Terkadang juga kita lupa bahawa seluruh bala pataka yang hadir ialah diiringi sejuta ganjaran dariNYA.. Lalu, sebagai hamba yang lemah dan penuh jahil ini..kita tak henti-henti menyumpah seranah akan nasib menimpa diri. Kita mula merasakan hidup yang tiada bermakna lagi untuk ditelusuri...kita rasakan badan badan seolah lesu menanggung beban dan akal makin kurang waras dalam memberi penyelesaian.... Lantas, dengan goyahnya iman, fikiran yang telah terpalit noda hitam akan memberi jalan mudah merungkai kekusutan. Seolah itu satu-satuya jalan penyelesaian.. Terdengar bisikkan hina mengajak kita menuju ke situ...mati....Nauzubillah.....
'' ..Jika kamu sedang berdiri, maka duduklah..bila kamu masih berapi, baringlah...jika masih amarah menguasai..wudhuk adalah penyejuk hati...''Selagi kita membiarkan dia menguasai, maka makin rancaklah dia membelenggui diri...semoga kewarasn akal terus dimiliki selepas air suci menyaluti hati.....
Andai kita pernah tersedar...jika kita pernah mengkaji..atau terasa sendiri, setiap dugaan adalah permulaan kepada segala rezeki... Bukanlah mudah untuk mendapat sesuatu tanpa mengorbankan sesuatu, kita hanya perlu redha dan tawakal disamping secebis usaha agar sentiasa mampu menangani dugaan... Bila hari ini kita menangis, sedarlah selepas ini mungkin kita tertawa...tapi andainya kita berlebih-lebih dalam ketawa yang sebentar lagi, jangan hairan kalau kita akan berduka kembali....segalanya kerana tuhan maha adil dan saksama...mengajar kita agar tidak pernah melupakanNYA...
Lalu...janganlah mengeluh dengan air mata yang terburai..jangan pula kita putus asa lalu menjadikan mati sebagai penyelesai... Tiada hidup yang selamanya indah dan tiada keindahan yang selamanya berseri..juga tiada kusut yang mustahil terungkai....sepertimana tiada tali yang tak pernah tersimpul...
Haihh...lancarnya aku menaip papan kekunci membuahkan makna, walhal aku juga insan yang hina dina yang tak pernah lari dari menyakitkan hatiNYA...tak pernah setia dalam mencintaiNYA... Tapi aku sedar akan kekuatan pena, mungkin dengan ini membuat aku lebih berwaspada...atau lebih redha dan tawakal terhadapNYA...yang membaca juga sudi kiranya mengutip picisan mutiara dalam sebuah lansungan kata...
Pagi yang hening sering membuat aku leka bermain bicara membuah kata mentafsir bahasa justeru mengenangkan kekasih yang kabur dimata......
p/s : Salam Jumaat Yang Terindah Buat Semua....
No comments:
Post a Comment