Hamba itu lebih hampir kepada tuhanNya, apabila dia sujud..
Pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab dalam istikarah..
Istikarah hati mendebungakan cinta, dan menemukan jawapan..
Jawapa yang pasti, dalam memburu cinta illahi...
Happy friday friday friday...
Semalam tak dapat lelap, guruh petir ribut dan hujan lebat. Harusnya aku berteleku di sisi sajadah memohon doa.. Namun hanya diizinkanNya sekadar di hati sahaja.Nikmat rezeki malam jumaat selalunya hebat.
Terkenang suatu ketika, semasa aku menuntut di Madrasah Misbah Al-Falah. Malam jumaat sering membawa bersama ribut dan angin kencang.Aku tak berasa apa-apa tetapi seorang senior, bernama apa masyallah tak ingat. Dia akan bersembahyang malam dan memohon keampunan dalam air mata. Menyediakan diri menghadapi kiamat tiba sekiranga itulah waktunya... nampak tak kezuhud-an beliau ....
Menyedari hakikat sebegitu, aku menjadi gundah setiap kali malam jumaat atau hari jumaat.
Anyway..
Lately, aku tertekan dengan keadaan. Dengan study, kerjaya and perniagaan. Aku redha dan telah bersedia untuk mengorbankan salah satu antaranya. Mohon diberi petunjuk dari tuhan, buat aku memilih keputusan.
Terkadang, yang indah di mata..yang manis di rasa.. bukan yang terbaik buat kita.
Kadang-kadang, yang sukar dan perit di telan..itu yang terbaik buat kita..
Dan mungkin juga.. keduanya ada hikmah selagi kita berserah bulat-bulat kepada yang esa.
Seseorang bertanya ' apakah matlamat hidup kamu? '
Jelas, hidup aku di skala terumbang-ambing yang nyata. =___='
Apa pun ketentuanNya, Dia maha pengatur segala-gala buat kita.....
^_^ Jazakallah....
No comments:
Post a Comment