19.11.08

Beza insani

Kau dan aku beza...
Dia dan kita mesti tak sama..
Kami mungkin tak dapat ngam dengan kalian..
Korang memang lain dengan kiteorang...


Sepanjang nyawa menyalut tubuh selagi badan tidak dibaluti kafan..selagi itu kita menyusur hari dan dipertemukan dengan pelbagai perbedaan fe'el dan tingkahlaku manusia. Dan diri sendiri tak terkecuali berada didalam ruamg lingkup tersebut.
:girl_3:
Yaa..fe'el aku macam aku dan tak mungkin serupa kalian. Hurmm...sembang skit lah, aku benci hipokrit tp kadang-kadang untuk hidup kita perlu untuk berkelakuan hipokrit. Blakang-blakang kita kutuk tapi di depan muka manis.. Matlamat kita, mungkin sebab dia yang dibenci tu ada kelebihan buat manfaat kita. Hah..maybe nak pinjam notes bila kita ponteng kuliah atau tidur sepanjang kuliah dijalankan. Dan hanya dia yang dibenci tu saja yang rajin mencatit notes..so..faham kan....
:girl_16:
Benci sikap pentingkan diri.. Sebagai sesama saudara di muka bumi tuhan, rasanya tak perlu untuk berkira dalam apa-apa jua pekerjaan kot. Apa salahnya if kita korban masa santai dari terlentang di bilik untuk menolong kawan-kawan yang maybe tengah keletihan dengan tugasan atau bla..bla.. Apa salahnya makanan yang dibeli sedap-sedap tu dikongsi bersama taulan..Apa salah juga if kerja kumpulan hanya kita seorang penat mengerjakannya dari yang lain... Rasanya tak salah juga if duit ringgit dikongsi sesama saudara yang punya masalah kewangan...darah daging juga kan. So.. percayalah pada janji tuhan bahawa setiap yang dilakukan punya balasan bergantung pada baik atau buruk perbuatan terbabit.
:girl_5:
Bukan nak kata aku bagosh, hakikatnya kadangkala kita masih termakan hasut iblis laknat yang mendesak kita bersikap penting diri. Normal lah, keadaan yang aku perasan sekarang ni, dalam study week maka kawan dah tak kenal kawan, masing-masing dah mula masuk bilik pulun nota dan menjadi kedekut ilmu paling dewa. Hahaa...percayalah perkara ini terjadi di mana-mana... Untuk apa? Apa lagi, kepentingan diri la...

Benci pada kebosanan.. Hah! macam mana aku nak hurai ea?? Hurm..dalam konteks aku sendiri, aku bencikan kebosanan yang kosong. Means, somethin like duduk rumah and menempuh hari-hari dengan tenang dan tanpa membuat apa-apa. Warhh..tidakkah itu seperti keadaan seorang yang tidak berkembang? Bukankah hidup ini is bertujuan untuk menempuh pengalaman dan mencorak keupayaan? Hahaa...tak kesah ler baik ker buruk ker, pahit ker manis ker suam-suam kuku atau panas meledik ker.. pokoknya there's somethin to do with.. Yeah..pasti aku akan gila sebentar atau mengong sekejap, paling tidak aku bebal dan merungut 24jam if aku berada di situasi sebegini..pasti! But ofcoz la, if dah sebelum tu bertungkus-lumus and penat giler mengerah keringat..memang aku perlu 'saat kekosongan' ni, lebih-lebih lagi if saat itu berlalu di atas katil..air-cond..muzik.. ( Hmm..ni macam tak kosong gaks la kan..)
:girl_12:
Okay, lastly yang menjengkelkan aku gak ialah manusia diselaputi persepsi, prejudis, diskriminasi dan segala yang ader 'S' tu.. Camner la nak idup dengan aman dan rukun if sesama kita hilang segala sifat toleransi. Ader jer suara sumbang atau pandangan sinis pada setiap perlakuan. Sampai terasa kiri kanan ada pasang camera CCTV jer.. Macam dalam kes aku dan kejiranan aku yang hingga kini tak pernah senyum atau bertegur sapa dari awal sem hingga saat ini, last 3 days of sem3 di usm. Hurm..no komen la, tapi still.. Perkara ini tak mungkin berlaku if hati bersih dari sebarang 'S' ni.. Kan..kan...

Tapi..sedar ke tak bahawa aku sendiri sedang dibelenggu 'S' ni.. Mana tahu kejiranan aku tu sebenarnya rabun dan tak nampak, so tak lar senyum dengan aku tiap kali keluar bilik atau deorang tu jenis pemalu tahap dewa..atau pun hmm...maybe mereka itu sakit gigi then tak dapat melebarkan bibir menguntum senyum buat aku.
:girl_14:
Hiii...diharapkan anggapan ini telah bebas dari sebarang pengaruh 'S' tersebut diatas.
..hiii..

Okay, tu yang aku tak suka.. Mesti ada pelbagai lagi dari konteks lain kan. So yang nak disimpulkan disini ialah, mengapa manusia berbeza? Ofcoz jawapannya ilah kuasa Allah kan..
Makanya, kita sepatutnya menghargai kuasa tuhan yang mencipta pelbagai fe'el manusia yang pelbagai ini. Tanpa sikap dan perilaku macam-macam ni, agak-agak hidup kita akan menjadi bewarna-warni tak? Bayangkan, semua bergerak mengikut kesukaan kita dan mulia jer.. Then, sape nak jadi bahan gossip kita? Camner majalah hiburan atau media nak cari duit. Takkan nak papar hal baik-baik jer? Ader ker manusia nak beli?
:girl_6:
Makanya, fe'el dan sikap manusia sama ada yang dibenci atau tak dibenci nih actually ibarat pelangi mewarnai awan gemawan.. Bayangkan betapa indah terciptanya selepas hujan, tapi betapa pucat dan hilang serinya tatkala ia pergi.
Fikirlah ea...
:girl_15:

No comments: