Tak bekesempatan bersua di sini tahun baru tempoh hari, rasa belum terlewat untuk aku mencicip kata sepatah dua disini, tak molek kiranya dibiarkan blog bersarang.. tak istiqamah namanya. Aih...andai sahaja ada pembantu, pasti lebih 300% produktif hidup aku. Tapi soalnya dimana rasa syukur aku?
Bismillah...
Dikesempatan yang terbatas, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali. Ampunkan dosa aku pada kalian. Kerana sesungguhnya dosa kalian terhadap aku telah aku ampunkan ikhlas dan redha.
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti kesabaran...
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti keikhlasa..
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti persahabatan sebenar atau persahabatan plastik sampah..
Aku bersyukur diatas limpahan rezeki yang Dia berikan, kerana ianya bersesuaian dengan takat usaha aku. Artsy Suzie yang aku bina dengan titisan peluh dan air mata. Aku harap akan terus mekar mewangi sekalian alam hendaknya. Di tahun baru ini, aku ingin memastikan perniagaan aku akan berkembang melangkah ke 1 tapak kehadapan...jika diizinkanNya. Insyallah...
Perjalanan zaman bujang yang kian berakhir, aku berharap dapat ku tempuh dalam redhaNya. Aku benar bersyukur diatas kemudahan-kemudahan dan kejutan-kejutan yang Dia berikan disaat ini, kerana aku benar merasakan kebesaranNya.
Alhamdulillah...
Anyway, alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...... :)
No comments:
Post a Comment