Typical...tapi perlu!
Disini akan aku senaraikan 100 impian@target aku dalam masa 5 tahun mendatang. Kalau sekarang umo aku 27, maknanya perkara yang wajar aku kecapi setelah berumur 32 tahun lah!
Sila lah sapa nak muntah maka sila muntah, tapi plan aku memang camgini, aku yakin lepas tunang aku baca dia kaan tergolek-golek sampai biru muka...tapi takpa takpa ada lori ada bas kan? >_<
ehem...bismillah..
1 - Kahwin. ok dah boleh muntah beramai-ramai atas perkara yang satu yang diulang-ulang-ulang macam haku sorang jer gedix nak kawen..pui~
2 - Anak. Ada sekurangnya 3 baby, 1st girl, 2nd boy, 3rd girl, 4th boy ehh kalau rezeki pesalahnya?
3 - Menjadi isteri solehah dan ibu penyayang .. thee..heeee....
4 - Memiliki segulung sarjana master of art communications pada 2015 tepat! how i wish i wish...
5 - Memiliki segulung ijazah pHd dalam business line. Eehem...tinggi sangat ker? Boleh jer kan.. ^_^
6 - Menjadi surirumah sepenuh masa sambil manage business haku. TAKYAH KERJA HAHA
7 - Bawa mak aku ke umrah@haji + mertua too~ ^_^ oohh nak sangat gi makkah..
8 - Mampu bagi duit poket pada mama & papa & mertua MONTHLY
9 - Membina company consultant yang bergerak secara consistent menuju kejayaan wah gitu..
10 - Memiliki transport sendiri iaitu kereta, yeah...kereta akhirnya!
11 - Dah pakai Braces, huh...yang satu ni dari kecik tak tergapai lahai sadis gile..
12 - Jadi suplier utama bahagian Pulau Pinang, takyah gi ATUZ :P
13 - Artsy Suzie Collections harus dah ada pengurus, akauntan & pekerja. Harus harus ada..
14 - Membuat kerja amal kepada masyarakat, kelas menjahit percuma dan bantuan kepada yang ingin berniaga.
15 - Mempunyai rumah aku sendiri di penang yang low cost pun jadik la, dan rumah sepencarian dengan suami. WAJIB
16 - Bantu keluarga.
17 -Ingin ke China, HoChiMin, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Arab, India ( nampak tak? negara supplier sokmo )
18 - Bercuti di negara Barat. Taktau dimana sebab buat masa ni macam takda motif kesana haha..
19 - Taknak menangis sorang-sorang lagi.
20 - Nak belajar masak macam-macam dessert + masakkan kampung.
ok ni bahagian aku dan dalaman aku seorang diri :
21 - Solat tak tinggal, insyallah...insyallah..
22 - Ganti solat selama yang aku tinggalkan..
23 - Bersedekah setiap jumaat.
24 - Cover bahasa, taknak jadi laser taknak mengumpat rapat-rapat.. lite lite jer kalau terdesak hahaha
25 - Positive thinker.
26 - Taknak bunuh diri dah, masuk ni dekat 5 kali aku nak bunuh diri...nauzubillah...taknak dah..
27 -Mengaji quran sekurangnya sehelai sehari.
28 - Selawat 1000 kali sehari
29 -Yassin setiap jumaat
30 -Dhuha + Solat sunat taubat DAILY.
Ni part kewangan aku :
31 - Taknak lewat bayar insurans/asb/bil-bil-bil..
32 - Saving sendiri kecuali asb atau nafkah suami pada usia 32Tahun harus ada 50k tak terusik.
33 - Buat investment yang bukan MLM.
34 - Taknak bebankan suami, sekarang memang aku membebankan dia walaupun belum jadi suami aku haha..
35 -Ada 2 kedai dalam Penang.
Ni part kesihatan aku :
36 - Maintain berat maksimum 52kg sahaja FOREVER!!! Kalau tak, sian suami aku..haha!!!
37 - Buat rawatan resdung haku.
38 - Mandi garam bukit Himalaya SETIAP hari.
39 - Cuci gigi tiap 6 bulan.
40 - Senaman seminggu 2 kali kih..kih..macam kuranggg jer?
Rasa macam dah banyak, tak dapat nak fikir apa dah..nanti kalau ada idea aku akan continue another 60parts. occay?
How ever, matlamat aku semua kearah nak jadi kaya dan berjaya serta masuk syurga. Aku harus akui, dunia ini bukan senang..mencapai matlamat bukan mudah semudah menaip di blog. ia menuntut 1001 pengorbanan dan kekuatan mental dan fizikal. Aku harap aku mampu...aku tahu aku memang mampu pun...juz kenkadang buat-buat tak mampu sebab dah biasa termanja. :P
Aku harap aku akan berjaya mencapai semua matlamat aku diatas dan istiqamah dalam menjayakannya, uols pun doakan yea.... by the time 32 tahun aku akan baca balik post ni dan aku akan kutuk diri sendiri keatas kegagalan mana-mana yang aku tak terlaksanakan.
Appy new year!!!
luvyuols muahh..muahhh.....
ikhlas :
Azrin suzieyatie adrina anuar
No comments:
Post a Comment