19.6.15
Ramadhan 2015 YOUJIE!
Lama tak update BLOG, apakah tujuan aku berBlog? Apa tujuan aku ber'instagram..FB.. Too many thing need to commit. But still...blogger kental macam aku NEVER stop writing event its rubbish.
Matlamat buat entry kali ni ialah ingin memohon ampun dan maaf diatas segala ke-khilafan masa lalu, kini dan kehadapan. Dosa aku terhadap Pencipta, mungkin boleh aku mohon taubat nasuha.. Dosa aku pada manusia...ke akhirat kita bakal berjumpa. Dimana? Syurga atau neraka?
Andai terdaya aku memutar masa dan mereka semula kisah hidup di dunia...akan aku adunkan rencah paling berperisa dan paling bermakna. Akan aku elakkan sengketa malah memberi kasih sayang tanpa duka.. tapi insan biasa persis aku yang sering tak henti-henti mengulang silap dalam perbuatan dan kata-kata.. Pasti tersadung dan bangkit semula.
Dikesempatan ini, aku menghulurkan salam ampun maaf dan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia. Hargai masa kerana didalam ada intan emas dan permata yang tak ternilai harganya. Setiap saat yang berlalu ...isilah dengan 100 000 000 kebaikkan yang terdaya!
Kepada yang bersengketa dengan aku, maaf maaf maafkanlah hamba..
Everything happen with really great reason!!!
Kita insan...apalah adanya.
Peace!!
7.3.15
Sindrom mak mak
Ayah dah lelap....
Sofea dah lena....
Alhamdulillah....hati seorang ibu tenang merenung harta paling berharga pinjaman yang maha Esa.
Masalahnya mata seorang ibu ni tak dapat lelap. Kejap-kejap check hidung Sofea..kejap-kejap pump hingus kasi licin hidung Sofea.. Ibu is tak sampai hati tau nak dengar anak ibu sroot...sroot... sian sayang ibu...
Hmm...berkeroncong perut. Ayuhlah mengisi tembolok. Aku potong sebiji limau besar... bancuh segelas susu... eh sebelum tu snap pic upload dalam instagram. Gambar oren tu aje...gambar susu...cadbury...chipsmore aku tak upload. Konon ..."ehh bagusnya makan buah je...kenyang kew?".. konon " eh eh patutla makin slimmm!" Konon.. " good mother...vitamin C bagus untuk selsema baby!" Piiraaahh.....
Ok kenyang... sesi mengepam susu. Masukkan dalam botol Mimijumi simpan di bahagian bawah fridge. Ini susu segar Sofea esok.. moga dia dapat terima botol...amin!
Wuts next?
Sambung renung baby....
Jakun dapat anak belom habis...sabar ajelah dengan keCewiAn diri... joraaaaa......
Laki? Dah tak larat tengok...tukaq angin hahahaaa.... **ampun ayah~
Mata harus dipaksa tidur...harus harus haruss....niteeee......
3.3.15
Pep Smear tidak mengerikan!
Alhamdulillah Sofea ibu dah tidur. Boleh update blog hehe...
Semalam Sofea injection untuk 2 bulan. Meraung macam biasa anak ibu ni.. al maklum betis halus. Baby sebelum Sofea mencerit sikit je dah diam....al maklum betis drumstick perghh.... 2bulan ni... nak ibu dah 60cm panjang dan berat 4.5kg. Yer yee je ibu ingat dah 5kg... nurse cakap kurang berat badan tapi panjang.... hehe ..asalkan sihat tak mengapa kan nak..
Kemudian mother pun kena checkup sekali... nurse minta buat ujian pep smear .. dan pemilihan cara untuk menjarakkan kehamilan. Memandangkan aku hanya dibenarkan mengandung semula selepas 2 tahun sahaja...huhu **iols rasa kalau boleh mengandung lagi...iols ok jer anytime :p
Ok..hati dup dap dup dap...aku nampak spatula leh tahan panjang... muncung itik bagai. Tapi aku redha demi kesihatan. Alaa...apa la sangat nak bandingkan semua ini dengan pengalaman maha hebat di ward haritu. Aku dah kena lebih teruk dari ni...so tarik nafas... lepasss...
Aku dipanggil ke satu bilik, diminta pakai kain dan baring seperti posisi nak beranak... tarik nafassss... spatula dan muncung itik dimasukkan kemudian sekejap jer dah siap. Sempat la nak menitik air mata and cepat2 aku rilekskan otot agar keadaan tak tegang. Supaya memudahkan dan mempercepatkan proses...
Ok siap puan! Lega ok legaaa....
Pep Smear adalah free untuk pekerja kerajaan dan RM1 untuk orang awam yang mendapat saranan nurse. RM36 tak silap untuk yang datang nak buat tetiba. Better dapatkan saranan nurse..bayar RM1. :)
Jumpa doc. aku diminta untuk memilih method menjarakkan kehamilan. Ok nanti kita sembang pada entry seterusnya...
So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...
Apakah itu ujian Pep Smear?
Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
- Tidak menyakitkan.
- Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
Tanggalkan seluar dalam.
Berbaring di atas katil.
Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh
mendapatkan ujian tersebut?
Di semua klinik dan hospital kerajaan
Di klinik/hospital swasta
Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut ;
Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
Rawatan susulan
Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
Kurang menyakitkan.
Sesetengah orang merasa tidak selesa.
Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
So, nasihat aku pada sesape yang berkenaan yang belum buat pap smear, sila la buat. In sha Allah tak sakit. Just relax ur muscle and urself, take a deep breath, setel!
2.3.15
2 Bulan Baby Sofea!
Skrip harian aku tak ada beza.. menjadi surirumah menjaga baby Sofea adalah fun!! Belajar memahami anak sendiri dan menyelami dunia bayi.... umm...wangi!!
Im not alone amymore...tuhan hadiahkan Sofea buat teman ibu..hingga akhir hayat!! Opkoz ayah too...
Skrip common :
Sayang ibu...
Ibu sayang sofea....
Skrip Sofea taknak tidur :
Tidur la sayang....ibu ada nie...
Kenapa taknak lena anak ibu..
Alalaa...sayang dia..
Meh sini ibu peluk meh....
Skrip Sofea mengamuk :
Baby...kenapa ni?
Baby...tengok ibu..rileks k sayang..
Sofea..nape sayang...cuba explain kat ibu bagi ibu faham..
Sofea....sabar ye, sorry la ibu tak tahu Sofea nak apa sekarang sayang..
**bajet anak aku faham and tahu nak explain. .tapi actually baby response jugak tau, dia akan ...uu wa.a..ehekk..bee..neekk uu.. ( bahasa baby )
Skrip awal pagi :
Assalamualaikum...
Cayang ayah ibu dah bangun?
Alala...comel anak ibu senyum, tidur lena ke sayang nie..
Mornin baby ibu musyuk asham dah bangun nak mandi ea...
Skrip mandi :
Meh ibu buka bajuuu...kite mandii...
Meh kita wangi-wangi....
Dah ready? Jum masuk besen mandi k sayang taknak nangis janji!
Jun sabun...shampoo. ..gosok sini...sini... pandai dia...
Alala...sejuk ke anak ibu niee..
Jum mandi! Jum mandi! ( nada jingle " go manis go manis! " Dalam drama Manis )
Skrip berak :
Ehh..anak ibu beyak nieee..
Meh ibu cuci montot yeee...
Alalaa..musyuk asham ibu nie..
Perut dah lega sayang?
Dah lapar balik belum nie?
Ok...dan banyakkkk lagi!! Pendek kata aku dan suami memang banyak pok pek dengan baby macam baby faham. Hasilnya dah masuk 2 bulan baby kami kuat menyembang hahahaa.....
Ok ni lullaby baby Sofea :
" ..Sofea sayang ibuuu...
Sofea sayang ayahh....
Sofea kuattt...Sofea bijakkk...
Sofea solehahhh..Sofea sayang Allah.... "
Aku cipta sejak dia berusia 7hari dan nyanyi hari2..kata2 ibu kan doaa.. :)
Ok sekian gudnite!!
14.2.15
Detik kelahiran Auni Medina Sofea..
30.1.15
Auni Medina Sofea!!!
22.12.14
Bayi 39minggu!!
Alhamdulillah....semoga persahabatan sejati ini kekal abadi hingga ke syurgawi. :')
Hanya Allah mampu membalas rasa syukur tak terhingga aku, kerana dipertemukan dengan kakak-kakak sebaik mereka. Ohh..bukan 2 orang ni sahaja. Aku ada Kak Naddy, Kak Sarah & Kak Fairuz. Juga soulmate aku Juliet Oii. Mereka adalah angel.... bidadari!!!
Mereka sanggup menghunus pedang untuk membela aku ini tanpa usul periksa. See...girl-girl memang begitu....tahap mempertahankan kawan NO1!!! Relevant atau tak...no-2!
This is my current tummy!!! Perut aku dah tidak bulat elok..sekarang boleh mencapai tahap heksagon, pentagon dan tah ape gon lagi. Sebabnya ikut sukahati baby aku nak decide mengherotkan perut ibu dia gumana. Tapi selalunya camgini la....sebelah kanan tu macam full...solid...mampat. Belah kiri tu macam kosong anginnn je... orang cakap anak perempuan memang suka side kanan. Camtula kot. Mana-mana lah dear darling baby......
Dah masuk 39minggu, baki 7 hari menuju hari aku bakal membuat marathon di atas katil LR. Mental fizikal insyallah aku dah sedia... nak menghadapi sakit contraction pun insyallah aku dah ready. Huhuu..padahal sakit sikit aku dah nangis nenyangTimah...cemana? Tapi apa pun...sebagai ibu..aku perlu hadapi semua ini. Kalau beranak tu sakit teruk-teruk, takkan wujud perempuan beranak 12 atau perempuan hobinya mengandung macam cikgu sejarah aku dulu kan...ops!
Sekarang ni, perut adalah super sendat dan sangat lah sempit. Sampai aku boleh detect dimana siku, lutut, bontot anak aku nie...dia suke la seret sikut di sisi rusuk kiri aku. Kalau dengar suara ayah kesayangan dia tu...memang dia aktif. Lambat lepa panggil..''baby...mana siku ayah nak tengok..'' sretttt...dia seret tunjuk.. minta tendang pun dia boleh buat wa cakap sama lu...anak gua memang dengar kata! Hihii....
Ni pic lastweek....pi Toy Muzium Batu Feringghi. Perut macam tu la...ada cakap besaq ada cakap kecik. Yang penting..lepas keluar baby aku kena kecikkan badan balik. Aku nak sarung Levis size 26 aku tu balik ok. Memang dengar macam impossible sangat. Tapi aku akan buat!!! Nak jadi hot mama okay....diulangi HOT MAMA! Dengan hot baby! hahaaa..verangans...
Saat ini, aku hanya menghitung hari, hari-hari pujuk baby ''...keluar lah nak...keluarlah...kawan2 ibu semua due date sama dah keluar baby depa...baby seronok kot dalam perut ibu nie...aishh..jum jum keluar kita main jahit-jahit ....'' Tapi idok jugelah dia keluar...aku risau dia keluar weekdays..aku dah la sensorang kang maraung sensorang sementara laki aku sampai. ISK!!!!
Lately, aku selalu loya dan nak pitam bila jalan lama. Mungkin tekanan darah rendah aku dah datang balik. Jadi aku makan banyak...nak balance -kan darah. Yelah...kami berkongsi sumber darah...aku kena makan banyak benda berdarah....heheheee...darah...darah......
Akhir kata, doakan ini post terakhir aku semasa hamil, next post adalah gambo-gambo bab Sofea aku....ohhh tak sabaq nak tunjuk pada donia.......my super girl!!!!!
Kepada yang belum ada rezeki, aku doakan korang sabar dan tawakal. Jangan dipaksa jangan tertekan. Rezeki anak akan datang sesuai pada waktu yang paling sesuai untuk kita. Macam aku...kawen terus dapat anak sebab aku kan yang tak tahu nak kerja apa...tuhan bagi la aku kerja mengandung dulu... waktu paling tepat dah ditentukanNya. Kita sebagai hamba takmau-takmau engkar atau merungut...... insyallah aku doakan. ( doa ibu mujarab uols :p )
Oklah bye!!!!
xoxo
18.12.14
Kifarah & Karma
16.12.14
Gambar Youjie Mengandung!!
Hari yang gloomy, se-gloomy diri aku.. :')
Tak lama dah, tup tup tup.... baby dah membesar dengan sihat dan kuat dalam perut aku..currently 38minggu bermaksud dah cukup bulan untuk baby Sofea menjengah dunia. Buat masa sekarang apa yang aku boleh lakukan hanyalah menunggu ketibaan di comel dengan persediaan mental dan fizikal. Aku membaca dan membaca... bagaimana mendidik anak, bagaimana berpantang dan bagaimana menjaga badan, bagaimana menjaga rumahtangga... hardest thingy eva.
Berpantang nanti, aku dah hire seorang confinement lady, tak payah susahkan sesiapa.. Aku akan berpantang di rumah sendiri dan kengkawan boleh bebas datang anytime anyway.. ^_^
Kalau ikutkan due, 10 hari lagi aku bakal bersalin. Tapi kawan dan kazen yang due sama aku semua dah beranak. Semalam seorang, sekarang seorang..minggu depan bakal seorang doc. cakap dia dah boleh beranak.. jadi aku??? Baby seolah-olah selesa jer dalam ni...macam tak ada hint nak keluar je...sakit ape pun idok. Tapi kaki membangkak yang teramat... boleh rujuk gambar kaki aku. Pakai kasut jantan size 42 ok kau hado?
Berat?
Bulan pertama hamil, berat aku is 55kg, sekarang is 70kg. DENGAN BANGGANYA!!! dan berat baby is 2.5kg. S0 aku gain dalam 12-13kgjuga... ngeee, apa sahaja untuk mu sayang ibu....
Orang cakap, kalau kaki bengkak teruk tu dah on time dah tu....once dia surut, maka stanby lah anda. Dan sesungguhnya saat ini..kaki aku dah 2 hari surut tak bengkak-bengkak. Pray por meeeee...!!!!
Takut tak?
Opkoz takut...setiap detk saat dan ketika membayangkan macam-macam. Video beranak dah semua aku tonton...aku mencari kekuatan. Kalau aku mengadu takut...confirm kena marah..jadi aku harus diam dan menggali kekuatan sendirian... aih, risau risau..... emosi aku dalam keadaan yang sangat longgar yu no wut i min? Sensitifnya hati... rapuhnya jiwa hanya Allah mengerti. Tetapi tak mengapa... setiap dugaan kehamilan yang aku lalui...semua membawa aku kepadaNya. Semakin kuat dugaan ...semakin hampir aku pada pencipta. Lalu mengapa aku harus berduka kan... :)
Yang aku tahu, aku harus sediakan mental dan fizikal aku menghadapi semua ini. Ini satu rahmat besar... kehadiran anak, siapa taknak kan... :) Tapi andai aku pergi... taburlah bunga di atas pusara ku nanti.... hehee...
Perjuangan makin hampir, aku perlu berjihad demi seorang anak.. doakanlah aku kuat noh, aku kan yang populer dengan kemanjaan dan kelemahan dan ke-emo-an , cengeng etc... tapi tu mungkin dulu. Takdir banyak merubah aku menjadi wanita hebat... amboiiii!!! Aku merasakan anjakkan paradigma hidup yang tersangat ketara sebagai persiapan menjadi ibu dan isteri kini. Alhamdulillah...aku mesti cekal secekal sekarang... ngeeee :)
Akhir kata, lately Sofea ni suka mengeliat slow-slow jer.... kekadang siku atau lutut dia boleh jelah terkeluar kat tepi perut. Tetiba dia menghenjut-henjut rusuk aku... kekadang dia kentut kot...and kerap sekali dia sedu. Sian...tiap kali Sofea sedu.. aku akan usap-usap... sambil cakap ''..alalaa...sian anak ibu sedu eah...''
Pendek kata, walaupun aku berseorangan di rumah, tapi meriah....bermain dengan baby di alam rahim. Interesting!!! Aku sangat berharap...segala proses yang bakal aku lalui nanti akan dipermudahkan....aku tak sabar nak tatap wajah kesayangan bonda ni.... Aish...seronok :')
Dan aku akan menyanyangi dia..
Sepertimana dia akan menyayangi aku...
Amin.










