30.8.08

Sejarah Youjie ( I )


PEKAN KONSI & SRJKC YU CHYE…

Sepetang itu aku melewati kampungku untuk menghantar sepupuku yang berusia 8 tahun.. Sepanjang detik perjalanan menyusur ke situ aku diselimuti kenangan.. kenangan masa kecil aku yg amat indah.. terlalu indah kukira…

Pohon kelapa melambai di kiri kanan jalan yg kami susuri… rumah kampung yg tersusun di sepanjang jalan dan suasana nyaman kerana dilindungi bukit bukau yg gagah di sekelilingnya… semua ini membuatkan aku kembali mengimbau segala nostalgia hitam putih hidup aku…

‘ Pekan konsi ’ yg kini telah berubah wajah… di sinilah aku menunggu bas bersama nenek ku tiap kali ingin melangsaikan bil-bil api air.. masih segar diingatan, apabila dimarahi oleh minaci yg menjual majalah di tepi hentian ni gara-gara aku terlalu ralit membelek majalah demi majalah yg banyak terdampar di meja kayu usang gerai penjaja itu…bimbang dirosakkan dek kanak-kanak seperti aku mungkin..maklumlah usia aku ketika itu dalam lingkungan sembilan tahun.. dek kerana terlalu takut, mulai saat itu aku tidak pernah lagi berani menunjuk muka dihadapan gerai itu… walaupun hati ini meronta-ronta ingin ke situ tiap kali ke ‘ pekan konsi ’ Bimbangnya dimarahi minaci …

Setiap kali… pada masa itu, apabila bus sampai, nenek akan menyuruh aku memilih tempat duduk terlebih dahulu sementara dia membayar tambang bus.. saat di atas bus amat tidak menyenangkan aku kerana setiap kali desiran angin menghembus ke pipi, pasti mata aku akan layu lalu tersengguk-sengguk aku menahan mengantuk… dan setiap kali aku menahan hanggukkan kepala, tak pernah kurang dari 3 kali dahi aku akan menjamah tebing tingkap bus yang amat keras itu.. yg hairannya, kesakitan itu tidak pernah menghalang mata aku untuk terus layu… arghh…tidur saja lah Ojie… zZz..Zzz…

SR(J)KC YU CHYE… Abjad yg sering menjadi tanda tanya aku sewaktu kecil.. ‘’..agaknya mengapa sekolah aku perlu ‘SRJKC’ dan bukan ‘SRK’ seperti sepupu-sepupu ku yg lain..? ’’ Persoalan itu aku pendam seiring pemikiranku yg dewasa secara semulajadi justeru mengerti sendiri keanehan yang menghantui.. normal lah, kanak-kanak seusia aku ketika itu hidup umpama perantau yg naif… setiap perkara yg asing mengaktifkan otak ini untuk membuat rumusan penuh dengan persoalan yg tergantung, sehinggalah persoalan akan terurai sendiri dengan kedewasaan yg natural…


kerana aku takkan pernah BERTANYA…..




No comments: