29.12.13

Aku ada 100 angan-angan..

Kecik-kecik dulu, angan-angan nak jadi pramugari. Pramugari cantik, pakai kebaya sanggul tinggi. Lipstick merah pegang dulang jer bagi minum anak kapal. tapi... Bila dah besar tuhan kasi gigi jongan tak rapi. Dah tenggelam satu angan. Yelah, tinggi dah ok, kalau gigi jongkang-jongket...sekali senuyum boleh hilang mood satu kapal terbang. Foine...Aku tak down sendiri, aku ambil positif thinking.. aku tukar angan-anagn nak jadi peguam syariah. Semasa di sekolah agama, nak ke Al-Azhar mesir... tapi Allah maha kuasa mentakdirkan aku tidak ke situ,  bila dah masuk universiti sains m'sia , aku dapat bidang komunikasi. Jadi anganan bertukar jadi pengarah filem, masalahnya aku cenderung menulis..aku artistik tapi bukan dalam aspek visual, aku lebih kepada penghayatan aksara ... aku memilih major kewartawanan dan cita-cita bertukar nak jadi editor majalah, tak pun penulis artikel santai. Tetapi, selesai bergraduasi... Takdir kemudianya memimpin aku ke arah menjadi seorang entrepreneur. Which is, tak pernah ada dalam anganan...

^_^/ bukankah hidup ini indah?

Semalam, seseorang menyuruh aku untuk membuat listdown 100 impian yang aku harus kecapi dalam tempoh 5 tahun dan perancangan backup untuk another 5 years. Maksundnya perancangan 10 tahun akan datang apakah anganan-anganan aku. Seandainya kita tidak merancang, wahima mengangankan cita-cita, insyallah....akhirnya kita takkan ada pencapaian apa-apa dalam masa hadapan. Jadi, untuk mengelakkan aku menjadi menusia yang kerjanya hanya mencari-cari-cari di atas muka bumi ni. Aku harus tetapkan 1 target. ehh, 100 target.

Opkozzz..target utama aku sekarang nak bernikah. Hhaha..aku nak masuk syurga, sapa taknak kalau bancuh kopi pun dapat pahala. Siapa taknak bercanda-canda dapat baraqah.. siapa taknak ada teman solat sama, teman borak sembang dan bergusti berdua... tipuuuu taknak, siapa taknak melengkapkan separuh dari diri kita....berjihad melahirkan khalifah di dunia, mendidik bakal pemimpin ummah.. siapa taknak ....? ..menii titian landasan ke syurga.. ngee..

..dan second matlamat aku... opkozz.... nak habiskan pengajian master aku dengan SUPER cemerlang. Serius...aku dah lost dalam titian pengajian, tapi bukan sebab aku malas atau aku main-main. Tapi, aku tengah mencari sesuatu yang benar-benar aku boleh masak ranum, kupas dan telan untuk memberi khasiat dalam tubuh aku sendiri dan memberi manfaat kepada orang lain. Orang takkan faham, biar aku jer faham ok?

3th matlamat aku dan ke 100 matlamat aku, aku nak start listkan mulai sekarang. so jumpa lagi di next entry hahaha.... happy lah aku hari ni, sebab aku nak mulakan hidup dengan serba serbi positif.. ^_^/ jum jum....jadi orang positif, jangan fikir buruk-buruk jer... ee..no good no good.

OKbye!!

Tuhan bagi kekurangan, tapi diganti dengan 1000,000 kelebihan.
Alhamdulillah..



25.12.13

Harapan 'new me' di 2014 yang insyallah kalau kesampaian..

Aku tahu tajuk terlalu rojak, kalau ada cikgu bM aku terbaca harap ampun dan maaf. Tapi apa nak kisah.. Subjek Bahasa dari taska sampai form6 straight A tak pernah B kot. Cuma zaman digree taktau pasaipa mungkin cikgu BM universiti tak sebulu dengan aku, aku bagi dia C+ sama taraf sabjek bahasa Jepun. Ok dah...

Kelipok kelipok kelipok..

Dah nak abis tahun 2013. Tahun 2012 yang suck habis dah lama pergi.. Kalau jadi aku kahwen 12.12.12 dulu, maka sekarang kot kot dah ada baby, tapi kuasa tuhan tu melebihi jangkauan sesuatu. Maka tak menikah-menikah lagi aku.  Lolz

Dia memang mengetahui yang terbaik segala sesuatu untuk hambanya, maka 2013 taklah se-hampeh 2012 bilamasa akhirnya ada yang sudi masuk meminang. Hahaa...setelah kelas mengelas mengelas, pilih memilih menapis... Last-last aku terima yang aku sendiri ngorat, ehh...kalau perempuan ajak tengok wayang tu kira aku make 1st move kan? Kira aku on dulu lah kan... Teruk gileee. Tapi memang pon, aku tak berapa berkenan laki yang ajak ajak..yang sweet sweet nak wish gudnight gud morning evening afternoon bagaai... Ohh tak suka.

Enuf, tahun 2013 merupakan tahun pahit getir dan jatuh bangun aku, bahagia sengsara dan yang penting tahun aku mengenal dunia memahami apakah erti cinta. Konon.

Aku seorang insan lemah, selalu cakap macam tu..selalu nak kena lempang sebab tuduh diri lemah. Padahal tak lemah pun, memetik bait kata-kata encik tunang aku lah.. Nada dia marah, ok..marah... Tapi aku memang insan lemah, perantauan hidup aku hanya mencari tempat berteduh dan kasih hingga ke syurga. Bukan apalah....mengenangkan tuhan mengtakdirkan aku lahir dalam sebuah keluarga yang penuh ujian, tercampak aku sendirian meniti hidup. Apalah yang aku harapkan selain dari perlindungan. Perlindungan di atas titian baraqah dan jalanan suci, matlamat yang memimpin aku ke redha illahi..Al maklum wanita lemah....lahai..nak kena lempang lagi kot.

Dan pencarian aku bakal berakhir, alhamdulillah....tapi semua bergantung atas aku dan khasaNya.

Ingat lagi, antara planning hidup aku sejak kecil. Nak jadi kerani...hahaha, kemudian tukar nak kerja bengkel. Time tu takda angan-angan nak kahwin. Sebab dimata aku, lelaki semua jahattt... Ala biasalah, anak-anak yang lahir dalam keluarga yang bercerai-berai memang persepsi sama jer..tak suka laki konon. Bila dewasa sikit...dah cukup hormon. Hahahaaaa...maka angan-angan kerja bengkel tak nak kahwin bertukar nak kahwin muda umur 23 plak dah. Kah kah kah..

Kelipok-kelipok-kelipok...

TakdirNya. Aku bakal berkahwin awal tahun 2014 nanti insyallah. Pada usia tuabangka 27 tahun, baru terhegeh-hegeh nak jadi bini orang. Tapi alhamdulillah....mungkin 27tahun adalah usia matang aku untuk menggalas tanggunjawab besar sebagai seorang isteri. Pui....terasa geli. Apa pun, aku merasakan perubahan dalam diri, hati, pemikiran dan perasaan semenjak aku menghampiri hari itu. Semuanya atas didikan encik tunang, alahhh...bukan lah dia perfect gila...sebenarnya banyak juga aku didik dia...banyak juga dia tegur aku, aku tegur dia... Kerana kami mencari yang terbaik dalam hubungan ini.

Setakat tegur menegur, saling marah memarah dan kau kuliah aku..aku azan kau.
Dah normal sangat...dah, end up...tetap kau cari aku, aku cari kau.

Aku bukan mencari suami semata, tapi aku mencari kawan, teman, abang, yang akan bersama aku hingga ke syurga. Amin..amin amin, nak sangat nak sangat masuk syurga....

So, aku berharap..2014 adalah tahun aku menjadi semakin kuat, dan hidup aku menjadi semakin bermakna. Iman aku menebal di dada.

Aku berdoa, siang malam pagi petang..
Aku nak masuk syurga...
Kalau pun aku mati, meninggalkan dunia tahun 2014 nanti. Aku nak masuk syurga.
Jadi secara overall...entry aku sepatutnya bertajuk : Azam 2014 aku nak masuk syurga..

Titik.





15.12.13

Aseanea Resort

Holiday...
Tapi hari ni, aku menangis Dan terlelap Di ranjang seorang diri...

Mencari konklusi..

Perihal hati...dan hati seorang insani...

11.12.13

11.12.13

Okehh..Semua cakap kena buat somethin sweet today...
Hmmm...seharian fikir, nuthin sweet pun yang terjadi.... At all.

Pfft...malam ni, di bilik, hp betri abis, ipad betri 5% laptop di kedai. Semua charger di kesai. Kunci motor di semenyih...

Memang terbaikkkk! Jap lagi aku akan terperangkap di kamar sendiri dan mungkin terus tidur....krohh krohh..... Hidup tanpa internet, bagai bernyawa tanpa udara.. Gulps? Perumpamaan tak teragak der....

Tapi dari tidur, aku nak study beberapa buku..yang dia selalu belikan, pfft.....
Jap nak snap. Sementara betri ada lagi 4% nie...

Dan aku akan tertidur dalam angan-angan malam ni, jadi ia akan menjadi 'somethin sweet' jugalah kanzzz...

Ooohhh..la kawen, susah jugeeeee yer..

Aku nevez, aku tak excited, aku nevez.
Nevez if aku tak dapat jadi isteri sebaik fatimah....

Aihhhh...



3.12.13

Dumb blonde

Lenyap lembayung November, pejam-celik-pejam-celik, dah di penghujung tahun 2013.
Seiring waktu berlalu, aku memerhati perubahan sekitar aku. Semua berubah, segala beralih arah..malah debu pun berganti warna. Tetapi melihat diri di cermin..aku masih sama.

Dan hari ini, klimaks pendaman rasa yang aku kira. Mengingatkan diri yang makin matang tua, tetapi kelalaian, kelemahan dan kecuaian yang serupa masih berulang seperti muda remaja. Buat aku mengeluh berat dalam dada. Kalau dulu, clumsy ni orang kata cute.. Orang kata kelakar, sekarang orang panggil bengap lah kan.. =_+'

Aku benci pada diri aku yang hari ini, bagaimana BLUR to the max nya diri, bagaimana bodohnya seorang 26 yang even tak pandai tutup cermin kereta, bangangnya seorang 26 yang tak mampu membezakan gear 4 atau FreeGear. Gagalnya seorang 26 yang tak pandai mengemas, tak reti buat planning dan paling loser seorang 26 ni ialah aku jobless. Aih....ini benar mengeluh.

'Bimbo' kot... ...Attractive ker ko senah?

Anyway...apa pun, aku harus berubah-berubah-berubah-berubah.

Hudnitee..

18.11.13

Seloroh panjang..

Bye bye uiAM..

Lebih seminggu disana, mengajar aku erti yang berbeza. Kalau UKM hari tu aku hanya mengikut.. Tapi kali ni aku harus mengurusi gerai.. Booth crafter dari terengganu, seremban, selangor etc.. Akhirnya di bawah 1 bumbung.. Pelbagai feel manusia, pelbagai lagak gaya sifat dan perasaan manusia. Aku harus atau seharusnya tangani dengan berhemat. Youjie sekarang tak boleh asyik nak take for granted ... Tak boleh halaibalai dah... Tak boleh kau kau aku aku..punya pasai atau..tak suka lantakkk..

Sekarang harus belajar kejuruteraan sosial, belajar bergaul segenap masyarakat, belajar jaga hati, ambil hati, dan yang penting.. Berhati-hati. Thanks to kesayangan yang banyak memberi petunjuk cara menangani tekanan manusiawi... Pui, ada ucapan credit disitu...

Update tentang gerai, sabo lah yer.....penat.
Muka dah pucat lesi, sekarang back to reality... Takde kerja 24jam lagi, boleh jaga kedai balik dah..buat order etc. Rindu usm..haha.. Aku sebenarnya rindu tilam bantal aku yang paling utama, taktau kenapa..empuk sangat kot. Kalau tidur tu rasa tenggelam...diselimuti kehangatan selimut kain perca.. Bantal masam..aih... 

Saat ini, aku demam sekejap. Badan dah tak kuat..haha kerja 24jam membawa mudarat...mudaratnya lembik satu badan.. Terkenang semula saat-saat getir dari sana ke sini...

Perjalanan dari KL balik Penang bayangkanlah sampai 2 station berhenti mengeroh..krohh..kronh... Bertolak jam 2pagi sejurus tutup gerai, kemudian drive terus balik penang.. Tak sampai tapah dah bergoyang-goyang bawak kereta. Alamatnya tidoq lah...sampai subuh,bangun dan teruskan perjalanan.... Cantik ya amat batu-batu kapur dilanggar kabus pagi, aku terkesima...tapi di bawah sedar.. Seda-sedar ..aku tertidur lagi.. Buruk nau perangai disitu. Tiba di taiping, 7pagi..mata masing-masing memang tak boleh blah.,. Macam-macam aktiviti dah buat tak jalannn... Senaman robic, nyanyi gangnam style, pasang lagu tamil kuat-kuat..makan kek.. Bernari, menyanyi kuat-kuat... Akhirnya kami sedar... Kemengantukkan mengatasi segala. RNR taiping, persinggahan mengeroh yang kedua...hingga 9 pagi..... Masing-masing terjaga dan terpinga-pinga. Start kereta balik Penang...ya Allah leganyaaa bila dapat bersarapan di AutoCity Nashmir and meluru ke uSm huh...

Sampai Penang, banyak kerja menanti. Seperti contohnya hari ni. Rasa nak tidur seharian tapi mustahil....tsk tsk.... Banyak janji perlu ditunaikan.. Banyak menanti perlu dituruti. Aku redha hidup ku begini..asalkan diredhai Sang Illahi... :)

Sudah-sudah dengan ucapan, aku nak mandi sat. Hahaaa... Bye!


Her name is....... ?

9.11.13

Impian..

Tadi aku dah terlena, tak sedar bila aku baring rupa-rupanya dah di alam mimpi. Telefon berbunyi membawa kepada rasa segar kembali. Aih.....apa lagi, stalking di laman sosaial lah jawabnya.. Reply kerenah-kerenah customer yng pelbagai....bosan sikiit.

Search Groupon, mana tahu ada sale best-best..
TUTUP! Say no to shopping...takleh takleh sebab kena tunggu YES. Fineee...

Buka website supplier..
Buka PayPall..
Check akaun..
Buka website Brothers Sewing Mechine....

Terpsyco kejap.

 Lahai.... andai saja kau dalam genggaman ku wahai NV950E....

Entahla, mungkin aku seorang yang cepat bosan.. takpun aku jenis tak focus.atau tamak haloba-loba...Nak itu ini itu ini..... mahal pulak tu.. :(

Aih...tapi aku tak rasa aku macam tu, soalnya aku terlalu banyak idea da inspirasi... dan aku nampak jalan kejayaan tu... TAPIIII..tak guna kalau tak cukup kakitangan...
hmmm....

Rasa nak nangis...

Bayangkanlah, kita nampak gunung emas.. kita ada kudrat dan kenderaan segala mak nenek... tapi tak ada minyak. Useless... tak la useless sangat, boleh jer jalan...tapi lambat laa.... tsk..tsk...

SOALNYA AKU NAK CEPAT.

Kuat berangan aku nih kot...macam-macam aku nak dan aku memang nak nak nak...

1- nak mesin ni sebab nak modified bisnez..
2- nak pekerja, akauntan sorang, graphic designer sorang, runner sorang, pehh..perfect aku jadi bos goyang kaki...
3- nak kahwin taknak kerja, lahai...sian bakal laki...
4- nak kaya, ...aku rasa wang ringgit kadang-kadang boleh bagi kebahagiaan..takyah nak poyo sangat la kepada yang tak setuju, boleh blah....
5- nak gi umrah sangat-sangat, rasa kotor lendir dosa..nak cuci segala....

nak buat bantal, nak jadi supplier, nak beli itu ini, nak bisnez ala-ala dasyat... nak itu ini itu itu inininin....masyallahhh...

~! perut bunyi!

Menandakan aku harus tidur sebelum aku buat maggie makan kemudian tidur dan esok bangun dalam sesalan perut tak ramping lagi.. eaaa....GUDNITE!!!!!!

7.11.13

Alhamdulillah selamat tahun baru!

Tak bekesempatan bersua di sini tahun baru tempoh hari, rasa belum terlewat untuk aku mencicip kata sepatah dua disini, tak molek kiranya dibiarkan blog bersarang.. tak istiqamah namanya. Aih...andai sahaja ada pembantu, pasti lebih 300% produktif hidup aku. Tapi soalnya dimana rasa syukur aku?

Bismillah...
Dikesempatan yang terbatas, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali. Ampunkan dosa aku pada kalian. Kerana sesungguhnya dosa kalian terhadap aku telah aku ampunkan ikhlas dan redha.

Terima kasih kepada yang mengajar aku erti kesabaran...
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti keikhlasa..
Terima kasih kepada yang mengajar aku erti persahabatan sebenar atau persahabatan plastik sampah..

Aku bersyukur diatas limpahan rezeki yang Dia berikan, kerana ianya bersesuaian dengan takat usaha aku. Artsy Suzie yang aku bina dengan titisan peluh dan air mata. Aku harap akan terus mekar mewangi sekalian alam hendaknya. Di tahun baru ini, aku ingin memastikan perniagaan aku akan berkembang melangkah ke 1 tapak kehadapan...jika diizinkanNya. Insyallah...

Perjalanan zaman bujang yang kian berakhir, aku berharap dapat ku tempuh dalam redhaNya. Aku benar bersyukur diatas kemudahan-kemudahan dan kejutan-kejutan yang Dia berikan disaat ini, kerana aku benar merasakan kebesaranNya.

Alhamdulillah...

Anyway, alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...... :)



29.10.13

Lega Fasa 1.

Bismillah...

Ya ampun, lama tak update blog. selalu-selalu rasa nak update, ada topic hangat panas tetapi omongan hanya sekitar ruang kepala otak dalam minda ... tak dapek, tak sempat nak realisasikan ke dalam penulisan. Buka laptop jauhhh sekali..

Minggu lepas, aku dan ke-emoan aku.
Minggu baru ni, aku dengan booth craft aku di UKM.
Minggu hadapan, booth craft di UIA.
Kemudian booth
craft USM.

Ya rabbi, alhamdulillah kepada mu..
Moga ARTSY SUZIE bisa melebarkan sayapnya agar lebih jauh lebh tinggi, menggapai pelangi...

Ok, busy nak sembang..
Actually ada kisah yang ingin aku kongsi sebagai iktibar.
Tapi maybe notnow,, busy weh...



Keimanan...

Adalah rahsia di sebali kerelaan, ketenangan dan rasa aman.

Sebaliknya, kebingungan dan kesengsaraan selalu mengiringi kekufuran dan keraguan.

Ayuhla, nyanyi lagi daddy cool...
Daddy dady cool..~

21.10.13

Isnin mulia, isnin baraqah..


Hari isnin, hari baraqah..
Hari isnin, hari kelahiran Rasulullah...
Hari isnin harus meriah...

Ayuh... lupakan problema, hidup terlalu indah untuk dipersiakan dengan kesedihan. Terlalu cantik untuk disimbahkan dengan kehodohan... Terlalu nyaman untuk dicemarkan dengan asap pekat.. Terlalu suci untuk dinodakan dengan keledak dosa...
Terlalu suci..untuk dipalitkan dengan kemungkaran debu neraka...

Disini, aku ingin memohon kemaafan disela ucapan kasih sayang....

Terima kasih, 
...kepada yang sentiasa mengintai seorang aku.
Kasih kalian, hanya Dia membalasnya.
Terima kasih,
...kepada jiwa-jiwa yang terus mencintai aku,
maafkan hati...cinta ini milik Allah nan satu..
Terima kasih,
...kepada sang arjuna yang selalu memikirkan aku,
maafkan diri...diri ini bakal dimiliki. 

Izinkan aku, bahagia bersama belahan jiwa takdiran yang Esa. 

Kepada diri sendiri, ingin ku titip kekuatan diri.. Menongkah arus dunia tanpa menoleh lagi. Melawan dugaan mendatang tidak bertepi. Menilai kaca permata dalam simbahan cahaya...

Memilih kejalanNya, yang tidak pernah serong ..
Memilih kekuatanNya untuk menumpang tenaga...
Memilih kasih sayangNya untuk aku sandarkan....
Memilih keredhanNya untuk aku tetap beriman..
Memilih kecintaanNya untuk aku tetap damai di hati nan rawan.

Sesungguhnya,
Hidup dan matiku hanya padaMu....
Maka, aku akan sentiasa menyembahMu,
Allah yang satu.....