Aku tahu tajuk terlalu rojak, kalau ada cikgu bM aku terbaca harap ampun dan maaf. Tapi apa nak kisah.. Subjek Bahasa dari taska sampai form6 straight A tak pernah B kot. Cuma zaman digree taktau pasaipa mungkin cikgu BM universiti tak sebulu dengan aku, aku bagi dia C+ sama taraf sabjek bahasa Jepun. Ok dah...
Kelipok kelipok kelipok..
Dah nak abis tahun 2013. Tahun 2012 yang suck habis dah lama pergi.. Kalau jadi aku kahwen 12.12.12 dulu, maka sekarang kot kot dah ada baby, tapi kuasa tuhan tu melebihi jangkauan sesuatu. Maka tak menikah-menikah lagi aku. Lolz
Dia memang mengetahui yang terbaik segala sesuatu untuk hambanya, maka 2013 taklah se-hampeh 2012 bilamasa akhirnya ada yang sudi masuk meminang. Hahaa...setelah kelas mengelas mengelas, pilih memilih menapis... Last-last aku terima yang aku sendiri ngorat, ehh...kalau perempuan ajak tengok wayang tu kira aku make 1st move kan? Kira aku on dulu lah kan... Teruk gileee. Tapi memang pon, aku tak berapa berkenan laki yang ajak ajak..yang sweet sweet nak wish gudnight gud morning evening afternoon bagaai... Ohh tak suka.
Enuf, tahun 2013 merupakan tahun pahit getir dan jatuh bangun aku, bahagia sengsara dan yang penting tahun aku mengenal dunia memahami apakah erti cinta. Konon.
Aku seorang insan lemah, selalu cakap macam tu..selalu nak kena lempang sebab tuduh diri lemah. Padahal tak lemah pun, memetik bait kata-kata encik tunang aku lah.. Nada dia marah, ok..marah... Tapi aku memang insan lemah, perantauan hidup aku hanya mencari tempat berteduh dan kasih hingga ke syurga. Bukan apalah....mengenangkan tuhan mengtakdirkan aku lahir dalam sebuah keluarga yang penuh ujian, tercampak aku sendirian meniti hidup. Apalah yang aku harapkan selain dari perlindungan. Perlindungan di atas titian baraqah dan jalanan suci, matlamat yang memimpin aku ke redha illahi..Al maklum wanita lemah....lahai..nak kena lempang lagi kot.
Dan pencarian aku bakal berakhir, alhamdulillah....tapi semua bergantung atas aku dan khasaNya.
Ingat lagi, antara planning hidup aku sejak kecil. Nak jadi kerani...hahaha, kemudian tukar nak kerja bengkel. Time tu takda angan-angan nak kahwin. Sebab dimata aku, lelaki semua jahattt... Ala biasalah, anak-anak yang lahir dalam keluarga yang bercerai-berai memang persepsi sama jer..tak suka laki konon. Bila dewasa sikit...dah cukup hormon. Hahahaaaa...maka angan-angan kerja bengkel tak nak kahwin bertukar nak kahwin muda umur 23 plak dah. Kah kah kah..
Kelipok-kelipok-kelipok...
TakdirNya. Aku bakal berkahwin awal tahun 2014 nanti insyallah. Pada usia tuabangka 27 tahun, baru terhegeh-hegeh nak jadi bini orang. Tapi alhamdulillah....mungkin 27tahun adalah usia matang aku untuk menggalas tanggunjawab besar sebagai seorang isteri. Pui....terasa geli. Apa pun, aku merasakan perubahan dalam diri, hati, pemikiran dan perasaan semenjak aku menghampiri hari itu. Semuanya atas didikan encik tunang, alahhh...bukan lah dia perfect gila...sebenarnya banyak juga aku didik dia...banyak juga dia tegur aku, aku tegur dia... Kerana kami mencari yang terbaik dalam hubungan ini.
Setakat tegur menegur, saling marah memarah dan kau kuliah aku..aku azan kau.
Dah normal sangat...dah, end up...tetap kau cari aku, aku cari kau.
Aku bukan mencari suami semata, tapi aku mencari kawan, teman, abang, yang akan bersama aku hingga ke syurga. Amin..amin amin, nak sangat nak sangat masuk syurga....
So, aku berharap..2014 adalah tahun aku menjadi semakin kuat, dan hidup aku menjadi semakin bermakna. Iman aku menebal di dada.
Aku berdoa, siang malam pagi petang..
Aku nak masuk syurga...
Kalau pun aku mati, meninggalkan dunia tahun 2014 nanti. Aku nak masuk syurga.
Jadi secara overall...entry aku sepatutnya bertajuk : Azam 2014 aku nak masuk syurga..
Titik.
No comments:
Post a Comment