21.8.13

Felt pillow maker, expert one occay!~

Lastnight with broken hearth, i do sleep and cry. Mengada!
Semalaman tak dapat lena, perut cramp cramp cramp.. maka, seawal jam 5 aku dah terpacak di birai katil, buat keputusan nekad mandi than masak bubur pagi-pagi buta... kerja gila, mana taknya..perut meragam minta suapkan makanan nyaman dan berkhasiat...

Cukup kot intro panjang lebar sebegitu, i love felt!!!!!! Haaaa..apakah felt. Google sendiri tapi yang pasti i love felt materials. Cita-cita nak memborong di China kena tunggu tahun depan insyallah... so sekarang kena bercita-cita kumpul duit dulu yer...

Felt merupakan kain yang gebu dan tak payah nak kena jahit tepi bagai. Senang kerat jahit mana perlu sahaja, takkan berbulu di tepi..terberetas benang takdak-takdak.. so kita bebas melakukan apa sahaja dengan kain felt ni!

Aku? aku buat bantal tadaaa...!!!




 Ni ha, gambo kedai kecil ku di USM. Kadang buka kadang tutup ikut mood kau je bedah. Tapi memandangkan sekarang aku penganggur terhormat. Maka selalu lah buka kih..kih..kih... Tu pun buka sebab nak buat order, kalau tak jangan harap aku buka. Teruk gila, bila nak berjaya camnie...bilakah bilakah...

Market? jual bantal ni marketnya luas..alhamdulillah sepanjang aku meniaga benda alah ni.. permintaan tak henti. Kalau musim cuti kadang-kadang tangan jadi sotong... boleh mengamuk-mengamuk gak time tu.. sikit-sikit mengamuk, sikit -sikit mengamuk. Sungguh takdak kesabaran iols ni huhu...

Walaubagaimana pun, alhamdulillah... sejak aku mula buat benda ni, makin ramai crafter yang dah muncul tiba-tiba and buat bendasama. Apakah bendasama??? Yang terharunya, ramai crafter aku dah jadi supplier and aku pulak jadi customer mereka itu, deorang siap ada yang dah menguasai pasaran felt tempatan which is aku nak buat dari dulu, jual kain felt.... tapi malangnya aku masih di takok lama... tak supply apa-apa and just jual bantal. Aih...takpalah...rezeki depa..

  

However, aku gembira dengan penghasilan bantal felt aku. Sebab sejak aku buat bantal ni.. makin ramai bertukar buat bantal ni pula.. tak boleh elak situasi tiru-meniru. Yang penting kualiti berbeza... insyallah kualiti tangan aku ni lain sikettt dari yang lain..bhaaa..haha up diri pulaks!! Tak caya tengok arr sendiri... 
 


Tidakkah uols nampak macam bantal ni gila gebu? Gila sweeet macam aku and yang penting... kemassssss..... aku dah bertahun buat benda ni, still adore dengan hasil kerja sendiri. Tak tau nak kata apa dah la kan..self obsession dah lagu nie.. ^_^

Kalau nak tengok felt pillow @ bantal felt aku ni boleh ke www.artsyzsuzie.com.my yer uols!

Pesanan akhir, kadang-kadang kita rasa kita tak guna disisi masyarakat. Tapi kita kena fikir balik..yang penting sekali ialah adakah kita tak guna disisi Allah. Jangan emo..jangan emo like i do recently. :p

tATa!!! mwah..

4 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Hihihi saya pun ada buat bisnes ni. Tapi selaku penjual je lah, tukang jahit bagi orang lain.

Youjie said...

hei hei hei..bak mai link nak tgok tgok biss tu~ ^_^

Aizuddin Jaafar said...

Mai la tengok. Hihihi

Unknown said...

Nk beli lah..comel..