16.8.13
Selamat datang kesayangan baru!
Selamat menjengah dunia, selamat datang kesayangan baru..! Dari kejauhan aku@kak long menunggu update dari papa menerusi wassap. Selesai solat maghrib yang disertakan doa mohon Rabuul izzati memudahkan kelahiran tersebut, khabar penuh syukur aku terima beberapa minit kemudian apabila baby dan auntie telah selamat dan semuanya gembira. Alhamdulillah...
Hati batu ini turut merasa gembira, sambil membelek-belek gambar bayi yang fresh dan masih berdarah di wassap. Entah datang mana, tiba-tiba satu perasaan yang menyentuh jauh dari sanubari. Menyentuh hati batu aku yang tidak sekeras tadi.. membawa keluar air mata bergenangan... Aku mencari punca tangisan ini, mungkin melihat kekuasaan Illahi..atau mungkin melihat pengorbanan seorang ibu dan isteri.. Mungkin aku kagum sendiri..
Dalam kekalutan dan kebingungan, mungkin hati dan rohani pingin ketenangan. Aku menghadiahkan bacaan Yassin kepada yang telah pergi, kepada yang masih disisi dan kepada hati untuk bertenang dan mensyukuri... Aku masih janggal dengan perasaan ini.
Alhamdulillah Rabbul Izzati.....atas rezeki dan kurniaan ini.
Moga dia nanti, menjadi penyeri..memberi nafas baru kepada papa dan famili. Membawa rezeki untuk dinikmati.. menjadi anak solehah persis bidadari.
Selamat datang kesayangan baru Along..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment