26.4.09

Jum Jalan-jalan..hahaa

I'M FREE!!!!!

Ape yang aku tahu, 29hb April aku akan pulang ke rumah dan 11Mei akan memulakan latihan industri di Jabatan Penyiaran Pulau Pinang.


Exam semalam eah? Overall juz nice jer...and aku memasang target tinggi dalam subjek Penulisan Rencana ni kerana aku memang sukakan penulisan. ( Walaupun penulisan aku tak la bagos sangat ) Tapi malangnya aku memasang target sedemikian, selepas aku mendapat beberapa lukisan abstrak mata kail di atas asgment-asgment yang membawa carry mark sebanyak 60%. Opss....
Urm...nak tahu ker dalam 60% tu aku berjaya dapat berapa?
Hehee....kalau nak tahu, sila ke Skul Komunikasi USM yang berhampiran CIMB dan Muamalat, anda hanya perlu belok kiri selepas menempuh satu pusingan "Roundabout" di puncak bukit yang mempunyai simpang sama ada ke HEP vs Pusat Bahasa atau jalan menuju Minden yang menjanjikan permandangan serba hijau dek taburan rerumput nan menyegarkan alam.

Tapi jika anda memilih jalan tersebut. Anda tidak akan mendapat jawapan kepada persoalan " Berapakah carry mark aku? " itu, harap maklum. Ok, pasti itu membuatkan anda untuk mematuhi arahan berikutnya bukan?
Gud!!!

Selepas itu, anda perlu menuruni curam yang bakal memaksa anda untuk berjaga-jaga dengan break kaki sekiranya anda memandu kereta dan break tangan vs kaki jika anda membonceng motor, hal ini kerana Uni aku ialah berkonsepkan Uni.dalam hutan. Opss...."University Dalam Taman", maka..jurang dan curam mahupun lurah atau cerun dianggap perkara biasa bagi kami disini. ( blagaknyer aku..)

OK! dah tekan break? Sila dengan sepantas kilat memberi isyarat belok ke kiri selepas anda melihat deretan Bank di sisi kiri anda yang seolah-olah sedang bergerak mengundur secara mengiring. ( Yelar sebab anda sedang bergerak kedepan kan~ ) Lepas itu. Sila kenalpasti kereta-kereta yang berpotensi sedang bergerak secara mengundur ( Maksudnyer tengah rivers la tuh~ ) bagi menghindarkan berlaku situasi "Ass Kissing " di tengah-tengah perjalanan, terima kasih.
Hah!!

Nampak pepohon gergasi yang menjadi gerbang menuji Skul Komunikasi? Bercat warna alam iaitu coklat manis dan kuning jagung manis. ( Maksud aku, bayangkan cream coklat yang ditabur ke atas aice cream jagung manis.. ok? ) Urm..kalau ternampak kereta Wira putih, itu lah kereta empunya pemberi markah aku. Maksud aku pensyarah aku lah. Jangan lupa bagi salam kalau anda bertemu kerana " Budi Bahasa Budaya Kita " okee. Kemudian teruskan jer perjalanan anda menuju pintu utama Skul Komunikasi yer..Tolong jangan melenting dan berkomplenan jika ternampak Waja Purple atau seangkatan dengannya tengah baring baik jer di bawah skul kami kerana ia adalah hak milik Dekan Pusat Pengajian Komunikasi. En.Adnan.
@blogmenjerit
Sekarang jelas?

Melangkahkan kaki ke pintu utama mepandangan..sila teruskan hentakkan kaki menuju anak-anak tangga yang bakal membawa anda kepada subjek utama anda. nyaksikan sofa-sofa disusun santai di sudut-sudut tertentu dan sebuah tv plasma berscreen besar di belah kiri anda, kecuali anda memusingkan badan anda dari apa yang tergambar didalam fikiran aku saat ini. Kemudian, sejurus mendongak sedikit
Yelar..carry mark aku tu ler..
Tak perlu lah anda mengkepohkan diri membelek-belek bilik yang berhampiran tangga itu kerana tujuan anda ke sini ialah hanya untuk mengetahui carry mark aku jer okeh..Hmm..da sampai ke tingkat atas betul-betul di kanan anda ialah ofis skul kami. Itu sudah tentu-tentu lansung tidak kena-mengena dengan anda. Jadi sila teruskan mengorak langkah kedepan 5 langkah sebelum membelok kiri. Yelar..cuba lah belok kanan kalau anda tidak terlanggar dinding ofis, jadi teruskan pandangan anda kehadapan kerana tapak utama telah dapat dikenalpasti selepas membuat 14 langkah kehadapan.
Ya..sebelum itu, pastikan anda berada di hadapan pintu ofis seorang wanita yang menampal gambarnya yang sedang kagum dengan kewujudan APEX CAFFE di Queensbay beberapa purnama yang lalu.

Bagus! kerana anda justeru dapat mengagak wanita itulah pemilik wira putih bersih diluar tadi.
Anda memang bijak.....
Oke sekarang, kalau anda dapati ada senarai panjang no ic beserta gred-gred ditampal berhampiran sekitar itu, carilah carry mark aku yer.....
@blogmenjerit
Hurm....ic aku eah...
Nak aku bagi petunjuk jalan ke wallet aku lak ker???

( warna-warna yang digunakan sekadar betujuan menghilangkan bosan anda okee! )

6 comments:

DizzY AzZ said...

Best ka amik Mass Comm ??! Cuz I'm planinng doing my minor there...

Youjie said...

Hurm...best kalau minat!!
Minat nak amik subjek apa?
Coz masscom byk pilihan...
^_^

DizzY AzZ said...

Broadcasting ler kut.. XD

tp menurut En Shibuya... papernya smua cam killer... ditambah ngn lecturer yg gempak2...

Youjie said...

Hii...memang membunuh bagi major kewartawanan....
Tapi broadcas rasenye oke lar..
Tak byk teori n byk praktikal...
Buat skrip...buat short film...buat ad...

Sesuai la!!
^_^

DizzY AzZ said...

Thankz... ada lg 2 bulan nk decide.. muahahaha~! Pening Kapla

Youjie said...

Yeah..!!!
Smayang istikarah!
^_^