17.9.08
Sejarah Youjie ( III )
Di sekolah, aku satu-satunya murid yang berbangsa melayu… mungkin faktor itu membuatkan aku sering mendapat perhatian di sekolah.. guru-guru mengenali aku dan kawan-kawan sering mengerumuni aku.. aku diberi nama '' Aa zhe Lin ''dalam bahasa mandarin.. dan aku tak perlu mengambil banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan nama baru kerana memang di kalangan ah pek-ah pek di kampung yang telah memanggil aku dengan pelbagai nama sesuai dengan pelat masing-masing..hii.....
Awal persekolahan yg rumit telah Berjaya aku lalui dengan lancar… awalaupun pada awalnya aku menghadapi masalah dalam berkomunikasi, tetapi akhirnya aku semakin biasa dan lancer dalam berbahasa mandarin. Aku masih ingat akan perkataan pertama yg aku tuturkan dalam bahasa asing iaitu ‘..bu yao..’ Aku hairan mengapa kawan-kawan sering mengajak aku untuk ke tandas bersama-sama mereka.. mungkin kerana ku selalu menurut kehendak mereka dan akhirnya aku belajar untuk menolak.. apabila aku mengucapkana ‘bu yao’ mereka mulai faham dan misi penolakkan ke tandas kukirakan telah tercapai.. pada masa hadapan aku perlu lebih berani untuk nertutur lagi….
Detik berlalu..aku mulai mempunyai kawan rapat.. Han Ken, Chiew Yen dan Pei San ialah kawan yg sering datang ke rumahku bermain..kadang-kadang kami menaiki basikal ke rumah satu sama lain.. Han Ken akan membawa aku manakala Chiew Yen akan membawa Pei San menggunakan basikal tua.. keserasian aku dengan Han Ken ialah kerana kulit kami yg sama cerah dan mata kami yg bulat berbanding Chiew Yen dan Pei San yg memiliki mata sepet yg teramat dan kurus..kami sering bermain di bawah pohon Ru di rumah Chiew Yen, rumahnya dekat dengan pengkalan nelayan dan belakangnya dikelilingi pohon nipah yg merimbun.. rumah Chiew Yen diperbuat daripda kayu dan berkonsep rumah jepun.. kadang-kadang kami bermain di dalam kelambu biliknya hingga kerap dimarahi oleh ibu Chiew Yen kerana telah menyemakkan bilik tidur mereka..
Han Ken pula merupakan kawan yg paling rapat dan pelik bagi aku… kami berdua sering memasuki pertandingan bercerita atau apa saja pertandingan yg dianjurkan pihak sekolah.. seperti selalu aku akan iri hati padanya kerana aku tak pernah sekali pun mampu menandinginya dalam merebut johan dalam setip pertandingan yang diadakan.. apabila namanya disebut sebagai Johan, aku tahu naib johan sahaja menjadi milik aku… perkara ini berlaku setiap tahun dan hal ini sedikit sebanyak merapatkan hubungan kami… masih segar diingatan apabila kami bergaduh dan tidak bertegur sapa antara satu dengan yang lain… setelah diselidiki baru aku ketahui bahawa dia merahkan aku kerana akan berpindah sekolah selepas tamat darjah 5 di SRJKC Yu Chye.. dia menangis keatas kepergianku tetapi aku sedikit pun tidak berasa apa-apa kerana aku sememngnya tidak punya perasaan di alam sekolah rendah.. bagi aku, perjalanan perlu diteruskan tanpa diganggu sebarng pukulan emosi… atau mungkin aku tidak matang lagi…. Hmm… manisnya saat itu, biarpun kami masih di sekolah rendah tetapi persahabatan yang kukuh tidak pernah mengenal bangsa dan agama….
Biar saja ku simpulkan disini bahawa, aku cinta zaman kecil itu..aku sayang persahabatan istimewa yang telah dirempuhi dan aku hargai keunikkan negara kita Malaysia. Hingga kini, apabila terlihat kanak-kanak yang bermain tanpa mengira kaum di pinggir jalan mahupun kampung. Hati ini tercuit rasa haru yang mendamaikan rasa.........lalu, mengapa kini kita masih ingin memasung rasa curiga sesama kita orang dewasa sedangkan pemilik-pemilik hati suci itu tidak pernah mewujud sengketa sesama mereka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment