2.9.08
Sejarah Youjie ( II )
Di sekolah ini lah aku mengenal kehidupan yg serba-serbi asing bagi aku.. sekolah ini jugalah membuatkan aku berasa pelik dibandingkan dengan anak-anak lain dalam keluarga aku..malah kampung aku sendiri..kelas darjah 1, detik bermulanya survivor hidup aku sendiri..seorang diri..hanya aku sendiri....
Penuh payah aku mengharungi saat asing di kelas paling hujung ini… apabila melihat kanak-kanak lain yg menangis dan sentiasa ditemani ibu bapa sepanjang di kelas… aku berasa tertekan sekali kerana aku hanya sendiri... mama telah meninggalkan aku di awal sessi bermula pelajaran lagi… sebenarnya aku sedikit pun tidak kisah tetapi saat itu aku seakan terkepung dengan permandangan pelik lagi aneh.. saat itu aku keliru sama ada aku perlu menangis atau berasa biasa... tapi aku terus keliru…. Mengapa perlu menangis?? tetapi hakikatnya memang aku amat janggal sekali…MAMA!! Malangnya teriakkan itu hanya bergema di hati.. di sudut hati paling dalam….kerana aku takkan pernah untuk bersuara…
Aku masih bertekad untuk setia disisi kerusi dan bangku kayu usang yg disediakan buat aku.. aku seakan mengerti bahawa aku akan selalu di sini.. tempat aku sendiri dan takkan kemana-mana lagi.. seperti mereka yg lain yg telah mula kekeringan air mata dan mula tersenyum.. malah mereka juga mula melompat dan berkejaran disekeliling bilik petak ini… aku amat pelik dan hairan dengan perubahan secepat itu, malah mendengar pertuturan asing membuatkan aku menjadi lebih janggal… ‘..hye! ni hao maa?..’
Kenangan seperti ini amat segar di ingatan aku… aku tak pernah lupakan detik-detik aneh hidup aku yg memaksa otak ini merumus sesuatu untuk disimpan kekal dalam kotak fikiran… pada waktu yg berkesempatan, akan aku terus mengabadikan saat-saat aneh aku buat tatapan mereka yg sudi membaca…
Kerna aku menulis bukanlah kerna nama...
Setiap pagi aku perlu berjalan kaki untuk ke sekolah yg jaraknya lebih kurang 5oometer dari rumah.. nenek mengejutku bangun seawal 6.30 pagi untuk mandi dan bersiap ke sekolah.. nenek takkan membiarkan aku pergi ke sekolah tanpa mandi terlebih dahulu seperti kawan-kawan sekelasku yang lain.. sering aku kesejukkan hingga menggigil.. akhirnya nenek yang amat menyayangi cucunya ini akan menyediakan ari panas untuk mandianku setiap hari…selepas itu aku dibedakkan dan disisr rambut sehingga kemas malah kadangkala aku dipakaikan baju oleh nenek… bila dikenangkan kembali, aku memang mengada-ngada kan.. tapi aku tak pernah minta untuk dilayan begitu.. nenek terlalu sayangkan aku…maklumlah cucu pertama…
Sarapan pagiku begitu sentimental iaitu secawan kopi ‘o’ pekat dan biskut masin planta… nenek takkan membiarkan aku kelaparan di waktu pagi..seperti selalu sambil menyicah biskut di hadapan pintu, nenek yang setia menemaniku akan tercangak-cangak mencari kelibat anak jiranku yg bergelar “ Ah Uii ”.. aku disarankan untuk kesekolah bersama dia.. walaupun kami jarang berjalan bersama, tetapi aku hanya akan berasa berani ke sekolah dengan mengekorinya dari belakang… perkara yg sama aku lalui hingga darjah 5 sebelum aku berpindah ke rumah baru mama….. (sambung )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
xsaba nk bce smbungan..touching la cte kaklong..ayat mantap...hehehe
Post a Comment