Mentera Beradu
Gabungan-gabungan mentera (kata-kata hikmat)
Banyak sindiran dalam lirik Mentera Beradu, Mungkin lar...
Aku tak pasti sindiran tersebut dilontar buat siapa tapi aku yakin yang makan lada sahaja dapat merasakan pedasnya..kecuali mereka yang sifatnya seperti dalam rangkap nih :
Aku tak pasti sindiran tersebut dilontar buat siapa tapi aku yakin yang makan lada sahaja dapat merasakan pedasnya..kecuali mereka yang sifatnya seperti dalam rangkap nih :
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal.. hanya berbual makan angin kembung perut mual... resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang.. ku schizo paranoia takut pecah tembelang....
Memang la kulit tebal tu nampak macam kebal padahal bebal ditambah dengan otak kosong yang hari-hari cakap macam tin kosong, orang dengar pun dah mual. Walhal hidup sendiri tak senang-senang. Hari-hari takut pecah tembelang! kah..kahh...
Lidahku kaku tak selicin kuku... teman baikku buku... bini ku pena.. tak pernah lena.. aku suka mengintai pantang ditenung.. berakhir pertelingkahan dalaman.. pasti belum..
Sang bijak pandai pula, dibibir diam tanpa suara, buah fikiran berlandaskan buku dan pergerakkan hanya berlaku pabila bertemu pena yang tak pernah berhenti menggantikan suara. Jangan berani kau tenung dia kerana dia pasti mampu mengintai segala rahsia yang kau ada. Biar tercetus pergaduhan, hingga akhiri kemenangan di mata, dalam jiwanya takkan pernah berhenti menegakkan sengketa.
Ikut gerak hati.. pena melayang.. dilihat dua layang pandang.. tak lah sekarang.. takat meradang.. tanya.. abang gedang, apa barang? badan macam badang.. main macam belakang parang..
Dalam hatinya penuh sinis, jangan cuba kau melawan sang bijak pandai. Hanya dengan gerak hati dan layangan pena mampu dia berjuang namun bukan saatnya sekarang. Biarlah dia sekadar meradang di dalam kerana kau pasti bukan lawan hanya sekadar kebal di badan tapi pertempuran setaraf dengan belakang parang..tumpulnya akal…
Kuhunuskan keris musuh ada pistol.. tradisi kekalkan adaptasi harus betul... tujuh baris keramat tujuh garis penamat.. baik berpada biar jahat asal selamat...
Kau hunus keris? Lawannya pistol.. dimana adilnya dimana juga jantanya. Konon kekalkan tradisi tapi malangnya adaptasi salah...konsep pun lari. Jangan terlalu banggakan sejarah jika kelak mati di singgahsana sendiri. Bak Jebat terkulai di tangan sahabat sendiri. Lawannya pistol, ayuh kita senjatakan senapang..lawan acukan tanda pertempuran, ayuh kita terus berperang!! Hahh..biar baik berpada, jangan jadi hamba abdi..biar jahat berpada bukan jahat tuli.
Akuilah kebenaran bahawa yang lurus akan terus dihumban serendahnya setaraf kaki...haihh...
Awan mendung yang berarak ... bawa tangis bawa resah.... rebah rindu yang terkumpul ... semua birat dan kalimah ... semua janji yang terikat lebur disisimu...
Hakikatnya..sejarah tetap berulang tanpa berlaku kebangkitan. Segala usaha..titisan darah mahupun air mata datuk nenek kita tak pernah terbayar dek generasi kita. Segala usaha sia-sia umpama mendung yang berarak pergi dan esok akan tetap kembali. Biar sejuta janji perubahan yang terungkap namun akhirnya tetap terkubur ditelan dalam kebodohan di diri sendiri.
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan .. dari pengalaman bercakap dan bersalaman ... konflik motivasi cuba medatasi ... positif dan benci jadi inspirasi pagi...
Hha..ijazah sekeping kertas ternyata takkan membawa apa-apa sekiranya tanpa pahit getir pengalaman sama ada melalui kelebihan berhujah dan melakukan satu pendamaian. Konflik dan motivasi yang sekadar bermain dalam diri anggaplah sebagai makalah mematangkan hati dan menenangkan rohani. Tanpa nilai spiritual jasmani pasti lemah umpama tak bernadi.
Peduli itu interpretasi basi ... pekakkan sebelah halang ... biar keduanya muka cantik ... soalan bodoh yang ditanya ... jadi melodinya lebih hina dari zina....
Walaubagaimana pun, sesetengah masih menganggapnya tidak penting lagi. Segala halangan dalam membangunkan jati diri seolah dikaburkan atau dipekakkam semata-mata mahu kelihatan sempurna tanpa cela agar mudah mendabik dada. Lidah memutar segala kata-kata bodoh dan dusta bagi menyembunyikan bangkai busuk tersimpan disisinya. Sesungguhnya sangatlah hina perbuatan yang tertera.
Lu bikin dosa ku bikin prosa ... testosterone testarosa ... citacita sosa kl kl kosa nostra ... jalan berliku ku harung roller coaster ... gah sentosa tiada penyesalan ... luas pandangan jauh dah berjalan ... tak sempurna masih ada kejanggalan ... gagal merancang, merancang kegagalan...
Bila orang sekeliling sibuk membikin dosa, aku rasa lebih afdal aku hanya mencipta prosa. Prosa dokongan kata-kata lebih sinis dalam membuat sindiran setajam muncungnya pedang bagi menghiris sesetengah jiwa yang sering alpa. Tidak perlu mengadu domba dalam membetuli silap cela orang sekeliling. Mengapa perlu memakan daging saudara sendiri di akhirat kelak. Hal yang perlu dipastikan ialah bijak merancang agar tidak bertemu kegagalan yang datangnya dari kelemahan membuat sebarang perancangan.
Kucing bawa tidur , rimau bawa igau ... masuk tempat orang bawa otak bukan pisau...
Manja dan lena seperti sikap kucing, tenang…aman..sedangkan lawannya seperti harimau, seolah membawa igau kepada malam yang damai. Perbezaan jelas di mana-mana, lalu jika ingin ke tempat orang atau meneroka tempat baru. Kekerasan adalah sebodoh-bodoh cara selain kebijaksanaan akal.
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau... turun bukit pucat dengar tiga miaww... kucing bawa tidur rimau bawa igau.... masuk tempat orang bawa otak bukan pisau...
Menjalankan misi dalam hidup melalui penerokaan perlu menghindari bongkak riak. Kata-kata orang dewasa usah diabaikan. Kelak akibatnya, kecundang dengan hanya perkara kecil. Seperti telah dipesankan, masuk ke tempat baru perlu dengan kepandaian fikiran, bukan kejakunan perbuatan. Sama seperti kita yang ingin mengejar kemodenan hidup, nasihat orang lama perlu diambil kira kerana mereka lebih awal memakan garam dari kita.
tolak pintu gua tiga kerat tenaga.. kosong tak dijaga sampai datang tiga naga... ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang.... menang dengan otak tak mesti dengan pedang....
Bila dalam usaha memajukan diri atau negara, penerokaan misalnya, biarlah berkerah keringat seiring perjuangan. Walau dugaan sebesar langit, sekerat besi, seberat batu. Akal dan kebijaksanaan pasti dapat menandingi kekuatan fizikal semata. Kerana, istilah kemenangan bukan berpihak kepada kekuatan jasmani semata tapi juga kematangan fikiran juga.
Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang... pura pura salah jawapan untuk naik berang... panggil lima kawan atau biar pergi laju .. risaukan pekara remeh kita tak akan maju ...
Pantang ajal sebelum maut, pasti hidup hadir sebelum kematian. Sepanjang perjalanan hidup penuh rencah onak berduri. Silap..salah..dosa..lumrah senjata hidup. Mungkin terlihat segala kebodohan tetapi hidup dikalangan masyarakat perlu sentiasa beriringan. Atau punya misi sendiri maka perjalanan akan berbeza dengan orang yang lainnya. Yang penting kita mampu berani tempuh kerana…risaukan perkara remeh kita tak akan maju pun.
muka sama hijau hati siapa tahu... merah dah menyala pasti mati siapa mahu... gagap tiga kali bercakap benar saja... bulan terang ramai yang keluar buat kerja...
Rambut sama hitam atau muka sama innocent tapi hati beza-beza, padahal hakikatnya ada yang jahat, dendam , iri di hati yang pasti dihindari sesiapa sahaja. Payahnya nak bercakap jujur dalam hidup, payahnya hendak di tentukan sebarang nasib. Kerana dimana terpancar cahaya harapan, disitu terbitnya kehidupan.
p/s : Ini hanya olahan ikut palaotak aku arr, if salah tu halalkan jer..nama pun tafsiran kan... PEACE!!
No comments:
Post a Comment