30.12.12

Alasan tak bertudung awk?

Yang penting ialah keyakinan diri!

Ah'haa..ini bukan iklan shampoo anti kelimumur, kalau pun tak berkelimumur..tudung haruslah dipakai. Yalah benar..memang tudung itu perlu untuk perlindungan menyeluruh kulit kepala supaya bebas dari bau matahari. Astagfirullah...sekarang bagi yang belum bertudung, statementnya : ''..belum seru, aku belum bersedia..aku tak yakin tapi memang aku ada niat tu...'' Itu sama jer alasan macam orang kaya yang tak ingin pergi haji. Mereka fikir seru belum sampai sedangkan seruan itu telah bergema sejak ribuan tahun dahulu. Sejak zaman bapa kita Nabi Ibrahim...acener?

'' aku takut merosakkan nama orang bertudung, aku bukan taknak..dengan perangai aku camni, takpa suatu hari bila aku dapat ubah sikap aku..aku sure bertudung. Aku taknaklah menodai kesucian agama kan..blabla..''

Alhamdulillah, niat baik taknak menodai agama tapi bagaimana dengan diri yang tak ingin berubah mencari kebaikkan,?

..Dan orang yang berusaha berjuang demi agama kami, kami memimpin mereka ke jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah bersama orang yang berusaha memperbaiki amalanya..

Surah Al-Ankabut : Ayat 69

Kita dah termasuk dengan golongan kaya-raya yang tak menunaikan haji apabila kita hanya berasa ingin beramal apabila mendapat hidayah. Sedangkan amalan-amalan adalah penyubur iman..persis simbahan minyak pada nyalaan api nan kecil. Seperti iman yang bertambah dengan ketaatan. Allah akan membuka luas jalan membantu kita hambanya yang berusaha..memimpin tiap kejatuhan kita, megubati tiap luka..hanya kerana amalan-amalan yang kita lakukan.. subhanallah..

Jadi, makanya proses menjadi muslimah solahah bukanlah hanya dengan menunggu hidayah, menunggu akhlak sempurna baru beribadah..baru bertudung, no no no.. Kalau kita mampu dah bertudung, lakukan dahulu...Allah akan membantu memperbetuli akhlak kita , memperindahkan perangai, dan menghapuskan kekhuatiran kita, kataNya :

..Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah sendiri perkara-perkara yang ada pada diri mereka..

Surah Ar-Ra'd : Ayat 11

So, sekarang terpulang kepada kita sama ada kita yakin dan percaya dengan diri kita sendiri atau tidak, kerana kita akan sentiasa dihantui perasaan ragu, cemas, pesimis, rendah diri, gelisah dan sebagainya memikirkan masa depan. Kenapa? kerna kita merasakan tudung penutup segala.. Astagfirullah....

Tipulah aku tak pernah fikir begitu, sumpah benar perkara serupa menghantui diri... :

..''.. tak boleh la nak bebas-bebas loqlaq-loqlaq...''
..''...tak boleh fesyen-fesyen rambut..alaaa rugi rambut cantik ni nak sorok bawah tudung..''
..'' ...tak boleh keluar dating pegang-pegang tangan, nanti apa orang fikir..''
..''kalau bertudung baju harus sopan, baju sopan mahal nak beli and leceh nak berstyle hijab-hijab..''
..'' tak boleh nak felling-felling amoi atau pan asian... gitu. ( muntah ) ..''
..'' nanti kerja orang fikir lemah bila bertudung, macam tak kental...''
..'' bertudung akan ditakuti orang, orang takut dekat...tak nampak friendly tak fun!...''
..'' nak nampak stylo dengan fesyen terkini...''
..'' ala pakai tudung tak semestinya baik! cover jer tu..''

Subhanallah...astaghfirullah....ampunilah dosa hatiku kala itu... sesungguhnya aku hamba yang lemah...

Sebenarnya, sebenar-benarnya sedarlah wahai muslimah kesayangku sekalian..semua itu adalah rencana syaitan yang menghalang kita untuk mendekati Allah. Syaitan menakut-nakutkan kita dengan kemungkinan menjadi penconteng kesucian tudung. Ia menghasut kita dengan perkataan 'jangan itu' dan 'jangan ini'. Dan syaitan itu bukan sahaja terdiri dari golongan jin..mereka juga manusia-manusia yang memberi komen '..berlagak alim konon. ' '..perasan bagus..'' Komen itu semua datangnya dari bisikan syaitan laknatullah. Jadi kita abaikan mereka ya..

'..Syaitan adalah musuh bagimu, anggap syaitan sebagai musuh. Sebenarnya, syaitan hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk neraka...

Surah Fatir : Ayat 6

Percayalah, syaitan selalu menakutkan kita manusia dengan kesukaran-kesukaran bertudung. Sukar mencari pekerjaan, walhal banyak jer jabatan-jabatan yang mewajibkan tudung di office. Syaitan menakutkan kita dengan lembat bertemu jodoh..sedarkah kita lelaki yang baik akan memilih bakal isteri yang menutup aurat dan bijak menjaga kehormatanya..

Kita selalu berikrar untuk tidak mempercayai syaitan, jadi kita percayakan Allah, Dia pernah menegaskan :

....Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan dan kepapaan, ia menyeru kamu untuk melakukan perbuatan keji sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Oleh itu ingatlah, Allah maha luas limpah kurnia-Nya lagi maha mengetahui..

Surah Al-Baqarah, Ayat 268

Istilah 'Hijrah' mungkin harus ditukar,Tahniah buat teman-teman yang telah 'Kembali' ke jalan illahi sepanjang tahun 2012 termasuk diri ini...

Alhamdulillah...terima kasih and luvyu Allah... :)

2 comments:

ieza ashaari said...

alhmadulillah.. syukur sgt kan bila dpt istiqamah.. :) dulu za pun gitu gak. tak pe, perlahan2.. yg penting, cuba drpd xbuat lgsg..

Youjie said...

makasih awk...
awk setia mmbaca sy smpai sekarang.. :')