!!Selamat Sore!!
Semalam tidur jam6 pagi study seni, erm...actly study ker ea.. Rasa fikiran menerawang dibawah rintikkan hujan hembusan bayu malam dan pekikan cengkerik memeriahkan kesunyian. Ok lar, leh dikira study lar kan....aku lelap mata sejurus selepas subuh... Nikmatnya sebuah ketiduran... Ketiduran? Majlis Bahasa dan Pustaka..ader tak istilah nie eaa?? Ngee~
Hantam ajer labu...
Okie..base on tajuk diatas, rasanya pagi ni nak sembang hal lelaki dan perempuan.. Hmm..skopnye tak pasti so, juz borak and fikirlah ea...
''Mengapa Lelaki sering dianggap penghancur utama hati wanita''
Wahh!!! perasaannya seolah-olah aku sedang patah hatie nih...tapi percayalah ea, aku juz buat tajuk ni sebab rase nak buat..Kehidupan peribadi aku alhamdulillah masih enak-enak dan asyik aja... Jangan cemburu ya..
wiNk..WiNk..
Hii...selama tinjauan peribadi yang aku buat, wanita mudah terpesona dan ter 'melt' dengan lelaki yang caring.. Perasan tak jika disuruh senaraikan kreteria-kreteria lelaki idaman mesti ader satu perkataan 'caring' timbul.. Hah..ni lah punca utama kepada mengapa wanita sering patah hati..
....... sebab......
Sifat sejati dan azali kaum adam sememangnya mengawal..melindungi..mengejar..ego dan sifat kemaskulinan ini tidak dinafikan mana-mana pihak. Ok, kita boleh tengok kan, lelaki akan mengorat wanita..kemudian akan 'seakan-akan'melindungi..menagih ciNta dan sewaktu dengannya dengan kaum wanita. Tidak kiralah besandarkan kasih sayang atau pura-pura semata. Pokoknya memang perkara itu wujud. Kan? So, wanita harus faham bahawa lelaki secara main nye memang pelangkap kaum hawa yang ingin dikawal..dilindungi..dikejar sewaktu dengannya.
Dan main bagi wanita ialah yang tersenarai di atas...
Yang menjadi masalah kepada patah hati nih ialah kejahilan wanita sendiri dalam menilai kejujuran lalaki. Wanita mudah cair dengan lidah lelaki..kerana lelaki dilahirkan sebagai manusia yang bijak bermain kata-kata..ia juga umpama senjata ampuh untuk mereka memburu wanita. Jangan lah apabila secubit perhatian dan ambil berat yang ditunjukkan lelaki, maka wanita tersebut secara yakinnya menganggap lelaki itu telah jatuh hati padanya dan menganggap itu cinta.
Katakan tidak....hiii..
Masalahnya, bagi pihak lelaki tidak sama... Ya, sangat terkeluar dari skop pemikiran mereka. Lelaki-lelaki ini hanya menzahirkan sikap alamiah mereka terhadap kaum lemah atas rasa ego yang mendalam. Takkan nak biar kawan perempuan balik sorang di tengah-tengah malam after perbincangan bersama contohnya. Forsure lelaki tersebut akan memperlawa untuk menghantar. If tak, lelaki akan merasa loser paling besardan seolah-olah lemah dalam menonjolkan kekuasaan mereka terhadap wanita.
Dat's All
Titik.
After hantar pulang maybe dat guy akan ucap 'good nite' atau 'take care'. Then, perkara itu terhenti disitu. TITIK. Bagi lelaki, hanya sampai disitu dan tidak mungkin akan ada apa-apa yang meleret-leret di belaknag selepas ini. Anggapan bahawa tugasan 'kelakian' mereka telah pun selesai.
TetaPi
Apakah kaum wanita faham hakikat itu? Hah...kadang-kadang sikap perempuan nih terlalu terlalu dan amat-amat lar sensitif. Hinggakan perkara yang tidak ada diadakan...yang biasa di hiperbolakan.. Hehee...itulah wanita sebenarnya. Peristiwa hantar balik rumah akan sentiasa tertancap diingatan hingga fikiran akan menyalah tafsirkan maksud perbuatan tersebut. Kononnya lelaki tersebut sukakan die...ade hati kat die..ape-ape kejadah segala lah..yang sweet-sweet jer yang dibayangkan. Padahal??
Fikir sendiri..
Wanita harus faham lelaki hanya berminat untuk menjadi pelindung agar kelihatan macho. Mereka akan cuba menjadi sangat caring apabila disisi mana-mana perempuan pun. Sama ada mereka suka atau tidak. Jadi kaum wanita seharusnya tidak mudah melatah apabila menghadapi hal-hal seperti ini. Kerana sifat ''perasan' ini akhirnya akan memakan diri menjadi 'Patah Hati'.
Ngerti sekarang?
Sebenarnya, bergantung lar...Tak semua lelaki akan mempermainkan wanita, tak semua wanita mudah ditimpa perasaan terhadap lelaki. So, yang penting wanita harus sentiasa berprinsip agar tidak mudah dipermainkan kaum yang satu ini. Rata-rata lelaki amat mudah tertawan dengan wanita yang berprinsip tinggi. Kerana ia simbol kepada berdikari. Wanita yang sering bergantung juga disukai lelaki agar mereka dapat menunjukkan sifat kejantanan mereka 24jam.
Apa-apa jasa pun, yang penting wanita harus pandai menilai yang mana polistrin yang mana eco-pack. Hahaa..perumpamaan aper ni..leh lar kan.. Pandai-pandai lar fikir mana satu antara dua tu dapat menjamin persekitaran yang bersih dan mana satu akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Hii....
So, sama-samalah kita mengawal sensitivity diri. Jangan terlalu asyik bermain angan-angan yang selalu dibuai dalam novel-novel cinta hingga membawa kerosakkan hati. Hati-hati dengan menerima perhatian kaum yang lagi satu itu. Caring mereka tak semestinya sayang..indah kata-kata mereka tidak menjamin cinta..
Haiwan pemangsa akan tetap mencari mangsa..
SaLam kHaMis!!