Lihatlah rama-rama, cantik sekali sebuah permandangan dengan hiasan sang rerama beterbangan..kita akan menjadi seronok dan gembira. Hampir seluruh alam mampu tersenyum dengan keletah rerama.. Ia juga seolah-olah pelengkap kepada sekuntum bunga, seindah mana pun bunga tanpa rama-rama yang mahu hinggap disitu, tentu ada sesuatu yang tidak kena....
Cuba tangkap den pegang sayapnya, kemudian lepas kembali.. Warna nya akan tertancap kejari lalu terbangannya pun tidak seimbang lagi, lebih kepada terbuai dek rakusnya angin.. Kehidupannya selepas ini tiada seri malah tidak mampu menarik perhatian dan menceriakan sesiapa lagi.. Nilai turut hilang lantaran tiada juga mampu dibuat awet untuk dijual ke kedai jauh sekali dikagumi mata yang memandang....
Rama-rama ibarat wanita, mudah disentuh tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang hinggap ditubuhnya... Walaupun lahiriah kelihatan tiada cela, tapi harga diri dan maruahnya telah tercemar..
Begitulah juga wanita, bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak indah sehinggalah ia pudar dan tidak dipedulikan lagi.. Harga rama-rama terletak di warna dan coraknya manakala harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala didamping oleh suaminya...
Kitaran seekor rama-rama cukup kompleks..bersusahnya dia membebaskan diri dari kepompong yang mengikat sepertimana wanita memperjuangkan hidup hingga dewasa dan mencuri pandangan semua jejaka, sedangkan seperti rama-rama, semasa tempoh didalam kepompong..tiada siapa memperdulikannya malah tatkala bergelar ulat, ia dibenci...
Begitulah sulitnya seekor rama-rama, dari yang menjijikkan sehingga pada sesuatu yang menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu dipuja, usahlah lupa diri..tatkala dirayu usah menyerah sewenangnya kerana kehidupan kini yang dimiliki bukan sehari dua pengorbanan oleh ibu dan bapa....
Usah menjadi rama-rama di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah bebas dengan menterjemahkan diri dalam setiap aspek nilai murni dan yang pasti, pertahankanlah harga diri serta memelihara kehormatan. Sejauh mana kita mampu mempertahankan standart A1, sebaik sahaja kita tidak diperdulikan..pada siapa kita ingin mempersembahkan nilai C- ..kerana kita telah pun kehilangan masa depan saat itu...
Kalaulah rama-rama tahu bahwa dia sentiasa memukau padangan wanita, sudah tentu dia tidak akan terbang kesana-kemari. Kerana setiap kibaran sayapnya akan mengundang mata si penceroboh.
Lalu, mahalkanlah diri kita..semakin mahal diri kita, semakin beharga kita disisi lelaki. Lelaki perosak hanya ingin merosakkan kecantikkan tanpa memperdulikan atau melindungi kita..maka, usahlah terperangkap dengan tangan-tangan yang akan meleraikan warna kita, setelah binasa segala maka kita akan dibiarkan..
Jadilah wanita anggun yang memiliki maruah dan keperibadian yang tinggi, kerana nilai anda bukan terletak pada berapa lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana kita belum menemuinya, anggaplah kita masih mampu terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam...dan wanita yang membanggakan semua....
No comments:
Post a Comment