhhhh....??!

Nite, hirup susu and bum!!

16.10.12

Felix Baumgartner : RD BULL STRATOS LIVE JUMP


Holaa...haha aku lambat buat entry penerjunan ni , sebabnya.. malam tu aku amat mengantuk dan boleh dikatakan salah satu kerja gila yang aku buat dikala tengah busy dengan banyak hal... sempat plak nak jadi saksi kepada rekod dunia ni... nak pi toilet wee wee pun takut, sebab konon kalau pi tandas nanti balik-balik terjunan dah selesai tak sempat nak join sekaki so jadi penantian yang membazir, konon ingat-ingat nak jadi antara orang terawal menyaksikan moment beharga tu...konon! ahh..semuanya konon belaka...semuanya propaanda. Eh..?

Di kesempatan tu, aku print screen jer keje...nak bagi sapa-sapa tengok la bagi yang tak sempat tonton di live streaming macam aku, baikkan hati ni? :P Jemput tengok..aku malas nak tulis caption-caption bagai dah eah..

Time dia dok naik....arahan macam-macam sampai pitam aku dengar... ada yang sepaah haran tak faham..bengong terasa kala ini...tsk~

 Ni la rupa kapal naik ke atas tu.... macam belon panas... 
 Kapal tu..
 Ni mak die...nama Eva. Rileks jer tengok anak dia dok tempah maut....leh senyum-senyum, yelah kalau berjaya turun..anak die dapat tempah kejayaan, tempah rekod dunia...kira berbaloi la... kih kih...
 Muka ala-ala nak tennag jer, mental kena kuat dikala ini..
 Kalau orang takut ketinggian...ini bukan untuk kalian terima kasih. Serammm mehhh.....

 Sebelum nak terjun. checkup lagi....asyik check jer kerja...sedikit kesalahan bisa membunuh nyawa ok....
 Buka pintu moment, satu dunia berdebar-debar termasuk aku....
 Part ni aku dah terlena sekejap, nampak-nampak dia nak buka pintu..mata pun segar-bugar...... 
 Ya tuhan....boleh imagine tak? Aih...hati memang kering....memang deorang ni tak berapa waras larh...huhu 
 Nampak tak dah terjun tu...iewww! Imagine sekarang camna perasaan dicampak jatih dari ketinggian 39,004Km dan kelajuan 1.342KM/Jam. Laju sangat tu oke....
 Time ni semua nevez... semua berdebar-debar...Apa-apa pun boleh terjadi ini time oke...

 Orang tua ni pun menggelabah asyik suruh mamat tu 'keep talking' .. Camna nak cakap kalau dok terjatuh laju-laju aish.... tapi kalau dia diam ja bahaya kan...mana tau kot mati dah...sebab tu dia suh cakap jer...
'' keep talking'''keep talkin felix..'' pfft~

 Mak dia memang rilek tengaok anak dia tengah terjun....tu adik si felix kot, suweet sangat-sangat kan... :)
 Ok dah sampai ruang udara bumi..
 Dah pijak tanah pun...fuh!!!
 Press pun kelangkabut serbu...tak kasi can rehat walau seminit... huahua gilakejam.

Time ni aku imagina aku tengah interview dia... lolz!

'' nak tanya, apakah perasaan setelah blabla9^^$ER()IU9)(*(%^%$...? ''

Ok, setel terjunan aku pun update sikit-sikit fb...than tidur sebab esok paginya harus bertugas di pulau jerjak seawal 8 pagi...makna kata waktu tidur tinggal 3 jam camtu...

Hmm...sangat informativekan? Huahuaa...
 Okbye. 

^_^

10.12.11

Gerhana Bulan malam ini!


Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabdaRasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“.
(HR. Bukhari dari Abi Barkah).


Solat Sunat Gerhana jum!

Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” –
(Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut:
Rakaat pertama
  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam

BYE!!!!

6.10.11

Steve Jobs say goodbye.



"Steve's brilliance, passion and energy were the source of countless innovations that enrich and improve all of our lives. The world is immeasurably better because of Steve."




Steve Jobs, the mastermind behind Apple's iPhone, iPad, iPod, iMac and iTunes, has died, Apple said. Jobs was 56.


Jobs died "peacefully" surrounded by family members, his family said in a statement.
Neither Jobs' family nor Apple revealed where Jobs died or from what cause, though in recent years he had fought a form of pancreatic cancer and had a liver transplant.


"We are deeply saddened to announce that Steve Jobs passed away today," read a statement by Apple's board of directors. "Steve's brilliance, passion and energy were the source of countless innovations that enrich and improve all of our lives. The world is immeasurably better because of Steve. His greatest love was for his wife, Laurene, and his family. Our hearts go out to them and to all who were touched by his extraordinary gifts."


The homepage of Apple's website switched to a full-page image of Jobs with the text, "Steve Jobs 1955-2011."


Clicking on the image revealed additional text, credited in a separate memo to Apple employees to current Apple CEO Tim Cook.


"Apple has lost a visionary and creative genius, and the world has lost an amazing human being," the text read. "Those of us who have been fortunate enough to know and work with Steve have lost a dear friend and an inspiring mentor. Steve leaves behind a company that only he could have built, and his spirit will forever be the foundation of Apple."


.....................................


Dunia terasa kehilangan yang besar, betapa ironinya kematian pengasas bersama Apple sehari selepas Iphone 4s dilancarkan...

Maybe lepas ni Banana pula akan naik .... wee, seronok lah buah-buahan lain .....




Tak tahu la, maybe strawberry...maybe StarFruiT..maybe kalau pengasas tu dari negara kita, jenama Durian akan naik? Who know.. :)


And maybe akan ade gambar sebegini dari pengasas pisang tu lepas ni...

Bak kate orang, patah tumbuh hilang berganti... ^_^



Merepek~ =_='

12.3.11

Sendai : Japan..





Engkau maha berkuasa dan maha mengetahui....ya rabbil izzati..


2.3.11

Nak link blog kamu kamu kamuu!!!


Ehem..ehem....ini adalah entry rayuan...nampak tak gaya merayu atas tu..

Saya nak cari balik kawan-kawan blog saya yang da hilannngggg....waa!!!
Cedih tau...buka blog, tak berpenghuni takder jiran tak meriah....

+__+'' Cedih...

Setakat yang saya ingat, saya nak link kawan-kawan kosmet sayer, Marina 1love2heart.. Blog Nik.. Blog Ananda...Blog Syida... Blog hanajimi...Blog Arie.. Pokjat..Azie... Daisy...Ash..Blog sape lagi eah..kakak-kakak bakti.. Iatiblush..Dang Naddy...Piyuz...sape agi edeh...

AND THEN..

Sape yang nak saye link kan blog deorang kat sini, drop adress blog atau komen kat entry ni eah...pastu saya akan link kan...

Pelish..pelish..bukan senang nak rajin nih haaa....


Ok dah! Papai..