8.3.09

Perpisahan Terasing....

Kucin Parsi ( Casy ) ini baru melahirkan 4 ekor anak yang agak tidak nyata keparsiannya...ini adalah kelahiran kali ke-7 selama hayat hidupnya 4 tahun...Satu angka yang agak dasyat untuk seekor Parsi Betina... Mungkin kerana faktor kesuburan.... Rezeki jangan ditolak!!
Anak-anak Casy kelihatan separa Parsi jer sebab kurus-kurus kecuali seekor yang agak gebu bewarna oren itu...Oyen adalah bayi pertama yang menjenguk dunia baru diikuti tiga ekor yang menyusur...Mungkin disebabkan itu Oyen agak lembab dan malas...
Yang nyata, keempat-empat bayi ini berjantina jantan... Sesuatu yang dikira dasyat andai ia seorang manusia..( Kan anak laki susah dapat sekarang )
Semalam aku ke rumah Mak sedara menjenguk baby yabg baru dilahirkan beberapa minggu, niat kami ingin membawa pulang seekor dua ke rumah untuk dibela... Tapi hasrat seakan terbantut apabila melihat kesih-sayang antara ibu dan anak-anak.



Seakan mengetahui niat kami, Casy secara tetiba keluar dari sangkar dan memeluk dan menjilat-jilat anaknya...lalu menyusukan...
+ Aku Tersentuh +
Casy juga seakan-akan termenung panjang dihadapan pintu rumah seketika semasa kami di sofa rancak menghitung perkakas-perkakas yang bakal dibeli untuk persiapan membela kucing...mungkin Casy mencuba menghadapi sebuah perpisahan ini...
Kami membuat keputusan untuk tidak mengambilnya lagi. Minggu depan mungkin masa yang lebih sesuai sementara Si ibu dapat bersama anaknya buat kali terakhir...
Haiwan juga punya perasaan..... +_+

2 comments:

Ridhuan said...

oo nak kidnap eh.. Help!! kidnapper on the loose

Youjie said...

hehee.....x kidnap ma....tolong jege namenyer....^_^