Hari ini, aku telah melengkapkan persedian menyambut bayi dengan bershopping mungkin kali terakhir di Mom & Baby Fair di Spice Pisa Penang!! Yang bestnya...segalanya ada disini. Aku tidak teragak-agak untuk membeli set berpantang disini sahaja lantaran harga discount yang tidak munasabah bagiku ini.... Gambo diatas adalah hasil tangkapan hari ini : Banyak nau ini ini ini..
TruBellai - ala carte RM76.00
Set Gamat Jelly & Kacip Fatimah dan Sabun mandian herba wangi. Sebotol semasa mengandung..sebotol lepas beranak nanti. Harga set pantang TruBellai selepas 50% discount adalah RM175 sahaja giler... In details nanti Ah aku borak, aku sekadar beli 2 botol makanan tambahan perisa oren and strawberry ni aja..dengan sabun untuk firming and whitening. Sesaja beli sebelum beranak memang nak pakai sebab nak wangi dalam labour room karang. Psyco tak?
Set Berpantang Tanamera - RM290
RM290 sahaja instead of RM350 di 1st Avenue. Aku dah memang tak larat baca revoew yang mengatakan tanamera bagosss..aku memang nak beli maka aku terus beli malas pikiaq. Dalam set ni ada 10items lengkap untuk berpantang. Sabun Herba/ Teh herba/ Pilis/ Scrub Herba/ Bengkung / VCO/ Herba mandian/ Minyak urut/ Feminin wash/ Tapel etc tah tak ingat. Set tanamera takde makan pelik2..minum teh ja.. I loike!! So sekarang aku excited nak berpantang..nak tengok keberkesanannya gumana. Lepas tu aku uar-uarkan disini ok?
Bhersalin - ala carte - RM60
Aku membeli Tapel extra jugok, Tapel ni kata akak tu bagus untuk penaskan dalaman. Mana nak tau kekalau aku kena cizerrrr...aku sapu jelah menda ni di luar untuk kesan cepat sembuh luka cizer tersebut. Akak tu dah 3 kali cizer...sekarang pun dah 8bulan. Dasyat kak! Kak memang dasyat!! Dan minyak untuk baby juga aku beli. All in one. Boleh pakai untuk telon, untuk cuci pusat baby, untuk kembung dan urut. Takyah nak fikir banyak...senang anak aku nanti.
MAM Pacifire - RM30.00
Aku adalah taknak sangat bagi puting kat anak aku takut jadi jong jong macam aku. Maka aku tak pernah nak beli tetapi malangnya aku beli jugok sebab comel sangat. Lagipun...kalau ikutkan style aku...aku kuat nangesssss..sampai papa pernah selotape puting di mulut aku. So...aku stanby jelah puting ni..lagipun tengah murah!! Yang best...ada jenis khas untuk elak baby menjadi jongang dan ada jenis glow in the dark. Wahhh...harus borong ...3-6 bulan.. 6 bulan above.. 16 bulan above..overrr!!
Tungku - RM40.00
Sarung Tungku - RM30.00
Tungku ni nak pakai sampai anak ke-10 maka.. Aku tak beli tungku comel2 tu. Aku beli yang besi terusss...pueh!! Kerja-kerja persediaan menungku adalah kerja suami. Kihkih...
Barut - RM5.00 each
Barut aku beli dekat 10 dah. Separuh ikat style..separuh prap-prap. Setel siap color-molor..
Ini antara yang aku beli tadi... Nak beli juga set persediaan menanam uri. Siap tembikar lagi..asam..garam..kain putih...sarung tangan etc. RM45.00 tapi fikir balik...takyah la..sekua tu boleh carik sendiri aih..kapitalis terok ngat niehh..
Ok so, pendek kata. Aku dah ready sekarang dan anytime untuk push baby. Just yang tak berap nak sanggup ialah menahan sakit contraction huhuu... Sakit ok, aku dah rasa beberapa kali semasa fals contraction..menitik2 air mata kuh ini huhu..bayangkan...
Takpalah..jihat fisabilillah...
Okbye!!!
No comments:
Post a Comment