Kita memikul beban dan pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan..
Kisah silam yang ingin kita lupakan..
Berpegang pada harapan untuk memulakan hidup tang baru..
Bila dunia kita ini lumpuh..
Kita belajar untuk bangun semula..
Kita makan, minum, dan membuang masa seperti biasa..
Tanpa menyedari yang segalanya telah berubah..
Setiap yang kita lakukan mesti kena pada caranya..
Nak buat minuman sedap, gula..air..susu..mesti secukup rasa..
Nak masak lauk kena banyak pilihan..
Kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat..
Tak lebih, tak kurang...
Untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati..
Kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan...
Seperti jugalah bercinta..
Lebih kurag sama saja, itu dan ini mesti ada..
Mesti ada keinginan dan mesti ada kemahuan..
Baru boleh suka sama suka...
Dan dalam persahabatan...
Diperlukan keserasian dan keikhlasan...
Baru boleh ngam..
Dan dalam mengenal antara satu sama lain pula..
Mesti ada kesabaran dan kesefahaman..
Menunggu.....
Rasanya sepanjang hidup kita asyik menunggu..
Menunggu masa...
Menunggu peluang...
Menunggu nasib...
Menunggu tiba penghujung...
Sehinggakan kita asyik bertanyakan bila..bila...bilaa..
Atau sampai bila..
Tetapi macamana bosan..jemu..jenuh menunggu...
Kita terpaksa menunggu...
Dah jadi macam satu pekerjaan pula..
Atau satu bidang yang tidak mendatangkan hasil...
Tapi kadang-kadang ,
Menunggu itu kita rasa berbaloi juga...
Bila kawan-kawan ada di samping kita...
Bila semuanya diluar kawalan kita...
Apa yang kita bolah buat..
Selain menunggu dan mengharap...
Apa yang kita bolah buat...
Hanya tunggu dan lihat...
No comments:
Post a Comment