16.9.08

Maafkan kawan.......




Hmm...untuk kali ini, biarlah aku jadikan laman blog ni sebagai tempat aku meluahkan rasa bersalah terhadap seorang teman yang ku kira amat baik dan prihatin tentang diri aku selama aku menjejakkan kaki ke pintu USM ni..

Tempoh telah berlalu dimana kita berselisih faham semalam.. maafkan aku kerana kelancangan mulut aku yang bersuara tanpa memikirkan perasaan di dalam hati itu.. maafkan kerana tewas aku sendiri dengan kesabaran.. pasti syaitan berteriak gembira pabila di bulan mulia masih ada umat manusia yang membuat binasa atau membuat sengketa... Tanpa hasutan sesiapa selain diri sendiri yang membuat onarnya..

Maaf...setelah semusim persahabatan kini aku telah menconteng noda hitam kedalam titian persahabatan kita... hati ini hanya berharap agar enkau dapat memaafkan aku kerana aku yakin insan sebaik engkau takkan perah menyimpan dendam....

Hati ini menangis kesedihan kerana peristiwa semalam..ketahuilah dari sedalam-dalam hati ini aku mohon maaf kepada engkau...

Doaku agar hari esok menjanjikan gemilang cahaya indah yang baru buat kita....amin...


Hukk..hukk...hatie ini takkan tenang tanpa kemaafan ikhlas dari kau......
Percayalah teman.. salam... :'(

No comments: