29.12.13

Aku ada 100 angan-angan..

Kecik-kecik dulu, angan-angan nak jadi pramugari. Pramugari cantik, pakai kebaya sanggul tinggi. Lipstick merah pegang dulang jer bagi minum anak kapal. tapi... Bila dah besar tuhan kasi gigi jongan tak rapi. Dah tenggelam satu angan. Yelah, tinggi dah ok, kalau gigi jongkang-jongket...sekali senuyum boleh hilang mood satu kapal terbang. Foine...Aku tak down sendiri, aku ambil positif thinking.. aku tukar angan-anagn nak jadi peguam syariah. Semasa di sekolah agama, nak ke Al-Azhar mesir... tapi Allah maha kuasa mentakdirkan aku tidak ke situ,  bila dah masuk universiti sains m'sia , aku dapat bidang komunikasi. Jadi anganan bertukar jadi pengarah filem, masalahnya aku cenderung menulis..aku artistik tapi bukan dalam aspek visual, aku lebih kepada penghayatan aksara ... aku memilih major kewartawanan dan cita-cita bertukar nak jadi editor majalah, tak pun penulis artikel santai. Tetapi, selesai bergraduasi... Takdir kemudianya memimpin aku ke arah menjadi seorang entrepreneur. Which is, tak pernah ada dalam anganan...

^_^/ bukankah hidup ini indah?

Semalam, seseorang menyuruh aku untuk membuat listdown 100 impian yang aku harus kecapi dalam tempoh 5 tahun dan perancangan backup untuk another 5 years. Maksundnya perancangan 10 tahun akan datang apakah anganan-anganan aku. Seandainya kita tidak merancang, wahima mengangankan cita-cita, insyallah....akhirnya kita takkan ada pencapaian apa-apa dalam masa hadapan. Jadi, untuk mengelakkan aku menjadi menusia yang kerjanya hanya mencari-cari-cari di atas muka bumi ni. Aku harus tetapkan 1 target. ehh, 100 target.

Opkozzz..target utama aku sekarang nak bernikah. Hhaha..aku nak masuk syurga, sapa taknak kalau bancuh kopi pun dapat pahala. Siapa taknak bercanda-canda dapat baraqah.. siapa taknak ada teman solat sama, teman borak sembang dan bergusti berdua... tipuuuu taknak, siapa taknak melengkapkan separuh dari diri kita....berjihad melahirkan khalifah di dunia, mendidik bakal pemimpin ummah.. siapa taknak ....? ..menii titian landasan ke syurga.. ngee..

..dan second matlamat aku... opkozz.... nak habiskan pengajian master aku dengan SUPER cemerlang. Serius...aku dah lost dalam titian pengajian, tapi bukan sebab aku malas atau aku main-main. Tapi, aku tengah mencari sesuatu yang benar-benar aku boleh masak ranum, kupas dan telan untuk memberi khasiat dalam tubuh aku sendiri dan memberi manfaat kepada orang lain. Orang takkan faham, biar aku jer faham ok?

3th matlamat aku dan ke 100 matlamat aku, aku nak start listkan mulai sekarang. so jumpa lagi di next entry hahaha.... happy lah aku hari ni, sebab aku nak mulakan hidup dengan serba serbi positif.. ^_^/ jum jum....jadi orang positif, jangan fikir buruk-buruk jer... ee..no good no good.

OKbye!!

Tuhan bagi kekurangan, tapi diganti dengan 1000,000 kelebihan.
Alhamdulillah..



No comments: