19.4.09

Ponti Anak Remaja Laks~


Takutnya… cerita Pontianak!!!!
Eh.. bukanlah.. Ponti Anak Remaja..
Bagi yang selalu mengikuti karya kreatif Nizam Zakaria, citer ni memang teramatlah berke'Nizam Zakaria'an.. Sebab beliau memang selalu menggunakan unsur khayalan yang tinggi yang digabungkan dengan sedikit unsur mistik dan diperkuatkan dengan sains biologikal.
Rata-rata karya Nizam Zakaria memang unik dan punya tarikkan sendiri bagi, tambah-tambah bagi aku yang suka berkhayal nih. Seperti contoh telemovie Ponti Anak Remaja ni, mengisahkan konflik hubungan perkahwinan antara manusia dan makhluk halus iaitu Pontianak. Diselitkan juga aspek sains dengan pelengkap subjek utama iaitu Pontianak dengan kehadiran elemen hidupan hutan iaitu Bunga Harum Mekar Malam.
Setahu aku, nama Harum Mekar Malam diadaptasi dari nama bunga Harum Sundal Malam. Dan kita tahu bunga Harum Sundal Malam ada kaitan dengan kewujudan makhluk halus Pontianak bukan?
Atau mungkin Nizam Zakaria mendapat ilham kewujudan bunga ini melalui tumbuhan bernama Wijaya Kesuma Mekar?? Bunga yang dianggap mistik oleh kalangan orang indonesia.
(Ok..info WIJAYA KESUMA MEKAR akan aku post dalam entry lepas ini nanti. )
Cerita ini mampu merubah persepsi orang ramai tentang makhluh halus mungkin.
Kita harus sedar bahawasanya mereka itu wujud dan menjadi sebahagian penghuni dunia fana ini dengan hak yang dimiliki masing-masing. Dan berkehendak masing-masing, macam si Pontianak tu, keinginan kuat nak duduk KL je..hahaa
Sharing is Caring okee
Cerita yang mengisahkan Pontianak remaja yang diberi nama Ponti, lakonan oleh Liyana Jasmay. Berbeza dengan pontianak yang sering digambarkan sebagai hantu yang menyeramkan, kali ini, penampilan yang ayu & cute sebagai ponti anak remaja ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

AKU SUKA watak Liana Jasmey yang comel dan pandai memainkan mimik muka dan karakternya yang innocent dan periang selain nilai timbangrasa dan murah hati yang dimiliki watak Ponti.

Gerenti takkan termimpi Hantu!!
P.S : Hantu comel sangat ma..

5 comments:

qaby said...

da tengokk..
mmg klaka..hikhik

org chop mubin!!

XP

Daishie dc said...

mau tgk...mau tgk...mcm best je.tp ku suka lisa surihani..hehe...

Youjie said...

Qaby :

Ya..klaka kan.. Ehh.mubin eah..
Farid gak mau? Kental..hahaha

^_^

Daishie :

Mau tengok datang ke kamar kuh, bawa pendrive okeh...
Ya..lisa suriati comel jugaaa...
:)

niena kierana said...

hahaha... best sangt nih,aku pun dah tgok.. mula2 tgok rasa takut..alih2 gelak sendiri kat bilik..wahahah

Youjie said...

Hahaa..kan aku dah kate..
Mengubah persepsi masyarakat gak citer ni..

Hee...tapi aku geli farid..
plzzzzzzzzzzzz