19.11.08

Paper Kewartawan YWP221



Hari ni final exam untuk paper major aku, kewartawanan 1. Dalam banyak-banyak paper exam, paper ni buat aku sangat gabra dan gelabah. Buktinya, dalam paper-paper sebelum ni aku jarang nak ingat tuhan sebelum menggoreng. Means jarang baca doa lar, tapi pagi tadi 4Qul suma masuk.. Haihh...semoga dilimpahi cahaya petunjuk di sepanjang aku melakar pena menzahir ilmu buat Prof.Mus yang kedengarannya amat tegas dalam 'marking' paper...


2 soalan mengenai kewartawanan yang agak selesa aku jawab hingga hampir 9 pages. Haih..andai diberi lebih peluang akan aku lakar pena tajam ini lebih meruncing hingga mampu menusuk naluri pensyarah, tapi apa kan daya masa membetasi segala...Dan aku redha...


Persoalan kewartawan yang profesional dijadikan tajuk soalan. Arghh..sememangnya itu persoalan mainstream ku kirakan...dan tajuk kedua mengenai persoalan perjalan sistem perakhbaran di Malaysia selepas pengaruh akta-akta yang ditetapkan.. Hehee...ini memerlukan banyak info dan bacaan umtuk memantapkan penulisan...


Tapi setahu aku, aku telah cuba yang terbaik..maka diharapkan Tuhan yang maha penyayang akan membentu melalui keajaibannya kerana tahap kesimpulan yang kukirakan terlalu lemah...


Ingin sekali aku berkongsi persoalan di benak tapi malam makin mengesot ke pagi..mata perlu dipejam hati perlu ditenteramkan...


Sehingga bertemu esok dan seterusnya...salam pucuk hijau... hii... :)

No comments: