Nuzul Quran, Nuzul dalam behasa arab bererti ''perpindahan dari atas ke bawah'' atau ''turun'' manakala Quran ialah ''bacaan atau himpunan''. Malam di mana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan pada tanggal 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran beliau atau pada tanggal 6 Ogos 610 M. hmm..titikkk...
Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.
Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi. Betapa kaya ilmu kalamullah......
Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai petunjuk kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.
“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)
Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.
Semoga pendedahan ringkas dapat menerbit rasa di hati lantas membisikkan kata indah ke jiwa lalu menanam sebati padu di sanubari. Amin...... :)
No comments:
Post a Comment