25.8.11

Aku menangis kerana?

Sepanjang hari ini hingga merangkak ke sore.. aku emo dan nangis terus, benar kata seorang teman lama... aku kememe.. Ya, perkataan kememe nggak pernah aku dengar sebelum aku ketemu dia...

Semalam sahaja aku juga menangis... petang semalam juga... tadi semasa berbuka juga menangis mengada-ngada. Serius itu tangisan minta perhatian gaya anak cilik yang kekurangan perhatian gitu.. Itu nggak penting, pacar ku makin profesional menangani waktu-waktu emo ku.. Syukur ada dia....

Semalam aku menangis kerna hakcipta tidak terpelihara aku diciplak.. dijual lebih murah ke merata-rata.. ya aku optimis dia tiru aku! aku yakin 100% aku berjanji jika aku salah aku akan naik bisul di pinggul.... duh! berani kan? itu tandanya aku optimis! titik. Ya...tangisan itu tangisan geram yang benci.. benci kepada manusia nggak mahu usaha tapi terus pakai jalan pintas....

ShortCut!!

Sorenya aku menangis kerna terasa dikhianati... ya biar aja aku simpan seorang mengapa, tapi aku sudah lama menangisi perkara yang satu ini sejak setahun lebih ini.. dan aku sangka aku tidak akan mengalirkan airmata selepas beberapa purnama ini..

Tapi nyata aku silap....

Aku terlalu mudah kecundang dengan ayat manis dan kata-kata indah manusia di sekeliling aku. Jika seseorang senyum pada aku, aku sudah fikir dia ikhlas... tapi aku tak pernah mahu fikir setiap kebaikkan selalunya meminta balas... aduh mengapa dunia tiada lagi kejujuran.... aku taidak mahu ikut turut serta bermainkan opera wayang senyuman palsu... aku mahu menjadi aku.. Aku yang pure....

Jika aku benci, aku bilang aku benci.. jika aku suka, aku sayang selamanya... jika aku kaget, aku langgar semua bucu meja dan kalau aku malu... pipi ku merah disimbah darah... itu aku yang aku kenali.....

Dan mengapa aku menangis sejak kebelakangan ini.. aku menangis melihat haluan hidup yang kabur... ah, biar aku simpan part ini sendiri...

Dan aku menangis kerna apa?
Selalunya aku menangis kerna aku rindukan insan-insan yang aku sayangi yang tidak pernah diberi kesempatan untuk selalu berada disisi...


Selamat malam...
Melankolia ini nurkilan dari mood rintikkan hujan.....





No comments: