Cinta mengubah aku, cinta mengubah kamu dia mereka dan siapa-siapa sahaja. Kerana cinta, manusia buta..manusia gila, manusia alpa dan kerana cinta juga, manusia hina berupaya berubah menjadi manusia mulia..
Power of love......
Suatu ketika dulu, bagi aku yang seorang aku ni.. cinta adalah seharusnyaaa INDAH. Yang seindah drama cinta, filem cinta, novel cinta dan semerdu lagu-lagu cinta. Lalu aku ingin hanyut di dalamnya, memejamkan mata dan menikmati manis bercinta..
Apa bisa aku pedulikan? Asalkan manis..ya itu cinta. Andai pahit..itu bukan cinta, itu menghamba. Andai tidak berdua, itu perosakcinta, sulaman kata cinta WAJIB. Sulaman bisikkan cinta, HARUS. Khayalan cinta..perlu-perlu belaka. Lagu cinta, aduhai indahnya... Harus, harus nampak sempurna, harus tampak indah berbunga-bunga, harusss...
Kini, mungkin aku telah melewati usia tua..
Entah mengapa, sentuhan ini beda. Sulaman cinta ini asing benar.. rasa ini lain sangat. Benarkah ini cinta? Hati tertanya-tanya, bisikkan-bisikkan jahat singgah-singgah di kuping telinga, ' ah..ini bukan cinta, cinta harus indah~ ' Apa yang dirasa? Aku merasakan biasa-biasa sahaja..
Literally, natural...BUT deep.
Tiada aku diberi yang indah karya novel, tiada drama cinta, jauh sekali filem romantis. Walau sekuntum bunga.. yang akhirnya kan layu. Tiada, pokoknya tiada dan dahannya mustahil benar. Usah bermimpi mungkin.. atau tak perlu mengharap.
Tapi?
Tapi cinta ini damai, cinta ini tenang, cinta ini santai dan cinta ini mulia.. Cinta pemberian yang Esa buat aku yang tak kunjung putus asa untuk mendoakannya, mendoakan hadirnya cinta sempurna buat aku. Yang cacat pada lain, kurang pada yang lain, tapi cukup-cukup sempurna, cukup-cukup memenuhi kekurangan aku.. cukup hanya aku dan separuh jiwa aku untuk merasai kesempurnaan itu. Cukup.
Cinta yang paling hambar, tapi beerti.. cinta paling dingin, tapi hangat di hati.. cinta paling kacau bilau, tapi damai di jiwa kami.. cinta paling rahsia, tetapi telus di hati antara kami..
jadi ini kategori cinta apa?
Beberapa kenalan sering benar bertanya pada aku :
A : '' weh..camna nak tau orang tu jodoh kita?''
B : '' mana nak tau, kawen nanti baru tau tu jodoh kita.."
A : '' pastu? kawen melulu than tu jodoh? Aishhhh..."
B : '' selepas melakukan yang terbaik dari segala aspek, kemudian kita menyerahkan bulat-bulat pada tuhan, maka yang terbaiklah yang datang buat kita. Dia maha mengetahui, maha pengasih dan penyayang kan.....''
A : '' Complicated la hang ni, ok tengkius.. ''
Apakah itu cinta?
Pada aku, cinta itu hadir sendiri selepas kita mencintai Pencipta, kemudian mencintai diri kita sendiri.. cinta akan hadir tanpa dicari.
Pada aku, cinta ialah belahan jiwa. Tak perlu bersuara..kita mampu membaca. Tak perlu bersemuka, kita mampu mentafsir perasaannya. Tak perlu madah indah, hati tenang merasakan romantisnya cinta.
Mudah!
Terima kasih cinta,
terima kasih mencintai aku, kerana cinta kamu kepada yang Esa.
terima kasih di atas doa-doa kamu, ingin aku dicemburui bidadari syurga.
terima kasih kerana kesudian diri kamu, menerima aku seadanya.
^_^'
No comments:
Post a Comment